Pelajar-pelajar di seluruh dunia termasuk negara Malaysia selalu  dihidang dengan nama-nama ilmuwan barat seperti Isaac Newton(1642 -  1727), Stephen Hawking,  dan ramai lagi. Aku dulu pun di zaman sekolah...  selalu diberitahu nama-nama seperti itu. Setiap nama-nama yang disebut  ada sejarah hidupnya. Rancangan dokumentari dunia seperti National  Geographic dan History Channel selalu menayangkan sejarah hidup  ilmuwan-ilmuwan ini. Sehinggakan kebanyakan penduduk dunia  mengagung-agungkan ilmuwan barat ini. Banyak kisah tentang mereka  sehinggakan ramai tidak terfikir, dari mana mereka dapat ilmu itu? Siapa  yang mendidik mereka? Dari mana mereka dapat bahan bacaan untuk mereka  belajar semua itu?
Sekarang aku masuk ke topik sebenar. Cuba korang sebutkan hanya 5 ilmuwan-ilmuwan islam dan bidang mereka  masing-masing yang telah menjadi perintis dalam perkembangan ilmu di  dunia. Aku rasa ramai yang terkial-kial mencari jawapan tersebut. 
Sebenarnya, kebanyakan ilmuwan islam inilah yang menjadi cikgu dan  pembimbing kebanyakan ilmuwan barat. Buku-buku mereka diterjemah dan  dikaji oleh dunia barat sehinggakan penduduk dunia sekarang kebanyakan  menganggap dunia barat lah yang mula-mula meneroka alam ilmu pengetahuan  yang serba luas ini. Sedangkan sudah lama dunia islam meneroka alam ini  dengan mengkaji kitab Al-Quran dan Sunnah Nabi. Kita tidak kaji sejarah  sebenar. Jika dikaji secara mendalam, kita akan dapat kenal pasti  bahawa banyak sejarah-sejarah yang kita tahu sekarang jauh terpesong  dari yang sebenar.
Sebagai  umat islam, kita disarankan untuk mengkaji sejarah, bukan percaya  bulat-bulat apa orang barat kata. Macam sekarang, dunia barat tidak  pernah mengagung-agungkan ilmuwan islam. Amat jarang kita lihat mereka  mengupas cerita dari A sampai Z berkenaan ilmuwan islam.
Cuma,  akhir-akhir ini, ada segelintir pihak yang telah sedar tentang hal ini.  Mereka mengkaji kitab-kitab ilmu dunia islam yang telah lama cuba  disorokkan ramai pihak dan menyedari bahawa kebanyakan ilmu yang ada  sekarang sebenarnya sudah dikaji ilmuwan islam dulu. Tapi yang  menyedihkan, bukan orang islam yang cuba menyelongkar kebenaran itu,  tetapi orang barat juga. Ke mana kita?? Masih lalai dan malas  sehinggakan sudah ramai yang berani mempersoalkan tentang agama sendiri. Sampai ada yang sanggup tukar jantina....sampai ada yang dah tak rase segan bersekedudukan dengan boypren atau girlfren...  
Ermm.....ni yang aku rasa nak buat Wacana lagi nih... Wacana pasal tokoh ilmuwan islam yang korang minat.... Ataupun Wacana Satu Ilmuwan Satu Blogger....Tapi aku takut sikit je nak join sebab kebanyakan tak kenal pun depa nih.... macam mane ek.... List ilmuwan Islam aku dah bagi kat SINI. Hmmm.....
 
 
 
1 comment:
bnyk sgt ilmuan islam.. diorng ni la pengasas ilmu logik dan mantik klasik dan moden.. :D
Post a Comment