Thursday, December 13, 2012

Ekspedisi Bro Wacana: Jelajah Gua Batu Maloi


Pada awal Disember 2012, aku dan kengkawan a.k.a budak Kolej 10 telah membuat satu ekspedisi penjelajahan gua... Aku pegi sebagai felo penasihat program.. Untung jugak jadi felo kolej nie... Boleh join aktiviti macam nie free jer... he he.. Penat lelah jadi felo ada jugak habuan dia kan.... 2 tahun lepas..aku jadi penasihat untuk ekspedisi mendaki Gunung Ledang.. Kali nie masuk gua pulak... Gua yang jadi pilihan ialah...Gua Batu Maloi - Gua batuan granite paling panjang di Malaysia.

Untuk makluman korang.. Gua Batu Maloi nie sepanjang ~970meter.... Itu kalau garis lurus dari pintu masuk hingga keluar la... Tapi jarak sebenar korang travel bila menjelajah gua ialah.... 2.3 kilometer! Jauh tu beb... Ruang dalam gua sempit je... ada dua tiga tempat je besar.... Satu tu dipanggil "dewan" atau dikenali "kapal layar" (kenapa?) dan ada satu lagi ruang yang luas tu...ada ukiran gambar sami buddha dengan seorang perempuan hasil dari titisan air...haaa.... Menarik kan?

Salah sorang student Kolej 10..

Jelajah gua batu maloi

Antara laluan yang diredah

Ada satu lagi yang menarik.... ada kawan kata..dalam Gua Batu Maloi nie... ada satu batu yang terukir kalimah ALLAH secara semulajadi... Tapi kami tak jumpa batu tu...Fasilitator pun tak nak citer lebih-lebih... Dia mengiyakan ada...tapi tak nak tunjuk kat mana.... Mysterious tol! huhu Pasal istilah kapal layar tu....sebab kat dalam tu ada satu batu yang menyeruoai kapal layar... Batu yang menyerupai layar tu...memang lurus keratan rentas dia... memang sebijik sama!

Gambar sami dan wanita

Sami buddha...sama tak?

Gua nie memang advanturous giler... Berendam dalam air memang perkara biasa... Lagi-lagi sekarang musim hujan..lagi la mencabar... ada satu entrance tu... korang kene menyelam nak melepasi... ada jugak kene meniarap dan mengengsot masuk... ada jugak kene panjat batu besar.... Pergh.... Dan yang paling bes... melawan arus deras air di laluan sempit.... Sampai kene tolak masuk dengan kengkawan baru lepas! 

Ada satu tu... korang kene melawan arus air semacam air terjun... sebab korang dari bawah...nak ke atas... Memang susah...tapi bes... masa menunggu giliran nak naik...kat situ rasa sejuk dan nyaman... Pastu ada satu akar pokok besar seakan buaian... Kitorang sempat la main kejap...tapi yang geramnya...Boleh lupa nak ambik gambar! Hampeh....

Memang syok dan berbaloi untuk melupakan seketika kesibukan dan tekanan kerja... Ooook...sebelum aku lupa... Gua Batu Maloi nie ada mitos dia... Mitos pertama pasal ada sebatang pokok pisang pelik yang tumbuh hanya di atas batu Maloi nie.... Pokok tu adalah pokok PISANG TUNJUK LANGIT. Pokok nie yang peliknya.... buah pisang tu menegak ke arah atas (langit) dan ada tiga warna... hijau, merah dan kuning... 
Gambar dari KOSMO
Dan ada satu cerita jugak...Asal-usul nama Maloi nie kerana ada seorang bunian yang tinggal di situ bernama Maloi yang dulunya tinggal di batu Maloi nie...yang dulunya juga sebuah gua...Dia dulu baik dengan orang kampung...dan orang kampung selalu meminjam barang-barang si Maloi... Cuma satu ketika...ada barangan si Maloi yang dipinjam iaitu pinggan mangkuk... satu dah pecah... Oleh sebab takut kena marah... orang kampung ganti dengan pinggan lain....

Bila sampai ke tangan Maloi...dia marah...sebab dia masih nak kan pinggan asalnya...walaupun pecah... Jadi dia pun merajuk... dan pintu gua tu tertutup dan sekarang cuma menjadi batu besar sahaja yang dipanggil batu Maloi... Gua yang kitorang masuk tadi berada di bawah batu nie.... Mungkin dulunya...pintu masuk gua nie terletak di batu nie sendiri...

Gambar sebelum bertolak

Selepas sampai ke pintu keluar gua

Tanda dah berjaya menakluk Gua Batu Maloi
Oleh sebab entri aku nie kurang gambar dalam gua... aku bagi link satu blog yang ada banyak gambar pasal gua Batu Maloi nie.... (LINK)

P/S: Aktiviti sihat macam nie sangat digalakkan untuk golongan remaja sekarang...yang kebanyakannya...masih belum kenal apa itu pacat!

2 comments:

Lydia Miza said...

salam
unik nya gmbr pisang tu.lama dah saya tak masuk gua rasa pengalaman tu

Unknown said...

Hello! Boleh anda email contact nombor jurupandu kepada saya?? Juga ingin pergi caving^^
angelineyong_siew@hotmail.com
Terima kasih!!