Nampaknya isu nie sudah sampai ke peringkat serius....ye la....Pasal halal haram tu...Mane tak serius kan.... Dan akhirnya pihak JAKIM sudah menjawab segala persoalan pasal isu Simplysiti dengan mengeluarkan kenyataan di akhbar Harian Metro...
Apa yang dikatakan ialah... Senarai tidak halal yang disebarkan adalah senarai lama.... Mengikut senarai baru....Simplysiti sudah dikategorikan sebagai halal... Ia berlaku selepas pelbagai proses dilakukan dan proses samak dibuat....akhirnya produk Simplysiti dijamin halal....
Apa yang menjadi persoalannya ialah.... Pada peringkat permulaan.... pihak JAKIM tidak menerangkan lebih lanjut berkenaan bulu pemerah pipi produk Simplysiti yang dikatakan dari bulu babi sebelum nie... Jika melalui proses samak sekalipun.... ia tetap bulu babi... Dan apa yang dimaksudkan pelbagai proses dilakukan?
Jika proses menukar jenis bulu....sila la nyatakan... Sebab kalau samak berpuluh-puluh kali pun bulu babi tu...tetap bulu babi kan? Ke macam mane ek... Adakah selepas samak...bulu babi bertukar menjadi bulu kambing? Oh tidak.....
Apa yang aku nak nyatakan.... JAKIM dah mengesahkan produk Simplysiti sebagai halal... Tapi bagi aku (Pendapat peribadi)....ia tetap dikategorikan syubhah...atau was-was.... sebab tidak dinyatakan kesahihan pertukaran jenis bulu tu.... Sekadar memberitahu secara umum sememangnya tidak meyakinkan aku....Aku bukannya memaksa korang mengikut pandangan aku nie...Kita kan pengguna....bebas memilih produk di luar sana.... Errr.....aku tak guna produk Siti okeh! Aku ni lelaki ! Ha ha ha... Jika nak tau lebih lanjut....boleh call pihak JAKIM yer...
P/S: Air wudhuk sah halal... Menambah an-nur lagi di wajah... Cantik diluar...cantik di dalam...