Showing posts with label Sewa Khemah. Show all posts
Showing posts with label Sewa Khemah. Show all posts

Tuesday, September 24, 2019

Tips Penting Sewa Khemah | Sewa Kanopi

Marquee 6m transparent
Ramai yang nak sewa khemah atau kanopi untuk kegunaan majlis seperti majlis kesyukuran, majlis perkahwinan, majlis perayaan dan lain-lain. Tapi ramai yang sekadar tanya dan dapatkan harga sahaja, kan? Di sini saya nak bagi tips bagi yang nak sewa kanopi atau khemah yang terbaik untuk anda.

Jenis Khemah
Ada pelbagai jenis khemah yang boleh disewa dan berbeza harga. Ada sesetengah pelanggan tu dalam kepala dia duk bayang khemah lain, tapi disebabkan salah guna nama khemah, diapun dapat harga mahal. Terus tak jadi beli. Pastikan saiz dan jenis khemah yang betul mengikut kesesuaian majlis anda. Ini beberapa nama khemah dan saiz yang perlu anda tahu.
  • Khemah Arabian 10 x 10 (3 meter x 3 meter)
  • Khemah Arabian 10 x 20 (3 meter x 6 meter)
  • Khemah Arabian 20 x 20 (6 meter x 6 meter)
  • Khemah Piramid (Bumbung berbentuk seakan piramid)
  • Marquee Tent (Khemah berbentuk A)
Marquee tent
Untuk marquee tent, selalunya harga lebih mahal berbanding khemah arabian atau piramid. Kelebihan marquee tent ni, ia boleh disambung-sambung mengikut saiz keluasan yang anda mahu. Kalau khemah arabian, kita boleh letak sebelah menyebelah tetapi bumbungnya lebih rendah dan jumlah kaki khemah yang banyak. Marquee tent lebih tinggi dan tiada kaki yang banyak, boleh disambung antara satu sama lain.

Saiz marquee tent ditentukan saiz lebarnya. Antara saiz yang ada ialah lebar 6m, 10m, 12m, 15m, 20m, dan lain-lain. Untuk panjangnya, setiap satu marquee tent panjangnya 5m, dipanggil blok. Contoh kalau anda nak saiz marquee 10m x 20m, jadi kami akan berikan marquee saiz 10m lebar dengan jumlah bloknya adalah 4 unit. 

Jenis tiang khemah pun ada perbezaan harga. Ada yang menggunakan tiang lebih halus yang biasanya diperbuat dari besi, dan ada juga menggunakan tiang aluminium yang lebih kukuh dan tebal. Biasanya untuk majlis kesyukuran dan keraian, khemah yang ditawarkan hanyalah khemah besi, untuk program yang lebih besar seperti Karnival Jom Heboh atau MAHA, khemah aluminium banyak digunakan. Harganya memang tak sama.

Scallop dan Underlayer
Ada pelanggan tu dia nak khemah kosong tetapi semasa dia dapatkan harga, kami berikan harga beserta scallop dan underlayer kerana tidak cukup info atau sudah terbiasa dengan harga pakej. Jika anda inginkan khemah kosong, sila nyatakan dengan jelas. Sama juga dengan marquee tent, jika tanpa scallop dan underlayer, harganya sangat berbeza kerana kain yang digunakan untuk membuat undelrayer sudah ditempah khas mengikut saiz khemah, bukan sekadar gantung siap.

Scallop dan pole liner (balut tiang)

Underlayer (cover bumbung)

Chandelier
Lampu chandelier selalu sudah dimasukkan dalam harga pakej tetapi kadang-kadang pelanggan tidak mahu lampu chandelier, nak yang biasa sahaja. Sila nyatakan dan harga akan berubah. Chandelier menampakkan gah dan prestij majlis anda. Tapi ada yang hanya sekadar nak khemah biasa sahaja. Kami senantiasa mahukan majlis anda nampak hebat, selalu diingati dan luar biasa. Jika anda nak yang biasa, baru kami berikan yang biasa saja.

Lampu chandelier

Kenapa A bagi murah, B mahal?
Ada sesetengah hanya memberikan khemah sekadar khemah. Jika anda mahukan yang itu, boleh daaptkan yang paling murah. Tapi jika anda mahukan khemah yang cantik, hiasan yang puas hati, cara pemasangan underlayer dan scallop yang kemas dan menarik, lampu chandelier yang cantik, menampakkan kekemasan dan hiasan menarik sesuai dengan kehebatan anda, itulah yang membezakan harga khemah. 

Ketebalan kanvas khemah juga berbeza. Jika yang lebih tebal, biasanya harga lebih mahal. Jika kanvas lebih tebal, rasa bahang panas yang menembusi kanvas kurang daripada kanvas yang nipis. Jadi, orang yang datang ke majlis anda akan rasa lebih selesa.

Dan antara faktor lain yang perlu anda ambil tahu ialah jenis kerusi, jenis lapik meja, jenis meja, dan bermacam lagi. Semuanya memainkan peranan. Pengusaha khemah selalu dah siapkan harga dalam pakej tetapi itu cuma panduan asas atau promosi dari mereka sahaja. Jika mahukan mengikut selera anda, boleh berbincang dulu, baru dapatkan harga yang lebih tepat.

Nampak tak betapa cantiknya
Jadi, untuk sewa khemah atau kanopi untuk majlis anda, pastikan anda sendiri tahu apa yang anda mahukan. Ini antara faktor penting sebelum anda menghubungi pengusaha khemah:
  • Bajet untuk majlis anda. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan memilih kekemasan dan kecantikan, harga sudah pasti bukan paling murah, tetapi tak semestinya paling mahal.
  • Jumlah jemputan. Pastikan jumlah jemputan dan berbincang dengan pengusaha khemah.
  • Ukuran keluasan kawasan majlis. Jika anda pandai mengukur kawasan untuk dipasangkan khemah nanti, ia lebih baik. Tapi jika anda tidak mahir, pengusaha boleh datang dan ukur kawasan tapak anda. Jangan risau. Kedatangan kami tiada caj. 
Kami selalu dapat inkuiri dari pelanggan, mereka mahukan sesuatu yang gah, meriah, besar dan nampak Grand, tetapi bajet sangat ciput dan tak masuk akal. Diharap dengan entri ni, dapat memberi sedikit gambaran tentang khemah dan kanopi. Yang mana nak sewa khemah, boleh la menghubungi saya di nombor ini.

011-1697 4697

Segala kelengkapan khemah, kerusi, mist fan, aircooler, boleh disediakan untuk anda.Hanya perlu wassap atau call ke nombor ini, kita bincang mengikut apa yang anda nak. Kami sudi menerima tidak kira dari individu, syarikat, restoran, masjid, atau mana-mana yang inginkan khidmat sewaan khemah atau kanopi. Yang pasti, servis kami mementingkan kekemasan, keluarbiasaan, dengan harga yang berpatutan.

Sunday, September 22, 2019

Low Temperature Chiller | Sewa Air Cooled Chiller | Water Cooled Chiller

Rujukan gambar : SINI
Tahukah anda bahawa jika syarikat anda atau bangunan tempat kerja anda jika ada masalah sistem penghawa dingin (aircond), boleh diselesaikan masalah tu dengan cara sementara dengan menyewa? Ada yang menawarkan khidmat sewaan aircond, atau semua jenis sistem penghawa dingin di Malaysia. Bukan sekadar sewa portable aircond ( Boleh klik di SINI jika berminat ), atau air cooled chiller biasa, tetapi juga chiller yang menghasilkan suhu negatif (low temperature chiller).

Ada sesetengah kes seperti di kilang chemical, atau dalam industri petrokimia, memerlukan air cooled chiller yang menghasilkan suhu negatif. Tidak banyak syarikat yang mampu memberikan sewaan Low Temp Chiller nie. Jika anda memerlukan sewaan jenis chiller seperti ini,boleh menghubungi ke nombor ini:

019-243 8610 (Call/ Whatsapp)

Mereka boleh menawarkan kapasiti chiller yang besar kerana mereka ada stok yang sangat banyak. Untuk sewaan apa jua jenis chiller termasuk water cooled chiller, pun boleh menghubungi nombor tertera. 

Jika ANDA berminat untuk membuat sewa khemah, sewa sound system, atau apa jua barang keperluan untuk kegunaan event syarikat atau peribadi, boleh ke link ni ---> KLIK SINI

Yang mana memerlukan sewaan genset, bermula dengan kapasiti 40kva dan ke atas, boleh klik ke link ni ---> KLIK SINI

Yang mana memerlukan sewaan engine driven water pump, terutama dalam bisnes perkapalan, maritim, pembinaan, dan pengairan & saliran, boleh klik ke link ni ---> KLIK SINI

Semua entri berbayar untuk tujuan pengiklanan peribadi atau produk anda, boleh menghubungi admin ke link ini ---> KLIK SINI

Thursday, August 16, 2018

Khidmat Istimewa Sewa Marquee Tent, Sewa Kanopi, Dan Kelengkapan Event | One Stop Center

Kepada yang sedang mencari marquee tent untuk disewa, atau kanopi untuk event anda, boleh menghubungi nombor ini : 011-1697 4697 (Call dan Whatsapp). Segala jenis marquee tent dan kanopi tersedia untuk anda sewa, tertutup atau terbuka. Bukan itu sahaja, boleh sewa bersama dengan kelengkapan lain termasuk aircond, genset dan air cooled chiller. 

Untuk saiz marquee tent, kami ada saiz lebar bermula dari 5 meter hinggalah 40 meter mengikut kesesuaian majlis anda. Nak dapatkan transparent wall pun boleh, nak berhias dengan fairy lights pun boleh. Anda minta, kami sediakan. 

Trending sekarang, banyak majlis dibuat menggunakan sewaan marquee tent. Contoh event ialah ekspo, karnival, perkahwinan, perasmian, roadshow, dan lain-lain. Ada juga digunakan untuk warehouse dan juga struktur sementara untuk tempoh setahun atau lebih. 

Ini adalah beberapa contoh marquee tent dan kanopi untuk anda sewa: 

Marquee tent saiz 40 meter

Marquee tent saiz 35 meter beserta chiller

Marquee tent saiz 30 meter dengan transparent wall

Marquee tent tanpa dinding saiz 15 meter

Gazebo kanopi dengan dinding PVC 6 meter x 6 meter

gazebo kanopi 6M x 3M

Event dinner dengan marquee tent saiz 25 meter lebar

Marquee tent saiz 20 meter lebar

Marquee tent dengan French wall saiz 15 meter

Marquee tent saiz 10 meter dengan self contained aircond 

Gazebo kanopi dengan hiasan

Modular tent
Semuanya kami boleh supply untuk anda. Boleh hantar inquiry anda kepada saya di:

ahsannurmubarak@gmail.com

Atau call di nombor yang diberikan di awal entri tadi. 

Khidmat sewaan disediakan untuk SELURUH MALAYSIA. Yang mana di kawasan Selangor, boleh berjumpa dulu dengan saya untuk perbincangan lanjut. Saya akan cuba yang terbaik untuk memberi khidmat yang cemerlang untuk anda. 

Jika ingin dapatkan ONE STOP CENTER untuk event anda, saya boleh sediakannya. Kami juga ada sewaan aircond, sewaan air cooler, sewaan genset, dan segala kelengkapan event seperti mist fan, kerusi meja, stage, platform, lampu chandelier, hiasan khemah, dan lain-lain.  

Thursday, October 19, 2017

Perkhidmatan Sewa Khemah, Aircond Terbaik Di Malaysia | Tent Rental Services

Pernah dengar khidmat sewaan khemah, aircond, genset? Haa… Ada satu syarikat menawarkan khidmat sewaan seperti itu. Hanya dengan sekali permintaan, anda dapat semuanya. Sewaan perkhidmatan khemah, aircond dan genset nie biasanya untuk event seperti LIMA, Roadshow dan banyak lagi.

Untuk bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmat sewaan barangan ini, anda bolehlah menghubungi saya. Kami menawarkan khidmat seperti:
  • Sewaan aircond/air-cooler  (portable, air-cooler self-contained (5HP, 10HP, fabric ducting dll.
  • Sewaan khemah (marquee tent, pyramid tent, A-shape tent dan banyak lagi.
  • Sewaan Genset (Generator Set untuk power supply 
  • Sewaan Chiller ( Emergency Cooling System untuk permanent building, factory, warehouse)
  • Sewaan Electrical Works (Mist fan, Industrial Fan, Lighting, Distribution Board dll)

Barangan sewaan di atas tu banyak digunakan untuk menjayakan event seperti:
Karnivals
  • Launching Program (BMW launching, Shipping launching)
  • Pameran / Expo
  • School Event
  • Festival
  • Birthday Party
  • Roadshow
  • Corporate Event
  • Emergency Cooling System (Sebab ada maintenance, breakdown dll)
  • Wedding Dinner
  • Family Day

Jadi, kalau ada syarikat anda, syarikat kenalan anda, atau anda sendiri ingin buat satu majlis seperti di atas, boleh la menghubungi nombor di bawah:

Call & Whatsapp : 011-1697 4697 (En. Ahsan)

Jangan risau, jika anda tidak ada pengalaman dalam bab detail seperti berapa kVA nak guna untuk genset, berapa banyak khemah nak sewa, berapa aircond nak guna, En. Ahsan boleh bagi nasihat dan boleh berbincang. Harga sewaan sangat berpatutan dengan khidmat yang akan diberi. Pihak kami akan datang pasang, dan buka balik selepas majlis, semuanya termasuk dalam harga yang akan diberikan kelak.