KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris  menjadi mangsa rogol selepas diculik  lebih satu jam oleh seorang lelaki  dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek  dipercayai gila seks  menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat  apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa  orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak  berkenaan.
Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan  keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada  di luar pagar sekolah berkenaan.
“Apabila mangsa menghampiri  suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan  mangsa dengan kuat. Dia  melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat  sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.
“Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari  sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan  membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak,  kira-kira dua kilometer dari sekolah,” katanya.
Sumber : Harian Metro 
 
 
 
7 comments:
Salam...makin mencabar untuk pergi dan balik sekolah skunk ni yer...ish3
dunia da makin teruk.. da makin rapuh iman manusia
apew nak jadi la dgn manusia zaman sekarang..buat sesuatu tak fikir..=="
bahaya2, berani diorang tangkap kawan2 Budak Botak, adeiii... =.='
Entry terbaru -> Senarai Facebook Korang Boleh Share / Ping Entry Blog Korang... (",)
Apa sekolah takde pakcik guard ke? Keerrr pakcik guard tgh makan nasik lemak kat kantin????
Entri Hot!F.O.M.O Apa maksud nya??
issshh.. bahaya betul zaman sekarang ni kan.. ~_~
xguna nyer pervert..ni jalan semarak dekat KL ker??kawasan sekolah sy dulu nih..isk..isk...
Regards,
-Strider-
Post a Comment