Showing posts with label pengiklanan. Show all posts
Showing posts with label pengiklanan. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

Keropok Lekor Yang Sangat Sedap | Seri Keropok Lekor


Besar, sedap dan murah..
Kalau di Terengganu... Keropok lekor Losong la yang best kan... Kat Kuala Besut pun dah kirenye boleh tahan dah.... Tapi di Kelantan, ada satu tempat yang sama level sedapnya... Silalah mencuba keropok lekor home made (buatan sendiri) nie di Bachok, Kelantan... Namanya... SERI KEROPOK LEKOR !! Sangat best dan murah!

Sedap bai... rasa dia unik... penuh dengan rasa ikan dan kepejalan yang membuatkan korang rasa nak lagi dan lagi... Beli sikit komfem patah balik nak beli lagi.. he he he.. Macam ter over la pulak kan.. Tapi tu ler gambaran kalau dah rasa...komfem nak lagi... Semestinye di Seri Keropok Lekor.. keropok lekor asli..

Banner Seri Keropok Lekor
Harganya berpatutan...seringgit sebatang.. sebatang bukannya kecik..besar bai.. Memang murah dan sedap.. Lokasi kedainya pulak.. berdekatan dengan Pantai Irama, Bachok, Kelantan... Berdekatan dengan masjid besar warna kuning tu.. Nak pin point kan kedainya kat mana tu agak susah kan.... Takpe...nanti ada diberi nombor telefon..korang boleh contact si pemilik kedai tu kalau nak cari kedainya kat mana....

Dijual terus selepas direbus...fresh dan panas-panas lagi!

Beli keropok kat sini...pastu makan kat Pantai Irama sambil berkelah.... Pergh...memang masyuk dan menceriakan suasana... Rasa keasliannya tu menggambarkan keaslian keropok lekor Kelantan yang ala-ala terengganu... Macam mana tu? Haaa....kenelah rasa...baru tau kan..:)

Ok.... Kepada yang berminat, boleh la mencuba dan menghubungi no ini....Nama tuan miliknya... SERI.. Nombornya.... 017-3297789. Boleh contact kalau ada pergi ke Bachok atau nak buat tempahan penghantaran ke mana-mana... Cubalah berbincang kalau nak... =)

Signboard tepi jalan..

Seri Keropok Lekor nie masih baru... kedai dia pun rilek-rilek je lagi... cuma rasa keropok lekornya tu melebihi kebaharuan dan kerilekan kedainya tu.... Cubalah dan rasailah sendiri... Buat santapan sendiri dan pemberian kepada kawan-kawan nanti...Komfem berbaloi-baloi....:)

Kedai dia cam nie je baru.. akan ada pembaharuannya nanti..
Kat sini bukan saja ada jual keropok lekor...ada jugak keropok sira, keropok keping yang di order khas dari Terengganu.... keropok segera dan segala jenis keropok la kan... Dengar cerita.. nanti akan ada jualan-jualan produk ikan yang lain.... Mesti ada yang tertanya...macam mana aku boleh terjumpa kedai keropok lekor yang best nie kan.... Sebabnya... Aku suka lepak-lepak bersantai bersama wife dan anak di Pantai Irama nie... Banyak kedai dah dicuba...dan kedai nie yang paling best keropok lekornya... Cuba lah..;)

P/S: Aku dah rasa.. dah beli.. dah habis dan nak lagi!!

Friday, September 21, 2012

Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Review | Terbukti Power!




Lama sudah aku mencari, akhirnya aku menjumpainya juga. Ubat yang dapat melegakan sakit dekat belakang leher dan sakit bahu bila duk mengadap komputer lama-lama nie.. Semua mesti pernah rasa kan ketidakselesaan menghadap lappy bila dah mula rasa sakit-sakit atau sengal di leher atau bahu bila lama sangat kan? Lagi-lagi blogger cam kita nie.. Atau yang bekerja hanya di depan komputer sahaja...Penyelesaiannya, Boleh dicuba Tiger Balm Neck & Shoulder Rub ni...

Aku sudah mencubanya... Dan yang pasti, memang berkesan.  Tapi takde la lepas sapu tu hilang terus sakit tu... Tunggu lama sikit baru ada rasa kesannya...sangat melegakan...Tak perlu pegi rumah urut... Tak perlu ada kes jeles menjeles antara suami isteri dah... Urut je dengan Tiger Balm nie... Hilang la sakit dekat leher tu..Nak lagi cepat hilang...suruh si isteri atau suami yang sapukan...Baru ada kemesraan kan..:)

Tiger Balm Neck & Shoulder Rub nie bukan saje dapat hilangkan kesakitan di leher dan bahu...Kewangiannya boleh tahan... Bau lavender... Korang tahu kan lavender nie adalah pewangi yang boleh menenangkan jiwa kita... Sangat tepat pilihan wangiannya... Sambil dapat melegakan kesakitan otot leher dan bahu, dapat juga sedikit ketenangan dengan wangian nie... 

Tiger Balm Neck & Shoulder nie ada dua variasi. Satunyer yang diceritakan kat atas, iaitu Tiger Balm Neck dan Shoulder Rub... yang diwangikan dengan pewangi lavender, Satu lagi ialah Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost.  Yang nie untuk melegakan kesakitan disebabkan ketegangan otot di leher atau di bahu yang lebih berat... 

Yang menariknya, Tiger Balm Neck & Shoulder Rub nie adalah dalam bentuk tiub... 50 gram setiap satu...Macam tiub pencuci muka korang tu... Senang untuk dibawa ke mana-mana dan senang untuk digunapakai di mana sahaja...  Design tiub dia pun boleh tahan smart... tak percaye boleh tengok gambar...:)

Senang untuk dibawa dan digunakan di mana-mana sahaja..
Nice design kan..
Kelebihan-kelebihan lain yang ada pada Tiger Balm neck & shoulder nie ialah, ia tidak berminyak... Kiranya senang tanggal bila basuh dengan air dan tidak melekit.. Formula terbaru yang meresap lebih cepat ke dalam kulit dan cepat melegakan kesakitan di tempat yang khusus seperti leher dan bahu... Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh ke website rasmi Tiger Balm di SINI

Contoh produk Tiger Balm di Watson
Belum cuba belum tahu kan.. Aku dah mencubanya...Dan memang puas hati..Aku nie dah la jenis aktif bersukan... Tambah pulak aktif berblog...Dua-dua aktiviti yang boleh menyebabkan sakit-sakit otot terutamanya di bahagian leher dan bahu. Aku dah jumpa penawarnya...Baik korang cuba... Tak mahal mana pun... Harganya lebih kurang RM15.90 je... Sememangnya Tiger Balm Neck & Shoulder Rub sangat berkesan...

P/S: Ini adalah sticky post...

Thursday, May 31, 2012

Stroller Star Jogger Sweet Cherry Untuk Dijual

Tawaran pre-love [kot] yang hebat!! Stroller Sweet Cherry Star Jogger khas untuk sesape yang inginkan stroller yang hebat dan murah!! He he he....dah macam Penjual kat shopping mall dah aku kan.... Hu Hu.... Aku sebenarnya nak tolong pelanggan iklan aku nie.... Si Kecil Mummy... Pelanggan tetap iklan aku.... [Alhamdulillah] ... Dia nak mintak tolong aku promotekan stroller dia yang nak dijual kepada korang semua......

Sebelum aku citer panjang.... korang boleh la mengusha-usha gambar di bawah nie.... Stroller nie baru je dibeli... Tapi owner dia dah nak jual....sebab dapat stroller lagi satu.... dapat free kot...orang bagi....UNTUNG LAH.... he he he... Tapi apa yang aku dibagitau....stroller nie baru je digunakan dua tiga kali... Dan terus disimpan di dalam rumah jer....



Keadaannya masih elok... Bukan setakat elok....memang tak diusik langsung! Ala.....setakat guna dua tiga kali tu....macam tak diusik la kan.... Dan harga yang ditawarkan ialah RM300 SAHAJA!!! Kuantiti...satu nie jer... so sape cepat dia yang dapat.....

Bagi sesape yang berminat..... boleh la ke laman facebook nyer iaitu SI KECIL MUMMY atau terus direct ke album dia di SINI [ link ] untuk proses pertanyaan dan nego untuk pembelian..... Sape cepat....dia la yang dapat! :D

P/S: Dah ada stroller.....kalo tak dah beli nie....:(

Wednesday, April 18, 2012

Projek 100 Bloggers | Bro Framestone


Ermm......walaupun dah agak terlambat... Tapi aku rasa baik mencuba dari tak de effort langsung kan..... Ok.... Bro Framestone sedang memperkenalkan satu projek yang dinamakan Projek 100 Bloggers untuk membantu bloggers menambah sedikit income berdasarkan pengiklanan yang akan diberikan nanti....

Projek 100 Bloggers nie bagus sebenarnya..... Aku terlambat sikit sebab mungkin sebab terlepas pandang..... Dan ingatkan ia cuma satu segmen biasa-biasa jer.... Maklum ler... sekarang nie aku banyak menghabiskan masa di Makmal Kejuruteraan jer.... update blog masa malam atau pepagi.... Tapi still sempat mengupdate blog! 

Syarat-syarat bagi sesape yang nak sertai projek 100 bloggers nie ialah: 

  1. Mempunyai trafik 500 uv atau lebih dalam masa sehari 
  2. Setiap post dapat 5-10 komen pembaca
  3. Bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu keterlaluan
  4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan
  5. Blog diupdate sekurang-kurangnya 4 kali seminggu
  6. Duduk di Malaysia dan warganegara Malaysia
  7. Sanggup memberi komitmen kepada Projek 100 Bloggers nih
  8. Lebih diberi keutamaan kepada blog yang ber"niche" kekeluargaan, remaja, teknologi, usahawan dan makanan...
Yang mana rasa tak memenuhi satu dua kriteria pun.....apa salahnya mencuba kan.... Sebab kriteria yang diberi cuma untuk memberi keyakinan kepada mana-mana syarikat pengiklanan untuk menghubungi anda... So... aku cuba jaya jer.... Sebab aku memenuhi kriteria tuu! he he he....

Sesape yang nak mencuba Projek 100 Bloggers nie, boleh la ke link INI.... Ada borang perlu diisi dan korang juga perlu membuat entri seperti yang aku dah buat nie..... Semoga berjaya....:)

P/S: Bro Framestone seorang yang ensem...[bonus nih...ha ha ha ]

Thursday, October 13, 2011

Barangan Baby Menarik Di Si Kecil Mummy | Legging Baby

Sesape yang berminat nak beli barangan baby...atau si kecil yang shomel-shomel tu... Korang boleh cuba menggodek di laman Facebook : Si Kecil Mummy. Di situ ada pelbagai barangan khas untuk bayi bermula dari bayi kecil (0-6 bulan) hingga la budak tu besar sikit.... Ada jugak dijual barangan untuk dewasa... Boleh la sambil-sambil kan...

Legging Bayi
Ni ler contoh barangan yang dijual... Legging bayi... Comel dan cute! Aku pun mungkin ambik yang kat sini jer... Sebab tengah menunggu masa jer ni...:) Harganya berpatutan dan murah.... Lagipun....sekarang nie.. dibuat promosi pembukaan dengan harga BORONG!

Comel kan?

Ala bucuk-bucuk...

Jika korang perasan.... aku ada jugak sediakan iklan besar gedabak kat bawah header tu pasal Si Kecil Mummy nie... Korang boleh jugak klik kat situ... Sememangnya murah dan berbaloi-baloi....Ada jugak barangan lain seperti kasut baby semurah RM5 SAHAJA.... ha ha ha...

Cepat! Cepat!.. Sebelum kehabisan... Jika berminat...boleh la ke laman:


P/S: Sesape berminat nak mengiklankan produk anda... boleh la ke page PENGIKLANAN nie.. Sekarang aku bagi promosi kaw-kaw punyer....:)

Wednesday, July 13, 2011

Bra Dan Lingerie Yang Menggoda

Perasan tak dalam blog aku ni ada IKLAN baru lagi? Kat atas entri .... Warna merah-merah tu.... Alhamdulillah..... Rezeki Papa To Be kot.... Sesape nak lagi? Bagi sesape yang letak iklan di blog aku nie...Macam biasa la...aku akan buat entri khas untuk si pengiklan tu.... Kali nie giliran BRA dan LINGERIE... Blog Jameelah Boutique

Jameelah Boutiqe merupakan sebuah gedung yang menawarkan pelbagai barangan keperluan wanita. Di sini terdapat pelbagai produk seperti bra, baju tidur, lingerie, kecantikan wajah, alat solek, minyak wangi, dan macam-macam lagi. Serta banyak lagi yang akan menyusul dalam masa terdekat. Semua ini khusus untuk memudahkan para pelanggan mendapatkan barangan yang mereka kehendaki dengan cepat & mudah.


Untuk tujuan perniagaan pihak jameelah boutique telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di atas nama Keris Perak Enterprise sejak tahun 2008 lagi.

Nak maklumat selanjutnya....Klik la SINI.

Bagi yang berminat....boleh la start folo blog Jameelah Boutique nie... Boleh beli barangan dengan potongan harga 10% kot.... Apa lagi....Jom terjah dan FOLO....

P/S: Maklumat PENGIKLANAN di blog Wacanaku nie boleh dilihat di SINI
Kekosongan masih ada...Harga boleh dirunding yer.....:)

Tuesday, July 5, 2011

Bloglist Dah Ditutup...

Kalau korang perasan.... Aku dah mula mengosongkan senarai bloglist lama iaitu Santai Jejaka dan Santai jelita di ruangan sidebar tu...... Dan aku gantikan dengan Geng Wacana I dan Geng Wacana II.... Aku akan masukkan senarai bloglist baru nanti ke dalam bloglist tu dari semasa ke semasa..... 

Kepada yang masih nak joinkan diri... Kenela tunggu aku buat segmen ok... Segmen atau WACANA aku nanti akan dipilih pemenang dan akan masuk ke dalam senarai bloglist tak kekal aku iaitu bloglist Pemenang Segmen di bahagian atas sekali dalam senarai bloglist.... Tapi yang ni bagi yang menang je la kan....he he...

Kepada yang sudi menjoinkan diri......terima kasih kerana menyokong blog nie.... Dengan support korang la blog ni telah mendaki tangga-tangga dalam dunia blog nie kepada ranking yang lebih baik.... Traffic pun dah bertambah-tambah... Alhamdulillah...So, dengan nie...aku kepilkan la sikit kepada sesapa yang nak IKLANkan blognye di blog aku nih....SINI