Friday, April 22, 2016

El Nino Penyebab Bil Eletrik Naik? Fakta atau Auta

Persoalan: El Nino menyebabkan bil eletrik naik. Ramai cakap sebab kompressor aircond dan peti sejuk terpaksa bekerja keras nak maintain kan suhu. Kalau aircond, aku sangat setuju. Sebab haba input mungkin dulu 30-35 Celcius dan sekarang cecah 35-40 Celcius atau lebih. Untuk dapatkan haba output (korang setkan termostatnya katelah 20 Celcius) tu akan memakan lebih banyak tenaga eletrik.

Tapi kalaulah sipulan tidak ade aircond dan bil eletrik tetap naik? Dikatakan pula kepada peti sejuk.. Ermm... Peti sejuk nie ada kaitan jugak ke dengan pemanasan di luar rumah? Bukan ke peti sejuk nie berasaskan "natural convection" di dalam kompressor ke.. Maknanya ia cuma memanipulasi liquid di dalam kompressor dan panel luar itu untuk menyahkan haba dari dalam peti sejuk. Maknanya jika peti sejuk itu kekal tertutup atau dibuka sekali sekala sahaja... penggunaan haba tidaklah banyak perubahannya..Jadi, TNB ada udang di sebalik batu ke? Jangan tuduh melulu... kita duduk, rileks kan diri dan kita kaji dulu.

Senang je kalau kita nak ramalkan penggunaan eletrik kita.. Kirakan semua penggunaan kita ke tahap maksimum.. contohnya aircond 1.5HP.. lebih kurang 1500W per jam.. itu setting maksimum.. gunakan itu dalam pengiraan.. cara kiraan asas: 1500W (1.5kW) x jumlah jam yang kita gunakan (anggaran korang) x 30 hari (sebulan) x tarif bil.
 
Tarif bil ada perubahan mengikut penggunaan. Contohnya 200kW pertama, tarif dia 0.218 sen per kW... contoh... Selepas tu bila dah cukup 200kW, tarif dia lain dah...katelah 0.248 sen per kW. So, kalau kiraan korang dah lebih dari 200kW, gunakan tarif bil yang seterusnya dalam pengiraan. Tapi kene ingat... jangan salah unit! Tarif gunakan kilo watt (kW) dalam pengiraan... 
 
Setiap alat eletrik di rumah ada dinyatakan jumlah tenaga eletrik maksimum untuk alat itu. Lampu, kipas, heater, seterika, semua ada. So, kalau korang rasa macam ada yang tidak kena dengan bil korang, cuba kiralah dan tengok berapa yang korang dapat. Anggaran penggunaan harus dilebihkan supaya kita tidak bias dengan diri sendiri...Maklum lah... biasanya kita nak cari salah orang kan.. Sekarang nie kita cuba jujur dengan diri sendiri... Kira mengikut apa yang kita gunakan.. dan lebihkan sedikit.

So, katalah korang dapat jumlah RM400++, dan bil korang dapat dalam RM450 atau RM350... kira ok la tu... Offset dalam RM50 mungkin disebabkan El Nino... Jika mengikut kiraan korang (secara jujur okeh) korang dapat RM400++ tapi bil sampai RM800..... Ada benda tak kene la tu... Tu dah bukan El Nino... itu Eii Nak Kene Ni...Tapi pastikan kiraan korang tu secara jujur... cek balik takut ada salah kat mana-mana... Korang tipu, korang cari penyakit jela...

Kelengkapan eletrik yang biasa banyak mempengaruhi penggunaan eletrik ialah seperti aircond, seterika, heater air, peti sejuk, dan stove (dapur letrik). Alat eletrik yang mengubah suhu sekitar dari sejuk ke panas atau panas ke sejuk. Alat eletrik yang lain seperti lampu, kipas, TV tidak sebanyak seperti yang disebut tadi tapi tetap boleh memberikan impak besar jika korang tidak menjimatkan penggunaannya. jadi, dalam anggara kiraan, fokus untuk kelengkapan utama itu dahulu. 

Bagi aku, el nino memang ada kesannya, tapi bergantung juga la kan. Sebab aku ingat dulu-dulu, mase masih duduk di kampung, apabila TNB menukar meternya yang baru, bil letrik naik tapi tarif tak naik lagi. So, pelik jugak la kan. Sebab itu aku pernah kira macam tu. Memang lain dari anggaran.. rupa-rupanya ada kes "curi line letrik".. aku pun tak faham mase tu...so aku iyekan jelah. TNB pun menolak duit lebih yang kitorang bayar itu ke dalam bil bulan depan. Jadi, baik korang kira sendiri anggaran dan tengok, betul ke tak kenaikan bil korang tu. Jika macam jauh sangat jumlahnya, mungkin boleh komen ke TNB dengan penuh berhemah, tak perlu nak viral sana sini tanpa usul periksa. Kita berbincang secara berhemah dan jujur... Jadilah masyarakat yang baik budi pekertinya, walaupun di musim El Nino... ehhh..

Thursday, March 3, 2016

Bagaimana Ingin Menyusun Bajet Yang Berkesan Melalui Simpanan


Dulu saya dah buat satu entri berkenaan bagaimana ingin membuat bajet sendiri dengan efektif dan berkesan... Dah cerita panjang lebar dah dalam entri itu... Siap buat contoh kira-kira berdasarkan gaji hanya RM2500... Dalam entri ini, saya saje nak berkongsi lagi bagaimana nak menyusun bajet sendiri dengan berkesan melalui simpanan... Supaya takde la kene ikat perut di akhir bulan menunggu gaji baru masuk..

Perkara pertama perlu ada dalam diri... untuk berjaya membuat bajet yang berkesan... Kenela berdisiplin... Disiplin dalam perbelanjaan. Kalau kita tidak ada disiplin menyimpan duit... memang buat lah draf bajet guna apps power pun... tak ke mana... Kalau kita berdisiplin, guna buku 555 pun dah jadi bang...

Jika korang perasan kan... melalui entri saya yang lepas tu, saya menyarankan korang mengasingkan perbelanjaan wajib terlebih dahulu... contohnya, bila dah dapat gaji.. terus tolak dengan perbelanjaan tetap seperti sewa rumah, loan kereta, anggaran bil letrik, air, internet dan sebagainya... Kiranya kalau korang buat kiraan bajet perbelanjaan guna Excel, korang boleh letak yang tetap itu sebagai perbelanjaan tetap, ditolak siap-siap sebelum dibelanjakan duit korang untuk kegunaan harian... Nampak keyword di sini? Perbelanjaan tetap ditolak siap-siap sebelum kegunaan lain.

Katelah... dari gaji RM2500, dah tolak semua bagai... tinggal RM650... Itulah jumlah untuk korang belanja.. kalau rasa tak cukup... Boleh dikurangkan perbelanjaan tetap itu... pengurangan penggunaan letrik, air, internet... boleh menjimatkan perbelanjaan... Kereta pula ambil yang mampu milik je.. tak payah nak bergaya sangat tapi papa kedana duit dalam bank.. kalau nak guna kereta besar dan mahal semata-mata nak dapat pujian orang, nak dapat awek, baik tak payah...ingat...SEGALA PUJI HANYALAH MILIK ALLAH...  Awek yang melihat kereta dahulu sebelum diri kita, adalah awek yang tak bagus.. Senang citer, takde kereta... babailah korang. 

Perlu dibuat target berapa jumlah nak disimpan... Dan perlu istiqamah dalam keputusan yang telah dibuat... Katelah korang nak simpan RM500 sebulan.... Dari gaji RM2500... so, tolak awal-awal RM500 tu dari gaji korang... tinggal RM2000.... pandai-pandaila susun atur perbelanjaan menggunakan RM2000 tu jer... Jangan sekali-kali korang menggunakan dasar "terpaksa" dan "darurat"... Sebab kebanyakannya bukan sebab darurat sangat pun... 

Cuba tengok apa kes yang menyebabkan "darurat" itu... Kalau nak tolong perbelanjaan mak ayah di kampung.. atau ingin bersedekah untuk orang fakir... ok.. itu adalah sangat digalakkan... Tapi kalau disebabkan nak tukar henset baru... nak beli baju baru.. walhal henset baru je dibeli 5 bulan lepas, masih elok lagi... baju dah penuh almari.... baik tak payah.... Bukan berjimat... tapi itu dah termasuk dalam golongan orang yang membazir... Golongan materialistik... Jadilah seorang yang cerdik mindanya, bijak perbelanjaannya, suci hatinya... Barulah kita menjadi sebuah masyarakat yang dihormati..

Selalu mencatat pengeluaran perbelanjaan ke mana... Banyak habis disebabkan minyak kereta dan tol ke... banyak habis dek kerana rokok ke... Atau banyak habis sebab selalu makan di luar ke... Kita boleh tengok trend perbelanjaan kita... Catat bukan bermaksud cerewet.. tapi sekadar nak tengok di mana pengaliran wang kita... Kalau dicatat pengaliran takde ke mana pun..tapi asyik takde je duit...haa..kene curi dek toyol la tu.. 

Dengan mencatat...korang akan sedar ke mana pembaziran pengaliran duit korang... Kekadang benda tu kita tak sedar.. Kalau kita boleh mengubah sedikit sahaja paten perbelanjaan kita, kita mampu hidup tanpa berhutang...tanpa ikat perut dan tanpa GST.. eh... sori..tersasul.

Contohnya, dari catatan korang... Banyak ke arah makan di luar... Mungkin lepas nie boleh start masak di rumah sekali sekala... Kalau lah banyak di rokok... Mungkin boleh cuba kurangkan kadar putung rokok yang dihisap dalam sehari... Bukan setakat dapat meningkatkan kadar simpanan, korang pun makin sihat. Berhenti terus lagi baik... Bukan setakat ramai orang suka, bumi pun suka.. 

Hiduplah cara penuh kesederhanaan... RM2500 tu cukup kalau korang bujang... di bandar pun masih cukup... cuma sekarang makin sukar dan tak boleh hidup senang macam orang kaya dalam drama TV... Janganla kita amalkan kehidupan penuh bergaya tapi papa kedana... Janganlah kita amalkan hidup "ko ada, aku pun kene ada"...cermin diri dan muhasabah sebelum meniru gaya hidup seseorang... Janganlah kita amalkan kehidupan pentingkan pujian orang daripada pujian Ilahi... Tak ke mana pun puji dari makhluk bernama manusia nie... Puji hanya di mulut, dengki mungkin terbakar di hati... 

Dah la gaji RM2500 je... disebabkan nak folo gaya masa kini, hidup berhutang sana sini, pandangan mata sekeliling penuh hasad dengki, hati sendiri tak aman serba serbi.... Cuba fikir balik... renungkan diri... Apakah matlamat hidup di dunia ini.... Kenapa Allah jadikan bumi ini dan kenapakah kita dijadikan... Cuba belajar dari Rasul kita... berniaga bukan mencari kekayaan... berniaganya Rasul kita untuk mencari keredhaan Allah... 

Insya Allah RM2500 masih cukup... ikhlaskan hati dalam bekerja... optimumkan perbelanjaan untuk mendapatkan keredhaan Ilahi... Insya Allah hidup kita diberkati... Bila hidup kita berkat, hati kita akan sentiasa senang dan lapang... Allah cukupkan rezeki kita...

Saturday, February 27, 2016

Pengalaman Melahirkan Anak di UK | Detik Kelahiran Khayla Luthfiyyah

Burung berkicauan.. Angin sepoi bahasa... Hari yang terang...tapi agak sejuk.. kerana sekarang di UK adalah awal musim bunga... Suhu dalam 10-11 Celcius.. Bunga Daffodil sedang mekar mewarnai bumi UK ini... Saya dan wife bersiap nak ke Hospital Bedford... Hari ini hari terakhir wife boleh overdue dari tarikh yang sepatutnya kene "induce"... 
Wife dah mintak overdue 10 hari... dan itulah tempoh maksimum yang doktor berikan... hari yang sepatutnya di "induce" adalah hari emak saya dan emak mertua datang ke bumi UK... Pertama kali menaiki international flight...pertama kali datang ke bumi UK... Dan pertama kali juga... keluar dari bumi Malaysia.... Maka atas faktor risau keadaan mak mak... dan juga wife masih tak terasa nak deliver lagi... Maka kami membuat keputusan untuk mintak overdue dan sekaligus mengambil mak mak di Heathrow Airport.... 
Setibanya kami di Hospital Bedford... wife menarik nafas panjang... senyum... tapi Allah sahaja yang tahu apa yang terbuku di dalam hatinya... Kami keluar dari kereta.. dan menuju ke pintu utama hospital.. Sempat lagi bergambar di hadapan pintu hospital sebagai kenangan... 
Kami terus menuju ke wad bersalin... mendaftarkan diri di Delivery Suite untuk di "induce"... Sempat melihat jam di dinding... menunjukkan jam 3.00 petang... Kami disuruh menunggu di dalam sebuah bilik.. Hampir setengah jam kami berborak dan bersembang... Saya sedar.. ketika itu, apa yang perlu saya buat adalah cuba menenangkan isteri dari kerisauan... Sembang mesra bercampur gelak ketawa... 
Banyak kerisauan seorang ibu dan orang yang nak bersalin... Kerisauan tentang anak sulung yang pertama kali ditinggalkan di rumah bersama nenek-neneknya.. Kerisauan berkenaan "induce" itu sendiri... Kerisauan masalah kompleksiti kelahiran kerana wife saya ada diabetes semasa mengandung (disebabkan inilah doktor menasihatkan untuk di “induce”) .. Kerisauan demi kerisauan yang pasti timbul dalam hati si isteri... 
Pukul 3.30 ptg... seorang jururawat datang dan menyuruh kami ke bilik wad persalinan.. Isteri saya baring di atas katil dan jururawat memulakan pemantauan ke atas isteri dan bayi dalam kandungan.... Doktor datang cek saiz bukaan... Dan sememangnya tidak ada tanda bukaan langsung... Malah jalan keluar masih belum ada... Dan ketika itulah, doktor memberi sedikit penerangan tentang "induce"...
Mengikut kata doktor.. proses "induce" akan dimulakan bermula jam 5.00 ptg.. Jangkaan proses kelahiran: Isteri saya akan mengalami kesakitan bermula selepas dimasukkan ubat... dan proses "contraction" akan menjadi sangat rapat... Jangkaan delivery... pagi besok! Jika masih belum deliver, akan di induce lagi.. Jika belum deliver selepas 3 hari.. Maka perlu di ceasar iaitu proses pembedahan...
Maka, berserahlah kami kepada yang Maha Esa.. Saya cuma mampu duduk menemani isteri di sisi... Jam 5.00 ptg, doktor memasukkan pil induce ke dalam serviks... Dan proses kesakitan dapat dilihat selepas hampir 15 minit dimasukkan pil tersebut... Proses contraction mula berlaku... 
Saya diajar oleh seorang sahabat.. untuk memberikan urutan lembut kepada isteri jika si isteri mengalami contraction... Saya pun buatlah apa yang termampu... Dari selang setengah jam kepada tidak sampai lima belas minit.... Dan selepas beberapa jam... isteri saya mengalami kesakitan contraction hanya hampir selang 2-3 minit sahaja... 
Doktor datang cek... dan saya terus bertanyakan soalan berkenaan hal itu...dan doktor menerangkan memang begitulah kesakitannya bila di induce... Sebab ia seakan dipaksa untuk berlakunya proses contraction, yang sepatutnya berlaku secara normal.. Doktor tanya isteri saya jika tidak mampu menahan sakit, doktor akan memberikan ubat "epidural".. Isteri saya enggan menerima ubat itu... Setiap jam doktor datang dan cek keadaan isteri... 
Jam 9.00 malam... isteri saya menyuruh bertanyakan khabar Izz, anak sulung kami yang berada di rumah... Saya pun menelefon emak saya.. selang beberapa minit saya pun matikan perbualan... terus memberitahu kepada isteri saya,”Semua OK, Izz seronok sedang main dengan emak kita..” Saya memberikan jawapan sambil senyum... Isteri berasa lega.. Tapi masih sakit menahan contraction yang semakin kerap dan lama.. Walhal keadaan sebaliknya di rumah... Izz menangis mencari kami... emak kami pun turut sama menangis, tidak sanggup melihat cucunya bersedih pilu menunggu kami pulang... Mintak ampun Ya Allah.. 
Jam 10.00 malam... Isteri saya masih menahan sakit contraction... Dan sakitnya itu sampaikan isteri saya tak mampu nak bercakap.. Saya cuma mampu membacakan selawat, zikir, surah yassin dan doa memudahkan proses bersalin... Yang menengok pun rasa tak sanggup, apatah lagi yang menanggung... Sambil sambil memberikan urutan lembut dan kekadang hanya mampu memegang tangan isteri, tanda masih berada di sisi.. Aku terfikir...Ya Allah...sakitnya proses melahirkan seorang manusia di bumi-Mu ini... Rasa ketidaksanggupan itu menyebabkan saya doakan jika kesakitan yang ditanggung isteri saya itu boleh dikurangkan dengan cara memberikannya kepada saya separuh... Silakanlah Ya Allah... Kesian melihat isteri menahan sakit... 
Saya sempat solat maghrib dan isyak di hospital... Walaupun ini adalah hospital di UK, tapi tetap ada surau... Sempat memanjatkan doa di sepanjang sujud terakhir setiap solat... "Ampunkanlah dosa isteriku.. permudahkan proses bersalinnya... Kurangkan lah kesakitannya".. Hanya itu yang mampu didoakan berulang-ulang bila hati kita sendiri berasa sebak ketika berdoa...  
Oleh kerana isteri saya dah tak tahan sangat...doktor memberikan ubat paracetemol atas permintaan isteri... Doktor menyarankan epidural... tapi isteri masih enggan menerima epidural... Kuat sungguh semangat isteriku ini... Isteri saya membuat permintaan untuk berada di dalam bath tub untuk mengurangkan kesakitan... Doktor izinkan dan segera membuat persiapan... Mengisi air suam dan menyediakan baju persalinan...
Isteri saya mengadu.."Bang, sakitnya induce nie.. Sakit dia lain macam.. Seolah-olah takde stop langsung dan macam tak kesudahan..boleh ke bertahan sampai pagi besok?" Saya hanya mampu memberikan kata-kata semangat... Hati sebak hanya Allah yang tahu...Sebab kita tidak mampu tolong apa yang diminta si isteri... Rasa kerdilnya diri sebagai seorang hamba..
Isteri agak tenang bila berendam di dalam air suam... Tapi masih dapat dilihat sakit masih ada... Saya pun turut sama berasa sedikit tenang... Selawat dan zikir masih diucapkan di dalam hati.. doa masih diteruskan... Jam 10.45 mlm... tiba-tiba isteri saya mengalami water broke.. Cepat-cepat saya memanggil doktor dengan menarik tali kecemasan yang disediakan di dalam bilik mandi itu...
Doktor datang dan keluarkan isteri saya dari bath tub... dan terus ke bilik wad bersalin... Doktor cek kata dah ada bukaan 8 cm (kalau tak silap).. dan dah nampak kepala bayi... Doktor sangat tenang...bercakap lembut dan menasihati isteri saya supaya duduk mengikut keselesaan.. Bila rasa nak push....push... Itu je pesanan dia... Tak kalut dan bising... Sempat senyum dan menenangkan saya... "Dont' worry daddy... Your baby will come out soon.. " Sempat menawarkan air kepada isteri... Bertanya kepada saya nak ambil video kelahiran ke tak... Sangat tenang... Ya Allah... bezanya dengan kelahiran anak sulung kami di Malaysia... 
11.20 pm... Akhirnya lahirlah anak kedua saya....Perempuan... Doktor mengizinkan saya untuk mengiqamahkan anak saya... Doktor meletakkan anak yang baru lahir itu di atas dada isteri saya... "The first contact, it's important... It's bonding relation with your mummy, my dear" Itulah lebih kurang ungkapan doktor semasa meletakkan anak di atas isteri saya.. Doktor juga memberikan penghormatan kepada saya sebagai seorang ayah untuk memotong tali pusat anak yang masih bersambung dengan ibunya... Selesai proses itu.. doktor sempat bertanya kepada kami... jika inginkan coffee dan sandwich .. Memahami kepenatan sepanjang berada di dalam wad.... Betapa bagusnya layanan mereka.. 
Selepas selesai mengeluarkan placenta dari isteri saya, maka kami dipindahkan ke wad biasa.. Saya pun pulang ke rumah untuk menyelesaikan drama di rumah pula.. dan kembali ke hospital bersama Izz, dan emak kami pada esok paginya... 
Ya Allah.... ku panjatkan syukur kepada-Mu kerana dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Khayla Luthfiyyah.... Dipermudahkan proses bersalin ini.... Kami pun turut sama terkejut kerana bayi lahir hanya selepas tempoh 6-7 jam dari bermulanya induce... Pagi besoknya... doktor yang memberikan penerangan dan meramalkan kelahiran esok pagi itu.. datang melawat kami dan turut sama terkejut.... Sebab apa yang dia cakapkan, sebenarnya adalah ramalan yang mungkin paling cepat... Kebanyakan mengambil masa lebih lama dari itu jika di induce dengan tiada langsung tanda bukaan seperti yang dialami isteri saya.... Syukur padaMu ya Allah.... Syukur padaMu ya Allah... 
Selamat hari lahir yang pertama Khayla Luthfiyyah... Semoga menjadi seorang anak yang solehah dan mendapat keberkatan dari Allah... Khas untuk bacaan Khayla semasa besar nanti, juga sebagai ingatan mesra terima kasih dari saya untuk isteri... dan sebagai satu kisah perkongsian buat semua bakal ibu dan ayah... Papa sayang kamu... :)