Showing posts with label Hikayat Kedai Kopi. Show all posts
Showing posts with label Hikayat Kedai Kopi. Show all posts

Saturday, April 7, 2018

Hikayat Kedai Kopi - NAK PILIH CALON MANA? | PRU-14


Di satu kedai kopi di hujung kampung, maka tersebut la al kisah.... Al kisah sang buana sedang beceloteh hal Pilihanraya Malaysia yang ke-14. Selepas pembubaran parlimen... Maka rancaknya rakyat marhaen jadikan topik nak lepak lama-lama di kedai kopi... 

A: Ko sokong yg mana? 

B: Aku sokong orang, bukan parti.
A: Kalau parti cakduncak pilih calon rajin dan beriman, ko pangkah cakduncak ke? Tak pilih parti dumpissdum? 

B: ya.
A: Mana boleh macam tu.. Pilih la parti.. Parti yg memerintah negara nanti. Pilih calon gitu, kalau calon ko parti kalah, xde guna. 

B: Kalau mcm tu, parti menang tu tak jalankan kerja yg baik dari awal la.
A: Hah? 

B: Setiap gerak kerja sudah pasti ada strategi, ada pemilihan calon internal. Kalau awal-awal parti tu pilih calon malas, kerja bermusim, tak beriman, maknanya awal-awal dah salah gerak kerjanya. Kenapa aku nak pilih satu parti yang dah tak boleh bezakan calon bermutu dengan calon goyang kaki tunggu duit masuk je?
A: Ok, katelah calon yg ko pilih tu, parti dia tak menang. Semua tak jadi bro! 

B: Biar dia menang di DUN, atau PARLIMEN, tp partinya kalah pun takpe. Sebab dia yg akan mewakili kawasan kita, mewakili SUARA KITA di mesyuarat DUN, mesyuarat PARLIMEN. Dia yg memperjuangkan hak kita di sini. Kita nak tengok dia bekerja, bukan tunggu suap je.
A: No money no talk bro

B: Itu yg salah. Calon tu sepatutnya bukan harap duit bro. Dia dipilih oleh kita, maknanya dia memegang MANDAT dari kita. Dia perlu berusaha untuk memberikan sebaik mungkin kepada kita. Dia hanyalah WAKIL RAKYAT. bukan wakil pemungut hasil.
A: Pelik betul la ko nie

B: Apa yg pelik, itu teras demokrasi. Yang peliknya ko. Demokrasi adalah satu sistem yg memberikan KUASA kepada RAKYAT utk memilih. Dan kita mestilah pilih yang betul-betul bekerja untuk kebajikan kita.
A: Jadi nak pilih sape? 

B: Pilih calon yg berwibawa. Parti mana pun menang, kalau calon gred A yg masuk ke dalam kabinet, maka A la kerja dia. Kalau pilih yang kaki suap, kaki dangdut, kaki gaduh, kaki sembang, makan kaki la ko kena penyepak dia secara tak sedar. Nak tunggu lima tahun lagi, lama bro. Ubah mindset kita, pilih yg sanggup bekerja untuk RAKYAT.
A: macam mana nak tau? 

B: Kalau jenis nak PRU baru turun padang, tak payah pilih la. Kalau jenis nak dapatkan bantuan, kena bagi pengeras, tak payah la. Kalau jenis sombong ajak rumah minum kopi kat kedai tepi jalan pun tak nak, low class katanya, tak payah la. Pilih yang beriman dan beramal soleh bagi yg islam. Pilih yg komited bekerja dan humble bagi non muslim.
A: Mana ada yg betul-betul beriman sekarang bro jadi calon... 

B: Kalau takde, ADAKAN. Kalau tak wujud juga, cari yg rajin bekerja, integriti yg tinggi, dan tak banyak songeh. Orangnya humble, tak rasa RAJA sangat bila dah jadi YB.
A: Ermmm.... 


B: Yg membuat keputusan dalam kabinet, dalam dewan, bukan parti, tapi individu dalam dewan tu. Memang ada kaitan 2/3 keputusan ada kebergantungan rapat dengan parti majoriti, tapi sekurang-kurangnya, keputusan yg dibuat tidaklah bodoh dan tak masuk akal. Idea yang dilontarkan bernas dan diterima pakai, jika calon itu bijak, bertoleransi, berintegriti, ikhlas bekerja untuk RAKYAT. Bila semua idea bernas je dlm dewan, kita pun dapat kesenangan. Kalau idea yg caca marba sahaja dlm dewan, kita yg sakit hati. Sapa suruh pilih? Done sembang kopi ala orang eropah.

P/S: Share jika setuju... Komen jika ada idea lain.. :)

Wednesday, January 22, 2014

Hikayat Kedai Kopi - Cium Kemaluan Isteri, Tidak Berbau Syurga [18sx]


Bersambung al-kisah hikayat kedai kopi dengan satu kisah ceramah di satu masjid sebuah kampung.... Maka diceritakan la si ustad itu berkenaan sesape yang mencium kemaluan isteri atau suami... maka dia tidak akan berbau syurga.... Maka ramailah yang berbisik-bisik seperti tidak bersetuju dan gundah gulana..... Tapi takut hendak bertanya sebab takut diejek... Maka terbawa-bawa lah al-kisah cium kemaluan isteri ke kedai kopi.....Kebetulan lepas bagi ceramah si ustad singgah la sekejap ke kedai kopi nak pekena Tongkat Ali Cafe....

Lepas Ustad dah order air kopinya... dan duduk sambil membelek-belek surat khabar free.... Datangla seorang anak muda berjanggut ala kambing jantan bernama Harun... 

Harun: Assalamualaikum ustad... boleh saya duduk sebelah ustad? Ke ada empunya?

Ustad: Waalaikumussalam..... Boleh ajer.... silalah duduk... jangan malu-malu... Ehh...orderla kopi ke pape ke.... Tapi bayar sendiri yer..he he..

Harun: Takpe ustad.... saya cuma nak bertanya nie ustad.... pasal ceramah tadi... Ada kemusykilan la ustad...

Ustad: Ermm... ada ape yer... boleh boleh... silalah bertanya... short dan simple yer...

Harun: Hamboi... he he... gini ustad.... pasal cium kemaluan isteri tak berbau syurga.... Kenapa ye ustad? Saya pernah dengar ada seorang ustad tu cakap, cium kemaluan isteri tu takpe.... harus... sebab suami isteri boleh jer...jangan orang lain sudah ler selain suami isteri... Kenapa boleh sampai tak berbau syurga pulak ustad? Berdosa besar ke? Haah? Jawab ustad...jawab!

Ustad: Shhhhhh..... kuat bebeno suaranya.... slow la sikit... tau la tak puas hati... he he....

Harun: Oh... terover... sorry Ustad... takde la... sebab nie first time saya dengar ceramah cakap gitu...Masa kursus kahwin takde pulak bagitau tak boleh...

Ustad: Rilek.....rilek brader brader rilek... [sambil nyanyi lagu Rilek brader] Ermm...... panjang nak citer nie...

Harun: Pendekkan... Short and simple..

Ustad: Balas nampak..... Hmm...Tak sabo-sabo.... 

Harun: Ye la..... saya musykil nie ustad.... musykil...

Ustad: Macam nie..... ustad tak cakap pun tak boleh.... tak cakap pun berdosa..... tapi ustad cuma cakap cium kemaluan isteri tu tak bau syurga....

Harun: Tak berbau syurga tu maknanya tak masuk syurga la kan?? Berdosa la tu..... Ustad... saya dah pening dah nie...

Ustad: Hek eleh awak nie.... beriya sangat nie kenape? selalu buat ek... he he... Gini..... memang la cium kemaluan tak bau syurga.... masa cium tu bau ape? Cuba cakap?

Harun: Errr....ermmm.....err.....ooOOOOOoooooo..... heh...heh..... 

Ustad: Faham? [sambil hirup kopi]

Harun: Fahaaaam ustad... thehehe..... Asal tak cakap awai-awai..... Boleh salah faham nie..Aiyoo..

Ustad: Dah masa ceramah takde pulak yang tanya... ingat faham... pelik jugak tadi... asal semua senyap... lawak tak sampai ke haper... Rupanya salah faham... Haduh...

Satu kedai kopi gelakkan Harun.... Padahal kebanyakan dalam kedai tu semuanya salah faham jugak! Nasib baik ada Harun....hihihi

P/S: Tak faham, silalah bertanya.. jangan malu-malu...

Tuesday, January 29, 2013

[Hikayat Kedai Kopi] Kisah Motivasi Diri 1 - Lemah Tapi Kuat


Seorang brader bernama Harun... Nak jadi seorang tentera... Tapi apakan daya... badannya lemah... nak angkat seguni beras pun terkencing... Nak tumbuk punching bag...Punching bag yang tumbuk dia... Macam mana punching bag tumbok dia...Jangan tanya.... LISTEN! he he...Ops...lari jalan citer dah... Ok..sambung..

Harun nie pendek je... Dah la pendek... badan lemah pulak tu... Ada hati nak jadi army.. Tapi dia nak jugak... Bukan sebab keras kepala... Kalau hantuk kat buah kelapa masih lagi sakit... Tapi keinginan diri untuk berbakti pada nusa bangsa... Dia masih mahu join army....

Kapten army terkentut tahan gelak bila Harun datang nak register diri dia dalam army.... Nak sekeh kepala...takut pengsan tang tang tu jugek... Selepas dibisik oleh kawannya yang turut sama terkentut tahan gelak... Maka dibagi juga Harun masuk army... Nak bagi kesedaran kat Harun...yang dirinya langsung tak layak masuk army......

Maka.... bermula la al-kisah sang lembik terkial-kial membawa diri dengan latihan ketenteraan yang kejam dan bengis tu.... Training dua hari...demam tiga hari... berendam sehari....demam lagi tiga hari... Macam tu ler si Harun dengan demamnya yang kebahnya dah macam chipsmore.... Kejap kebah kejap demam... Tak tahan dengan latihan yang berat tu....

Si Kapten tadi selalu datang kat Harun...selalu tanya masih mahu teruskan ke tak... Tapi Harun tetap mahu meneruskan latihan...walhal terbungkang di katil wad sakit je koje dia....he he.. Nak dijadikan cerita.... Ada serangan Gerila pemberontak di tempat latihan tu.... Ini bukan Golila lo... ini Gelila... Bukan Geli... tapi Gelila... Serang hendap punya stailo.... 

Disebabkan serangan mengejut... ramai yang terkorban... dan ramai yang tertangkap... Ye ler... duk goyang kaki dalam keamanan...mana nak prepare serangan cam nie... Duk main Dota dan Angry bird je keje... huhu... Maka tertewan la markas nie ditangan pemberontak.... Harun pula... masih lena di katil... Alangkah menipu jalan citer nie... Chop!! LISTEN!... 

Harun sebenarnya diselamatkan oleh saki baki tentera yang masih selamat... bersembunyi di bawah tanah... Menunggu nak serang balik... Tapi depa nak atur strategi dulu.... Tengah-tengah duk berbincang...dan bergaduh sesama sendiri tu... tetiba Harun menyampuk.... Dan memberi idea yang bernas... Strategi yang bagi geng tentera tu..bernas dan brilliant... Si Kapten tu pun kagum dengan taktikal Harun.... Maka dipersetujui oleh semua pihak...Maka bermulalah serangan balas pihak tentera...

Pada malam 27 Jamadil Akhir, tentera menyerang balik pihak pemberontak menggunakan strategi taktikal Harun... Menjadi dan sangat berkesan... Maka ditawan la pemberontak itu... Tahanan juga berjaya diselamatkan... Si Kapten kagum dengan kebijaksanaan si Harun mengatur strategi peperangan.... 

Maka bermula hari itu... Si Harun tidak lagi join latihan berat tentera... tetapi dah dinaikkan pangkat menjadi pakar strategi ketenteraan di bawah rejimen Kapten... Kiranya menjadi penasihat Kapten tu... Walaupun lemah, lembik dan pendek... Tetapi denga kesungguhan keazaman dan kebijaksanaan yang ada pada Harun... Dia dapat juga join army... Dapat pangkat lagi... 

SEKIAN

Cerita rekaan semata-mata...Mana-mana yang nak copy atau nak sebarkan... Sila letak under copyright blog nie....

Friday, May 20, 2011

Hikayat Kedai Kopi - Aku Tak Makan Babi La!!

Citer di Warong Wacanaku kembali lagi... kali ni ada dua pelanggan sibuk bercerita tentang pengalaman mereka di dalam hutan belantara....dulu depa ni Komander askar..... Bukan komunis okeh.... tentera negara yang berjuang mempertahankan negara dan warong Pak Samad nih...he he he.


Kassim : Sin!! Oooo Sin!! Lama tak jumpa ko.....mana menghilang oit...sejak pencen ni asyik ilang je ko yer...

Husin: Laa....Kassim!!  Selamat lagi ko yer....patut la ada watak Kassim Selamat...ha ha ha. Aku sekarang sibuk memancing....

Kassim : memancing? Katner yop? Setau aku ko ni memang tak pandai memancing..

Husin: Tu dulu.....sekarang dah pakar... setakat nak dapat ikan sebesar pehe ni....kacang buncis je beb....

Kassim: Ha ha ha.... aku tengok ko....aku teringat kisah ko makan babi dulu...

Husin: Mana ada aku makan babi Kassim oi....ko jangan buat cerita pulak...

Kassim: Ha ha ha....cerita mende nyer Sin....aku tau la....saje jer buat-buat tak tau.... masa ko duk dengan geng-geng kapak dulu..

Husin: Aku tak makan la Kassim... Gini citernyer....

Kassim : Ce citer...ce citer....

Husin : Geng depa tu masak gulai daging..... masak guali daging babi la... tapi aku tak makan.... aku makan nasik dengan sayur terung jer....


Kassim: Biar betul.... bukan ker ko duk dengan depa berhari-hari....takkan makan terung jer.... Aku dengar depa tu hari-hari masak babi...

Husin: Betul Kassim...aku hari pertama makan nasik dengan terung... hari kedua makan nasik ngan kacang bendi... hari ketiga aku makan serunding....

Kassim: Jap....jap....macam mane ko masak terung..kacang bendi..dan serunding tu....

Husin: Ala....hari pertama depa masak gulai babi kan...ada terung dalam tu...aku makan la terung jer... hari kedua depa buat singgang babi.... aku makan la kacang bendi yang depa campur dalam tu.... hari ketiga depa buat serunding... aku makan la serunding jer... he he he he....

Kassim: $%*@%*@$^&&^&!!!!!! Zat babi la tu....Serunding tu tetap daging babi ngok!!

Husin: Oh....ek.... Tak tau....he he he he....

Friday, May 6, 2011

Hikayat Kedai Kopi - Solat Jumaat

Pak Samad takde lagi...yang ada Mak Minah jer....sedang buat kopi untuk pelanggannya... ramai jugak la pelanggan hari ni....maklum lah..hari Jumaat... sumer lepak kat kedai kopi selepas balik dari masjid.... Minum-minum selepas solat Jumaat... Dalam ramai-ramai tu....ada la tiga orang anak muda sedang berborak..... Jom jom kita dengar atau baca apa yang depa tengah borak tuh.....

Shah: Ai Mamat.... baru nampak muka nampak...baru balik masjid ker....baru bangun tidoq?

Mamat: Ko jangaaan.....aku ni siap duk saf depan tau..... belakang imam masjid lagi... Siap melekat bau wangi tok imam lagi...


Shah: Amboi....tu bukan bau wangian mat.....tu bau kentut tok imam... Bau petai jer nih...


Mamat: Maner ader la... ko ni...bau peti dengan bau minyak wangi cap BOSS pun tak tau ker.... Ko tu...tuduh-tuduh aku....ko pegi bertaubat tak tadi?

Shah: Aku.......heh......ko tak payah tanyer la... paling awal pegi masjid.... tok bilal baru duk ketuk mic nak azan...aku dah terconggok kat saf depan sekali tau.....


Mamat: Giler awal.....ko buat apa? Berzikir ker.....ke ngaji Quran? Setau aku....ko ni muqaddam pun tak lepas lagi....hahaha

Shah: Amboi hancing nyer mulut.... aku duk online facebook jer...kat masjid UPM ni ada wi-fi ...hahaha.

Mamat: Hahahaha.....Siot jer....

Kassim: Assalamualaikum....Shah...Mamat...awal sampai...Bukan ker solat baru habis ker?

Shah: Waalaikumussalam... Eh.....kitorang solat masjid lain la Kassim....ko solat masjid maner?

Kassim: Masjid UPM ler.... aku ni pun kire dah cepat kuar... sebab lapor.... tu aku pelik tu...korang siap dah order air nih...

Mamat: Baru jer la...cuma kitorang dah order advance dengan Mak Minah tu...

Mak Minah: Hah...iyer la tu... Cakap je ler korang tu dah terlambat.... ader ker orang dah nak solat baru gerak dari rumah....Banyak la awal pegi masjid...

Shah: He he he.....ala....Mak Minah ni... baru sekali.... tu pun sebab terlajak tido... selalu awal...kan Mamat kan...

Mamat: He he he..... ermmm....he  he  he


Moral: Pegi la awal oit...Dengar la khutbah dulu... jangan tidoq!

P/S: Pssst...Segmen Terbaru aku weh..... Wacana Pengenalan Blogger Bersama Bro Wacana sedang berjalan....Jomm join reramai di SINI

Saturday, April 9, 2011

Hikayat Kedai Kopi Special Edition - Blogger dan JPJ

Diceritakan seorang insan......lembut hati bagaikan taman.... he he he. Macam lirik lagu Siti Nurhaliza la pulak kan...... Ini cerita berlaku di tempat nak amik lesen kete.... Tapi diceritakan kembali di kedai kopi...he he he

Joyah: Pak Samad, mai kopi secawan!

Pak Samad: Secawan jek? Tengok badan macam tak cukup je secawan..he he

Joyah: Amboi mulut...... busuk bebenor.... badan ni nampak je besar...tapi sebenarnya slim... Ni jadi gini sebab lepas stat keje kerajaan la ni.... asyik rehaaaaaaaat jer...

Pak Samad: Iyo lah tu..... Haaa..... Joyah dah order..... Johan? Nak aper?

Johan: Nak teh o sudaaa.....tengah kering nih... Tekak pun kering.... poket pun kering....
Pak Samad: Wokeh.... tunggu 5 minit...lebih je...boleh isi borang aduan ok..

Johan: Pergh.... mengalahkan Pizza Hut dah kedai kopi Pak Samad nih...

Pak Samad: Menjaga pelanggan tu diberi keutamaan...hehe

Johan: Haa...Joyahnyer.... aper cer tadi exam nak amik lesen?
Joyah: Aduuuuuh Johan oooooooiiii....Kuuuuuus semangat.... Memang memalukan gamoknyer...

Johan: Heh...apo ke he? Ce citer...ce citer...

Joyah: Jap nak flash back..... di suatu pagi..............

[Flashback...... set sekarang di tempat test.... ]

Pak Din JPJ: Okeh....lepas habis kita pusing-pusing di bandor nih... kita akan buat test di dalam sekolah memandu pulak ok...

Joyah: Bbab.....bab......baik tuan.....

Pak Din JPJ: Oh...gagap ker....

Joyah: Dak eh..... takuutt..... gigil nih...

Pak Din JPJ: Jangan ler takut.... Ermm.... berhenti dekat kedai tu jap... nak beli jeruk buah... berhenti jap eh..

Joyah: Aik...ermm.....ok....ok....

[Setibanya di sekolah.....Joyah buat la test di dalam sekolah tu....situasi sekarang Joyah berada di dalam tempat parking.... elok je parking nyer...tak langgar tiang...]

Pak Din JPJ: Ok Joyah...... boleh keluar...

[Joyah pun mematikan enjin ketenyer....dan keluar dari kete....]

Joyah: Ya tuan.... dah siap ker?

Pak Din JPJ: .................................................... [ dan dia gelak segelak-gelaknyer....]
Joyah: Kenape tuan....... saya buat salah ker....

Pak Din JPJ: Hadoooooiii cik Joyah ooooooiiii...... Saya suruh keluar dari tempat parking.... bukannya awak kuar dari kete.......

Joyah: Oh....he he he... mintak maap....mintak maap....

[Kembali ke Kedai Kopi]

Joyah: Ko bayangkan....betapa malunyer aku.... Rase nak tutup je muke nih time tu...tapi nak buat test bukit pulak lepas tu... Terpakse la buat dono n stedi jer...

Johan: [guling-guling dan terbahak-bahak....]

Joyah: oi...oi.... jangan la melampau sangat kalo nak ketawa pun.... terasa nih..

Johan: Ok...ok....aduhh....berair mate aku nih.... kalah Mr. Bean....

Joyah: Balik jela gini.... bukannyer nak bagi motivate ke aper ker....

Johan: Joyah......oit.....Joyah...... Kopi dah sampai nih...... Joy....yah oit....

~PEACE~

Wednesday, February 23, 2011

Hikayat Kedai Kopi Ep. 8 - Interview Mencari Kerja [Lakonan Ben dan Ujang]

Warong Pak Samad iaitu Warong Wacanaku bersiaran lagi... Kali ni ada kisah 2 pemuda yang sedang mencari kerja di kota...pulang ke kampung sementara untuk menunggu panggilan dari tempat mereka pergi interview tadi... Mereka ialah Ben dan Ujang...hahaha [Memang aku rase nak taruk nama depa je sekarang..]

Ben : Haa....Jang, Ko tak citer lagi kat aku pasal job interview ko tadi. Ce citer..Ce citer...

Ujang: Rilek lu bro... kite pekena air dulu... Pak Samad! Bagi air kosong dua! Suam-suam ek... baru bes! Nak sudu 2!

Ben: Aik...air kosong jer? Biar betol ko ni... Bapak save giler..

Ujang: Bukan aper... aku ada bawak kopi dari CNI nih....Kopi tongkat ali... aku belanja bro sekali... mahal nih sesachet...


Ben: Ok2.....citer la pasal interview tu tadi....Penat aku teman ko nih... Aku ada pengembaraan vlog di Putrajaya jap lagi.

Ujang: Gini.... kire dipendekkan citer la ni ek.. citer terus di interview... ada 3 orang panel. Sorang ni macam Datuk dah... sorang ni gadis cantik cam Heliza.... sorang lagi macho macam Pembawa Wacana. Yang datuk tu suruh aku duduk....jarak aku dengan depa dalam 5 meter. Segan aku dibuatnya...

Ben: Ooo....pastu...teruskan...teruskan...

Ujang: Yang datuk tu tanya la aku pasal apa aku tau pasal syarikat tu... aku dah study dah semalam.. aku jawab la dengan bangganya... pastu dia tanya lagi pasal teknologi terkini...aku jawab jugak dengan lajunya... macam enjin V-TEC dah. Sampai ternganga si datuk tuh...


Ben: Pergh... dahsyaaaaat!!! Lagi..lagi...

Ujang: Sampai la giliran Heliza tu.. die tanya aku dah kawin ke belum! Aku jawab la dah bertunang.. sedih je die aku tengok.. Pastu die terus tanya pasal bab kawin... terkejut aku! Ni betul ke interview keje ni.. tapi aku baru lepas pegi kursus kawin aritu...memang sume dalam ingatan la...

Ben: Ni aku jeles nih.. Heliza tanye gitu ek? Lagi...lagi...

Ujang: Sampai la sorang lagi nih.. muke sebijik macam Pembawa Wacana... ala-ala Chinese set sikit. Aku dah lege dah ni dapat jawab dari dua orang panel sebelumnya... tapi yang ni terkantoi daa... memang terkedu lidah aku...

Ben: Ape dier tanyer? name menteri-menteri ker? Ke tanye pasal akademik?

Ujang: Tak....die tanya 3 soalan.... soalan pertama..... die suruh aku bagi 5 jenis surah dari muqaddam kecuali surah lazim.... soalan kedua.... die suruh aku bagi doa untuk mintak keampunan kedua ibu bapa kita... dan yang ketiga.... makna bacaan duduk antara dua sujud...

Ben: Hahahahaha....... [gelak terguling-guling]

Ujang: [Minum air kopi tongkat alinya tanpa memandang kiri kanan]

Hehehe.....ni hasil dari babak lakonan filem terbaru Bro Ben dan Ujang... trailer dier boleh tengok kat SINI

Tuesday, February 8, 2011

Hikayat Kedai Kopi Ep.7 - Eric dan David

Hikayat kedai kopi bergema kembali...sesudah lama menyepi....tetiba ada dua orang artis datang dengan kereta Perodua yang baru...yang smart macam kereta dalam citer Ironman tu.... makluman...Eric tu bukan Eric Deco tau...David tu bukan David Teoh tau....:D


Eric: Mau makan ape bun.....hadddoi... Aku melapari bun..

David: Saya mau makan roti kacang..yang disaluti dengan jem kaya... diikuti air teh....yang 'O' saja.

Eric: Erm...ok la kalau macam tu...bagikan aku milo ais...ada tabur-tabur sikit kat atas tu.. baru nampak cantik....

Pak Samad pun masuk ke dapur sambil menahan gelak ketawa...tapi terlepas jugak...:D



David: Oit....kennnaper Pakcik ketawe? Cakap saya salah ka?

Pak Samad: Mane ade...tergelak dengar lawak hot.fm ni..hehe

Eric: Tak kisah la bun.... eee....David...tengok...meja ni bergoyang la.. Tak kuase la tengok meja goyang-goyang.. aku rase kene tukar baru ni kan bun..

David: Kennnnaper mau tukar? Ibarat kata patah-patah melayu... Patah tumbuh hilang berganti..

Eric: Maksud awak kene patahkannya dulu ke bun?

David: Tidak...tidak...maksud saya ar.. macam jolok jolok buah nangka... ibarat kata... buah cempelak di luar pagar.... kalau payah nak ambik...tak payah ambik la....haiyo..

Eric: Aku tak pahamnya maksud u bun...takpe lah.... alamak....kerusi pun same la ... ni kalau letak kerusi warne hijau baru nampak catchy sikit... baru ramai pelanggannya bun...

David: Kerusi tak payah tukar.... Tukar kedai terus...

Eric: Ha'a kan bun.. kene deco-deco sikit ni..... baru jadi warong idamannya bun...

Perbualan terhenti kerana Pak Samad telah mengeluarkan penyapu lidinya dan.........paham-paham jela kan... Sensitip rupenyer Pak Samad ni..hahahaha

Wednesday, January 19, 2011

Hikayat Kedai Kopi Ep.6 - Pak Samad dan Makhluk Halus

Hikayat kedai kopi bergema lagi setelah lama menyepi...bukan sebab ketandusan idea...tetapi sebab Pak Samad, pemilik warong kedai kopi Wacanaku diganggu makhluk halus. Heboh sekampong berkenaan crite ini. Setelah Pak Samad membuka kembali warongnya...maka bisingla penduduk kampong.....


Halim: Assalamualaikum Pak Samad.. Lama tak bukak warong....rindu seh~

Pak Samad: Waalaikumussalam Lim, Saya putar Halim! hehe...a'ah.. agak lame la jugak. Nak minum ape? Macam biase?

Halim: Hari ni nak tukar la Pak Samad... selalunya amik kopi O dengan nasi lemak kan.. Selain tu ade ape lagi Pak?

Pak Samad: Ada ape dengan cinta kot..hehehe.

Halim: Pak Samad.....serius ni...

Pak Samad: Ade mee goreng...nasi bungkus... kuih-muih.. mee hoon... air plak ade teh O..teh tarik.. teh BOH....Milo...Ho Ho Ho HOrlick pun ade....sume la..



Halim: Haaaa......bagi saye......Kopi O sama itu Nasi lemak..he he

Pak Samad: Dah agak dah... tu yang malas nak bagitau tu..haih

Halim: Pak Samad....betul ke Pak Samad diganggu makhluk halus? Citer la sikit.. Cer citer..cer citer..

Pak Samad: Erm..betul la tu Lim. Aku pun tak sangka orang macam aku ni pun terkena jugak.. Tah sape la yang dengki dengan aku nih..

Halim: Ala...orang sekarang suka tengok orang lain hidup susah Pak Samad...tak suka kalau ade yang lebih..lagi-lagi macam Pak Samad ni haa...warong memang selalu penuh..

Pak Samad: Ala...warong kecik je pun.. tak yah la nak dengki...lagipun aku cari rejeki halal. Gini citernyer Lim. Aku sedar yang aku diganggu makhluk halus mase seminggu lepas. Aku rase macam ade bende merayap atas badan aku... mase tu aku tgh tido...aku terkejut la kan... Sekali tengok bende hitam..........


Halim: Pergh....meremang bulu roma aku ni Pak Samad.. besar ke Pak Samad? Bomoh mane Pak Samad pakai?

Pak Samad: Dak eh....kecik jer.. tapi terkejut la kan sebab mase tu tetibe jer... Mule-mule aku gune lada hitam...menjadi tapi die datang balik..last-last aku gune bomoh dari bandar jer... Power la jugak... sekali datang je terus hilang.

Halim: Sape name die? Mesti datang dari Siam nih.

Pak Samad: Name dier aku luper la.....ade macam rid rid la kat depan...

Halim: Ridwan? Rid......rizarman?

Pak Samad: Haaa.......Ridsect!!

Halim: #$^#@$@$#%!!! Tu bukan makhluk halus tu Pak Samad! Tu binatang halus!

Pak Samad: Ye la... halus la tu kan.... gula tumpah kat umah aku mase tu..penuh umah aku dengan semut hitam! hehehe

Halim: Habis asal tutup warong?

Pak Samad: Mase tu kebetulan ade major renovation...hihihihi Cepat bebenor rumor tersebar...Salah pulak tu... Aku malas nak crite lebih-lebih..bior je gitu

Halim: Adehh...terkena aku....

Sunday, January 9, 2011

Hikayat Kedai Kopi Ep.5 - [PANAS!!!] Gosip Anugerah Juara Lagu!!



Warong Wacanaku bising lagi!! Kali ni pasal gosip mosip Anugerah Juara Lagu yang ke.....yang ke...... AKU LUPER!!!! :D :D.. Ops....ada gangguan stesen radio nampaknyer...termasuk stesen Raja Lawak...hehehe

Nazmi: Pak!....Pak!....Ape dah name Pak.....AKU LUPER!!!

Zizan: Woi! Woi! Dah dah la tu....terbawak-bawak kat sini pulok... kat atas stage Raje lawok doh ler...

Nazmi: Aku excited giler! Hehehe....minggu first dah menjadik....sape tak rase berjalan atas awan beb...

Zizan: Tipu giler...Mu jangang lebong aku!! (Lebong ni tipu dalam bahase terengganu) Mane ader oghang jalang atah awang.. Siang (Kesian) ke awang... sakit la die.. baik mung jalang atah Badang ke...atah jambatang ke...

Nazmi: Hehehe...Weh Zizan, ko agak-agak sape yang menang dlm Anugerah Juara Lagu ni?
Zizan: Mung tanye akuu....Aku juri malang tu.... Bereh belaker ar... tau doh sape menang..huh

Nazmi: Sape weh...ce cite..ce cite...

Zizan: Mane buleh bagitau ke mung..dop suspen ler..



Nazmi: Sape yang dapat masuk ek? AKU LUPER!! :D

Zizan: Lupee....Lupe...Lupe sunggoh baru padang muke mung tuh.. Aku kabo ke mung la... Dalang bentuk story mori deh....

Nazmi: Ce citer....ce citer...

Zizan: Yuna tengah hepi giler sebab die dapat Cinta Sempurna yg die tunggu-tunggu.... Shahir syok kat *tuuuuuuut* (sensored..:p) tapi kene reject, tapi stay coOol...still bahgie... Kebahagiaan dalam Perpisahan orang kate.. Tomok plak lewat bangun tido.. Berlari die g rehearsal...Hah! Tolong Ingatkan Aku pasal Ana Rafali ajak date ngan aku deh..

Nazmi: Iyer-yer je ko die ajak date... lagi..lagi...ce sambung...ce sambung...

Zizan: Okay... Bunkface plak ade kejutan yang agak Extravaganza gituuuu... Hafiz baru lepas accident...sikit jer..tapi die dah taknak bercinta dah.. die bagi noktah dah.. Noktah Cinta. Hah..ni kes naye beb... ade sorang tu Hanyut dibuai mimpi... tertido! siap aku g wish Selamat malam lagi kat die..ko tau sape..Faizal Tahir..rilek giler tido mase training..

Nazmi: Iyer??? Ni gosip bes nih... Aku dengar Sofea Jane pun masuk? Die pandai nyanyi ker.. aku tak ingat pun die penah nyanyi...AKU LUPER!! :D

Zizan: Ade org menyamar tu.... die Black-black siket.. Haa..ko tau tak..aku ade Meet Uncle Hussein tau... pasal dapat kontark dalam Drama King..

Nazmi: Pergh..bes siot ko...

Zizan: Tapi aku tolak...sebab Aku Ada Kamu, wahai buah hatiku Adira...(sambil tengok ke langit)

Nazmi: Hek eleh...berangan! Aku amik A.P.I Pelita g bakor ko baru tau..sambung citer!

Zizan: Siket pun tak boleh...tak undi kang...Jahat giler ko.... Aku ada jumpa Stacy gak...Mase tu dalam Hujan..... tak de petir.... Weh....aku nak balik dah ni..nak rehearse jadi hos Raja Lawak plak...

Nazmi: Kok ye pun bagila kesimpulan dulu sebelum stop citer...

Zizan: Kesimpulan ek....aku tengah Mencari Konklusi yang sesuai ni..tadi ade....tapi dah tak ingat dah..AKU LUPER!!!!

Nazmi: SioOOooot!!

P/S: Citer ini akan lebih difahami oleh sesape yg tengok Raja Lawak dan Juara Lagu jer...:)

Wednesday, January 5, 2011

Hikayat Kedai Kopi Ep.4 - Mat Salleh dan Pak Salleh

Jeng jeng jeng!! Hikayat Kedai Kopi kembali dengan muzik intronyer....... "Kalau dah mata berteeeentang mateeeee....Hati di dalaaaaaam bagai nak giiileeeeer...." Nyanyian Datuk K..eh silap...Datuk M.Daud Kilau..(Berkilauan gitu....hehehe) Pak Samad memasang radionya dengan agak kuat supaya didengari oleh semua pelanggan Warong Kopinya...Wacanaku.. Ada la sorang Mat Salleh tu... sedang bercakap dengan veteran kampung ni...Pak Salleh.. Ce cite...Ce cite... :D

Mat Saleh? Tah ler..aku kot..he he


Mat Salleh: Assalamualaikum Pak!

Pak Salleh: Oh..islam upenyer kamu ye! Waalaikumussalam... Duduk..duduk... Samad! Kopi 'O' kurang gule satu! Bagi lebih kopi....Disebabkan gule dah naik harge ni.. aku kurangkan la gule ye.. Kopi lebih takpe..

Pak Samad: Ok! Errr..encik nak minum aper? [sambil tangan menunjuk ke arah Mat Salleh tu]

Mat Salleh: Sya ya mau Jus oyeng.. Mau yang fresh punya... tak mau gula! Ourang puuteh tak shu ka makan gula...



Pak Samad: Buang tebiat ke oi... Haa..Ok...Ok... Aku pun tak makan gula.. aku taruk gule dalam minuman je... Giler ape nak makan gule cenggitu jer..

Mat Salleh: Aiwak shakap sya ya gile Pak cik?

Pak Samad: Eh...tak..tak.... Aku cakap ade lembu sekor tengah giler....giler meroyan..

Pak Salleh: Usah di layan sangat Pak Samad oi.. Haa... Mat Salleh... nak pegi mane pagi-pagi bute ni?

Mat Salleh: Macam mana Pak tau pagi ni buuta? Sya ya tengok macam biaase sha ja...

Pak Salleh: Ade jugak yang kene lesing tahap kesembilan, buah putaran alam semesta nih.. Waktu cenggini memang orang panggil pagi buta! Matahari baru nak naik ni..

Mat Salleh: Oooo... maaf..syaya tidak tau... Syaya baru balik joging.. Pagi-pagi masyam ini memang bagus untuk berjoging... Ourang dekat syini syaya nampak jarang bersukan...Pak pun patut bersyukan...baagus untuk kesyihatan...

Pak Salleh: Oo.....joging kat mane? Aku dah bersukan dah...kat surau..sembahyang sunat sebelum subuh, semayang subuh, lepas tu dhuha terus...dah cukup sihat dah tu.. Tak pegi surau smayang subuh ke tadi? Tak nampak pun batang idung..



Mat Salleh: Errr... joging kawasan kampong syaja... Sudah sembahyang...err.....tadi..masa syaya stop by di tepi kubor...he he he.. Hebatnya pak.... Tengah sembahyang boleh mengintai tengok hidung ourang laen.. hee~

Pak Salleh: Oo....dapat seru Ilahi mase lalu tepi kubor ye.... Tak lame dah tu.. hahaha Tu la... sentiase kene ingat Tuhan yang Esa tu..

Mat Salleh: Eh.. mana ada.. Sentiasa ingat dekat Tuhan... Masa syaya di London.. ourang sembahyang di mana-mana shaja... Ibarat kata patah... Di mana ada kemahuan, di shitu ada jalan...

Pak Salleh: Bukan patah la....pepatah..pe..pa..tah..

Mat Salleh: Sudah tukar ka... Ok la... My jus shuda habis...syaya balik dulu.. Pak Samad... bil!

Pak Samad: Laa....lepak la dulu... nak pegi mane cepat sangat ni...
Mat Salleh: Tidak boleh Pak syik..(Pakcik la tu.) Syaya memang masyam ini..tidak syuka membazir masya... pegi dulu...
Pak Samad: ok.... suke ati lah..

[Mat Salleh pun bangun dan terus keluar dari kedai...tetibe.....POOOOOOON! POOOOOOOON! Lori sampah lalu dengan laju beb!]

Mat Salleh: Ooo mak kau cantik pakai bedak sejuk!!.....terkejut den! Oi! Bawak la leklok!

Pak Samad: Laaa....elok je sleng dier bile melatah....mat salleh mane tu Pak Salleh?

Pak Salleh: Hmmm...orang putih celup... ko pun satu... tak kenal...tu anak aku! Mat Salleh namenyer.... Baru balik dari London... bukan pegi lame pon..pegi kat mak sedare die je.. ade la seminggu.... Terus balik dah cakap pelat... kalu balik-balik lancar bace muqaddam takpe la jugak..

Pak Samad: Laa...mati-mati ingat mat salleh betul.... Hahaha...

P/S: nak lagi feeling....part dialog Mat Salleh tu bace cam iklan Petronas tu...Oh ye..gambar...tanye Google...:D :D

Thursday, December 30, 2010

Hikayat Kedai Kopi Ep.3 - Azam Tahun Baru

Macam biase..warong kopi Wacanaku menjadi tempak lepak pelbagai jenis manusia...(kucing ade gak...kat kaki meje..kadang-kadang naik atas meje..curik makanan..hihi) Ada yang bekerja sebagai petani....ade lawyer....ade jugak doktor...(doktor cucuk sendiri datang pau makanan jer...) Kali ini...dicuri-curi dengar perbualan antara jurutera dan penoreh getah..



Amin: Bang.....bagi kopi tarik satu!

Dol: Assalamualaikum Amin.. ewah-ewah...sejak dah jadi engineer ni....ko makin segak la ek..

Amin: Waalaikumussalam...Haha...Dulu pun dah segak la Dol.... Kate lelaki buruan remaje....maskulin...he he

Dol: Kok ye nak angkat ekor sendiri..sikit-sikit dah ler...nanti nampak *tuuuuuuuuuut (sensor sebab pelbagai lapisan umur yg bace belog aku ni..huhuhu)



Amin: Haha....tak de la Dol..bergurau...ko camne skang...amacam getah ko? Sihat tak pokok getah ko?

Dol: ade ke pokok getah yg ko tanye....Sihat min..... Makin gemok dah pokok getah aku...makin ditoreh makin gemok...(sambil tunjuk kat poket bajunyer yg gemok ngan duit...DUIT bai...)



Amin: Pergh...kaye giler ko skang... Aku keje engineer pun tak de la banyak tu.... betul ke ko dapat dari hasil getah ni..

Dol: Rezeki Tuhan bagi min....Aku redho jer... Rajin cari rezeki...dapat la hasil.... (Muke bangge giler time ni..hak hak)

Amin: Betul la Dol....aku pun nak keje semakin rajin la Dol.... Tu la azam baru aku..

Dol: Ooo....dah tanam azam awal-awal ek... cepat besar la azam ko nanti ek... tanam awal-awal.. aku tak tabur benih azam pun lagi nih..hehe

Amin: Hahaa... Tak taruk baje tak jadi Dol.... Pokok azam aku tak sempat besar jugak kalo tak siram dan tak baje... Azam ko ape plak?

Dol: hahaha...... erm... azam aku nak kawin....hahaha Aku nak kawin dengan wanita kaye...haaaaa Aku nak buat majlis besar-besaran min... Siap ade penari ballet buat persembahan lagi... diiringi dengan muzik Rock kapak ....Kapak automatik lagi....campor ngan muzik kompang..hehehe



Amin: Hulamak.....grand giler majlis kawin ko... Aku dulu kecik2 je Dol... sederhana jer.. Ko serius ke ni..

Dol: Uuuuihh..Serius ni min.....duit ade beb.....aku nak gerrreeeeen min... Aku nak berarak dengan kete lembu keliling kampong... pastu nak bersanding atas pelamin terkini yg kuar dalam buku Ratu Sehari...ekslusif.. dalam buku Vogue pun boley....



Amin: Banyak gile duit ko Dol.... Jangan membazir Dol...duit tu memang la ko carik....tapi berpade2 la.... Nanti hilang berkatnye kalo lebih2 sangat....

Dol: Tu azam aku sejak dari kandungan lagi min.. Sebab tu aku rajin keje...tu haa...ko tengok kete aku.....kete Myvi... aku dah upgrade masukkan turbo tu.... Ni haa...henset pun Nokia Navigation nih...sape laa kat kampong ni boleh lawan aku dah Min...

Amin: Dol...Dol.... Siap masuk turbo tu..... Ko kate azam dari kandungan... kenape ko tak target jadi engineer cam aku ni Dol? Mase blajar dulu tak pulak ko berazam gini.. Otak ko boleh tahan gak mase tu....

Dol: Ala....kalo aku rajin cam ko mase skolah dulu pun ape jer dapat.... Ko kawin dulu pun biase2 jer... Ko tengok poket baju aku ni haa..lagi tebal dari poket ko...



Amin: Suke ati ko la Dol.... yang penting ko bahagie... Aku biase-biase jer...

Dol: Ha.....Tauu pun....

(Tetibe bunyi ringtone lagu Like A G6.......dan Amin pun keluarkan hensetnye...)

Amin: Hello....ya......yes, I'm taking breakfast right now.....yess...yes....ok...I'll be there as soon as possible.. bye Mr. Chan

Dol: Henset apo ko bondo tu min? besao...nipih....cantik.......

Amin: iphone 4 jer.... Ok la Dol...aku ade keje la.... Ade keje ad-hoc...



Dol: Hah? epon? pon-pon?

Amin: iphone... Ok la...teh tarik ko pun aku blanjer.... Aku g dulu...Salam

Teet Teet...( Amin amik kete Toyota Fortuner nyer...heh heh heh)



Dol: Oo mak aihh...bapak besao gileeeer kete ko min....

Amin: Oh... aku keje engineer je Dol.... Ni la habuan sikit2 hasil penat lelah aku blajar dulu... Dol.. Gembire jumpe ko...

Dol: Oh.......ha....ok.....

Dol pun sambung minum teh tariknyer sambil tunduk tengok membilang pasir2 di lantai.. he he he

Moral is......................korang pikir la sendiri....hihihi

(Gambar...ehem..ehem....Mekacih En. Google...)

Tuesday, December 28, 2010

Hikayat Kedai Kopi Ep.2 - Bola Oh bola...Kenape engkau bulat..

Al-kisah hikayat kedai kopi bergema lagi di stesen2 radio Wacanaku.fm dan mane2 yang seangkatan dengannyer....( macam la ade..hehe) Kali ini Warong Wacanaku berkisar tentang bola... Ye la kan... Malaysia berjaya mengalahkan negara jiran Indonesia 3-0 semalam....


Pak Su: Pak cu! Teh Tarik satuuu! Bagi susu lebih!

Pak Cu: Wokeh... Siap dalam mase 5 minit 45saat... Injury time 15saat....Takot2 ade yang main laser kat mate aku nih...lambat sikit siap air ko...

Pak Su: Hahaha..... Mane la aku reti nak men laser2 ni Pak Cu oi.... Aku reti pegang alat toreh getah je ni haa.... Henset anak aku bagi tu pon aku tak reti nak godek2....inikan pulak laser....


Pak Cu: Mane la tau kan.... Aku dgr ko pegi tgk bola semalam dgn anak ko... Citer la sikit..

Pak Su: A'aa.... bes giler... tak penah lagi aku rase suasana macam tu semenjak due menjak tiga menjak ni.... selalu lengang jer stadium tu... budak2 skang suke tgk yang omputeh jer... tapi semalam penuh bagai menatang minyak yang penuh...penuh sungguh la...

Pak Cu: Tak kene langsung pepatah ko tu..hahaha.. Citer la lagi... aku nak dengar dari saksi dari tempat kejadian sendiri...tak nak dari paper2 ni...banyak tokok tambahnye... (sambil menghulur teh tarik)

Pak Su: Erm... Riuh satu stadium.... Bes woo.. aku rase macam zaman mase kite mude2 dulu..mase negara kita ni terer giler pasal bola ni..... Aku dah dapat hidu kebangkitan pasukan negara kita nih... Semangat main bola untuk negara sudah bangkit kembali dah.... Peminat pun happening... Mase skuad negara masuk padang...gegar stadium.... dah macam gempa bumi 10.0 skalar Richter dah... Goyang aku rase malam tu...Ibarat Goyang Inul la aku rase....

Pak Cu: Uih....macam bes jer... tak gaduh ker? Aku dgr macam ade gaduh2 jer..

Pak Su: Ala Pak Cu.... citer angin je tu... Maklum la Musim Monsun Timur Laut skang ni...angin kuat sikit... ok jer aku tgk... Sume dtg nak tgk bola jer....semangat sukan diutamakan.... Lagipun Indonesia dgn negara kita kan serumpun... aku siap duk tempat Indonesia pakai baju Malaysia...kongsi2 kerepek ubi kayu beli kat MAHA 2010 ari tu...rilek jer...he he he (Sambil menghirup teh tarik panas...) Oooo panas panas panas!!!



Pak Cu: Kok ye pun minum la slow2..ish3.. Berani giler ko...tak takut kene penumbuk sulong orang berbaju merah?
Pak Su: Takde lah..ok jer...merah tu ok...bukan pengikut baju merah sebelah siam..hehe selagi kite ok..ok la depa pun... Macam cermin.... ko buat muke buruk..buruk la imej kat cermin tu... Tak sia2 aku blajar ngan anak aku ilmu sains..haha

Pak Cu: Tu la kan.... tapi...3-0 tu...dah la gol cantik2... aku rase dah macam tengok EPL dah...

Pak Su: Betul tu Pak Cu....depa tu boleh jer main...tapi mindset jer.... Kalo mindset tu fokus main betul2... tak gugup....mesti boleh main macam negara lain... taktikal dah ok... skill pun dah ade.. cume keyakinan jela kurang sebelum2 ni.... Tapi semalam depa main macam zaman kehebatan negara kite dulu... Passing cantek... movement bagus.... cume ade lagi la yg perlu di repair...

Pak Cu: Ewah Pak Su...dah macam commentator dah... ape ke jadahnya pun aku tak faham... hahaha.. aku tengok jer..tak faham pun...

Pak Su: Kene la hayati Pak Cu.... baru dapat tau mane silapnya mane bagusnya... tak de la komen kosong.... macam menghayati citer Korea...tak pun Nurkasih..



Pak Cu: Aku baru pikir nak belanje teh tarik tu...ko sindir aku pulak....tak jadi blanje...huh

Pak Su: haha...aku tak sindir.... aku bagi pendapat...ko ni macam tak biase je ngan aku... mulut tak de penapis... he he

Pak Cu: Yang pasal laser tu ape ke he?

Pak Su: Tu aku tak pasti.... tapi kalo betul dari penyokong kite.. tak berape sedap la kan.... kite kan terkenal dengan sikap sopan santun dan berbudi bahasa...adat resam orang melayu.... agak tercalar jugak la... Tapi aku tak buat... aku suluh pakai lampu picit je.. suluh kat awek indonesia..die suluh balik gune lampu hanset kot..hahaha

Pak Cu: Hahahaha...Erm... rugi plak aku tak g... tak pe lah...lain kali mesti ade peluang lagi... Aku cume harap dapat la kite menang Piala Suzuki tu...



Pak Su: Mesti ade Pak Cu....tak mustahil kalo skuad kite ganti Jepun masuk Piala Dunia satu hari nanti... tapi ko kirim tengok kat cucu ko la....kite2 ni tak sempat kot...Kalo sempat pun mate dah rabun...tak nampak hape pun...hahaha Pasal peluang tu memang sangat cerah...kalo fokus tetap 100%...ade peluang cerah...

Pak Cu: Hahaha...kasar tu woi... Tak pe la...Janji harapan kembali ade...

Trrrruuuut...trrrrruuuuut.....

Pak Su: Ok la Pak Cu....anak aku dah bagi MMS kat aku nih... die kirim gule tadi... (Sambil keluarkan hansetnyer...)

Pak Cu: Ek eleh....henset Nokia 3310 upenyer.... MMS konon...

Pak Su: hehehehe.....

Sunday, December 26, 2010

Hikayat Kedai Kopi Ep. 1 - Artis Sombong di Anugerah Skrin 2010..

Bermule nyer al-kisah hikayat penceritaan di kedai kopi warong Wacanaku ini... haih.. susah le nak buat ayat stail buku lame nih.. kene ayat santai gak..hehehe.. Ni citer benar..( Konon2 nyer...) Tiada yang benar selain yang benar-benar belake... Jadi yang tak benar tu memang tak benar... Al-kisah seorang artis sombong terhadap seorang reporter......Begini al-kisahnyer....


Roy: Aku tak puas hati la kat sorang artis nih..... sombong giler....

Mamat: Hah? artis sombong? biar betul....cube citer sikit...citer sikit...( macam Hantu Kak Limah daaa...)



Roy: Ni berlaku mase Anugerah skrin aritu..... memang aku hangin satu badan...

Mamat: Dah ko sapu minyak angin satu badan...memang la hangin satu badan...

Roy: Siyes ni wei....aku bagi kang...( sambil mengangkat mug yg dipenuhi kopi dan menjelirkan lidahnye ke kiri...)

Mamat: Ok2.... cube citer...cube citer...



Roy: Aku tegur la artis tu kan...mase die nak duduk di seat... die buat tak tauuu... ok la lagi kan.. aku kan reporter jer... pastu majlis anugerah pun berjalan.... time pengumuman dapat anugerah *tuuuuuttt* (sensor sikit..bagi surprise..he he) tu kan... die pn naik la... aku amik la gambar banyak2.... pastu time die turun dari pentas tu... aku hulur la tangan nak salam... die buat bodo jer.. sombong tul!

Mamat: Iyer?? ish3.... cian ko.... pastu pastu..... bess nih.... ( sambil menghirup kopi ais yg berharge rm1.20)

Roy: aku sabar je la kan...ye la.. aku ni sape je kan... pastu aku cube tegur secara personal... aku nak mintak autograf la kan..bukan mintak jadi bini aku...(ops... dah kantoi artis tu pempuan...) aku hulur la cap aku....die duk gelak2 ngan kawan die jer.... haaaa..time ni aku memang hangin... aku marah2 kat die balik..



Mamat: Uih..teruk bebeno tu... dia buat tak tahu je?? ko biar betul.. ke ko pakai baju tak proper nih..die ingat ko ni pemintak sedekah ke...haper ker...

Roy: pakai toksedo kot..... takde lah...pakai baju macam reporter selalu pakai la... ngan kamera DSLR kat leher aku...

Mamat: ko duk mane time anugerah tu? aku tak nampak pun ko...

Roy: Seat depan sekali kot....

Mamat: Dah macam VVIP dah ko ni... giler ah... Tapi sape artis tu?

Roy: name die *tuuuuuuuutt* (sensor lagi..ngeh ngeh...)

Mamat: Aik....setau aku die baik je bro.... die tu kawan member aku...ok jer...

Roy: mane ade..... don't judge a book by its cover ok...

Mamat: Tak sangkenyer aku..... tapi.....aish.... aku musykil lagi ni... Ko biar betul...

Roy: Betul la wei... aku serius nih... Takde la kan..sekurang2nye...sign la autograf aku tu...



Mamat: Jap...tadi ko kate marah die balik kan? Die tak marah ko balik ke?

Roy: Die buat dono gak...

Mamat: Aik??? Pelik tul citer ko ni.... Die tak dengar ke ko marah2 kat die? Setau aku..kalo ko marah2...segala haiwan kat dunia ni ko sebut...

Roy: Haa..memang....habis aku sebut.. sampai si zirafah kat afrika tu pun aku sebut tau.. sampai tumpah meggi aku time tu..

Mamat: Meggi? ko makan meggi kat Majlis? Aik......AIKKK..... Roy...cakap betul2...aku rase aku dah kene kencing nih...

Roy: Ops...he he he...aku tengok melalui tv 3D umah aku je... seat depan skali depan tv jer.. Rase macam real dowh... macam ko kat majlis tu..(Promote tv 3D nih..)



Mamat: @#%&^%@!!!!!!!!!

Roy: Sabar mat...sabar... bergurau....he he ( dah stat bangun dan posisi langkah seribu)

Mamat: Siap ko! (mula bangun dah terus berlari mengejar mimpi..hehehe)

Kepada yang mengharapkan gosip hangat..maap la ye..hehehe kepada yg tak faham citer ni.. bace la banyak kali...paham la tu kot..hahaha

(Gambar from Google..Tak de kene mengena pon..hahaha)