Sunday, December 18, 2016

Krisis Aleppo di Syria | Antara Tersirat dan Tersurat

Sekarang kita digegarkan dengan krisis peperangan di Aleppo, di Syria... Sebenarnya krisis nie dah lama.. cuma tak dapat liputan meluas pihak media... Sekarang baru digegarkan bertubi-tubi... tapi kenapa sekarang? Krisis peperangan di Syria dah lama... Di Aleppo pun sudah lama... Sampai keadaan di bandar Aleppo tak ubah seperti padang jarak padang terkukur... 

Sekarang ramai yang share berkenaan keadaan di Aleppo... Video-video... artikel-artikel... Gambar-gambar.. Ramai duk share... Tapi aku kekadang tak faham jugak... share untuk dapat "Like" ke.. share nak bagi kesedaran... Atau nak mengingatkan diri sendiri?

Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab aku tengok share bukan main pasal Aleppo... icon smiley sedih...icon smiley marah... Tapi betul ke? Atau lakonan dalam FB je... Duk tengah-tengah kemelut di Aleppo... Penduduk di Aleppo merayu meminta bantuan... Pihak NGO membuat kempen besar-besaran mengajak kita menghulurkan bantuan... Agak-agak berapa kerat je yang bagi? Kebanyakannya sekadar air mengalir di atas daun keladi... News pasal Aleppo masuk news feed... kita share.. pastu sambung bergegar vaganza..sambung ber"Smule"... Apakah?

Krisis di Aleppo bukan sekadar menunjukkan krisis di sana.... tetapi mencerminkan krisis pada diri kita sendiri... Krisis jiwa dan iman... Level iman kita sekarang tak ubah sama macam level seorang pencuri sahaja di zaman nabi... Keberkesanan ucapan astaghfirullah kita sekadar sedekah senyuman sinis bagi orang islam di zaman nabi... Solat kita mungkin... sekadar 1/1,000,000 nisbah keimanan berbanding orang beriman di zaman nabi...

Orang islam dahulu kala... seorang dihina, seluruh umat bangun membela.... Kita? Sekampung dibunuh pihak musuh, sepotong lagu memori kita bernyanyi dengan riang gembira... Satu daerah umat islam dibunuh, Sedetik kita berdiam diri sekadar menghormati si mati... Satu negeri dibunuh... Barulah kita nak meng"share" kesedihan mereka.... Hulur bantuan? Jauh lagi.... Nak tunggu mati sedara terdekat dahulu baru terasa barang kali... Betapa rendah dan hinanya iman kita...

Contoh terdekat.... dalam negara sendiri sudah tahu betapa rapuhnya iman.... Agung bersolat cara biasa pun menjadi isu... Konon menyindir sedangkan diri sendiri disindir atas kebodohan sendiri... Perkara baik biarlah baik.... Perkara tak baik baru kita sama-sama baikkan.... Perkara di hati kita serahkan pada yang Esa... Kita bukannya ada "superpower" boleh tahu isi hati orang... Berbangga lah dengan kebaikan yang ada pada kita.. Jangan saling berdengki nak tengok keburukan semata-mata.. Apa saja kecenderungan diri kita, itulah keadaan jiwa kita.. Negatif...negatif...negatif... itu sahaja yang dicari.. Walhal perkara positif diibarat seperti sebentang kain putih.. Tapi setitik dakwat hitam juga dicari...

Perang di Aleppo, perang fizikal hakiki.... Kita berperang dalam jiwa sanubari... Umat Islam di Malaysia sungguh ramai... Tapi janganlah kita tergolong dalam golongan buih-buih di atas lautan... Banyak tapi tak berguna... Yang mana ada kekayaan, hulurkan bantuan... di mana ada kecerdikan, hulurkanlah sumbangan dan buah fikiran, yang mana ada kudrat tenaga, hulurkanlah bantuan sukarelawan... Sekadar bersembang di laman sosial, bukanlah dapat iman yang tinggi melangit, tapi akan membentuk riak sombong yang semakin menebal di hati yg semakin sakit. 

Aku gunakan platform blog nie untuk memberi nasihat... salah satu usaha si burung pipit memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Lebih baik dari tidak melakukan apa-apa... Usaha ikhlas bukan inginkan pujian, tapi inginkan keberkatan dariNya... Sebab kita menumpang di bumi Tuhan, bukan hak milik kita segala apa yang ada di dunia ini... Cuba bayangkan kalau kita yang berada di Aleppo... Apa yg kita harapkan dari saudara jauh kita di serata dunia... Betapa kecewanya mereka... Betapa hancur harapan mereka melihat kita, sahabat dan saudara jauh seagama... Masih mampu bergelak ketawa, bergurau senda, bernyanyi asyik berjoget berdansa.. sedangkan saudara kita sedang ditembak hina di mata dunia. Save our humanity... Save our own soul... Pray for Aleppo... Pray for our faith and iman... Pray for OURSELVES! Jangan dijauhkan iman dan takwa dalam diri kita kerana kesenangan... Sedangkan kesenangan yang kita kecapi juga adalah satu ujian..

Wednesday, November 30, 2016

Dugaan dan Cubaan

Aku menulis entri ini..selepas aku menerima satu berita yang amat pedih dan perit... satu ujian yang datang bertimpa-timpa... Selepas satu..satu lagi datang... dan masih berterusan sehingga menerima satu berita pada hari nie... di mana berita itu adalah yang paling aku tak mahu dengar dan risau.... Dan ianya berlaku....

Sesungguhnya segala dugaan dan cubaan itu datang dari Allah untuk makhlukNya... adalah untuk kebaikan hambaNya.... tetapi apabila kita terkena cubaan itu...sungguh perit untuk ditelan... Ya... memang senang jika dugaan itu kena pada kawan kita...sahabat kita... kita pergi ucapkan sabar...sabar.. sabar... itu semua dugaan dan ujian dari Allah... tapi bila terkena pada diri kita sendiri... Mampukah kita?

Kisah satu pasukan kelab bola di Brazil... di mana pasukan itu berjaya melangkah ke pusingan akhir dalam satu kejohanan yang boleh dianggap sebagai European League di Amerika Selatan... Kejohanan yang kedua terulung di benua Amerika Selatan... Mereka bersorak gembira di dalam loker room... meraikan kejayaan buat julung kali dalam sejarah mereka.... Bernyanyi dan bertepuk sakan...

Tiba-tiba selepas lima hari... semua mati...hanya tinggal beberapa orang pemain sahaja yang hidup... mati kerana kapal terbang mereka terhempas... Anda salah seorang yang hidup... berada di bilik loker yang sebelumnya penuh dan bising dengan riuh rendah rakan seperjuangan... kini senyap sunyi.... Apa rasa anda...

Kisah satu keluarga yang kaya dan mewah.... hidup di satu banglo mewah... kehidupan yang sempurna... jutawan dan rupawan... Segala yang diinginkan hanya petik jari sahaja... semua boleh beli... duit banyak... setakat jatuh rm50 sekeping pun tidak terasa dan dihalalkan begitu sahaja.... Mewahnya mereka..

Tiba-tiba didatangi sakit kronik...lumpuh seluruh anggota badan.... segala harta dirompak dan dicuri perompak penyamun.. semua rakan lari dan membiarkan dirinya yang sudah tidak ada gunanya lagi.. terkontang-kanting bersendirian... rumah banglo sekadar rumah sunyi tanpa gelak ketawa... Jika itu adalah anda... apa rasa anda...

Seorang orang biasa yang hidup aman dan bahagia bersama keluarga.... tidak kaya dan tidak miskin... sekadar hidup sederhana dengan makan gaji.... tidak mengapa asalkan tidak berhutang... hidup bahagia bersama keluarga tercinta...

Tiba-tiba diberhentikan kerjanya... mata pencarian keluarga hilang serta merta.... anak-anaknya baru hendak memulakan persekolahan... rumah masih disewa... kereta masih belum habis bayar... hidup jadi tidak tenteram kerana memikirkan pasal wang pencarian yang sudah tiada... Stress dan tertekan... Nak cari kerja baru bukannya senang... sepanjang pencarian kerja...apa hendak dimakan dan diminum..untuk diri dan keluarga?? Jika itu diri anda... apa rasa anda...

Seorang pendosa... sebelum ini hidupnya penuh dengan dosa... tapi hidupnya senang dan selesa... dibua pintu hidayah menjadi orang soleh... meninggalkan dosa-dosanya.. berubah kepada kebaikan dunia dan akhirat...

Tiba-tiba hidupnya menjadi sukar... tidak lagi senang dan selesa... hidupnya penuh dengan cabaran dan rintangan... nak dapatkan rm10 sehari pun sangat susah... disantau...disihir... difitnah oleh masyarakat sekeliling..... Jika itu adalah anda... apa rasa anda... apa yang akan anda lakukan..

Hidup ini sememangnya tidak adil... Kadang-kadang hidup kita penuh dengan dosa...tapi senang... kadang-kadang hidup kita ikhlas perjuangkan kebenaran...tapi hidup dengan kesusahan dan kemiskinan... 

Dugaan dan cubaan datang silih berganti.... semuanya ujian... ada ujian kesenangan...ada ujian kepayahan... ada ujian kesihatan...ada juga ujian emosi hati dan perasaan... Bagi yang menuju ke arah kebaikan... ujian itu datang kerana Allah ingin menguji keimanan... kadang-kadang ia sangat sukar ditelan... tetapi semakin sukar ujian..semakin hebat iman kita jka menang dengan ujian...

Kadang-kadang...ujian datang bertimpa-timpa... kesusahan demi kesusahan dilalui... dalam keadaan susah itu...kita diuji lagi dengan kesusahan... diuji lagi dengan kesempitan... diuji lagi dengan keperitan... sehingga kadang-kadang kita tertanya-tanya... Kenapa Ya Allah...kenapa Ya Allah...

Dan dalam keperitan menerima ujian yang berat itu... dibebani lagi dengan ahli keluarga...rakan-rakan dan kawan-kawan yang menyindir kita...yang mengutuk kita...yang memburukkan kita.... walhal mereka hanya tahu secebis ais di atas permukaan iceberg yang besar... Tidak adilnya dunia ini... Jika ada satu microfon yang boleh kita gunakan untuk sampaikan apa yang terkandung di dalam hati... akan ku luahkan semuanya... tetapi apa gunanya...tahu atau tidak tahu...mereka tidak peduli.. bahkan sambung mengeji dan menghina..

Ibarat sepuluh makanan diberikan kepada satu keluarga... sembilannya elok...satu sahaja kurang elok...sudah pasti yang akan diperkatakan adalah yang satu itu...bukan yang sembilan itu.. Itulah dunia... Bertahun kita jadi baik... kerana sehari boleh mengubah segalanya... Bertahun kita ikhlas berkhidmat... kerana sehari boleh hilang jawatan... bertahun kita mengerah keringat..kerana sehari boleh dilupakan seperti debu ditiup angin...

Yang pasti... segala ujian itu untuk mematangkan diri kita... untuk meningkatkan keimanan kita... untuk memastikan diri kita mendapat orang sekeliling yang ikhlas dengan kita... segala ujian akan ada hikmahnya... antara yang zahir...atau yang batil... yang kita sedari atau yang tidak sedar... yang kita nampak secara dekat atau untuk kebaikan kita di masa akan datang... tetaplah bersabar... dan teguhkan iman kita...tingkatkan usaha dan bertawakal kepadaNya..... Insya Allah... kita tergolong dalam golongan yang benar dan soleh... 

Friday, November 25, 2016

Israel Terbakar | Dianggap Serangan "Terrorist"


Kebakaran di Israel 2016
Tu la bila dah paranoid sangat kan... Israel sekarang sedang menghadapi bencana kebakaran di beberapa kawasan seperti Haifa dan Shuafat.. Boleh dikatakan hampir seluruh kawasan tanah Israel terbakar.... Bencana dari Allah kepada mereka...

Tapi yang kelakar nya diorang ingat diorang diserang oleh "terrorist"... Semua penduduk yang terkena kesan kebakaran lari untuk selamatkan diri dan kebanyakan mereka ingat mereka diserang oleh orang Palestin... Haa...tau takut jugak rupanya... Paranoid...


Diorang ingat diorang la yang paling mulia di dunia nie... Diorang hina semua manusia yang lain.... Bila jadi macam nie... duk tuduh sabotaj dari luar... serangan terrorist... Ek eleh... kalut takde pasal... Dah rasa hebat sangat...selesaikanlah ujian yang sedikit dari Allah nie.. Allah bagi kebakaran sikit pun dah kalut... tu belum serangan tentera Al mahdi...

P/S: Ingin menambah pendapatan sambil belajar menjadi USAHAWAN? Ingin TINGKATKAN EKONOMI KITA SENDIRI SAMBIL MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI MUSLIM??
Jom ke link ini------> SEMINAR PERNIAGAAN MUSLIM