Showing posts with label hina islam. Show all posts
Showing posts with label hina islam. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Blogger Hina Islam | Identiti Si Blogger

Panas ! Panas ! Sungguh panas cuaca hari nie.... he he he... Ni lagi satu isu.... isu pasal bloggers.... Bloggers yang menghina agama islam.... Sumer duk kata dah tau identiti si pelaku tu.... Kecoh habis dunia blog... Sampai server down dah bagi yang berkapasiti rendah ( belawok jah nie...). 

Aku tertanya-tanya jugak la.... betul ke si pelaku yang di dakwa tu? Apa buktinya? Apa yang menyebabkan si pelaku tu dikatakan makcik hajjah yang mengutuk islam tu? Dia mengaku ke yang dia yang buat? Atau.... ada terkantoi di mana-mana? Haa...kan dah banyak persoalan yang timbul tu....

Bukan aku nak membela blogger tu tak... Aku cuma nak tau adakah nie sandiwara semasa lagi ker....atau cerita benar... Kalau setakat copy paste dari rakan blogger lain...yang jugak tak tau sumber citer datang dari mana.... baik jangan mengutuk lagi... Kang salah kang.... Malu wei.....

Ada blogger kata dier kenal gadis tu dan sememangnya rosak akhlaknya..... Selalu ke luar negara dan tak mengaku melayu atau cina.... Ada pulak sorang lagi blogger.... Cakap die kenal gadis tu jugak... Baik dan peramah.... Tak mungkin buat benda macam tu... Haa.... yang mana satu korang nak percaya?

Kalau nak buat pun...sekadar memberi nasihat dan entri yang neutral... iaitu mengeji si pembuat yang sebenarnya tanpa menuduh melulu kepada sesiapa.... Aku tak berapa yakin dan pasti yang blogger tu yang mengutuk Islam... Kalau betul dier....atau memang bukan dier.... Ni jer aku nak cakap...

"Semoga Allah membalas segala apa yang dibuat seadilnya dan memberi hidayah kepada dirinya supaya kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah"

Ada sorang tu bagi gambar kat aku....Gambar blogger yang kutuk Islam.... Aku konfius jugak la betul ke tak... Tapi aku letak je la kat entri nie... Agak-agak dier nie kot.... Atau lebih kurang macam nie la kot "sikap suka buat kecoh" dia...Atau sekadar simbolik....he he he he...

Sekadar melawak...hihi
P/S: Buat jahat...mesti akan dibalas... Dunia akhir zaman... Balasan semakin cepat diberi kepada pesalah berat dalam agama....Jaga-jaga yer...