Showing posts with label pemimpin cara islam. Show all posts
Showing posts with label pemimpin cara islam. Show all posts

Friday, July 5, 2013

Dr. Muhammad Morsi - Pemimpin Islam Yang Agung


Kacau bilau di Mesir.. Huru-hara di kebanyakan daerah... Demonstrasi jalanan sana-sini... Itulah yang digembar-gemburkan media antarabangsa - menyatakan sukanya rakyat jelata kerana kejatuhan bekas Perdana Menterinya - Dr. Muhammad Morsi... Sampai media massa kita pun mengiyakan laporan tak bertali nie bulat-bulat.... Sesungguhnya Islam ditindas mentah-mentah cenggitu jer...

Dr. Muhammad Morsi - Aku rasa satu-satunya pemimpin Mesir yang betul-betul berpendirian nak menegakkan Islam secara total... Segala bentuk dan proses pembangunan ekonomi negara dijana tanpa ada bantuan dari Amerika.. Lebih rela bersusah-payah dari meminta bantuan Ameriak yang sering dilihat satu langkah yang lebih senang dan efektif... Membangunkan sistem ekonomi sehingga negara Mesir dapat meningkatkan penghasilan pengeluaran gandum secara drastik...

Dr. Muhammad Morsi pemimpin Islam yang berani bersuara secara lantang memarahi Israel kerana menceroboh Palestin.. Satu-satunya pemimpin Islam yang lantang cuba membantu kaum muslimin di Syria... Seorang pemimpin yang cuba menegakkan konsep sebenar Islam di dunia secara total - Islam brotherhood bukan sebab kaum dan bangsa - tapi agamanya... Pemimpin yang tinggal di Apartment sewa sahaja, bukan di rumah agam indah bak menteri-menteri dunia yang lain. Pemimpin yang berjiwa rakyat - bercuti menggunakan kos sendiri, sediakn 30 saluran untuk mengkritik kesalahannya, menerima gaji yang rendah sahaja.

Tapi, kenapa satu dunia bencikan beliau? Kenapa sampai digulingkan pihak tentera dan kononnya rakyat bersuka ria? Sesungguhnya peranan kuasa dunia sangat besar dalam proses penggulingan Dr. Muhammad Morsi... Dunia Penyokong Dajjal Laknatullah sangat rugi dengan adanya si Morsi nie... Suara kebangkitan Islam mula kedengaran dek kelantangan Morsi menentang kezaliman... Itu suatu perkara yang sangat tidak disukai kaum penyembah Setan nie..

Sesungguhnya cubaan menegakkan kebenaran sangatlah perit dugaannya. Kalian akan ditentang habis-habisan puak-puak jahil dan degil. Dicuba berdiri, ditekan lututnya sampai melutut. Dicuba mendongak, ditekan kepalanya sampai tunduk. Dicuba duduk, dibaringkan sampai terbaring kaku. Dicuba bersuara, dipotong lidahnya berdarah keseorangan. Dituduhnya cuba menderhaka, sedangkan si penuduh penderhaka. 

Cuba fahamkan dan fikir jap... Ada lagi - Negara yang cuba tegakkan islam tidak akan aman. Bukan pendapat, tapi hakikat. Sangat tidak kena jika negara bergolak selalu dikaitkan dek kerana dosa mereka yang lalu. Walhal mungkin aman sentosa dek menjadi pak turut ajaran songsang terikat hidungnya, disuruh masuk ke lubang jamban pun diikut tanpa membantah. Di mana maruah, di mana iman? Di mana kesedaran, di mana warasnya fikiran? 

Cubalah fikirkan lagi... Gadhafi dulu dikatakan pemimpin kejam... tapi boleh memerintah selama berpuluh-puluh tahun di Mesir tanpa campur tangan luar... Morsi... pemimpin yang ikhlas menegakkan Islam... Hanya mampu bertahan selama hanya hampir SETAHUN?? Bencinya dunia dengan Islam... Bencinya kuasa besar dunia dengan pimpinan cara Islam... Asal ek? Kebangkitan rakyat? Sangat salah kenyataan itu.. Sedangkan rakyat dipaksa dan dirancang membuat demonstrasi jalanan secara amat terancang dengan menutup tiga sumber UTAMA - AIR, ELETRIK, MINYAK. 

Dan media antarabangsa yang mendapat dana dari puak jahil nie menunggu semut-semut kepanasan keluar dari rumah masing-masing, diambil video dan gambarnya... Kemudian dinyatakan dan dijelaskan dalam saluran masing-masing - KEBENCIAN RAKYAT... Sungguh mudah cara PROPAGANDA menipu mata-mata setiap manusia di bumi... Satu tipu-helah ilusi yang sangat berjaya dipraktikkan dari zaman-berzaman.... Media kita? Copy dan paste...terjemah bulat-bulat dan melaporkan sahaja tanpa usul periksa kerana telah didoktrinkan dalam minda semasa belajar Ijazah dahulu - Sumber antarabangsa adalah sumber yang paling dipercayai rujukannya? Tercalit habis maruah keislaman dalam diri...

Habis? Apa yang perlu kita buat? Mengamuk di jalanan kah? Berdemonstrasi jalanan jugakkah nak bagitahu Islam masih berdiri dan utuh di jiwa kita? Tak perlu pon.... Tepuk dada tanya iman masing-masing je dulu... Apa yang korang semua rasa... Tanya iman masing-masing.. Di mana level kita? Level Dr. Muhammad Morsi - Al-Quran dihafalnya, berpuluh-puluh (mungkin beratus) hadis dihafalnya dan dijadikan rujukan hidupnya. Sudah ikhtiar memimpin dunia ke jalan Allah. Sudah membuktikan kepada dunia yang Israel pun sanggup ditentang. Kita?

Sokong dari belakang je? Sokong dari belakang pintu je? Angkat tangan separuh je? Kene gertak terus terkencing? Kena hulur seratus ringgit terus diam kaku dalam dunia masing-masing? Itulah level kita.. itulah tahap iman kita... Selesa ke dengan level sekarang nie? Level yang banyak menghala ke neraka dari ke syurga?Sampai bila nak duduk di bucu-bucu dinding cam tu? Bila nak bangkit berdiri? Bila kita nak berdiri sama tinggi dengan perjuangan Dr. Muhammad Morsi? Bila kita nak jadi seorang pejuang agama Islam yang berani? Bilakah kita nak naikkan diri kita sendiri??


Sebagai renungan cara baru - Hayati ler lirik lagu nie...


P/S: Mulakan dari diri kita sendiri...

Tuesday, April 23, 2013

Apakah Kriteria Seorang Pemimpin? | Ciri-ciri Pemimpin Dalam Islam


Aku rasa untuk PRU 13 nie.... Entri nie sangat sesuai untuk korang mengenali macam mane sebenarnya pemimpin yang bercirikan Islam... Aku pun buat entri nie sebagai memperingati untuk diri sendiri jugak...Bukan mudah nak jadi pemimpin nie... Banyak ciri-ciri yang perlu ada... Kriteria nya sangatlah kompleks dan perlu dipelajari dan diamal sentiasa... Apakah ciri-ciri seorang pemimpin dalam konteks Islam?

Baik.... Yang penting memang takde langsung kriteria seorang terrorist.. Suka tembak orang..suka letupkan orang... suka bunuh orang...suka pancung orang... suka ugut-ugut orang....Orang hindustan cakap,"NEHI!".. TAK NAK orang cam nie... So... kesimpulan awal... Islam jauh sama sekali dengan amalan terrorist... :) Ok...dah jauh menyimpang...apakah peranan dan ciri-ciri yang patut ada pada seorang pemimpin

Nie je asasnya... SEIMBANG, AMANAH, BERIMAN, dan RENDAH DIRI... Ok... Point pertama... SEIMBANG... Seimbang nie maksudnya...seorang yang mempunyai pengetahuan yang seimbang berkenaan ilmu kepimpinan, pengetahuan, dan ilmu agama... Bukan terer ilmu dunia saje...tapi terer jugak ilmu akhirat... Seorang yang mempunyai pengetahuan undang-undang yang sangat tinggi (sebagai contoh).. ataupun ilmu kedoktoran..ataupun ilmu kejuruteraan...ilmu sastera...dan lain-lain...seiring dengan ilmu kepimpinan... Pandai bercakap...lantang memberi ucapan...mempunyai aura tersendiri yang membolehkan ramai yang ingin mengikut kata-katanya.... Dan tidak lupa juga ilmu agamanya... Tahu maksud ayat-ayat Quran...tahu hadis.. tahu sejarah Islam... dan lain-lain... Cuba cek list nama yang bertanding... sape yang lebih layak dari segi SEIMBANG...

AMANAH..... Salah satu sifat yang telah ditunjukkan pemimpin contoh dalam Islam..yang sepatutnya menjadi IDOLA sepanjang hayat kita semua... iaitu Rasulullah S.A.W... Sifat yang patut..WAJIB ada pada semua yang nak jadi pemimpin...Amanah kepada tanggungjawabnya... amanah kepada amalannya... amanah kepada rakyatnya... amanah kepada Tuhannya iaitu Allah... Ada sifat nie ler baru takde korupsi... baru takde rasuah... baru takde salah guna wang.. baru takde sumbang mahram... Ok.... dari list nama yang ada dalam PRU 13 kali nie... dengan tolak berita fitnah yang takde bukti yang sahih dan kukuh... Sape yang ada ciri-ciri seorang yang AMANAH... Susah nak decide yang mana? Ok...pegi ke kriteria seterusnya...

BERIMAN.... Sebenarnya nie adalah ciri-ciri yang PALING PENTING... seorang yang beriman, korang boleh nilai dari perwatakannya... dari tingkah lakunya... dari keluarganya... dari amal ibadatnya... Korang sendiri boleh nilai... Cuba tengok perwatakannya yang asli... Suka merapu atau suka melafazkan ucapan kalimah Lailahaillallah... Tengok tingkah lakunya...suka ke arah kemaksiatan atau mencegah kemungkaran... Kecenderungan dirinya nak lebih tang mana... Korang boleh nilai... Dari keluarganya... anak-anaknya tutup aurat atau tak... isteri atau suaminya mengikut cara Islam ke tak... Gagal membentuk keluarga sendiri bermakna gagallah dia sebagai pemimpin dalam keluarganya... Cuba cek sape yang gagal dan sape yang berjaya.... 

Yang terakhir... RENDAH DIRI... Pemimpin yang hebat....ialah seorang yang sedar di mana dia sedang berpijak... Walaupun pangkatnya tertinggi di dunia...tapi dia sedar...dia hanyalah seorang HAMBA ALLAH di muka bumi nie... Seorang yang tak angkuh dan sombong dengan kejayaannya...dengan kekayaannya...dengan kemegahan pangkatnya... Cuba cek balik list nama yang ada pada kita tu... Sapa yang sedar akan dirinya hanyalah HAMBA ALLAH sahaja... Sape yang bersifat wasatiah (bersederhana) semasa menjadi pemimpin... sape yang lupa dan alpa sampai mengangkat dirinya seperti tinggal di istana berlian dan permata? Perhatikan...dan renungkan sambil berfikir berlandaskan iman dan amal...

Kita nie pengundi... kita lah yang memilih... Salah pilih kita yang tanggung... Salah pilih kita jugak yang berdosa... Kalau tak sengaja takpe..tapi ada ke tak sengaja? Mesti sengaja pilih kan... Sebab kita pilih la dia jadi pemimpin...Tapi betul ke pilihan kita tu? Sebagai panduan...gunalah asas yang empat kat atas tu... Pilih yang benar-benar nak bawa Islam di muka bumi ini...Pilih yang mana Allah tak murka semasa disoal di hari akhirat nanti...

Semuanya terserah kat kita... Kalau kita sendiri cenderung nak terpesong dari ajaran agama... Memang calon terpesong la yang kita pilih kan... Ataupun sesetengah tu mata hatinya tertutup disebabkan habuan dunia yang melimpah..sedangkan matanya dah nampak kesilapan demi kesilapan... "Demi secupak nasi di dunia yang sementara ini.. Aku rela mengorbankan alam akhiratku yang KEKAL ABADI"... Tak ke sewel pemikiran macam tu..

Untuk PRU 13 nie... ramai-ramailah keluar mengundi... Pilih la yang mana korang rasa menepati kriteria yang dah diberikan tu... tu asas je..sebenarnya banyak lagi yang perlu dikaji... Sebagai panduan tambahan... baca balik sejarah kepimpinan Rasulullah S.A.W... baca balik kepimpinan zaman sahabat nabi kita... baca balik kisah-kisah kepimpinan zaman kegemilangan empayar islam.. Yang penting...zaman tu takde demokrasi...takde timbul parti tu parti nie... Semuanya berlandaskan agama...iaitu ISLAM.. Hanya penyatuan agama yang direstui ALLAH sahaja dapat menyatukan semua manusia di muka bumi ini... Kerana agamalah, manusia akan hidup aman damai...Resepi terbaik sudah ada... kita je tak nampak...;)

P/S: Jom Pi Mengundi!