Showing posts with label kata-kata motivasi. Show all posts
Showing posts with label kata-kata motivasi. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Dari Hati Membentuk Realiti | Motivasi Kehidupan


Kekadang ramai yang selalu persoalkan kejayaan orang lain... kenapa dia tu berjaya... kenapa dia tu hebat... kenapa dia tu selalu bertuah.... mengapa bukan kita? Persoalan yang sellau mencipta rasa iri hati, cemburu... dengki dan rasa tak puas hati... Ada yang salahkan kekurangan diri...ada yang menyerahkan bulat-bulat pada takdir dan nasib tanpa berusaha.... ada yang cuba memburukkan dan menjatuhkan si yang berjaya...perbuatan yang dilaknat Allah...... Tapi kenapa kita selalu tak tengok yang sebaliknya?

Si sipulan tu berjaya mencanak-canak hebatnya.... kita biasa-biasa.... Tapi kenapa kita perlu rasa dengki atau iri hati? Mengapa tidak bersyukur dengan apa yang kita dah ada...dengan cuba melihat ramai lagi yang lebih tak bernasib baik dari kita? Kita perlu rasa bersyukur dengan apa yang ada... Tapi perlukah kita duk rilek-rilek sahaja kata ini sudah cukup bagi kita tanpa usaha lebih?

Dari hati akan menbentuk realiti kehidupan kita.... Sebelum kita membuat apa-apa tindakan... baik kita muhasabah diri.. Si sipulan tu berjaya... Mengapa kita tidak? Sejauh mana usaha kita berbanding dengan dia? Sejauh mana kita yakin pada diri kita yang sebenarnya mampu berjaya macam tu juga? Setinggi mana kita mempositifkan diri kita untuk berjaya? Sekadar duduk goyang kaki main pusing-pusing pen sahaja dah mampu nak mencakar langit ke? Bawak kereta tekan pedal 50 km/h takkan dapat potong orang lain yang bawak kereta 70km/h... Atau sekadar duduk termenung baca wall Facebook tanpa menimba apa-apa ilmu baru setiap saat setiap masa? Sejauh mana kita menganjakkan diri kita menuju ke arah kejayaan yang diidam-idamkan tu?

Apa yang kita fikir... apa yang kita cakap pada diri kita sendiri... sebenarnya memberi kesan secara separa sedar terhadap diri kita... Kalau kita selalu fikir..."Aku nie bodoh...tak macam kau..." atau.. "Aku nie tak pandai cam ko... Cukup la stakat nie..." Atau lagi... " Cukup la setakat nie...dah untung jadiler... buat apa nak besarkan lagi....(perniagaan)"... Sindrom melayu kebanyakan... Cepat berpuas hati tapi cepat jugak rasa tak puas hati bila tengok kejayaan orang lain... Pastu mula la nak cari jalan nak tikam belakang... Tuduh bukan-bukan....Jadi stalker hari-hari tunggu berita kejatuhan si sipulan... Bukan ke lagi elok kalau jadikan kejayaan orang lain sebagai suntikan semangat nak berjaya juga?

Selain berdoa dan bertawakkal.... Cuba kita letakkan diri kita ke tempat yang lebih tinggi... berusaha dengan lebih gigih.... Merancang kehidupan dengan lebih terperinci... Mempositifkan diri dengan sepenuhnya.... Usaha DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH dahulu sebelum mengatakan ianya ketentuan Allah.... kerana Allah menyuruh kita berusaha dulu sebelum bertawakkal... Majukan diri... yakin pada diri.. 

Kalau kita rasa kita tak pandai... belajar dan membacalah dengan lebih gigih... Kalau kita rasa kita lembap... sediakan masa kerja lebih untuk tingkatkan keupayaan diri... Kalau kita rasa kita kurang pengalaman... Timbalah ilmu sebanyaknya dengan selalu menyertai apa-apa peluang yang ada... Kalau kita rasa kita lemah... Kuatkan diri sedaya upaya dengan seratus peratus semangat yang ada.... Kalau kita asyik kalah... Perbanyakkan latihan dan tingkat stamina tanpa mengeluh kesah kerana penat... Positifkan diri! Hentikan beralasan... hentikan sebab negatif... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... Ubah diri kita supaya mencari seribu daya sebelum menyerah duduk bersandar menerima qada' dan qadar... Dalam azan selalu menyeru... "Hayya 'Alal falah" yang bermaksud...Marilah Menuju Kejayaan...

Jika dilihat sudut yang lebih global.... Di mana Malaysia sekarang di mata dunia? Di mana level sukan bola sepak kita di mata dunia (Ranking 160++???) ? Di mana level kita dalam dunia akademik? Di mana Malaysia dalam kemajuan teknologi? Yang lebih penting... di mana MELAYU di mata dunia? Terkenal dengan sifat-sifat negatif? Kenapa dan mengapa jadi begitu? Lemah ker kita? Bukan ke Melayu nie satu bangsa yang pernah diangkat sebagai satu bangsa tersohor dengan kehebatan ilmu pelayarannya...satu empayar yang digeruni seluruh dunia... satu kerajaan yang menjadi pusat menimba ilmu pengetahuan ... Apa bezanya kita dengan nenek moyang kita? Adakah sebab hilangnya identiti asal... diperdaya dengan unsur negativiti penipuan teks sejarah - Melayu nie kaum yang lemah? Sama-sama positifkan diri kita.... Kembalikan era kegemilangan empayar kita di Asia Tenggara nie... yang lebih penting.. anjakkan diri kita sendiri dahulu...

P/S: Teringat lagu nie.... Memang menaikkan semangat....:)


Tuesday, July 9, 2013

Bulan Puasa Ramadhan | Bulan Perubahan Diri


Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Nusantara yang sudi membaca entri nie.... Hari nie, sempena nak sambut bulan Ramadhan yang mulia.. eloklah kiranya kalau kita membuat hajat atau menanam satu azam dalam hidup kita... Sebelum tu, mohon ampun dan maaf lah kalau ada terkasar bahasa atau tergores hati sepanjang aku berblog nie... Maaf yer...

Ok...Selalunya nak buat pape azam kita tunggu New Year kan? Tak pun tunggu susah dulu baru nak berazam kan... Haaa... Tu yang tak berapa kena tu... Apa kata kalau tahun nie kita tukar... Start bulan puasa nie... kita start menanam azam baru untuk mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik....

Nie dari sudut pandangan aku la kan... Lagi elok kalau kita cuba melakukan sesuatu azam tu bermula dari bulan puasa.... Sebabnya... Bulan puasa nie bulan setan diikat rapi... takkan kacau kita dah... Maknanya musuh dalam selimut kita dah takde... Sekarang musuh yang cuba kita lawan tinggal satu je... DIRI SENDIRI... 

Lagi satu.... bulan puasa nie... banyak yang kita automatically akan cuba jaga... tutur kata... tingkah laku... perangai... selain dari hawa nafsu makan dan minum tu... Semua kita memang kena jaga sebagai seorang umat Islam.... So.... apa kata dalam bulan yang penuh barakah nie.... Korang cuba la mengubah atau melaksanakan azam perubahan korang tu dalam bulan puasa kan.... Selama sebulan duk puasa nie... Selama sebulan jugak la kita diberi masa nak melatih diri kita...

Contoh azam perubahan tu macam nak berenti merokok.... nak ubah perangai dari banyak negatif kepada positif... Nak belajar baca Al-Quran dengan betul... Nak lebih menghayati solat dan ibadat.... Nak jadi seorang yang berjaya.... Nak mengubah attitude kebudak-budakan kepada attitiude orang yang berfikiran matang.... Nak mula bertudung secara tetap... nak mula menutup aurat... Semua benda atau azam... sangat sesuai dilakukan bermula pada bulan puasa.....

Kita nak mengubah sesuatu yang dah jadi darah daging... yang dah jadi habit kita... yang dah sebati dalam hidup kita... bukannya senang beb... Sangat susah.... ibarat cuba keluarkan kanser dalam badan... Dah keluar...ada balik... Dah rawat...lepas bertahun muncul balik... Payah... Godaan kawan-kawan... Terseksa jiwa dengar sindiran pedas bercili yang hot and spicy dari kengkawan... Kene pulau dengan kawan-kawan lama... Orang sekitar tak mo terima perubahan kita... macam-macam....

Semua tu susah nak berubah melainkan ada sesuatu yang memaksa kita buat perubahan tu.... dan kita disokong dengan perubahan tu... Perubahan yang dibuat tu mesti dilengkapi dengan latihan dan disipilin yang kuat... So... apa kata sempena bulan puasa yang sememangnya kita dilarang melakukan banyak perkara yang sia-sia nie... Satu bulan yang melatih kita berdisiplin nie... Kita cuba amalkan perubahan tu dalam bulan puasa nie.... Kan elok dan lebih manis tu....

Setiap langkah perubahan yang kita ambil adalah satu langkah menuju kejayaan...

Nak belajar baca Quran pun tak segan...sebab komfem ramai yang akan start baca Quran dalam bulan puasa nie... yang tergagap-gagap pun tak malu dah nak baca... Yang nak berjinak-jinak pegi masjid pun ada reason...pi semayang terawih...takde orang nak mengata... Yang nak jadi baik pun orang tak pelik... sebab ini bulan puasa... yang nak berenti merokok pun memang kena pada waktunya la kan... dari subuh ke maghrib tak merokok... Yang sebelum nie dedah sana dedah sini...bulan puasa nie try pakai baju longgar-longgar sikit... Kawan-kawan nak mengata pun takpe.. Sebab depa kene balik dengan masyarakat sekitar...Laaagi ramai depa kene sindir.... he he... Kuasa perubahan di tangan kita dalam sebulan nie.. Memang takde orang yang nak mengutuk dan mengeji sangat... kalau ada pun yang mulut bacuk tegar jer... Ini bulan puasa beb... Seluruh masyarakat Islam tetiba jadi baik giler.. Tak percaya baca status FB atau Twitter korang tu... Semua jadi alim... Seolah-olah...perubahan ke arah kebaikan yang kita cuba buat tu disokong oleh seluruh masyarakat!! Kat situ kita dah ada sokongan moral dah kan.... hehehe

Nampak tak ruang perubahan yang Allah dah bagi tu.... Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan nie ibarat satu kursus... Satu kursus untuk cermin diri kita balik... satu kursus nak reset segala kesilapan kita sebelum sebelum nie.... Satu kursus kesedaran diri... Satu kursus persediaan nak mengharungi cabaran dunia selama setahun lagi ke depan sebelum masuk Ramadhan satu lagi... Satu kursus pembentukan jiwa rohani balik.... Nampak tak ruang yang Allah bagi tu..... Tapi ramai dari kita tak sedar kan.....

Ramai duk nampak... bulan puasa... bulan pesta makanan di bazar-bazar.... Satu bulan non-produktiviti sebab banyak masa  tidur je... Satu bulan yang takleh makan dan minum sahaja di siang hari... Satu bulan waiting time nak enjoy sakan masa raya nanti... Satu bulan nak shopping pakaian baru...kasut baru..langsir baru... henset baru... tudung baru... bulu mata baru...ehhhh?? 

Ramai dari kita dah salah konsep... Bagi aku, bukan New year untuk kita tanam azam...tanam target kehidupan... Sepatutnya azam dimulakan dalam bulan puasa nie... bulan ganjaran pahala... bulan keberkatan... Cuba bayangkan... perubahan yang kita cuba buat tu sememangnya diberkati Allah... Dan cubaan kita tu dibuat dalam bulan puasa yang penuh berkat nie... Subhanallah.... Dapat bayang tak bila usaha kita ditambah dengan keberkatan yang berlipat kali ganda banyaknya? Mungkin azam kita tu dipermudahkan.... kan?

So.... jom la kita sama-sama tanam azam... Ubah apa yang patut kita ubah dalam diri kita... Kalau yang kurang bab agama... Sila tambah (WAJIB tambah).... Yang mana baca Al-fatihah tak berapa betul tu... Sila betulkan.... Yang mana takleh baca Quran... Sila bolehkan... Yang mana mulut hancing asyik duk mencarut tu... Sila kurangkan... Yang mana dedah-dedah tu... sila tutupkan aset berharga tu... Yang mana asyik bermalas-malasan tu... sila rajinkan.... Kita nie manusia.... Manusia bukan haiwan..bukan tumbuhan... Kita ada akal fikiran... Akal fikiran berpandukan rujukan agama... Kita boleh berubah... berubah ke arah yang lebih baik bukan saja untuk diri sendiri...tapi juga untuk kawan-kawan... keluarga... jiran-jiran... sekitar kampung..malah mungkin berubahnya kita dapat mencetus perubahan kepada rakan-rakan yang lain..... mana la tahu....Kan?


Perubahan menuju ke jalan yang lurus...

Mulakan dari diri kita dulu.... Tanamkan azam supaya kita jadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.... be a better muslim... Be a better person... Sesungguhnya Islam tu dah sempurna... Cuma kita je yang banyak kurangnya.... Kurangnya kita kerana kurang fahamnya kita dengan agama Islam tu sendiri... Jangan salahkan agama kalau kita tak maju... Jangan salahkan sesiapa kalau kita gagal... Cermin diri... perbetulkan diri... Dan folo je panduan yang dah ada dalam Quran tu... Mulakannya di bulan Ramadhan yang mulia nie...Dan kekalkan perubahan itu... Be a better yourself! :)

P/S: Puasa biarlah ikhlas kerana Allah, bukan kerana terpaksa yer...;)


Monday, January 28, 2013

Kata-kata "Don't Be Perfect, Be Yourself" Kurang Tepat ??


Banyak dah aku dengar dan baca status-status dekat Facebook dan Twitter yang duk cakap BE YOURSELF.... Jangan dikejar kesempurnaan...jadilah diri sendiri.... Banyak la kata-kata motivasi dan mutiara kata pasal jadi diri sendiri nih.... Ada betulnya... tapi kekadang ramai yang salah gunakan kata-kata nie... Dijadikan alasan memperbodohkan diri....

Asal aku cakap gitu? Sesaje nak panaskan orang len ke haper nie? Haaa... nie hasil dari duk berborak dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman sambil pekena roti canai dan teh tarik... Dapatla sedikit ilmu tentang kehidupan... Dari duk bergosip kosong membutakan akal fikiran...baik sembang pasal benda-benda yang mematangkan fikiran cenggini...ye dak?

Kata-kata be yourself tu betul... Jadi je diri sendiri... jangan jadi orang lain... Ada betulnye dari sekilas pandang... Tapi..... ramai yang salah gunakan frasa tu... JADILAH DIRI SENDIRI nie betul jika.... Kita menjadi diri sendiri yang disarankan ISLAM dan Sunnah Nabi S.A.W..... 

Katelah korang tu sekarang hidup jauh menyimpang dari agama.... BE YOURSELF tu tak kena....Ada baiknya juga kalau diperbetulkan diri sendiri sedikit demi sedikit... Contoh la kan... Korang terbiasa buang sampah merata-rata... buang je ikut tingkap kete...main buang je sampah tepi-tepi jalan... Bila disuruh buang sampah dalam tong sampah...Tetiba ada menjawab, "No...I want to be myself... Aku memang cenggini...So...be myself lor..." ???

Contoh lagi... Si perokok tegar yang dah diumumkan pihak doktor... Sedang sakit TB kronik.... Doktor pesan jangan hisap rokok.... And then depa jawab..." No...I am SMOKER sir... I want to be myself..Kalau mati...matilah...dah ajal.." ????

Nampak bodoh dan sengal je kan contoh tu.... tapi hakikatnya ramai yang salah gunakan frasa BE YOURSELF tu....Walaupun nampak sengal dan nerd gila contoh tu... tapi ITULAH YANG DIBUAT KORANG SUMER.....Banyak yang guna untuk kepentingan diri ajer.... yang tak nak tutup aurat...kekal tak nak berubah sebab frasa tu... yang kaki mencarut pun sama.... yang kaki biadab pun sama... Alasan depa.... " I'm trying to be myself...salah ke?" Terfaktab betul fakta di dunia realiti nie kan...

Euwww...... aku rasa la kan.... pemikiran terlalu dan terlampau OPEN MINDED nie kekadang boleh rosakkan akidah juga la kan.... Frasa BE YOURSELF nie sebenarnya sesuai digunakan bagi yang kuat akidahnya...Dah kuat imannya.... Kalau yang masih sipi sipi di tepi jalan yang benar tu... DON'T BE YOURSELF... BUT GUIDE YOURSELF TO BE CLOSE TO PERFECT....

Memang takkan sempurna... Tapi apa salahnya kita ke arah tu... Cuba ke arah yang lebih baik... dengan mengekalkan ciri-ciri kebaikan yang dah ada dalam diri kita.... Yang keruh kita cuba buang...yang jernih kita jaga... Itu baru betul... BE YOURSELF WITH ALLAH's GUIDANCE dan KEEP IN FAITH TO ISLAM... Kan...... sekadar berkongsi pendapat....

P/S: Nantikan entri jalan-jalan ke Langkawi aku yer... tengah edit gambor....huhu