Showing posts with label maharaja. Show all posts
Showing posts with label maharaja. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Apa Kes Ni Maharaja Lawak

Ermm...minggu ke-6 sudah tamat.... Peserta Maharaja Lawak masih lagi berentap.... Untuk pengetahuan... minggu ke-6 ni tiada penyingkiran... Aku mati-mati Amir yang akan kuar....sebab langsung tak lawak untuk minggu ni... Mesej ader...tapi tak lawak. 

Dalam penghujung rancangan....si AC Mizal ada perkenalkan format baru pengundian siapa yang tersingkir... mengikut yang aku faham.....peserta boleh mencadangkan nama siapa yang tersingkir untuk minggu ke-7.. (What????). Maksudnya....setiap peserta akan memberi nama sape yang depa rasa tak suka... Peserta tu takkan terkeluar jika mendapat undian tertinggi..(Tertinggi jer???) 
Dari apa yang aku faham kat sini.... sape-sape yang dapat undian tertinggi je komfem selamat...... peserta lain? Kene la berbaik-baik dengan peserta lain.... Walaupun undiannya tu 1% jer di bawah peserta yang dapat undian tertinggi..tetap ada kemungkinan akan tersingkir..... Ape KES??

Nampaknya pihak astro bermati-matian nak suruh korang undi peserta yang korang minat.... Mungkin sebab.... peserta yang dah dapat undian yang banyak.....kebanyakan dah tak undi dah...sebab dah tau akan selamat.... maka...dibuat la format cenggini..... Nak dapat untung lebih....hihihi. Ataupun nak suruh bagi peserta ni bagi persembahan dengan sepneuh hati...tak nak main-main sebab dah tau depa akan selamat....

Aku tak nak kacau depa punyer bisnes.... Tapi sememangnya minggu ke-6 agak hambar sikit.... Mungkin sebab takda Mamat Khalid kot... he he he. Yelah kan...depa pikir nak job je sekarang... Citer Mamat Khalid kan banyak menaikkan pelawak negara.....So...biler dia takde...maka kurang la impaknya....:)

Aku pikir logik jer.... Tapi kan...aku tak suka dengan format baru penyingkiran nih..... Macam ada something fishy.... Tapi aku layan lagi Maharaja Lawak nih....dari Youtube je ler....ha ha ha ha. Yang penting....JAMBU tetap bes!!

P/S: Wacana Pengenalan Blogger Bersama Bro Wacana sedang berjalan....Jomm join reramai di SINI

Saturday, April 23, 2011

Takbir Jozan Jadi Isu..

Lawak Maharaja Lawak kembali menjadi topik kebanyakan bloggers.... aku usha-usha dan bace-bace jugak pasal nih.... nak tau pendapat dan pandangan sesetengah orang.... Sebab aku dah bagi sikit sebanyak pendapat aku pasal ni... Tapi tup tup.....tiba-tiba aku terbaca pasal lawak Jozan menyentuh isu sensitif....

Ni semua pasal Jozan yang buat lawak pasal takbir nak solat.... ermm.... ramai orang Malaysia anti-Jozan ke sekarang? Ke ade yang sebar spekulasi tak elok pasal diorang sampai buat takbir tu pun jadi isu? Ni semua gara-gara aku terbaca di komen entri bro Nara... ada yang marah pasal takbir tu.

Okeh.....setau aku.... dalam ceramah pun ader jugak buat takbir macam tu... untuk memeriahkan suasana....tak nak bagi pendengar mengantuk mase dengar ceramah... Macam Jozan buat hari tu.... aku rasa tak de la sensitip sangat.... sebab watak yang dimainkan pun memang pencurik. Bukannya watak seorang ustaz atau mufti.... Tu kira ok la kan pencuri pun tau nak solat... kalau realiti.....mau nyer nak solat?

Satu pasal citer geng Surau..ada betul jugak kata-kata salah sorang pengomen.... dia bandingkan isu ni dengan isu watak pak imam tapi sengal suka menyanyi-nyanyi dan memekak-mekak. Bagi aku yang itu lagi la sensitif...sebab citer tu ditujukan kepada budak-budak.... Bukan orang dewasa yang dah boleh fikir mane baik mane buruk. Dah awal-awal tanam dalam minda separa sedar kanak-kanak supaya minat menyanyi dan berhibur.

Bagi aku la kan.... jangan dibuat isu benda-benda yang remeh ni... baik buat isu pasal benda yang besar jer.... Macam isu pergaulan sekarang.... banyak bayi luar nikah... kalau la rasa nak naikkan isu sangat.... baik isu-isu yang boleh membantu tahap sosial masyarakat kita nih. Tak nak la pulak kan?

Bagi aku..lawak Jozan tu ok jer.... malah ada mesej tu.... salah satunyer nak bagitau yang masyarakat sekarang jarang pegi masjid.... kecurian tabung surau banyak berlaku...tapi tak heboh jer... galakkan menderma secara ikhlas.... bukannya derma kerana nak nama...... Derma banyak pun tak guna kalau tak ikhlas... Dan yang paling penting.....Pencuri takkan insaf kalau setakat hukuman penjara! Ni bukan aku reka-reka jer.....tapi ni la mesej yang aku dapat ambik dari sketsa dier..... Tak percaye? Try la tengok video dier ni....


P/S: Undian masih diperlukan..... Undila SAYA

JAMBU Terbaik.... =)

Walaupun aku takde astro Mustika.....tapi youtube telah menyelamatkan aku dari terlepas sketsa dari Maharaja Lawak minggu ke-4.... Minggu ni Alex yang terkeluar.... dan sememangnya lawak dier tak menjadi pada minggu ini.... Undian yang bijak dari para pengundi... [undi la aku di SINI] Kumpulan Balas pun tak berapa mantap... Jihan pun kurang.... Man boleh tahan... Dan sememangnya persembahan Jozan dan Nabil tidak mengecewakan. Tapi...................... yang menarik perhatian aku adalah video yang aku attach kat entri ni.....


Mula-mula....aku nak memberi ucapan tahniah kepada Amir...kerana akhirnya engko berjaya jugak membuat sketsa lawak yang boleh tahan lawaknya..... Aku sekarng ni bagi komen secara neutral ok....tak memihak sapa-sapa...sememangnya aku minat Jozan dan Nabil. Tapi persembahan Amir pada malam ni sangat berbeza dari sebelumnya. Lawaknya menjadik.... lagi-lagi part dier ujibakat Mamat Khalid... yang tu sempoi... memang logik la Amir dapat lagi bertahan minggu ni.... :) Ni ler video dier.... dan sila tengok secara neutral ok.... :)


Yang JAMBU pulak memang terbaik!! Sketsa pendek di trek jogging amat la kreatif! Lakonan berlari-lari dan potong-memotong memang sangat la kreatif! Dan keseluruhan lakonan dah macam tengok movi pendek yang dah diedit aturan lakonan nya....memang hebat dan superb! Aku bukan puji sebaborang lain puji....tapi aku terhibur dengan cara lakonan depa berdua nih....Muke legend...tapi cute! Tapi dah tak legend sangat dah... si yus dah potong janggut dier....memang dah jadi Jambu dah...hahaha


Overall..... Semuanya membuat persembahan yang agak berlainan dengan trademark masing-masing... Sumer kreatif... Cuma agak risau dengan persembahan Jihan dan Balas... seperti tak cukup persediaan untuk malam ni..... Minggu depan tak mustahil depa yang akan keluar...kalau si Amir perform macam malam ni lagi! Ha ha ha

P/S: Undilah Saya... Saya akan memberjuangkan blogger baru! :D Undi Saya Di SINI

Friday, April 22, 2011

Walaupun Aku Ni Orang Kelantan, Aku Tetap Tak Sokong Amir!!

Wahai penyokong-penyokong Amir.... Hah? Amir mana? Amir yang tengah top tu ler..... Amir Maharaja Lawak tu..[lawak ker?] Tolong la jangan menjatuhkan maruah si Amir lagi... Aku sudah tak sanggup nak tengok dier kena maki lagi oleh juri...

Bukan sebab tak sokong....tapi memang bakatnyer kurang menyerlah dari segi lawak dan persembahan berbanding orang lain.. Si Amir bagus dari segi berani tampil ke hadapan....tapi sekarang ni dier sedang bertanding untuk mendapat Maharaja Lawak. So.... sepatutnya orang yang dapat menjuarai pertandingan ni seorang atau kumpulan pelawak yang dapat membuatkan kebanyakan dari kita ni....ketawa! Masalahnya....lawak si Amir tak sampai kepada pihak penonton.... Jadi, kenapa undi lagi?

Bukan masalah kesian tak kesian.... kita nak jaga level pertandingan tu sendiri...sekarang ni level Maharaja....bukan Raja lagi dah. Sepatutnya semua peserta dalam rancangan ni dapat menghasilkan lawak yang berkesan. Dah takde istilah "Cuba lagi minggu depan" dah. Kalau tak lawak....jangan la undi. Bukan Amir jer....mane-mane yang tak lawak....sila jangan undi.

Aku dah expect minggu pertama lagi dah si Amir keluar... bukan sebab benci atau anti....tapi sebab memang tak lawak! Minggu ketiga je ok sikit.... itu pun sikit jer....siap juri hentam giler-giler lagi. Tapi masih dapat stay dalam pertandingan. Kenapa yer? Aku expect paling lama Amir dapat bertahan pun dalam minggu ni jer....minggu depan kalau stay lagi...... Aku rasa sistem undian ni dah tak relevan untuk level Maharaja nih...

Amir tu boleh berlakon..... tapi melawak tak boleh... mungkin dia boleh melawak kalau dalam bahasa Kelantan....atau lawak skrip yang diberi pengarah citer tu sendiri....tapi sekarang ni pertandingan...Pertandingan perlukan kreativiti sendiri untuk melawak....dan jugak audiens dier adalah untuk seluruh rakyat Malaysia.... Kalau dia dah tak boleh nak mengubah levelnya sendiri.... jangan la kita memaksa lagi... Biarla dier teruskan dalam dunia hiburan ni sebagai pelakon. Ok je kan? 

Kepada peminat Amir....dengarla luahan rasa peminat Maharaja Lawak nih... jangan down kan level Maharaja Lawak.... Amir tu dah ada career sendiri dah dalam dunia seni..... Biarla dia membawa diri sebagai pelakon...pelawak bukan untuk dirinya... :)

P/S: Undilah saya di SINI. Saya sebagai wakil Parti Newbie...Kita perjuangkan newbie dalam Blogger Of The Year...hahaha