Thursday, January 14, 2016

Krisis Peperangan Di Syria - Kebuluran di Madaya


Dalam daerah Madaya - bandar yang dikepung, kanak-kanak dan penduduk Madaya berlapar.. sanggup memakan daun-daun pokok, rumput, kucing dan serangga... Rejim Assad memaksa penduduk Madaya hidup dalam kelaparan - mengikut statistik sehingga hari nie, seramai hampir 40,000 orang telah meninggal dunia akibat kebuluran. 

Gencatan senjata telah dilaksanakan di Madaya bermula September 2015 tetapi penduduk Madaya masih terperangkap di sana, kebuluran mencari sesuap makanan..Bagi yang berhajat untuk menderma dan memberikan bantuan kepada penduduk Madaya, boleh melalui saluran Islamic Relief  atau mana-mana badan NGO yang lain untuk membantu penduduk di Madaya, Syria.

Itulah kesan peperangan.. Tak sanggup melihat keadaan penduduk di sana... seidkit sedutan dari video Youtube ini...semoga memberikan keinsafan dan motivasi untuk sama-sama memberikan bantuan kemanusiaan kepada mereka.... Dalam statistik terbaru dari Disember 2015 hingga awal Januari 2016.. seramai 30 orang telah meninggal dunia akibat kebuluran....



Kita takkan dapat hentikan peperangan dengan bantuan ini, tapi sekurang-kurangnya kita cuba selamatkan nyawa penduduk Syria yang tidak bersalah dari seksaan kebuluran... Cuba bayangkan jika mereka itu kita... Madaya itu daerah kampung kita... apa perasaan kita... 

Friday, January 8, 2016

Hidup Seorang Pelajar PostGraduate Master - PhD (Eksperimen)

Dalam entri ini, aku akan cuba kongsikan pengalaman berkenaan menyambung pengajian untuk Master dan PhD (Experimental Base). Bagi yang sebelum ini berpendapat, belajar peringkat Master dan PhD ini adalah lebih kurang sama dengan degree... anda salah! Mungkin lebih kurang sama jika korang ambil Master berbentuk courses yang belajar dalam kuliah... tapi bagi yang mengambil Master by research dan melanjutkan lagi pengajian ke peringkat PhD (sah sah takde course work)... Perlu ubah mindset korang tu...

Aku akan banyak bagitau pengalaman lebih kepada experimental base, kerana aku memang fully experimental base dari Master, hingga lah PhD (masih struggle untuk habiskan, doakan supaya dipermudahkan..Aminn). Bagi yang ambil Master dan PhD yang bukan experimental base, aku tak nak komen lebih. Cuma yang boleh aku cakap...tempoh pengajian korang banyak bergantung kepada diri sendiri... Sebab tidak ada faktor lain yang akan mengubah jalan berliku korang nanti..Ada..tapi kurang.. 

Bagi yang macam aku (experimental base), tempoh pengajian sangat bergantung kepada faktor-faktor luar... Yes, ramai yang cakap, "Kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, kita akan berjaya" ... Atau... "Semuanya bergantung pada kita, kita rajin, kita dapat kejayaan". Atau... "Jangan risau, kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita!" :D

Ok, boleh abaikan ayat last tu, gurauan dalam keseriusan. Ada betulnya... kita memang kena berusaha bersungguh-sungguh... kene habiskan masa banyak untuk menggali sumber-sumber pengetahuan yang sebelum ini tidak terbayang akan dicapai dan dibaca... Tapi.... Biiiiiggggg TAPI.... kalau pengajian korang experimental base.... Tempoh pengajian lebih banyak bergantung faktor luar... serius cakap... Aku listkan faktor-faktornya:


  • Supervisor (faktor paling common untuk postgraduate)
  • Co-supervisor atau Sponsor
  • Technician
  • Equipment (Peralatan)
  • Hasil data 
Nampak sikit kan...? Mengikut pengalaman aku, faktor yang tiga last tu adalah faktor utama yang akan menentukan tempoh pengajian Master dan PhD korang.....3 tahun atau 5 tahun... ujian emosi dan tekanan perasaan...Time management nak bahagikan antara workload student dengan keluarga... Kelima-lima faktor memainkan peranan...  Aku akan bagi reason satu persatu...

SUPERVISOR
Yang nie memang common la kan..... kalau SV kita tu jenis pro-aktif, semalas mana kita pun, kita akan jadi rajin.... Cuma kalau jenis yang pro-aktif, korang kene banyak sabar dan keras hati la sikit.... sebab korang akan selalu kena maki... Serius! Kene maki! Sambung dalam negara mungkin ok sikit kot.. sebab kita masih ada adab sopan santun ketimuran... diorang tak.. Student postgraduate nie diorang anggap macam employee... Korang tak siap keje, keje tak memuaskan, bersedialah kene maki.. Muahahaha... Ohh...sori... terbawak-bawak... 

Kalau SV korang jenis rilek.... Maka korang rilek la sikit... tak kene marah, tak kene sound maki hamun.... tapi BEWARE! Jenis nie boleh menyebabkan korang hanyut dibuai masa! Korang yang kena mempro-aktifkan diri korang sendiri.... Kalau tak...hanyut beb... Ini bukannya degree, datang kelas, belajar, dapat ilmu... Sekarang....kalau nak ilmu... kene cari sendiri... kene cuba dapatkan "gap" kosong apa yang boleh dijadikan sebagai tajuk utama pembelajaran.... Jumpa SV sekadar berbincang tentang apa yang korang dah hadam... Cukup ke tak cukup lagi... Kalau dah cukup... SV bagi hint baru... cari lagi... sampai jumpa "gap of knowledge"..

Yang paling penting...jangan gaduh dengan SV... Gaduh bermakna.... FAIL! Senang je kan postgraduate nak fail... Sebijak mana pun korang, jangan lawan cakap SV... Sebab tu realitinya, sambung master dan PhD nie, tak semestinya yang lulus tu adalah bijak...sebab ramai yang bijak fail bila sambung postgraduate! 

CO-SUPERVISOR/SPONSOR
Yang nie pun main peranan penting.... Yang mana jenis sambung belajar sebab sponsor suruh (macam company ker... title pengajian adalah dari company ke) yang nie pun boleh memeningkan kepala.... Memang best bila dia bagi sponsor lebih... dapat duit lebih sambil sambung kan... projek pun senang jalan sebab duit ada... Tapi, yang akan memeningkan kepala korang, nak memuaskan hati kesemua pihak yang berkenaan... Yang SV, nak lebih kepada akademik, yang sponsor nak lebih kepada objektif company... korang kat tengah-tengah.... pening beb..

Co-sv pulak.... macam kes aku sekarang.... SV aku specialist dia lebih kepada theoretical, Co-SV aku memang pakar dalam experiment. So, bila dah masuk makmal, lebih banyak jumpa co-sv... Masa nak start sambung belajar dulu, manaaaa la korang nak kaji bakal co-sv kan... Sebab co-sv nie korang hanya akan tahu bila dah datang ke tempat belajar tu...Dalam negara mungkin takde masalah, sebab kebanyakan co-sv tak mainkan peranan besar, Kat luar negara, dua-dua memainkan peranan besar... Sebab dilantik co-sv bila difikirkan sangat perlu je... So, al-kisahnya.... Dah dapat SV baeeek punyer.... Sekali dapat co-sv yang tak berapa baik.... Pun sakit jugaaak.... 

Aku dapat Co-SV yang agak prejudis dengan "Asian people"... Dia tegas, kekadang baik... tapi jenis tak nak faham masalah orang lain... Dan tak kahwin lagi... So, aku nie kira full package yang dia tak suka la kot... Seorang muslim..Asian look (Chinese look maa). dah ada anak dua orang.. So, kekadang kita ada masalah kesihatan anak la... kesihatan isteri la... nak solat la..(lagi-lagi solat jumaat) Cabaran beb...cabaran... Kekadang masa run experiment, cakap nak ke tandas, walhal nak solat kejap. Lagi satu.... walaupun cakap bahasa diorang (English)... tapi dia jenis British pekat kot... tak faham ape yang aku nak cakap.... Contoh senang, anggap la aku macam orang Bangladesh, sambung belajar di Malaysia, cuba cakap Bahasa Melayu dengan co-sv (melayu) yang prejudis dengan orang Bangladesh... Walaupun aku cakap benda betul, tetap macam salah.... Bila cakap benda sama dekat SV, elok-elok je dia faham... Ahh...whatever... Sabar sangat penting bila dah kene cabaran macam nie... Rasa sangat bersyukur bagi sesape yang sambung kat dalam negara tu.. Takkan ada masalah komunikasi macam nie.... 

TECHNICIAN
Nie penting beb... kalau pengajian korang banyak kene masuk lab, korang kene aware benda penting nie..... Yang jenis lab skala kecil, macam lab microchemical ke ape ker...aku rasa yang penting dapat kunci je kan.... Dapat akses, dah sangat ok... Lab yang macam aku, yang nak guna wind tunnel, kene ade PIC (Person-in-charge) setiap masa... Takde diorang, tak jalan keje aku... So, katelah korang dah semangat nak buat lab nie... Diorang pulak takde... tak sihat ke..ada meeting ke... kursus ke....tak jalan jugak. Yang part tak bes nyer... Setiap alatan kekadang ada tempoh availability dia... time available tu la diorang takde... Bila korang ada urgent (anak sakit ke..), diorang pulak request nak buat experiment.. bila bagitau tak boleh buat sebab anak sakit ke ape ke...Diorang tak nak ambil peduli... So... berbelah bahagi antara keutamaan family atau nak kejar 3 tahun punye dateline (kalau PhD)... Apa nak buat? Sakit hati woo...

Kat luar negara, technician diorang lain... sangat menepati masa (Bukan nak puji yer..baca dulu)... Start pukul 9, balik pukul 5. No extra time! Kat dalam negara, kalau technician setuju... korang boleh lenjan sampai ke malam, sebab diorang boleh claim OT.. (Big thank you untuk technician yang tolong aku masa master aku dulu..sampai malam kitorang run eksperimen.. Boleh kawtim, asal kita jangan sombong) Tapi kat luar negara (UK contohnya), diorang takde OT... so, pukul 5 balik. Keje ko siap ke, tak siap lagi ke... sambung esok. Nak start awal pukul 7 (sebab korang jenis rajin giles)...pun tak boleh.... start pukul 9. 

Nak buat weekend....jangan harap... lab tutup.. sebab PIC takde.... Nak run eksperimen kene ikut masa technician... Kalau rehat dia 1.00-2.00...itulah rehat korang jugak.. Nak solat? pandai-pandai (kat luar negara, tak semesti pukul 1.00 tu waktu zohor, boleh jadi nak masuk asar dah.. Pukul 4 boleh jadi dah maghrib.. depend pada musim)... Kalau jenis memahami, boleh bagitau (syukur sangat)..kalau jenis tak faham.. hmm... Itu antara korang dengan Tuhan.. Nampak dah sikit-sikit faktor luar yang aku maksudkan? Tu baru sikit beb..... 


EQUIPMENT (Peralatan)
Yang nie adalah THE MOST IMPORTANT THING.... Kalau korang ambil master or PhD experimental base.....yang nie la yang akan menjadi faktor utama..... Aku ingat lagi masa aku ambil master by research dulu kat dalam negara... Aku sangkut pasal equipment nie dekat setahun! Sebabnya... equipment tu dah tak tahu condition dia sebab dah lama tak guna, nk repair balik kene ada bajet... Nak dapatkan kelulusan bajet nak repair, kene ada quotation dulu,, you know.... lebih kepada proses dalaman nak repair dan nak try run ok ke tak... Duk buat quotation itu ini dengan tender-tender...masuk meeting itu ini.... sekali sangkut...tak lepas..kene tukar tajuk sebab takleh guna alat tu...  rugi masa macam tu je... 

Untuk PhD pulak.... kes dia lain sikit.... Alat ada.... cantik dah... Tapi certain equipment not available sebab rugi masa nak masuk dalam dia punya waiting list.... Aku nak guna PIV (Particle Image Velocimetry), tapi alat tu macam pisang panas kat Univ sini.... So, kene masuk waiting list, dan tempoh availability dia pun terhad... so, untuk selamat, SV cakap don't use it. 

Itu satu hal... experiment skala besar macam aku..... setiap alat yang aku nak guna... kene kalibrasi dulu... nak check boleh pakai ke tak... Masih ok ke tak alat tu.... So, sebelum start experiment, korang akan buat banyak pre-liminary experiment semata-mata nak tahu alat tu ok ke tak.... Kalau ok, alhamdulillah....In reality, tak semuanya ok.... Bersedialah.... Bila tak ok nie la yang akan merugikan masa korang....macam aku. Dah buat pre-liminary experiment... dapatkan data.... wind tunnel tu tak tunjukkan data yang cantik.... Kene cari kenapa dan mengapa.... Bukak journal...bukak buku.... cari nak selesaikan masalah... Kalau jumpa, alhamdulillah....tak jumpa? Haaa...... itu lah cabarannya...

Dalam wind tunnel, aku nak guna dua jenis alat lain, dipanggil Hot-Wire Anemometry (HWA) dan 5-holes pressure probe untuk dapatkan data kajian aku..... Dua-dua kene buat pre-liminary experiment....lagi! Dari sudut teori, alat tu dapat tu dapat nie... ada equation dia... bla bla bla... Bila buat kalibrasi... Dan check data dia.... tak semestinya sama dengan teori dalam buku!! Itu realiti buat eksperimen... Kalau elok...alhamdulillah.... kalau tak elok... kenapa dan mengapa.... Kalau dapat tahu kenapa.... antara tukar yang lain (sebab condition dah tak elok) atau teruskan guna yang tu (kalau penyebab error tu dijumpai).... Kene ingat...setiap alat macam kereta...ada ragam dia tersendiri.....  Masa yang dah terbang melayang.... depend pada korang (mencari kenapa dan mengapa), technician (nak buat eksperimen tu.. nak setup lagi... ) dan equipment (kalau dah ada standby yang lain, ok.. kalau takde..kene beli baru... kene repair..atau apa-apa keputusan dari SV, dan Co-SV)

Itu tak termasuk bahagian seperti fabrication untuk test model lagi... Sesetengah eksperimen korang kene buat test model sendiri untuk eksperimen korang... Sediakan project plan untuk eksperimen... Dalam project plan tu ada sekali idea baru (PhD) korang untuk direalisasikan dalam eksperimen nanti... Kadang-kadang kalau test model tu ada elemen lain seperti electrical engineering ke... structure engineering ke... Korang kenela belajar jugak sekurang-kurangnya basic knowledge untuk bahagian tu... Contohnya macam eksperimen aku... untuk test model, aku kene belajar jugak actuator system untuk test model... Perlu bagi reason pulak kenapa dan mengapa... Academic reason.. rujuk journal ke ape ke.. (kekadang rujuk journal yang takde kaitan langsung dengan bidang korang) bukan pakai ikut suka hati nak buat je... kalau kene fabrikasi baru, korang kene sediakan plan dia.... Bil dah siap fabricate, kene test dulu ok tak... Kan banyak keje tu...

Dah nampak kepayahan experimental base? Nampak kan bezanya dengan yang jenis mengadap buku dan jurnal semata-mata, sosial sains yang banyak guna data based on questionnaire, simulation dan computer based result.... Setiap bidang ada keunikan dia...in terms of its challenge! Dan inilah cabaran research jenis eksperimen... 

HASIL DATA
Nie lagi satu hal..... Bila dah lepas semua duri-duri di atas...... Maka korang buat la eksperimen... Dapat data..... buat analisis....Guna software jugak... kiranya ada jugak la part of computer based knowledge kitorang kene tahu... Kene belajar lagi pasal nie kalau tak tahu... habis masa lagi kat situ... Pastu, bila buat analisis, sekali tak dapat pulak apa yang dikehendaki.... dapat result pelik.... dapat result yang memeningkan kepala SV....Sebab masa nie, data yang korang dapat tu dah dikira benda baru...tapi masih boleh tahu logik ke tak logik..base on pada teori asal.. Kena la cari lagi kenapa dan mengapa..... semua jenis buku terpaksa dibukak.... Statistik analisis termasuk.... kot-kot salah masa pemprosesan data...

Bab run eksperimen.... bukannya sekejap... lama bai... macam eksperimen aku... walaupun preliminary experiment je... satu eksperimen makan masa 2-3 jam... Kalau ade 20? Tu baru preliminary.... kalau yang real...agak-agak 20 ke? Mesti lagi banyak.... Setiap kali run korang tak boleh tinggal pergi minum kopi sat... pastu datang balik lab...tak boleh! Kene la duduk situ skali... Kalau 2-3 jam satu eksperimen... agak-agak berape eksperimen je sehari... dalam 2-3 je kan... berapa hari untuk habiskan eksperimen? Kira lah... Tu belum nak analisis data... analisis error lagi... Kalau kena repeat... huhuhu...

Eksperimen skala besar memang kebanyakan akan terjadi macam nie... Ini bukan eksperimen dalam kebuk wasap.. controlled environment... Eksperimen guna wind tunnel macam aku (contohnya), apa-apa boleh jadi... ada habuk melekat di salah satu equipment (HWA contohnya) pun dah menyebabkan bacaan data lari jauh.... Salah setting equipment pun boleh menyebabkan error... Nak kene buat lagi eksperimen? Masa beb...masa..... kan KPT bagi 3 tahun je (PhD).... Banyak masa dah habis dengan technician, dan equipment dah nie... Kene cepat proses data... sebab nak writing thesis lagi.... Habis apa yang kene buat? Sempat ke? **Pengsan**



------------------------------   -     -    -     -     -     -     -     -    -     -     -     - -----------------------------------

Kekadang ramai yang tak faham keadaan kami... Bukan kekadang...selalunya ramai takkan faham... Orang kata sambung Master dan PhD boleh dihabiskan dalam 2-3 tahun... Kuat berusaha, mesti boleh punyer...well.... tengok bidang dan jenis research la...  Aku kalau boleh nak cadangkan.... Tempoh pengajian patut dikira dari sudut master/PhD based on ape.... Tengok bidang dan level kesusahan dia... Mungkin pihak kementerian sepatutnya mengambil berat lebih kepada respond dari laporan SV untuk menentukan tempoh pengajian seseorang pelajar... SV kita pakar dalam apa yang kita nak buat, diorang lebih tahu apakah tempoh sesuai untuk pengajian kita... Bukan sekadar membuat ketetapan tempoh belajar berdasarkan generality untuk semua master dan PhD. 

Kita ada Majlis Professor Negara, kita ada pakar dalam setiap bidang... Apa kata kalau dibuat satu perbincangan secara terperinci mengenai hal nie.... jangan dibuat keputusan atas golongan minoriti...Cuba tengok statistik dan kaji mengikut bidang masing-masing... Lihat juga konsep pengajian di luar negara, kalau di UK, lihat dan kaji berdasarkan bidang, cara pembelajaran, kemudahan peralatan dan lain-lain faktor yang boleh memberi satu penunjuk arah berapa lama tempoh pengajian yang patut diluluskan untuk seseorang pelajar. Lihat pulak di US... takkan sama caranya di dua negara berbeza...  Bukan setakat negara, lain universiti pun dah lain caranya....

Macam kes aku... kebanyakan yang aku buat untuk PhD, semuanya baru... Semua alat yang nak digunakan, tak pernah jumpa semasa degree dan master ... sebab tu pihak majikan aku menghantar aku untuk belajar di luar negara, untuk ambil ilmu baru berkenaan eksperimen base..yang susah nak didapati jika sambung dalam negara... Semua kene belajar dari permulaan..baca guideline for beginner.... Adil ke jika tempoh pengajiannya sama dengan orang yang dah pakar, cuma perlu mencari ruang baru dalam topik bidangnya...? Semua tu kene ambil kira sebenarnya.... Kalau ketiga-tiga faktor diatas diambil kira (cadangan SV, kajian tentang universiti, dan experience n knowledge seseorang pelajar tentang topik tersebut), aku rasa tempoh pengajian mungkin boleh diramal dengan lebih realistik... Mungkin ada yang menjangkau 5 tahun, ada yang boleh habiskan 3 tahun... Baru adil... Extension pula mungkin base on pada laporan SV dari semasa ke semasa sepanjang pengajian berlangsung, kerana apa yang terjadi semasa tempoh pengajian, dia lebih tahu...student tu tak buat keje ke...atau struggle nak kejar deadline tarikh.. 

Beginilah hidup seorang pelajar postgraduate... Sambung luar negara nie..indah di gambar je...perit dia lebih jauh dari sambung dalam negara.... Lagi-lagi bawak family sekali... Bab duit satu hal (Bagi orang kampung macam aku..)... Bab cabaran hidup di negara orang... Cabaran "Islamophobia"... Cabaran "antara dua darjat" hidup di negara orang.... Cabaran bahasa (bagi yang asalnya english tak power macam aku nie)..Banyak sangat... So. salah satu cara kitorang nak release kan tension dan stress... dengan berjalan melihat dunia baru... Tu pun kene kumpul sedikit demi sedikit dari duit yang kami dapat... ada yang amik part time job semata-mata nak hidup...  Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri... baik duk di negara sendiri... Memang tepat... Aku sokong! Sonang nak hidup!

Semoga daku dipermudahkan jalannya untuk menghabiskan saki baki PhD nie.... Aku doakan juga rakan-rakan seperjuangan dapat menghabiskan pengajian master/PhD dengan jayanya.... Orang kata berjuang belajar macam nie salah satu jihad kan ... So... selamat berjuang dan berjihad dalam menimba ilmu.... Ikhlas dan jujur mengejar ilmu.... Insya Allah...Segala-galanya Allah dah tentukan... 

P/S: Setinggi mana ilmu di cari, ilmu akhirat jangan dilupa.. Orang putih takkan faham hal nie.. so beware kalau sambung luar negara.. :)

Friday, October 16, 2015

Peperangan Di Syria: Satu Permulaan Untuk Perang Dunia Ketiga?

Sesiapa yang ikut perkembangan peperangan di Syria, mesti akan terasa peristiwa peperangan itu sesuatu yang agak pelik dan janggal. Bukan sekadar peperangan antara Syiah dan Sunni, bukan sekadar peperangan antara tentera Basyar Al-Assad dengan ISIS, Kurds dan FSA... tetapi melibatkan beberapa pihak luar juga... 

Sebelum diulas lebih lanjut, ingin aku nak jelaskan di sini... Bahawa Syria adalah satu tempat, satu negara yang sangat penting dalam al kisah akhir zaman dalam masyarakat Islam. Jika kalian berminat akan peristiwa akhir zaman, sememangnya tidak asing lagi dengan penceritaan peperangan yang akan menyusul di Syria nanti. Jadi, satu petanda jelas untuk peristiwa yang sedang berlaku di Syria sekarang. Bagi pendapat aku, peperangan yang sedang berlaku di Syria ini adalah satu titik tolak jelas, di mana ianya adalah titik tolak permulaan untuk peristiwa perang dunia ketiga nanti. 

Bukan diminta, tapi ianya akan berlaku. Sebab banyak hadis-hadis nabi menceritakan akan hal peperangan akhir zaman nie... Ini bukan Al-Malhabah..ini bukan armageddon lagi... ini adalah peperangan sebelum Al-Malhabah

Mengikut sumber berita sebelum ini, Basyar Al-Assad adalah pemimpin kejam yang membunuh ramai umat Islam di Syria. Dikatakan dia adalah replika yahudi yang inginkan penghapusan umat Islam. Tetapi mengikut sumber dari BBC, Basyar Al-Assad juga dibenci Israel. Kenapa? Kenapa Israel membenci Al-Assad? Bukan ke Al-Assad sangat kejam terhadap orang Islam? Adakah ada sesuatu yang kita tidak tahu di sebalik cerita media massa?

Sebab itu, Amerika, sekutu kuat Israel, menyokong pihak pemberontak iaitu ISIS. ISIS memang mendapat sumber senjata dari Amerika. ISIS bergabung tenaga dengan pihak Free Syrian Army (FSA) melawan tentera Al-Assad. FSA disokong oleh pihak Arab Saudi, Qatar dan Turki. Tujuan FSA adalah jelas, ingin memerdekakan Syria dari tangan puak kejam Basyar Al-Assad. ISIS? Dikatakan mempunyai tujuan yang sama tetapi agak samar dari beberapa cerita, yang mengatakan golongan ISIS ini golongan yang "buta Quran".. Mengamalkan ajaran sesat, kiblat tah ke mana.. Adakah mereka ini boneka Amerika semata-mata untuk menjatuhkan Basyar Al-Assad? Mengapa?

Sekarang datang campur tangan dari pihak Russia. Dikatakan dari media massa, adalah kerana mereka adalah sekutu kuat Al-Assad dan senjata Al-Assad dibeli dari pihak Russia. Maka secara logik akal media massa, Rusia cuba membantu kerana sumber ekonominya. 

Dari sudut yang lebih luas, Syria adalah satu negara yang sangat strategik tempatnya di peta dunia. Syria sangat dekat dengan kedudukan negara Israel... dan dekat dengan Laut Caspian dan Laut Hitam, iaitu pengkalan tentera laut terdekat Rusia. Ingat isu Cramea? Juga berada di Laut Hitam. Jadi, campur tangan Russia juga lebih kepada isu strategik ketenteraan, kerana Russia tidak mahu Syria jatuh ke tangan ISIS, atau lebih tepat, jatuh ke tangan Amerika

Jika diperhatikan dari sudut yang lebih luas, negara jiran Syria sekarang, siapakah yang telah berkuasa... jika diamati, kesemua negara sekeliling, telah dikuasai oleh pihak Syiah, pihak yang kuat menyokong pihak Amerika, termasuk Iran, walaupun dalam konteks Syria, Iran dikatakan menyokong Al-Assad kerana mereka cuba membantu Al-Assad membanteras terrorism. Pihak China dan Korea Utara juga akan masuk campur untuk membantu pihak Rusia dalam isu Syria. Pihak Amerika cuba menggunakan NATO dalam isu ini dan jika diberi kelulusan dalam mesyuarat mereka, sudah pasti banyak lagi negara yang akan terlibat di Syria nanti.

Ada dua kelompok besar dalam isu di Syria, (1) Pihak Amerika iaitu Israel, Arab Saudi, Qatar, Turki, Iran, ISIS (2) Pihak Russia, China, Korea Utara dan Al-Assad. Yang memeningkan lagi, puak Syiah sekitar negara arab itu seperti Yaman dan Iran tidak menyokong FSA dan ISIS kerana mereka memerangi puak Syiah di Syria. Mereka menyokong Al-Assad tetapi mereka juga sekutu kuat Amerika, bukan Russia.

Nampak tak keserabutan isu peperangan di Syria? Bukan sekadar FSA, ISIS dan beberapa kumpulan lain yang menentang Al-Assad, tetapi ada isu yang lebih parah dan dalam di sebalik peperangan ini. Ok, kenapa aku asingkan FSA dalam dua kelompok di atas? Kerana aku rasa FSA sememangnya cuba memerdekakan Syria, tentera yang aku rasa boleh dipanggil Mujahidin sejati. Tetapi jelas mereka tidak sebulu dengan mana-mana kuasa dunia... Lebih parah, jika ditakdirkan pihak penentang ini menang dalam peperangan.. Bagaimana mereka ingin bersatu bersama kelompok yang lain seperti ISIS dan Kurds? Jika isu tauhid digunakan, pastikah ISIS dan Kurds menyokong FSA? Atau... akan ada boneka dari Amerika yang akan dinaikkan sebagai pemimpin negara, seperti negara-negara arab yang lain?

Yang memeningkan lagi, pihak media mendakwa (dakwaan dari Washington, pihak Amerika), bahawa serangan terbaru pihak Rusia ditujukan kepada pihak FSA dan Kurds (ditafsirkan dalam berita sebagai puak pemberontak a.k.a rebel), bukan ISIS, untuk menyelamatkan Al-Assad. 

Persoalannya ialah, betulkah dakwaan itu? Adakah Amerika cuba menggunakan senjata medianya untuk menghasut umat Islam untuk menyokong mereka dan membenci pihak musuhnya iaitu Russia? Adakah dengan sentimen membenci Al-Assad dan menyokong ISIS, adalah salah satu agenda untuk menjadikan Syria sebagai salah sebuah negara yang mendengar segala arahan dari Amerika lagi seperti yang telah berlaku di Mesir, Lybia, Lubnan, Afghanistan,Iraq dan beberapa negara arab lagi? Adakah plan untuk menjadikan semua negara arab di sekeliling Israel menjadi penyembah setia mereka dahulu sebelum diisytihar Israel sebagai kuasa dunia baru akan tercapai?

Di pihak manakah Russia? Adakah di pihak Islam, adakah di pihak menentang Amerika dan Islam, atau di pihak yang berasingan sekadar merebut siapakah juara dunia dalam merebut kuasa dunia? Siapa yang betul-betul benar dalam peperangan ini? Dan jika Al-Assad tumbang, adakah Syria menjadi negara Islam yang benar? Atau menjadi tali barut Amerika seperti Afghanistan sekarang? Kalau ada umat Islam ingin menolong, di pihak manakah patut disokong? Pihak Amerika atau Russia? Atau sekadar menolong rakyatnya sahaja?

Apa pun yang berlaku, yang jelas, umat Islam Syria telah ramai yang terkorban. Isu pelarian terbesar telah berlaku...rakyat Syria tidak tahan lagi dengan peperangan demi peperangan yang berlaku dalam negara mereka. Bandar menjadi tandus, runtuh ditembak bedilan peluru. Tidak ada tempat untuk dihuni lagi...menjadi padang jarak padang terkukur. Mereka tersepit dengan "Game of War" dari dua kuasa dunia ini akibat dari pergolakan dalaman negara mereka sendiri.

Sama-sama bincangkan.... Isu Syria ini bukan setakat akan berlaku di Syria sahaja, tetapi isu ini akan merebak ke seluruh dunia...jika ianya benar ia adalah permulaan untuk perang dunia ketiga. Perang hanya berlaku jika dua gergasi bertemu... Ianya takkan berlaku antara arnab dengan singa, ianya hanya berlaku antara singa dan dubuk-dubuk. Umat Islam sekarang ramai, tapi lemah dan 'tidur'.. Hanyut dengan 'fitnah-fitnah' pengikut Dajjal. Semoga kita memilih untuk berada di pihak yang benar.