Sunday, December 22, 2013

Empat Fakta Sejarah Melayu Yang Jarang Orang Tahu


Sebenarnya ramai yang tak tahu pasal sejarah melayu yang sebenar... Ramai yang suka cakap pasal sejarah melayu...Cedok dari buku KBSM ajaran sekolah rendah dan menengah.. Rasa macam dah betul gile dah diri tu dengan ilmu secubit garam... Haiyo... Nie nak bagi sikit fakta yang memfaktabkan diri yang suka memperlekehkan dan memperkotak-katikkan melayu nie.... Baca dan faham... 

Agama Islam
Ramai duk kata yang melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan... Ermm... tu sebab korang dah lahir dalam agama Islam.... Sedangkan sejarah asal melayu menunjukkan melayu nie bukannya sejak lahir dalam agama Islam... Mengikut sejarah asal melayu, agama yang dianuti sebelum Islam adalah hindu dan buddha... Melayu nie kaum yang agak tua... Sebelum kedatangan Islam lagi dah ada kaum melayu... So... selepas melayu mendengar akan kedatangan agama Islam... Maka empayar melayu ketika itu iaitu Srivijaya menghantar surat kepada kerajaan Islam sezamannya iaitu Empayar Umayyah, atau lebih tepat kepada Saidina Umar Abdul Aziz... Maka berlakulah proses kemasukan agama Islam secara beramai-ramai kerana pemimpin tertinggi secara sukarela masuk Islam diikuti dengan seluruh rakyat jelata.....

Institusi Raja-raja melayu
Institusi raja-raja melayu adalah yang tertua di Asia Tenggara yang masih ada kedaulatannya sampai sekarang.... bukan di Thai bukan di Khmer... Tau Khmer tu katne? Lebih kurang kat Kemboja gitu... Ada jugak institusi raja melayu lebih tua iaitu di Burma, Jawa, Laos, dan Vietnam tapi telah pupus... Institusi Raja-raja melayu sangat disegani kawan dan lawan... Dan dipercayai juga, adanya institusi raja-raja melayu ini kerana menyimpan satu rahsia tersirat dan tersurat berkenaan sejarah asal-usul ketuanan melayu.. :)

Selat Melaka
Selat Melaka nie adalah selat paling sibuk di dunia... Selat yang paling direbuti dan diingini kuasa-kuasa besar dunia.. Selari dengan namanya... kesibukan Selat Melaka berada di kemuncak ketika era Kesultanan Melayu Melaka.. Satu persoalan...adakah mampu keamanan Selat Melaka dijaga hanya dengan keris dan tombak? Tembok kayu dan daun nipah? Pastinya itu adalah satu fakta yang terfaktab...ditipu dan dipusing oleh penjajah.... So.... cari balik macam mana sebenarnya kehebatan kesultanan melayu Melaka ketika itu sampaikan empayar di China pun bersahabat dengan kerajaan melayu ketika itu..... :)

Aborogine Malay
Orang Melayu adalah berasal dari induknya iaitu Austronesia/Nusantara.Orang Melayu sehingga ke hari ini tetap mengekalkan bentuk protonya iaitu Orang Asli yang terkelompok dalam Aborigine Malay.

Buat pengetahuan korang..Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Aslian (terbahagi pula kepada dua iaitu Semang/Negrito dan Senoi) dan Aborigine Malay/Proto-Malay. Aborigine Malay sebagai contoh ialah Orang Laut,Jakun,Seletar,Orang Kuala dan Temuan.

Aborigine Malay berbahasa mirip bahasa Melayu dan terkelompok dalam kelompok Austronesia dan rapat dengan kehidupan orang-orang Melayu (Deutro-Malay) sejak zaman-berzaman. Dalam sejarah...Aborigine Malay selalu mengumpulkan hasil hutan di pedalaman dan diserahkan kepada orang Melayu yang kerap berdagang dan berlayar ke luar negeri.

Kewujudan Aborigine Malay adalah bukti paling 'angker' untuk mengukuhkan orang Melayu sebagai The Undisputed Indigenous yang memusnahkan semua khayalan orang asing yang dengki tidak berkesudahan dengan nikmat yang Allah swt kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dari kalangan orang Melayu. Dengan kata lain,Proto Melayu atau Aborigine Malay ini adalah 'bukti hidup' kepada premis orang-orang Melayu sebagai penduduk asal dalam konteks di Malaysia!! 

Fakta ini dipetik dari Srikandi

Sesetengah dari kita nie malu nak mengaku yang kita nie melayu.... Rasa rendah diri bila cakap pasal bangsa dan sejarahnya... Walhal sejarah kita sangatlah tip top dan hebat di mata dunia yang tahu sejarah sebenar.... Bukan juga patut berbangga lebih-lebih sampai sombong bongkak bila berjumpa bangsa lain.... Kita nie hebat... tapi kita juga hebat dalam budi bahasa... lemah lembut dan sopan berbicara..... So...kenapa nak tiru bangsa lain sedangkan kita sejak dari dulu adalah suatu bangsa yang hebat dan dihormati? Mungkin ramai dari kita nie...nama je melayu...tapi perangai dah bukan melayu.... Kan?

P/S: Tak salah belajar sejarah... Sebab sejarah membentuk jatidiri kita.. Jangan lupa belajar agama sekali...:)

Saturday, December 21, 2013

Jualan Car Boot Di UK | Murah dan Meriah

Jualan Car Boot Murah

Sape pernah join pi shopping jualan car boot di UK? Mesti kebanyakan kata beronok-ronok kan boleh shopping murah-murah kat situ? Yaaaa...memang murah beb... Aku first time dibawa geng yang dah lama kat sini...memang tak terjangkau dek akalku la kan... Sebab aku tak penah pegi car boot sale nie... Walaupun kat Malaysia.. pernah dengar-dengar gitu je... he he..

Kat sini...syurga kaki shopping beb! Barangan dia memang banyak sangat.. dari toilet bowl a.k.a mangkuk tandas...sampai la ke kusyen sofa yang empuk lagi baru! Haaa.... mungkin ada yang fikir car boot sale nie jual barang terpakai yang dah buruk lagi takde kelas kan... Sape cakap....barang baru pon ada! Barang terpakai pun ada jer yang baru-baru...siap dalam plastik bertag asal lagi... he he...

Range harga.... ermm... kalau yang baru tu...expect mahal la sikit kan.. tapi kat car boot di UK nie...banyak bawak syiling 1pound je beb.... Baju sejuk 1pound... Baju baby 1pound... toys fisher price pun ada yang 1pound... coffee maker machine pun dapat 1pound beb kalau ada rezeki! Haaa... sape yang tak gile... gile membeli...he he he...

Sofa baru bai..

Buku ada... barang dapur ada..

Baju-baju.. vakum pun ada..hihi

Siap ada tempat parking.. ramai kot yang datang..

Ni kawasan dalam sikit.. besar kot tempat dia..

Ni dekat pintu masuk...

Sememangnya kat sini tak pelik dapat barang baru dalam 1pound je weh.... sebab aku rasa trend sini kot macam tu.... Rumah depa kecik-kecik jer.. nak save letrik dan heating gas punyer pasal... pastu  barang rumah mesti nak tukar baru bila tiba nak raya.. Christmas la.... So... depa nie sanggup jual je beb murah-murah.... Tu kire ok la tu... member aku dapat sofa dan rak tv yang elok lagi....Free beb! Kalau kite la kan...guna sampai lenjan la kan... hu hu..

Nie la orang kata... people's trash can be another people's needs... Haaa...lebih kurang ler tu.. Orang lain tak nak...tapi ada je orang nak barang tu... Maka wujud la carboot sale... Best ooo... Orang macam aku nie datang car boot...memang ibarat bulan jatuh ke riba la... Ye la.. elaun belajar berapa jer kan... Datang ke UK tak bawak ape-ape... masuk rumah sewa baru mesti banyak kena beli kan... Nak beli baru semua...botak la kepale beb... he he... Shopping je ler kat car boot... asal ade je dulu... hee..

Dah la murah...boleh nego lagi... kekadang harga barang dah 1pound dah... tapi lepas nego punyer nego..dapat tiga barang 1pound! Muahahahaha... bangga gila kalau dapat macam tu... Saving yang melampau-lampau... Boleh la simpan sikit elaun untuk plan seterusnya.... jenjalan across UK ker... pegi Europe ke.. hihi.. dapat simpan 1pound pun bermakna woo untuk masa depan... Survival kot kat sini.. :p

P/S: Tengah plan nak jenjalan London... Harap-harap dapat la kan..huhu

Friday, December 20, 2013

Perbandingan Ekonomi Perbelanjaan Di UK dan Malaysia

Semua kita dah tahu..Kenaikan segala jenis harga dan perbelanjaan semenjak dua tiga menjak nie... Gula naik lagi.. Minyak naik lagi.. Tol naik lagi.. Tariff bil pun naik.. Ramai yang dah terasa dengan kenaikan tu.. nampak sikit je kan.. tapi bila campor semua perbelanjaan tu.. cekik darah jugak... 

Yang terasa...biasalah..golongan sederhana la kan... yang dapat gaji 10000 sebulan tu memanglah tak terasa... tapi ramai ke golongan bergaji besar di Malaysia? Sape keje menganalisis peratusan majoriti gaji rakyat di Malaysia? Sila tampil dan berikan fakta tu.. Kalau ikutkan spekulasi..majoriti penduduk di Malaysia nie cuma bergaji lingkungan rm3000 sebulan kan?

Ok... Ada orang cakap..Rakyat Malaysia nie dah senang... setakat naik sikit-sikit tu pekedehal... Dan sesetengahnya pulak duk bandingkan dengan negara-negara miskin.. nak tunjuk kadar kebuluran kita nie masih kurang... kadar keikatan perutan kita nie masih di kadar yang tak membimbangkan orang-orang yang bergaji besar nie... Yang duk banding dengan negara mundur buat apa??? Nak ke kita kembali ke zaman kemunduran? Bila nak maju ke depan kalau asyik duk bandingkan dengan orang di belakang? Kan?

Ok..ada jugak banding dengan negara maju..UK contohnya... tapi duk convert harga ikut mata wang.. cakap sana walaupun murah di mata, tapi mahal di hati.. ye la.. 1pound tu sama dengan rm5.00 lebih kita... kira tetap mahal la kan walaupun singgit UK... Ermmm... logik separuh je.. sebab yang diconvert nya harga barangan SAHAJA.. gaji? haaaa....nampak permainan di situ..

Baik... cara nak bandingkan nie kenela betul... kalau banding sesuka hati...takkan jadinya... contohnya nak bandingkan epal dengan pisang... nak bandingkan kereta dengan bas... takkan sama! So..dalam ilmu sains kajian tempatan yang betul... setiap perbandingan kenelah dengan nilai yang betul...unit yang sama... dalam dunia penyelidikan ... selalu digunakan satu perbandingan yang diberi nama "non-dimensionless" atau ertikata ibundanya.. pemalar yang tadak unit...

Untuk perbandingan ekonomi antara UK dengan Malaysia nie... eloklah dibandingkan dengan kadar belanja per kadar pendapatan... baru sama... faham tak adik kakak cik abang cikebum cikebum sekalian? Bila dah di per kan dua unit yang sama...maka unit matawang itu terhapus...maka jadilah satu pemalar non-dimensionless... baru orang kata compared apple to apple...

Ok...contohnya pendapatan seseorang di UK sebanyak 1500pound... ni gaji orang-orang taraf kerani nih.. pound dgn RM same je bab gaji kerani..1500 jugak angka dia..yang beza sini dlm pound kat Malaysia negara yang aman dan sejahtera tu dalam RM...nampak sikit je kan... ok.. belanja di UK ni.. 50pound tu dah penuh troli di pasaraya beb... komfem penuh troli.. aku dulu macam tak percaye jugak.. hah... bila tuan badan sendiri duk sini... memang penuh! dengan ada bawang,gula,minyak masak, ayam, daging, ikan, sayur, butter,roti,semua lah... cukup dengan 50pound.. ok..tolak sewa rumah dalam 600pound.. bil-bil dalam 100sebulan..(ni pun dah kira membazir dah tu) .. kira-kira belanja bulanan dalam 1300 sebulan... nie pun dah mewah giler-giler la bab makan di UK.... tak perlu ikat perut langsung... makan penuh meja hari-hari.. penjimatan berkadar 10% je kot... so... kadar non-dimensionless dia.. 1300/1500 = ?? Hah..kire sendirik...

Di Malaysia... Gaji kerani katelah RM1700... lebihkan sikit... cuba tolak belanja... bil-bil brape? belanja dapur brape? blanje sewa rumah brape? agak-agak total brape? aku bagila estimation... dalam..... 1300??? Hihi... mesti ramai cakap ... SIKITNYA!!!!! Ke lebih ikut kiraan tuan empunya badan... haaa.... kat situ baru tahu belanja kita mahal atau pun tidak...

Nak tahu mahal ke tidak... kalau kiraan tu korang dapat lebih kecil dari kosong...maka korang takde la masalah sangat... kalau kiraan tu menunjukkan hampir sangat dengan kosong atau lebih...contohnya dapat 1.4... maknanya kadar belanja melebihi kadar pendapatan... maka YOU ARE IN MONEY TROUBLE... Dekat UK serius duit 1500pound tu dah cukup... siap ada kete..umah sewa..belanja makan tak payah nak ikat perut.. dah kira happy living dah.. kalau gaji lebih dari tu.. memang lagi bes la... Sebab apa? sebab kadar belanja per kadar pendapatan depa sangatlah rendah... Memang la dari segi matawang depa ni mahal kalau ditukarkan ke RM.. tapi harga barangan depa jauh lebih murah berbanding harga barangan kita kalau dibandingkan dengan pendapatan purata penduduk di Malaysia... faham?

Kalau betul la nak samakan matawang... sebab ada jenis yang tak puas hati dan tak faham-faham cakap nak compare kenelah guna tukaran wang kan... ok baik... gaji purata di UK 1500 dah boleh survive..gaji kerani... so.. kalau betul nak convert.. sila bagi gaji kerani di Malaysia sebanyak 1500 x RM5.00++ bersamaan RM8000+- kita!!! tu kalau convert secara terus... so.. ada ker kerani di Malaysia mencecah RM8000 sebulan? nampak dah?

Sebab tu lah dikatakan mahal... harga barangan tidak selari dengan pendapatn kebanyakan... bukan nak membantah membabi buta tuli pekak dan bisu..tapi kesian la kat warga marhaen nie... Golongan kaya takpe.. sebab depa dah banyak duit... golongan marhaen yang baru nak membukak tapak kehidupan? Yang baru nak berumahtangga.. yang datang bekerja bermula dengan sekangkang kera sebab family kat kampung takde duit? Yang berhutang dengan PTPTN.. yang baru nak beli kete dan rumah?? Silalah renung dan tolonglah mereka...

Barangan yang naik kebanyakannya majoriti yang guna... miskin dan kaya semua nak guna.. kalau yang naik tu barangan orang kaya only...aku ok jer... sebab tak kacau perbelanjaan orang miskin nie... contohnya naikkan harga kereta mewah.. naikkan arak yang haram tu... naikkan harga tiket konsert antarabangsa yang menjurus kemaksiatan tu... naikkan harga sewa hotel 6 bintang... haaa...barula tak kacau golongan marhaen...ni naik gula...minyak...letrik...lepas ni GST pulak... kenapa marhaen yang kena?? Kalau yer pon nak dinaikkan...dah tak boleh dielakkan lagi..kalau tak naik boleh hancur MALAYSIA nie.. sampai tahap dah TAKDE JALAN LAIN nak selamatkan MALAYSIA nie..Aku cadangkan dibuat satu kaedah membantu mereka yang berpendapatan sederhana nie... bantuan menyeluruh supaya yang terasa kenaikan cuma golongan kaya melampau tu haa..... contohnya dibuat kad diskaun khas untuk golongan berpendapatan rm2000-rm3000 ke bawah.. contoh je ni ok...contoh... kan ok jugak... kad diskaun tu boleh kurangkan harga tol atau dikecualikan tol... kad tu boleh mengurangkan harga minyak.. semacam kad subsidi khas bagi golongan yang tak berkemampuan... tu baru rakyat didahulukan... Diberikan win-win situation punye kaedah nak selamatkan ekonomi..bukannya sebab nak jaga periuk nasik sendiri...golongan yang sederhana nie yang tanggung derita..

Ataupun menaikkan gaji mereka yang berpendapatan rendah nie... yang dah cecah berpuluh ribu sebulan tak perlu naik pun takpe..dikurangkan jugak adalah lebih baik... ye la.. CEO sampai hampir cecah seratus ribu.. gila aper... gaji RM40000 tu pun dah kira melampau banyak...  kurangkan jurang kemiskinan... biar semua senang..bukannya menindas.. Apa kata gaji cuma dalam range rm3500-rm20000 je semua jenis kerja... kecikkan jurang... tengok apa kata mereka yang kaya-kaya... Amokan serigaja jadian terus barangkali..he he.. Persoalan yang timbul...mana kata-kata rakyat didahulukan yang dicanang-canang?

Aku bukannya nak komplen suka-suka... tapi dari pemerhatian dan hujah.. aku pun seorang rakyat biasa... sokong bukan ikut bendera parti.. cuma berdiri sebagai rakyat biasa, seorang yang berfikir kalau boleh ke arah nak jadi  seorang muslim yang sejati...bukan nak hina...bukan nak caci.. tapi ternampak la jugak kesan buruk dengan cara kenaikan sekarang... Kenapa geng yang tak berduit nie jugak yang jadi mangsa? Ramai-ramai duk dalam parlimen...yang kononnya sanggup berhujan panas sekali dengan rakyat..sanggup mencemarkan kaki masuk gali longkang sekali dengan rakyat.. hanya boleh bagi solution naikkan barangan senang-senang macm tu jer?? Hmm.. something to ponder about.. Something tak betul la kan... 

Yes segala benda kene dapat persetujuan 2 per 3 dalam Parlimen baru boleh buat... bantah pun kene seramai tu baru valid bantahan... so.. maknanya 2 per 3 dalam parlimen setuju kenaikan? Sape yang setuju dan sape yang tak setuju...? Please guys... please.. cuba fikirkan dari akar umbi... bukan secetek harga naik jer.. tapi di mana punca sebenar berlaku perkara macam nie... sila letak tepi pasal parti sat.. duduk bincang...fikirkan sama-sama.. dan cari penyelesaian..yes sekarang masih aman (aman kan?) ..takkan nak tunggu mayat bergelimpangan baru nak sedar? sudah terhantuk baru terngadah??  Harap jelas di hati..bukan di mata.. sebab mata senang ditipu.

P/S: Aku rasa..pepatah menang sorak kampung tergadai sangatla tepat untuk negara kita yang tercinta... OOohh...Malaysia masih aman... :)