Showing posts with label Tips bisnes. Show all posts
Showing posts with label Tips bisnes. Show all posts

Sunday, December 3, 2017

Bagaimana Nak Viralkan Marketing Bisnes Anda Hanya Dengan Sekali Klik | Viral Bisnes

Nak viralkan bisnes anda? Jualan semakin sendu dan sudah banyak habis untuk FB Ads? Kami ada caranya! Hanya dengan sekali klik, anda dapat memviralkan bisnes anda hingga ke 30 laman sosial media yang lain! Mudah kan? 

Bagaimana? Hanya dengan menggunakan sistem VIRALNIAGA. Di sini saya memberikan 9 sebab kenapa anda perlu join viralniaga untuk memviralkan bisnes anda.
 
  1. Satu-satunya sistem yang menggabungkan sistem website, blog dan kedai online viral di Malaysia dengan harga mampu milik. Pakej paling murah, 33 sen sehari sahaja! Pakej paling mahal? RM2.33 sehari sahaja. Mahal? FB Ads laaagi mahal.
  2. Sistem latihan online dan offline yang berkesan. Latihan disediakan bagi yang mendaftar dan membeli pakej dalam bentuk pdf, video, latihan di kelas dan macam-macam lagi. Anda akan diajar sampai pandai. Mentor mentee dalam berbisnes sangat penting.
  3. Anda boleh blast perniagaan ke 30 media sosial dengan hanya 1 klik! Bayangkan berapa ramai prospek yang anda boleh capai dalam masa yang singkat. Kos? Kos membeli pakej tadi sahaja. List pakej boleh dilihat selepas anda mendaftarkan diri dalam sistem viralniaga.
  4. Jana pendapatan daripada pelbagai sumber. Anda boleh menjana pendapatan daripada perniagaan anda sekarang dengan menggunakan sistem ViralNiaga. Dengan sistem pendaftaran secara Telegram, lebih memudahkan! Anda juga boleh menjana pendapatan mudah dengan memperkenalkan sistem ViralNiaga kepada rakan-rakan anda.
  5. Anda memiliki perniagaan digital marketing consultant anda sendiri walaupun anda langsung tidak mempunyai kemahiran berkenaan digital marketing. Anda menjana pendapatan setiap kali prospek anda memerlukan bantuan di dalam digital marketing. Bagaimana? Kena daftar, beli pakej, dan hadiri kelas latihan kami. Buat kerja sekali, pendapatan berulang-ulang kali.
  6. Tiada risiko! Worst case scenario anda telah mendapat sistem ViralNiaga di mana anda boleh membuat website, kedai online dan blog viral dan mempromosi perniagaan anda dengan mudah, pantas dan berkesan! Jana pendapatan sampingan dengan memperkenalkan sistem ViralNiaga kepada rakan-rakan anda.
  7. Berpeluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan usahawan-usahawan yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Mungkin anda akan dapat menambahkan kenalan dalam ilmu bisnes dan membantu memperkembangkan bisnes anda! Anda akan menjana pendapatan daripada jualan anda dan team anda
  8. Anda berpeluang memenangi percutian dan banyak hadiah-hadiah yang ViralNiaga sediakan
  9. Have fun dengan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang diadakan di ViralNiaga
Jom sertai ViralNiaga hari ini!

Bagaimana nak JOIN? Ikut step di bawah:

Bagi yang dah ada Telegram, hanya klik link ini: https://telegram.me/Viral_NiagaBot?start=VNS506827009

Bagi yang dah daftar melalui sistem lama, hanya perlu klik link di atas dan ACTIVATE kan account anda.
 
Bagi yang belum ada lagi, boleh download dahulu telegram ke phone masing-masing menggunakan link di bawah: 

Android -
https://tinyurl.com/ebookTelegram
Apple -
https://tinyurl.com/IOStelegram


Selepas daftar, anda akan dapat maklumat terbaru tentang aktiviti, perkembangan terbaru Viralniaga melalui telegram sahaja.. Mudah dan senang! 

TUNGGU APA LAGI! Jom viralkan bisnes anda dengan langkah yang sangat mudah!  

Sunday, August 13, 2017

Bagaimana Ingin Berjaya Dalam Bisnes | Tips Ringkas

Berbisnes adalah satu langkah yang membolehkan anda menjadi kaya. Seorang usahawan menjadi kaya jika berjaya. Bagaimana ingin berjaya di dalam bisnes? Di sini saya kongsikan tips ringkas yang boleh dijadikan petua dan ringkasan untuk berjaya.

Ramai orang kita sekarang ingin berbisnes kerana keadaan ekonomi semakin gawat dan peluang pekerjaan makan gaji semakin banyak persaingan. Syarikat besar mula mengurangkan pekerja sekaligus membebankan pekerja yang masih ada kerana jumlah pekerja yang semakin kurang tetapi kerja tetap sama banyak. 

Tetapi ramai yang berbisnes tetapi mengalami keperitan pendapatan yang sama ketika bekerja makan gaji. Ramai usahawan nampak "kaya" hanya di luaran, tetapi realiti sangat berbeza. Hutang keliling pinggang, hidup tak keruan, bekerja 24 jam mengejar jualan, dan lain-lain. 

Bagaimana seseorang usahawan boleh berjaya? Ini adalah tips ringkas yang mungkin boleh dijadikan pedoman. 

JADI BUSINESSMAN, BUKAN SELF-EMPLOYED
Ramai orang kita menganggap, apabila dah jadi usahawan, kita sudah jadi CEO, dah jadi bos, dah jadi founder. Maka, segala keuntungan kita nak kaut, nak ambil sebagai pendapatan. INI SALAH! Seorang usahawan perlu pandai menguruskan bisnesnya supaya apabila kita tak boleh bekerja (sakit, ada urusan lain), bisnes tetap berjalan. Itu barulah berbisnes. 

Perlu pegang konsep ini: Fikirkan bagaimana nak kekalkan bisnes tetap berjalan walaupun kita bercuti. Itu baru betul. Langkah pertama: Bentuk satu pasukan, bukan berseorangan. Wujudkan satu carta organisasi pengurusan dalam bisnes. 

Sebagai contoh, Muslim Trade House cuba membentuk satu pasukan usahawan yang saling bantu membantu..saling bekerjasama untuk meningkatkan bisnes masing-masing. Konsep ini orang kita masih ramai yang tidak boleh terima. Sebab itu ramai yang masih menjual di kaki lima. Sedangkan yang faham konsep ini, walaupun asalnya dia penjual di kaki lima, dia boleh memiliki satu bangunan syarikat perniagaannya sendiri.

AMALKAN KONSEP MAKAN GAJI (PENSYARIKATAN)
Jadi usahawan, sebenarnya perlu pegang konsep yang sama semasa anda bekerja makan gaji juga. Konsep yang sama seperti orang yang bekerja dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Mengapa sama? Kerana hampir semua organisasi syarikat atau tempat anda bekerja sebenarnya berasaskan perniagaan juga. 

Apa yang berbeza? Anda bukan lagi orang bawahan, pekerja yang hanya menerima arahan dari pihak atasan. Tetapi sekarang, andalah yang memberi arahan dan memikirkan halatuju bisnes anda. Anda jadi bos! Tapi adakah bos tiada gaji?? ADA.

Berapa gaji yang anda nak letakkan? Sesuka hati ke? JANGAN! Itulah kebanyakan punca kejatuhan perniagaan orang kita. TIDAK AMANAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN. Aturkan pemberian gaji mengikut perkembangan bisnes. Peringkat awal, jangan lah sampai puluh ribu gajinya walaupun anda CEO... Berpada-padalah. Anda tentukan gaji anda sendiri, tetapi mengikut kiraan yang terbaik untuk syarikat anda.

Ingat, biarpun anda berniaga, berbisnes, anda tetap dapat gaji. Jadi bagaimana nak kaya? Hidupkan syarikat, banyakkan jualan, kurangkan kos, untungkan syarikat, barulah dapat memberikan bonus tahunan yang banyak. Barulah anda kaya.

SYARIKAT KAYA, ANDA BERJAYA
Ini satu konsep yang ramai tidak faham. Untuk berjaya dalam bisnes, apa yang paling penting adalah mengkayakan syarikat dahulu, bukan mengkayakan poket sendiri. Kenapa? Kerana apabila syarikat perniagaan anda sudah stabil, barulah anda dapat meluaskan lagi empayar perniagaan. 

Kalau anda kaya, syarikat terhuyung hayang, anda mungkin kaya sekarang. Tapi untuk akan datang belum tentu kerana syarikat tidak stabil. Silap silap syarikat tutup dan anda terpaksa mula dari bawah lagi. Simpanan mula berkurang. 

Tapi saya nak kaya cepat!!! Ramai yang berfikir macam nie. Nak kaya cepat, masuk skim cepat kayalah. He he he. Siapa kata berbisnes boleh cepat kaya. Kita kejar bisnes berjaya dahulu.. Kaya akan menyusul. 

PENGURUSAN KEWANGAN YANG MANTAP
Sesiapa yang boros, suka guna kereta mewah, suka berfoya-foya.. Anda mungkin berjaya dan akan hilang seperti kapas. Uruskan duit jualan atau duit syarikat sebaik-baiknya. Jangan gunakan untuk urusan peribadi. Duit syarikat adalah duit syarikat, bukan duit individu.

Setiap duit jualan atau duit yang masuk ke syarikat bukan 100% untuk kegunaan kita. Perlu diagihkan kepada beberapa perkara seperti: kos pengurusan syarikat, kos modal, kos overhead dan lain-lain. 

Perlu juga dimasukkan sekali kos yang masih belum berlaku, contoh kos penambahan pekerja, atau kos upgrade sistem. Kenapa? Untuk perkembangan syarikat. Inilah perbezaan usahawan yang mempunyai visi dan misi dengan usahawan yang hanya memandang untung dan kaya semata-mata.

Nak belajar tentang pengurusan kewangan? Boleh belajar asas dengan saya..he he.

JAGA PELANGGAN, JAGA PEKERJA, JAGA SYARIKAT
Ini satu lagi konsep ramai usahawan kita tak faham. Apabila dia dah dapat close sale, dia terus tinggal pelanggan tadi. Cari pelanggan baru nak dapatkan sale lagi. Pelanggan lama tidak dijaga dengan baik... Kesalahan yang sangat besar.

Anda CEO, Anda Founder. Jaga pekerja anda elok-elok. Anda berjaya bukan sebab anda seorang. Yang menggerakkan adalah pekerja anda. Jika mereka tak bergerak, sehebat mana pun produk anda, sehebat mana pun idea bisnes anda, anda tidak akan mampu pergi jauh. Hargai mereka.. Berikan sesuatu supaya mereka suka bekerja dengan anda.

Yang last, jaga nama syarikat. Sebab tu banyak syarikat suka amalkan 5S, amalkan konsep 10M, dan macam-macam lagi. Kerana apa? Untuk memberikan servis dan persekitaran syarikat yang baik dan membina. Syarikat ada etika dan undang-undang yang disukai pekerja. 

Walaupun anda CEO... Tolong patuhi etika syarikat anda sendiri. Walaupun anda CEO, anda founder, anda tidak boleh masuk ke stor simpanan anda sesuka hati. Kenapa? Etika bekerja. Faham ke tak faham? Kalau tak faham, belajar.


Ingin berjaya dalam bisnes, perlu amalkan konsep KAYAKAN SYARIKAT DAHULU, BARULAH ANDA BOLEH JADI KAYA DAN BERJAYA. Pegang konsep bermuamalat cara Islam, insya Allah perniagaan anda diberkati.

IKLAN STICKY POST :

NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA? 

GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA..... 

BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

Friday, June 16, 2017

Tips Bisnes | Teknik Pemberian Harga Yang Betul


Teknik Pemberian Harga
Seperti yang dijanjikan, saya akan memberitahu betapa pentingnya teknik pemberian harga yang betul bagi produk jualan kita kerana ia akan memberi kesan yang sangat banyak dari pelbagai segi kepada usahawan di luar sana. Tips pemberian harga ini jika salah letak je, jualan produk boleh menjadi sendu, atau pelanggan tak nak terima produk kita. 

Sebelum memberikan ketetapan harga produk jualan, setiap founder produk perlu study dulu market di luar sana. Jika dah ada pesaing, cek harga jualan dia berapa. Kenapa harganya setakat itu? Apakah bezanya produk kita dengan produk-produk di luar sana? Jika produk kita ada unsur-unsur added value, mahal sikit orang tak kisah cuma kita kena pandai bagitau orang kenapa ia lebih mahal berbanding produk lain. Tapi kalau kandungan sama tetapi kita punya produk lebih mahal... Maka bersendulah produk tu..

Lepas dah cek.... kita dah tahu range harga di pasaran... Kenapa dan mengapa... Sekarang berbalik kepada scratch book kepada produk kita. Berapa harga modal produk? Dari situ maka kita boleh bahagi-bahagikan ketetapan harga mengikut kaedah yang kita guna, antara offline atau online, dan kita kita tahu limitation price yang sepatutnya kita kena bagi kepada pelanggan.

Di sinilah RAMAI YANG TERSILAP LANGKAH. Founder cuba mengaut keuntungan yang lebih dan tidak membahagikan harga yang betul kepada orang lain. Contoh usahawan online: Selalunya hierarki peniaga online ialah :

FOUNDER > MASTER STOKIS > STOKIS > DROPSHIP > CUSTOMER 

Ada yang skip master stokis, terus kepada stokis.... Bergantung kepada strategi marketing dia la kan. Tapi dekat sinilah banyak yang tersilap. Harga yang master stokis dapat dari founder, dari master stokis kepada stokis, dan dari stokis kepada drophippers.

Salah bagi harga di sini, stokis rasa tak berbaloi nak jual produk itu, atau dropship rasa tak berbaloi nak jual produk tu. Apabila stokis dan dropship rasa malas dan tak berbaloi, maka terputuslah rangkaian jualan produk. Dropship senyap.. stokis lari ke produk lain. Silap-silap master stokis atau founder yang kena jual sendiri. Kerana apa? Kerana si founder tadi tersalah bagi harga.

Salah bagi di situ juga menyebabkan kaedah penjualan produk tidak boleh nak dipelbagaikan. Sesetengah produk apabila laku keras, ada yang nak jual secara kedai, kedai online seperti lazada, dan kadang-kadang nak bagi promosi... Salah ketetapan harga, semua nie menjadi masalah kerana salah tolak harga, stokis marah... Salah bagi harga, kedai-kedai tadi tak jadi ambil kerana margin sangat rendah, tak berbaloi. 

Apabila bisnes dah berkembang, perlu ada penambahan kos dari segi distributor barang... Beli van... tapi margin keuntungan dan tak boleh nak cover penambahan kos... Bisnes jadi statik, tak boleh nak berkembang... Lama-lama produk tak relevan mengikut zaman... Semuanya kerana pemberian harga.

Founder yang bijak, telah merancang perniagaan dengan membayangkan bisnesnya berkembang menjadi maju dan hebat. Segala perancangan ketetapan harga telah diplankan untuk perkembangan bisnesnya. Apabila ada ruang berkembang, tidak menjadi masalah untuknya menetapkan harga yang sama, tidak perlu menaikkan harga produk. 

Founder yang bijak, perlu pandai menjaga hati stokisnya dan selalu berhubung. Selalu memberi kata-kata semangat supaya stokis dapat membimbing dropshippers nya pulak. Ada dua cara asas:

1) Pemberian harga yang tidak berapa adil kepada stokis dan dropshippers tetapi selalu memberi FREE GIFT kepada mereka sebagai dorongan. (Ye lah, founder dah dapat banyak kan, apa salahnya berkongsi rezeki)

2) Pemberian harga yang effektif. Stokis dan dropshippers berpuas hati dan rasa sangat berbaloi dengan pendapatan mereka. Produk senang dijual dan untung besar. Hanya perlu memantau stokis-stokis dan berikan dorongan dan bantuan (bahan-bahan untuk diiklankan, fakta-fakta produk dll) kepada stokis dan dropshippers.

Jika ada yang SERIUS nak belajar teknik pemberian harga yang betul secara asas, boleh hubungi saya. Ada dua cara untuk anda di luar sana iaitu:

1) Sertai Kursus Asas Pembangunan Pasaran (KAPP) anjuran Muslim Trade House. Anda perlu ke HQ Muslim Trade House di Batang Kali. Akan diajar teknik asas pengedaran offline, teknik pembungkusan asas produk, teknik pemberian harga dan Pelan pembangunan pasaran melalui Muslim Trade House untuk membangunkan pasaran produk kita. Bayarannya RM930 sahaja. Kursus akan berlangsung setiap Selasa bermula jam 2.00 petang hingga 6.30 petang. Makanan dan bahan kursus disediakan.

2) Bagi yang bermasalah untuk ke Batang Kali, Saya boleh berikan personal coaching tentang teknik pemberian harga untuk sesape yang baru nak mulakan bisnesnya. Bagi yang dah menjual produknya, boleh revise balik harga jualan, atau ikut kaedah nombor satu tadi. Jangan risau, saya tak ambil mahal, kerana saya lebih kepada ingin membantu. Tapi saya pun nak cari makan kan.. Apa yang saya boleh ajar secara personal (one by one), ialah dari segi teknik pemberian harga dan pengurusan asas perniagaan. Bagaimana nak jadi usahawan, bukan bekerja sendiri. Harga: Atas perbincangan. Dan yang paling penting, saya akan ajar terus di pejabat anda.

Kenapa atas perbincangan? Kerana penetapan harga bergantung kepada asas ilmu yang ada founder itu sendiri. Ada sesetengah tu kosong dalam bab nie. Ada yang tahu cuma tak amal. Ada yang rasa macam tahu tapi bagi ikut suka dia mengikut rasa hati. Lokasi juga memainkan peranan. Jika jauh, saya akan masukkan kos travel ke sana dan mungkin kos penginapan. Keadaan berbeza-beza. Jadi, harga saya akan nilaikan mengikut keadaan. 

Nak dapatkan no contact saya, boleh klik ke ruang PENGIKLANAN

IKLAN STICKY POST :

NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA? 

GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA..... 

BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT



Friday, June 9, 2017

Apa Fungsi Iklan | Kuasa Iklan Melariskan Jualan Produk


Ramai orang kita salah faham tentang iklan. Iklan hebat tidak semestinya jualan produk anda mencanak naik serta merta. Iklan yang bagus tidak menjaminkan kejayaan perniagaan anda. Iklan yang ohsem tidak menjanjikan bulan dan bintang. Tapi kenapa perlu iklan? 

Iklan sangat penting untuk strategi marketing pasaran produk kita. Sesetengah owner produk salah anggap tentang apa itu iklan dan kaitannya dengan peningkatan jualan produknya. Saya sebagai salah seorang speaker Seminar Perniagaan Muslim, sekarang akan berkongsi sedikit ilmu tentang apa itu sebenarnya iklan.

Iklan terbahagi kepada dua jenis iaitu iklan secara offline dan online. Iklan offline nie termasuk iklan di suratkhabar, billboard, hands out dan lain-lain. Tapi orang kita sekarang lebih popular dengan iklan online. 

Iklan online nie lah yang selalu korang dengar iaitu FB ads, Google ads, Insta ads, dekat blog (yg macam saya buat di blog ini), website, dan lain-lain. Tapi ramai yang salah anggap apabila mereka buat iklan. Yes, iklan yang hebat selalunya mendatangkan pulangan jualan yang hebat... Tapi TIDAK SEMESTINYA.

Apa itu iklan? Tujuan iklan ialah memperkenalkan produk kita kepada orang ramai. Orang ramai yang melihat iklan kita itu adalah bakal prospek kita. So, fungsi iklan sebenar ialah...mewar-warkan produk kita kepada bakal prospek dan memberitahu kepada mereka bahawa kita SUDAH ADA DI PASARAN dan PRODUK ITU WUJUD. Orang panggil AWARENESS.

Adakah bakal prospek itu akan tertarik dengan produk kita? Adakah mereka akan contact kita? Itu bergantung kepada banyak perkara iaitu copwriting, gambar, dan target audiens. Jika semua elemen itu kena, maka akan berlaku contact di antara bakal prospek dan anda. Maka berlaku la PM atau DM...

Adakah mereka akan menjadi pelanggan? Tiada jaminan. Yang menjadikan peratusan bakal prospek bertukar menjadi pelanggan bertambah ialah "closing" anda semasa berlaku contact antara mereka dengan anda. 

Sebab itu, bagi mereka yang betul-betul serius hendak berjaya dalam perniagaan produknya, mereka tidak berkira dengan platform IKLAN. Mereka akan memilih seberapa banyak platform iklan mengikut kemampuan owner produk tersebut. Ada satu lagi platform yang LEBIH POWERFUL bagi meningkatkan pasaran produk anda iaitu WoM.

Apa itu WoM? Nanti bersambung di lain entri... he he. So, kalau tak nak terlepas, follow blog nie, atau follow FB Page saya: Wacanaku.. 

P/S: Sekarang ada promosi pengiklanan di blog saya. Jika berminat, PM saya di FB page...:)