Tuesday, May 31, 2011

Kisah Kentut Bukan Si Ujang

Cerita ni takde kene mengena dengan Ujang okeh....  Ujang dah jarang kentut sebab dah kahwin... he he he.. Ini kisah seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga berpuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.

P/S: Jangan kentut di tempat awam...Lagi-lagi dalam komuter!

10 comments:

Unknown said...

lah..nasib baik deria rasa kentut ada!!

kAmi dAn mEreKa said...

mesti orang sekeliling makcik tu puas tahan bau kentut dia, hihi

Budak Botak said...

Ha3, rupa-rupanya hidung tersumbat...

Entry terbaru -> Apa Manusia pada Tahun 1910 Fikirkan Akan Terjadi Pada Tahun 2000?... (",)

Unknown said...

haha..kelakar! nice sharing~~

meh singgah cneh mlwt folower bru =.=
jom terjah!

Kak Aya said...

cerita kentut ni boleh buat saya gelak sorang-sorang...mcm2 kisah.

mas saari said...

hahahahahaa...susah gak camni!

Axie04 said...

kesian makcik
huhu

CikPuanWanda said...

kesian giler..

msredcheesecake said...

JGN KENTUT DEPAN BF....

Muhamad Dinie said...

haha..nsib baek la mkcik yg cam2 kan..