Showing posts with label tips bimbingan anak-anak. Show all posts
Showing posts with label tips bimbingan anak-anak. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

FAKTA: Bahaya Games Kepada Kanak-kanak



Budak zaman sekarang nie suka sangat main games.... Budak umur 3 atau 4 tahun pun dah mula belajar main game guna Ipad mak ayah dia.... Siap mak ayah belikan satu untuk anaknya semata-mata untuk main game... Siap berbangga lagi anak dia "bijak" main game sampai level setinggi langit.... Tapi sebenarnya games sangat bahaya untuk budak-budak...... Sangat!

Sape yang rajin tengok rancangan Jo Frost: Extreme Parental Guidance ? Dalam episod satu untuk Siri Satu... Ada dibuat kajian berkenaan kesan sampingan kanak-kanak yang bermain game yang bersifat ganas macam Call Of Duty, Wargames, dan sebagainya.... Games yang mengajar anak-anak kita menembak dan membunuh sesuatu...... Game Zombie pun termasuk la kot.... Budak-budak yang bermain game macam nie.... Akan melemahkan sensitiviti respon terhadap persekitaran dia...

Dalam rancangan tu... Dia ada buat test menjatuhkan satu bekas berisi banyak pen dari atas meja semasa nak interview budak-budak tu... Konon-kononnya tak sengaja jatuhkan... Dari test tu, didapati budak-budak yang main game ganas nie tidak menunjukkan respon nak menolong mengutip pen-pen yang jatuh tu!! Manakala si budak-budak yang main game biasa akan memberikan tindak balas nak tolong kutip pen tu... Kebetulan?

Sebenarnya kita sendiri pun boleh perhatikan budak-budak di sekeliling kita... Bukan setakat main game ganas...game biasa pun dah ada kesannya... Aku masa balik beraya hari tu pun ada nampak jugak beza antara budak yang dkatakan hidupnya dipenuhi gamers (siap ada ipad sendiri nie) dengan budak yang selalu main kat luar dengan orang lain... Respon budak-budak gamers nak membantu orang lain sangat kurang berbanding budak-budak normal (yang selalu main aktif dengan kawan atau sendirian)... Dan depa jugak tak aktif dan tak boleh hidup (selalu mengamuk kalau takde ipad) sebab tak tahu nak isi masa lapang tu macam mane!! Last-last tengok TV...terconggok kat situ 24 jam... Kebanyakan budak-budak yang banyak main game nie cenderung ke arah malas, tak pandai bersosial, kurang kreatif, dan kurang cergas (selalu sakit).

Dalam video pendidikan kanak-kanak dalam Youtube pun ada pernah aku tengok (Lupa apa tajuk video tu).. Setiap perkara berunsurkan visual imej ( games...kartun...iklan.. dsb )... Akan ada mesej bawah sedar di sebalik apa yang dilihat atau ditonton budak-budak tu.... Kadang-kadang kartun sendiri banyak mengajar benda yang tak elok.. Secara sedar atau tak sedar... Contohnya situasi kartun tu sedang berborak biasa, tapi gambar belakangnya ditampilkan gadis sexy secara samar-samar (Contoh yang ditunjukkan dalam video tu).. Sebenarnya ia sedikit sebanyak akan masuk dalam pemikiran bawah sedar budak tu tentang gadis sexy tu...Dan akan didiagnosis sebagai perkara yang biasa dilihat..ditafsirkan TAK SALAH! So..secara tak langsung budak tu akan menerima pemakaian sexy tu sebagai suatu yang biasa dan diterima.... 

Kesan mesej bawah sedar nie bukan saje kat budak-budak...tapi orang dewasa pun sama kalau ajaran agamanya lemah.. Tengok jer sekeliling kita... Duduk jer kat Malaysia, tapi pengaruh luar dah mencanak-canak masuk ke dalam setiap individu.. Sampai identiti sendiri dah makin takde.. Identiti warga Malaysia dah longlai dah ditelan identiti kebaratan melampau....Tu dewasa... budak-budak?? Lagi banyak impaknya..

Sebab tu bahayanya rancangan TV untuk budak-budak kalau tak dipantau.... Bahayanya internet untuk budak-budak kalau tidak dipantau... Games pun sama... Angry Bird  macam mana? Plant vs Zombie ? Candy Crush ? Seeloknya kita jangan galakkan anak-anak kita ke arah tu... 

Pesan dalam rancangan Jo Frost tu.. pesanan yang sama jugak dalam video yang aku lupa tajuk apa tah tu... Selalulah melayan anak-anak kita yang masih budak nie dengan bermain bersama dengan mereka.... Kalau ada masa, bawak la ke taman..ajar depa bergaul dengan masyarakat... Kalau ada keje kat kebun...bawak la depa sekali... Ajar bercucuk tanam..mengotorkan diri dengan tanah... Ajak pegi picnic ke pantai ke.. main-main pasir tu.. Ajak berbasikal ke kat taman...Banyakkan aktiviti yang aktif dan menceriakan...Banyakkan contact dengan budak-budak nie... Jangan sibuk dengan keje sangat sampai tak dilayan anak-anak tu.. 

Berkelah macam nie pun ok... Merapatkan hubungan kekeluargaan..Anak-anak tak rasa tersisih..

Selalu didik secara tak langsung kat depa tu.. Ingat, budak-budak nie bukannya bodoh...Depa selalu perhatikan tindak-tanduk mak ayahnya dan persekitarannya... Silalah tunjuk contoh yang baik... Apa yang mak ayah buat, tu ler perkara pertama yang akan ditiru si anak-anak... Contohnya...nak makan, baca doa dulu... nak keluar, salam dulu.. nak tengok TV, tengok rancangan yang berguna..secara tak langsung si budak tu akan lihat dan belajar... Kalau mak ayah sendiri tak didik perkara asas nie... Sape lagi kan? Kalau mak ayah tak solat? Tak tengok rancangan TV yang berguna? Selalu bersifat individualistik je dalam rumah? Cuba fikir apa yang anak-anak korang sedang lihat dan belajar.... Kalau diri sendiri tak penah buat benda cenggitu... Susah la kan... Silalah didik diri anda demi anak-anak... Dan selalulah pantau... Pesan untuk diri sendiri juger...:)

P/S: Sekadar berkongsi apa yang dilihat dan dipelajari... Share kan jika setuju...

Wednesday, September 5, 2012

Cara-cara Atau Tips Mendidik Anak Dengan Betul


Anak kita adalah permata dalam sebuah keluarga.... Sememangnya anak adalah sesuatu yang sangat tidak ternilai harganya jika nak banding dengan duit atau semua perkara yang lain.... Semua pasangan yang berkahwin inginkan anak.... Tapi ramai yang tidak mendidik anak itu dengan cara yang betul.... Inilah sedikit sebanyak cara-cara atau tips untuk mendidik anak dengan sebetulnya mengikut kaedah Islam....

Rasulullah s.a.w telah menggariskan empat tahap dalam pendidikan anak-anak mengikut faktor umur dan masa.... Tahap pertama ialah ketika anak itu masih kecil...anak yang baru lahir... Hendaklah dibanyakkan bergurau senda dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang... Jika nak yang lebih elok... Banyakkan selawat dan bertahmid, bertahlil, bertakbir dan sebagainya dengan anak-anak itu... Biasakan diri mereka dengan kalimah-kalimah suci...Bukannya hiburan-hiburan terkini....Kekalkan kesucian anak kita semaksimum mungkin....

Pada tahap kedua, iaitu anak di sekitar umur 7 tahun hingga baligh (lingkungan 14 tahun)....Hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab.... Kena lebih tegas berkenaan disiplin dalam semua perkara.... tutur bicara...adap sopan... solat dan sebagainya.... Ramai yang tertinggal bab solat dalam lingkungan umur nie... Anggap anak tu masih kecil... Sedangkan masa nie lah dimestikan mengajar bab solat dan ilmu-ilmu kedisplinan yang lain....Ingat...dalam Islam..dibolehkan merotan anak jika anak itu tak nak solat selepas umur 10 tahun dengan cara yang betul....

Pada tahap ketiga, iaitu pada umur 15 tahun hingga 21 tahun.... hendaklah dididik dengan cara lebih matang dan berbincang.... lebih kepada berkawan...bertukar pendapat dan menghormati pendapatnya selagi tidak melampaui batas dalam syariah.... Banyakkan berbincang dan memberi pendapat dengan cara yang lebih matang kepada anak-anak.... Sebab mereka sudah masuk ke tahap mendewasakan diri dari budak mentah kepada budak yang sudah ada kehidupannya yang tersendiri.... Tapi masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu bapa.... Fikiran depa masih belum betul-betul matang dalam hal-hal yang memerlukan pengalaman dan yang lebih kompleks...

Pada tahap keempat, iaitu 21 tahun ke atas.... ibu bapa hanya berperanan sebagai penasihat sahaja.... Berikan mereka kebebasan memilih selagi tidak bertentangan dengan agama dan merosakkan kehidupan mereka... Sepatutnya anak-anak pada masa nie...sudah tahu yang mana buruk dan yang mana baik berlandaskan agama... Itupun jika anak-anak itu sudah melalui semua peringkat didikan dengan berkesan dan teratur... 

Jika ada tertinggal satu tahap pendidikan yang sepatutnya.... Mungkin anak-anak itu tidak matang atau tidak dapat berdikari dengan sebetulnya apabila sudah mencecah 21 tahun... Perlu ingat...segala didikan perlulah selari dengan tuntutan agama.... Tinggi melangit ilmu dunia...kalau rendah ilmu agamanya....Pun takkan jadi... Mungkin benda nie takkan dirasai ketika senang dan bahagia.... Tapi apabila timbul saja krisis atau masalah walaupun sedikit...Baru korang tahu betapa pentingnya ilmu agama.....

Jika inginkan kebahagiaan sehingga masuk ke usia tua... Jangan tinggalkan ilmu agama.. Didiklah anak kita tentang ilmu agama dan dunia dengan sama rata... Pada zaman kini....Bagi aku...Ilmu agama lebih penting dari ilmu keduniaan...Kerana cabaran dan dugaan persekitaran untuk anak-anak kita jauh lebih mencabar... Hiburan semakin berleluasa... Budaya kuning senang merebak ibarat air yang dicurah.... Negativiti menyelubungi seluruh dunia melebihi positiviti.... Hanya ilmu agama yang dapat selamatkan anak-anak kita...

Sesal kemudian tak berguna.... Itu jer ungkapan sesuai yang boleh dinyatakan di sini.... Sendiri buat...sendiri tanggung... Anak kita adalah permata yang perlu digilap dan dijaga dengan rapi.... Kalau tak dijaga... buruk padahnya.... Dan kena juga ingat.... jaga anak tak sama jaga haiwan peliharaan... Setakat bermain dan beri makan saja tak cukup... Perlukan bimbingan rohani dan jasmani....spiritual dan fizikal... barulah anak-anak itu kekal sebagai manusia yang boleh dipanggil khalifah di muka bumi nie.... Pesanan untuk aku juga... Insya Allah....;)

P/S: INGAT: Apa yang mak ayah dia buat...Itu ler yang ditirunya... Sopan kita...sopan la anak kita... Baik tutur bicara kita...baiklah mereka...Insya Allah..