Showing posts with label isu agama. Show all posts
Showing posts with label isu agama. Show all posts

Friday, September 21, 2012

Innocence Of Muslim, Betulkah Tindakan Kita?


Sape kat sini tak tahu akan perihal cerita Innocence Of Muslim..memang korang jenis tak ambik tahu pasal sensitiviti agama..... Topik nie adalah topik paling hangat dan disebabkan cerita nie...Banyak dah berlaku rentetan peristiwa sehingga sekarang sampai habis huru-hara jadinya di seluruh dunia Islam.....

Apakah cerita yang disampaikan Innocence Of Muslim nie? Dikatakan cerita nie menjatuhkan martabat dan maruah Nabi Muhammad s.a.w kerana menggambarkan Nabi seorang yang buruk perangainya... Sememangnya ini adalah satu perkara yang tak boleh dibiarkan begitu sahaja....WAJIB DITENTANG! 

Tapi........ Kenapa perlu dibuat macam nie? 



Dan macam nie?


Dan lagi........



Kenapa?

Memang la kita perlu halang perkara-perkara macam nie.... Tapi ADAKAH BETUL CARA INI? Menampakkan keganasan sana sini... Ekstrem giler kita nie... Betul ke begini caranya? Kita petik dari Surah Al-Imran ayat 86...

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu, dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab terdahulu daripada kamu dan orang-orang musyrik ; banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat"

Dalam ayat nie....dah diceritakan sememangnya akan ada tuduhan dan fitnah yang melampau dari pihak mereka yang nak tengok kita sakit hati.... Dah diceritakan 1400 tahun yang lalu.... Dan salah satu contohnya...yang berlaku sekarang....Adakah cara macam gambar tu adalah cara orang yang bersabar dan bertaqwa? 

Kalau begini la kan.... senang je la depa nak huru-harakan kita...dengan bermodalkan dua tiga ratus dolar pun dah jadi....Buat satu video menghina Nabi... upload dalam Youtube... Pastu tunggu masa dan lihat jela... Demonstrasi sana-sini....bom berani mati sana-sini... Senang nyer kita diperalatkan....

Apa gunanya pemimpin Islam jika perkara nie mereka tak dapat setelkan.... Kita sebagai rakyat biasa sepatutnya menyerahkan ketidakpuasan hati nie...melalui pemimpin...Inilah salah satu peranan pemimpin... Rakyat sememangnya dah marah.... So...pemimpin negara....yang sepatutnya mencerminkan pandangan rakyatnya.... tampil la ke depan... bersidang dengan pemimpin Islam yang lain...dengan kesepakatan semua pihak.... menyaman, mendenda, menyuruh mereka yang terlibat melakukan permohonan maaf secara terbuka dan menghentikan siaran secepat mungkin... baru nampak kita bersatu.... Ni tak....makin berpecah ada la...

Adakah Islam nie GANAS? Tidak.... Sama sekali tidak... Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian dan kemakmuran sejagat.... Jadi jika ada perkara macam nie... Semua umat Islam harus bijak mengendalikan emosi marahnya dengan berpandukan ajaran ISLAM tu sendiri.... 

Kalau.......Kalau pemimpin tu sendiri takut nak berdepan dengan depa? Adakah itu sebabnya kita nak berdemonstrasi sampai memecahkan cermin dan membakar kereta? Pun tidak sama sekali... Lantik seorang pemimpin lain yang lebih berani dan menegakkan Islam... Lakukan secara ilmiah dan bijak... Barulah pemimpin dunia lain nampak....Dunia Islam tidak mudah diperkotak-katikkan....

P/S: Cuba bayangkan, apa yang akan Rasulullah s.a.w akan buat jika beliau masih ada sekarang.... Mungkin perkara begini akan ditukar menjadi satu titik tolak kemasukan penganut agama lain ke dalam agama Islam secara besar-besaran disebabkan tindakan bijak beliau menangani masalah ini.... Fikirkan...

Sunday, October 16, 2011

Artis Dapat Hidayah | Apa Itu Hidayah ??

Hidayah.... Satu nikmat yang diberikan Allah kepada insan terpilih sahaja.... Hidayah yang aku nak bincang nie bukannya hidayah nama orang okay... Bukan Nur Hidayah....Bukan juger Hidayatul... Takde kaitan dengan nama-nama orang...tapi ni adalah hidayah yang dikurniakan Tuhan kepada segolongan manusia menyebabkan dirinya insaf dan berbalik kepada ajaran Islam yang asal....

Wardina dan Irma Hasmie
Macam mana orang tu tau yang dia tu dapat hidayah? Haa...Allah bagi banyak cara kat hamba-Nya.... Tak semestinya sama.... Ada yang kene berusaha....ada jugak secara tiba-tiba... Mungkin kerana keikhlasan hati individu tu sendiri ingin berubah...Cuma detiknya belum tiba... Bila dah dapat hidayah...barula terus bertaubat dan menghambakan diri kepada Allah seikhlas-ikhlasnya....

Ada sesetengah dari kita dapat hidayah bila membuat umrah atau haji... Dapat hidayah direct dari tanah suci... Ada jugak kawan kita tu....dapat hidayah dari mimpi... Bermimpikan neraka dan syurga... bermimpikan seksaan alam kubur... dan lain-lain.... Ada jugak mendapat hidayah selepas menjadi sukarelawan menolong anak-anak yatim atau mangsa bencana.... 

Tapi.... hidayah nie hanya untuk golongan yang sudi berubah jer.... Bukan berubah dari baik ke buruk okay! Kalau gitu baik tak payah nak berubah.... Maksud berubah nie.... Berubah ke arah yang lebih baik.... Dari tak tutup aurat...kepada menutup aurat... Dari duk pegi clubbing...kepada pegi masjid atau surau.... Dari buta baca quran... kepada dah stat blajar Muqaddam.... Ok la tu.... 

Kepada kawan-kawan dia pulak... Jangan la discourage dia atau duk menganjing dia!... Kalau korang discourage dia yang cuba berubah ke arah yang lebih baik tu... Korang akan tergolong dalam golongan SETAN dan IBLIS secara otomatik!! So....jangan nak gatal-gatal nak tarik balik depa yang cuba berubah ke arah jalan yang sesat... Bagi la semangat.... Kalau korang tak nak berubah... Lantak korang ler! Tapi jangan cuba buat depa putus asa... Jangan menambah dosa-dosa yang dah bertimbun korang duk pikul tu.. 

Jangan risau...aku tak kata orang yang baik tu syumul...takde dosa...depa komfem ade jugak... Cuma takde la nak tambah dosa tu dengan menghina atau mengejek golongan yang nak berubah ke arah Islam nie... Bagi la support.... Korang pun dapat pahala free-free... :). 

So.... kalau nak dapat hidayah jugak.... Korang kenela mintak dengan Allah.... Sekurang-kurangnya...cuba la hayati kehidupan di sekitar korang... Jangan duk melalak melolong macam orang gila jer...Cuba la selami keadaan orang di sekeliling tu... Dari peminta sedekah...anak yatim... orang miskin.. pakcik makcik di kampung... budak tahfiz...  hinggala ke golongan kaya.... Cuba perhatikan dan silala berfikir... Insya Allah...korang akan tergolong dalam golongan yang menerima hidayah..:)

P/S: Jangan takut Nak Berubah Ke Arah Kebaikan...:)

Thursday, September 22, 2011

Engkau Tuu Dah Liat Nak Solat.... Ada Hati Nak Suruh Aku?

Bagaimana nak ajak GF/BF bersolat kalau ko sendiri yang liat nak solat....Pergh.... macam nie la status Mr. Muscleman a.k.a Bro Ben dekat dier punyer FB tadi.... Aku tertarik sebabnyer benda ni dah lama aku nak kupas.... tapi oleh kerana medium kapasiti otak aku ni dah dipenuhi dengan pembelajaran master dan kerja... Maka terlupa la jugak.... 

Ada betul dan benarnyer status tuu... Bro Ben dah kupas dengan panjang lebar di entrinyer di SINI... Aku sokong... dan aku nak menambah sikit pasal KENAPA RAMAI YANG TAK SOLAT... Sebelum aku pegi lebih lanjut.... Satu jer soalan yang aku nak bagi kat hang pa semua.... Kenapa perlu bersolat? Sila jawab tanpa apa-apa rujukan...dua saat dari sekarang.... Boleh tak? Ada jawapan tak yang keluar dari otak pemikiran hang pa semua?

Mungkin ada yang jawab... KEWAJIPAN DALAM AGAMA.... Mungkin ada yang jawab... SOLAT TU TIANG AGAMA.... Ada yang mungkin jawab... SEBAB ALLAH SURUH... Apa jawapan hang pa? Dalam blog nie dah banyak dah citer pasal SOLAT... Kebaikan dan hubungan solat dengan ilmu alam.... Kepentingan solat untuk kesihatan badan..... Godek-godek la dalam blog aku nie... Cuma yang menjadi masalahnya... Kenapa ramai lagi yang tak nak solat?

Punca utama.... bagi aku la kan... BERPUNCA DARI RUMAH ANDA SENDIRI... Segala-galanya bermula sejak dari kecil lagi... Si bapak dan mak nyer sendiri tak MEMAKSA anaknya bersolat.... Kononnya.... si anak ada kebebasan memilih cara hidupnya.... Waklu! Ni la orang kata.... Salah didikan agama... Kononnya hak asasi manusia dirajakan melebihi kehendak agama... SALAH GILER!

Lagi satu... mak bapak sendiri pun TAK BERSOLAT!! Ni lagi parah nie.... Macam mana nak didik anak bersolat ek? Aku bagi beberapa persoalan ikhlas... Dan aku nak si pembaca yang TAK SOLAT tu... sila jawab dengan ikhlas dalam hati masing-masing......

"HIDUP KORANG AMAN DAMAI TAK?"

"WALAUPUN BERHARTA, RASA CUKUP TAK DENGAN APA YANG ADA?"

"HATI KORANG TENTERAM TAK?"

Tu jer.... kalau korang rasa jawapan korang tu ke arah yang tak berapa elok..... Aku rasa.... Punca utamanya.... SEBAB KORANG TAK SOLAT. Tu jer.... Sila la belajar bermula hari nie.... dan cuba lah jadikan amalan wajib setiap hari..... Korang akan dapat kebahagiaan dan keberkatan DI DUNIA dan di akhirat nie.....Insya Allah.......

P/S: Kaya, miskin, gembira, sedih, semuanya UJIAN dari Allah..... :)

Wednesday, August 17, 2011

Isu Murtad : Fahamilah dari semua sudut

Ni isu berat....bagi yang menghayati agama islam....Sememangnya isu nie menggugat jatidiri masyarakat islam sendiri.... Sesape yang merasakan isu nie ringan dan tak perlu diambil beratkan.....sila mengucap dua kalimah syahadah kembali dah hayati leklok apa yang korang dah ucapkan tu.... 

Sebelum aku bagitau lebih lanjut..... aku terangkan dulu pasal murtad...Murtad ada tiga kategori dan hukumnya..... 
  1. Murtad secara sembunyi-sembunyi
  2. Murtad secara terang-terangan
  3. Murtad secara terang-terangan dan menyerang agama Islam
 Nampak? Jadi.... Hukumnya juga berbeza..... Bagi golongan pertama iaitu murtad secara sembunyi... Balasannya hanya di akhirat....sebab kita tak tau depa ni murtad ke tak.... Bagi golongan murtad secara terang-terangan.... Dihukum bunuh setelah dipujuk dan dinasihati supaya bertaubat.... INGAT! Setelah dipujuk kembali.... Bukan suka-suka jer nak bunuh.... Islam itu indah...

Golongan ketiga.... Golongan yang terang-terangan murtad dan menyerang balik tak kisah la melalui apa pun... SMS ker.....blog ker.... ajak orang murtad sekali ker.... facebook ker..... WAJIB DIBUNUH SERTA-MERTA TANPA DIBERI TEMPOH BERTAUBAT...Pengecualian jika dia bertaubat sebelum ditangkap.... 

Nampak kejam? Mana ader..... Hukum nie berlandaskan sifat naluri manusia... Jika seorang didenda.... Maka yang lainnya perlu beringat dan berfikir sebelum buat sesuatu yang bodoh macam murtad nie... Cuba lihat perundangan moden... Depa pun meniru gaya islam... Hukuman mati mandatori jika kesalahan berat.... Semuanya berasal dari hukum hudud islam...

Apa yang terjadi sekarang pada golongan yang murtad? Ada ker hukuman bunuh dijalankan? Takde...... Hukuman tangkapan ISA? Pun takde... Jadi....tak pelik la kan semakin ramai yang berani mengaku murtad atau menganjurkan aktiviti mengajak 'saudara baru' murtad.... Dan yang paling penting.... kenapa jadi macam tu? Hanya golongan yang berfikir dan cakna (mengambil berat) sajer yang tau...

Mengikut hukum yang termaktub dalam Al-Quran.... kene bunuh jika pasti yang si dia tu murtad....Sape yang perlu membunuh dia? Aku? Korang? Sah-sah masuk penjara dan kene hukuman mati balik kan? Jadi saper yang perlu jalankan tanggungjawab nie? Pihak berkuasa.... Tapi kenapa tak leh buat? Hanya golongan berfikir sahajer yang tau....

Depa duk berlindung di bawah payung "Hak Asasi Manusia" ciptaan manusia.... Kononnya membawak keadilan kepada semua masyarakat.... Cuba tengok balik apa yang cuba diselamatkan dengan berlandaskan "Hak Asasi Manusia" nie.... Melindungi hak kebebasan manusia terhadap semua benda termasuk hukum agama! (Tengok beberapa isu murtad...korang akan paham ape aku nak cakap).. Betul ke tak tujuan utama itu? SALAH!! 

Hancur pegangan agama....hancur la kita... Berdiri teguhnya kita kerana PATUHKAN agama.... Aman damai dunia kerana PATUH kepada agama.... Berjaya dan berkat kehidupan kita kerana TAAT akan agama! Kalau agama ditinggalkan dan dibelakangkan.... Porak peranda la seluruh dunia.... Semuanya akan cuba melindungi hak masing-masing tanpa asas yang bersama! Sumer akan jadi mementingkan diri sendiri dan akhirnya.... Tengok apa dah jadi pada dunia sekarang? Hanya golongan yang berfikir sajer yang tau.... 

Bagi golongan yang malas berfikir...mungkin antaranya tergolong dalam golongan yang skip-skip jer entri nie.... Jangan duk buat bising pasal isu nie... Korang cuma akan membaling batu sambil sorok tangan sajer... Target pun tak tau saper... Sekadar bermain-main macam bebudak yang dungu dan berhingus.... Sila la berfikir....

P/S: Nak share....silakan... Aku hanya memberi pendapat peribadi... Segala hukum-hukum datang dari Allah... Kalau nak detail lagi pasal hukum....sila la ke sini ( LINK )

Monday, May 23, 2011

Apa Itu Kaabah | Teori Perbandingan Mudah

Aku ada terbaca beberapa entri kawan-kawan blogger..... Ada yang menceritakan pasal kaabah... Tapi lebih kepada negativiti..... Dia mengaitkan kaabah ni dengan menyembah seketul batu besar! Menyembah berhala..... terikut-ikut dengan agama pagan Arab... Sungguh cetek dan singkat pemikiran orang yang membuat entri ini...... Nampaknya ada lagi yang tak faham apa itu kaabah....

Aku bagi la penerangan sebagai seorang muslim yang biasa nih.... Mungkin penerangan tahap ustaz....korang tak faham kan.... maka aku bagi la penerangan cetek aku nih..... Sebenarnya....Umat Islam bukannya menyembah Kaabah...Tapi menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa! Perlu paham konsep ni.....

Kaabah hanyalah arah kiblat yang ditetapkan sebagai medium perantaraan untuk menghadap ke satu arah tujuan untuk menyembah Allah.... kenapa Kaabah dipilih? Banyak sebabnya...... salah satu sebabnya.... Kaabah adalah pusat bumi.... Pusat sumber tenaga yang memang tidak dinafikan oleh saintis yang dah mengkaji benda nie.... Perlu ingat satu perkara.... dalam ibadah solat..... gerakan dalam solat....waktu dalam solat... ada kaitan dengan perubahan tenaga dan jugak saluran tenaga..... Dah dapat link kan solat dan Kaabah?

Dalam dunia ni....semuanya berpunca dari tenaga...sesape yang belajar sains peringkat tinggi....pasti faham benda nie... Tapi secara logiknya.... macam nilah... solat ni ibarat kita sedang mengecas tenaga kita dengan tenaga bumi...  kita linkkan tenaga kita dengan tenaga bumi.... Dan semua solat kita menghala ke arah Kaabah....iaitu pusat bumi..... Mengikut kajian.... sesape yang hidup sekitar Kaabah....biasanya umurnya lebih panjang dari tempat lain.... Kenapa?

Tapi perlu ingat....solat kita bukan sembah Kaabah! Sembah Allah....cuma dihalakan ke arah Kaabah sebagai lambang kesatuan dalam agama.... Dan jugak mengikut ajaran nabi-nabi....Kerana segala ajaran dari Tuhan bukannya sia-sia...ada maknanya... 

Mahukan penerangan lagi? Aku bagi satu teori....Teori ni sama dengan teori korang tengok TV.. Korang mengadap tengok TV.....sebab tengok citer kat TV tu..... tapi citer tu ada dalam TV tak? Takde kan? Cuba la bukak TV tu....kot-kot la ada citer yang korang tengok tu terselit kat mane-maner.... takde kan? Tapi korang mengadap TV tu tengok citer tu kan? Konsepnya sama la kan..... Mengadap Kaabah untuk solat sembah Allah... Tapi korang tak nampak Allah di dalam Kaabah tu..... :)

Jangan menuduh bukan-bukan kalau korang tak cukup ilmu di dada..... Setakat memprovok sana sini tak mampu mengganggu gugat umat Islam yang betul-betul memahami akan agamanya....Aku harap semua blogger muslim tidak terganggu imannya kerana entri si blogger tu..... Aku rasa aku perlu buat entri pasal nie.... sebab aku juga seoarng muslim.... Rasa tercabar dan perlu disangkal idea dungu si blogger nie.... Harap disebarkan akan hal nie.....Semoga semua muslim paham akan hal ni...:)