Friday, September 28, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia | Senarai Kedai Kad 1Siswa


Untung jugak dengan adanya kad diskaun siswa 1Malaysia nie....Aku ingatkan sikit je kegunaan dia...rupa-rupanya banyak tempat yang boleh digunakannya.... Aku baru dapat kad nie Rabu lepas...dan terus merasmikannya semalam di KFC...ha ha ha

Untuk pengetahuan korang....Kad diskaun siswa atau lebih dikenali kad 1siswa nie hanya untuk pelajar-pelajar IPT sepenuh masa....tak kira la siswazah atau ijazah....sumer dapat.... Kalau korang nie student IPT...baik pegi cek dekat IPT masing-masing nama korang tersenarai ke tak.... 

Mula-mula aku ingat hanya untuk kedai makan terpilih dan untuk kedai buku jer.... Tapi rupa-rupanya banyak tempat boleh digunakan selain kedai makanan dan kedai buku! Nie list yang aku dapat simpulkan untuk pengetahuan korang.... Mungkin nanti akan ada penambahan dalam senarai tu...


BUKU / ALAT TULIS

• KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD (2% – 10% off)
• K.L COMMERCIAL BOOK CO. (M) SDN BHD (10% off)
• KMK RESOURCES SDN. BHD. (10% off)
• MPH BOOKSTORES (10% off)
• IMLAQ BOOK CENTRE (10% off)
• BORDERS (10% off)
• RONA (5% – 20% off)
• KIANG TRADING (10% off)
• KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD (5% – 15% off)
• KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD (3% off)


MAKANAN DAN MINUMAN

• KFC (5% off)
• DAILY FRESH (10%)
• A&W (50% off)
• COFFEE BERRY (20% off)
• THE CHICKEN RICE SHOP (Student Meal at RM9.90nett)
• RESTORAN KENNY CRAB (10% off)
• PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL (RM5.++ @ 2pcs classic pancake)
• STATION ONE PRODUCT (5% off)
• GLORIA JEAN’S COFFEES (10% off)
• BANGI KOPITIAM (10% off)
• SWEET CHAT (RM12.90nett meals)
• LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE (5% off)
• DUBU DUBU SEOUL FOOD (RM16.90nett meals)
• MY JAVA COFFEE (10% off)


KELENGKAPAN SUKAN / PERALATAN / PAKAIAN

• TEXLINE LINO (5% – 10% off)
• PROMINENT MILLION SDN BHD (MIZI SPORTS) (10% off)
• BATA (10% off)
• KOPERASI KELUARGA DATO’ HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD (10% – 45% off)


KLINIK KESIHATAN / OPTOMETRI / CERMIN MATA
 
• QUALITAS HEALTH (10% off)
• FOCUS POINT (20% – 50% off)
• POLIKLINIK AN-NISA’ (20% off)
• MENARA OPTOMETRY (10% – 60% off)


SALUN / PUSAT / PRODUK KECANTIKAN

• FOOT MASTER (30% off)
• PARIS HILL (30% off)
• PROACTIV (5% off)
• CLARA (10% off)
• KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD (5% – 20% off)


PENGINAPAN

• ANCASA HOTELS & RESORTS (10% off)
• TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD (25% off)
• LEO EXPRESS HOTEL (20% off)
• KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD (2% – 15% off)
• KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD (15% off)
• KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD (5% off)
• KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD (15% off)
• RAKYAT TRAVEL SDN. BHD. (special rate)
• RAPID KL (50% off)
• MAS (25% off)
• FIREFLY (50% off)


PRODUK IT

• KOPERASI CELCOM BERHAD (2% – 5% off)
• KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD (10% off)
• IFAMILY (15% off)


LAIN-LAIN

• BKZ BIKERZ (special rate)
• ROLLER STAR ARENA (10% off)
• DOUBLE SITE (10% – 15% off)
• KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD (2% – 5% off)
• KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD (4% off)
• MYDIN (special rate)

P/S: Terima kasih kerana mengurangkan beban seorang student macam aku...:)

Thursday, September 27, 2012

Populasi Babi Di Malaysia Lebih Dari Manusia !!


Mengikut kajian seorang saintis dari Amerika Selatan.... Menunjukkan bahawa bilangan populasi babi-babi  melebihi bilangan manusia yang ada di Malaysia! Mengikut fakta yang dikatakan beliau.... Jumlah bilangan babi di Malaysia kebanyakannya melebihi jumlah yang ada di negara lain....

Spesis babi yang dikira itu dicampur dengan semua jenis spesis yang ada.... Dan spesis Babi di Malaysia selalu meningkat seolah-olah seperti ada berlaku sedikit mutasi..... Inilah sedutan kata-kata dari saintis terkenal itu....

"Jumlah babi di Malaysia sangat banyak, sehinggakan menjangkau bilangan yang melebihi bilangan penduduk... Sepanjang kajian saya... babi boleh dijumpai di mana-mana sahaja.... Sehinggakan ada sesetengah spesis babi di Malaysia nie sudah berlaku proses evolusi yang melampau!"

Bila diajukan soalan yang seterusnya oleh wartawan-wartawan dari Malaysia...

Wartawan: Boleh anda terangkan bagaimana contohnya babi yang sudah berevolusi itu?

Saintis: Begini....semasa saya membuat kajian...tetiba rakan saya menjawab telefon... Kemudian saya terdengar sesuatu yang mengejutkan saya....... "Oi Babi!! Mana ko babi!?" Saya terkejut!! Dia sedang bercakap dengan seekor babi! OMG!!!"

Wartawan: ..............................................(diikuti dengan bunyi cengkerik)

Saintis: Cuba anda bayangkan.... Banyak mana babi-babi di Malaysia nie yang sudah berevolusi.... Saya tanya kepada kawan itu.... Anda sedang bercakap dengan seekor babi? Dia menjawab...."YA!!! Babi betol!".... Can u believe it?"

Wartawan:.................................. (cengkerik lagi)

Saintis: So...saya membuat kesimpulan....populasi babi lebih dari bilangan manusia di Malaysia nie...

Wartawan: ..................... (pengsan....diikuti bunyi cengkerik....)

Kesimpulannya..... Sama macam dekat TV discovery....Semuanya bukan boleh percaya pun... he he he (TETIBE)

P/S: Cerita ini rekaan semata-mata....hehehe Dan jangan menyumpah guna BABI! nanti ada mat saleh salah buat fakta...:D

Monday, September 24, 2012

Dulu Gangnam, Sekarang Demam Adele Sebab Shila Amzah

Gangnam Style...satu style yang sangat popular sekarang... Tapi aku harap gaya nie tak menular sangat di kalangan kita nie.... Cukup la dengan Malaysian style... Sebab Malaysia kan Truly Asia... So...tak yah nak ubah style.... Ini style kita.... kan? Tapi sekarang ada demam baru pulak....demam Adele... Ni gara-gara Shila Amzah memang Asian Wave 2012 la nie...

Untuk pengetahuan yang masih tak tahu....Shila Amzah dah menang pertandingan Asian Wave 2012 yang diadakan di China baru-baru nie.... Dan salah satu lagu yang dipersembahkan semasa pertandingan....ialah lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Adele - Set Fire to The Rain...

Sejak Shila Amzah menang...lagu nie dah jadi popular gila-gila kot... Semua persembahan yang aku join mesti ada nyanyi lagu nie.... Radio pun sama...Haih.. Tapi memang best lagu nie... Dan Shila Amzah nyanyi pun best gak.... Dan lagi cantiknya...Shila Amzah buat persembahan dengan bertudung...Memang menunjukkan this is Malaysian Style.. Sape kate artis tutup aurat tak boleh pegi jauh! (Sebab tu aku buat entri nie)...Cer dengar dan tengok....


Kalo nak tau lagu asal....Nie dia.... Lebih kurang la kan....Ke lebih baik? huhu...


Shila Amzah persembahkan lagu nie masa peringkat saringan (kot..tak pasti).... Masa final...dia buat persembahan lagu lain...Dan salah satu lagu yang dipersembahkan adalah dalam bahasa Mandarin...Memang terbaik....

Aku sokong ajer sesape artis yang menunjukkan fesyen sopan dan menunjukkan style Malaysia nie... Kalo yang jenis celop...jenis yang dah takde identiti Malaysia...Sori to say la kan.... Aku tak sokong punyer... Popular ke tak popular.... Gua tak layan... Gua layan yang ada identiti Malaysia je... Kata negara Islam kan... Please show the Islam Way (At least pada fesyen kita)... No celop-celop....No Gangnam... :)

P/S: Semoga lebih ramai artis berjaya bukan saje di dunia...tapi di akhirat..:)