Tuesday, February 23, 2016

Tanda-Tanda Kemunculan Dajjal (Secara Nyata) Semakin Hampir


Bagi yang mengikuti akan kisah akhir zaman ini, sudah pasti tahu yang Dajjal akan muncul di khalayak ramai suatu hari nanti, mengumumkan bahawa dia adalah Tuhan di atas muka bumi ini... Maka dia akan terbang mengelilingi bumi selama 40 hari.. Tidak ada tempat yang terkecuali dari dijejaki Dajjal kecuali Mekah dan Madinah... Apakah tanda-tanda akan munculnya Dajjal secara nyata di muka bumi ini? Inilah tanda-tandanya....

Rasuah -  Rasuah sudah menjadi satu perkara biasa untuk kebanyakan manusia... Baik di peringkat bawah mahupun di peringkat atasan... Nak dapatkan sesuatu, kene bagi rasuah.. Nak itu ini, kene bagi rasuah.. Cuba tengok keadaan masyarakat dunia...tengok keadaan masyarakat sekeliling kita... Adakah rasuah itu satu perkara terpencil...atau sudah menjadi kelaziman masyarakat? Jika sudah menjadi kelaziman... maka itu adalah satu tanda hampirnya Dajjal muncul.

Hiburan dan Fesyen - Inilah dikatakan salah satu syurga Dajjal... hiburan dan fesyen melampau yang secara terang-terangan berlawanan dengan apa yang disarankan dalam Islam... maka itulah satu bentuk pendoktrinan sistem Dajjal... Fesyen yang tidak menutup aurat, secara berlebih-lebihan dan amalan pembaziran melampau semata-mata untuk sesuatu fesyen, amatlah perlu kita ambil berat. Hiburan yang menjurus ke arah zina dan maksiat adalah secara terang-terangan bertentangan dengan ajaran Islam... Cuba tengok masyarakat kita hari ini...

Wang dan Riba - Sistem ekonomi Dajjal amat menitikberatkan amalan Riba... Wang adalah salah satu syurga Dajjal yang akan ditawarkan kepada kita nanti....Wang digunakan untuk membeli makanan... Ingat, orang yang beriman nanti akan terpaksa berlapar kerana ingin kekalkan imannya.. Pengganti makanan hanyalah ungkapan Subhanallah, Allahuakbar, Lailahaillallah, dan ALhamdulillah. Jika Dajjal datang kepada kita, ditawarkan wang sejuta serta makanan... apa jawapan kita? Adakah sistem riba menjadi sistem utama ekomoni kita? Adakah duit dijadikan raja dalam kehidupan seharian kita sekarang?

Kemarau - Dikatakan bumi akan mengalami musim kemarau yang amat panjang sebelum munculnya Dajjal... Kemarau akan membuatkan hasil bumi berkurang, ramai yang terpaksa berlapar dahaga... Dan Dajjal akan datang menawarkan makanan dan minuman..dengan syarat..sembahlah dia... Dikatakan kemarau akan datang berperingkat-peringkat... tahun pertama kemarau selama 1/4 dari setahun... kemudian 1/2 dari setahun... kemudian 3/4 dan seterusnya selama setahun.... Berapa lamakah dirasakan musim kemarau di tempat kita?

Islam Menjadi Musuh Dunia -Orang Islam akan dijadikan musuh dunia... Kerana semasa di zaman pemerintahan Dajjal... hanya ada dua puak...Orang Islam dan orang kafir (termasuk munafik dan sebagainya)... Islam akan dilabel sebagai "orang jahat" di muka bumi ini... Cuba tengok keadaan orang Islam di seluruh dunia... dilabel Terrorist.. dilabel orang yang lemah dan tak bertamadun... Dan cuba kita lihat lagi Islam dipecah belahkan... Timbul puak Syiah..timbul puak Wahabi... Keterpesongan akidah semakin disebar luaskan demi melemahkan Islam... Timbul ISIS...

Cuba perhatikan keadaan di timur tengah... Negara-negara arab kebanyakannya sudah dikuasai Syiah dan Wahabi... Pemerintahan Sunni digulingkan... Syiah diangkat.. Di mana ada masyarakat Sunni... ditindas dan dibunuh... Cuba lihat di Myanmar...masyarakat Rohingya dibunuh... di China.. satu puak Islam dibunuh... Cuba lihat di benua Afrika... pembunuhan umat Islam di sana sangat dahsyat terutama di bahagian yang bergolak... Di Amerika dan negara Eropah, didoktrinkan ke dalam pemikiran masyarakat mereka "Islamophobia"... Kenapa dan mengapa?

Israel Raya - Terbentuknya negara Israel adalah satu tanda yang sangat besar dalam kemunculan Dajjal.... Sekarang Israel masih kecil.. dikatakan perancangan mereka ialah.. akan dibentuk satu negara dipanggil Israel Raya, iaitu meliputi negara Iraq, Syria, Jordan, Palestin dan Iran... Jika dilihat dari satu sudut... kesemua negara itu adalah terdiri dari puak Syiah.. kecuali Palestin, yang telah dijajah Israel.. Kebetulan?

LGBT - Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT)... Ini pun adalah salah satu dekatnya kemunculan Dajjal... CUba tengok sekarang semakin ramai yang mempunyai masalah ini... Di UK, siap ada kelab khas untuk mereka... Di negara kita?

Benda Haram dalam Sumber Makanan - Cuba kita tengok berapa banyak jenis makanan yang ada sumber babi... Sehinggakan agak sukar nak larikan diri dari termakan makanan yang tidak bersumberkan babi... Perhatikan kod bahan makanan.. Perhatikan juga gelatin... Kenapa mereka (pihak industri makanan) diikhtiarkan juga babi di dalam rantai makanan kita? Sampai ke peringkat gelatin nak jugak masukkan babi ke dalam makanan... Makanan berbentuk jelly sangat banyak ada gelatin.. termasuk kek dan jajan (Di luar negara sangat perlu berhati-hati).. Kenapa? Dari makanan lah akan menjadi darah daging kita...Vaksin juga ada yang bersumberkan babi...Kene berhati-hati...

Selain babi, kekadang kita terlupa yang sumber dari lembu pun sama haramnya jika tidak disembelih... Banyak daging burger diproses dengan darah daging itu sendiri.. Banyak makanan yang bercampur dengan perkara yang haram... Kedai makan contohnya... digunakan pelaris.. itu juga suatu benda haram... kotor dan tidak bersih... tempat masak bercampur dengan halal dan haram (kebanyakan di hotel contohnya).. 

Anak Luar Nikah - Cuba perhatikan juga perkara ini.... berapa banyakkah yang telah dicatatkan dari tahun ke tahun.... Kenapa menjadi semakin banyak... Pengaruh ketidakpercayaan kepada agama menyebabkan perkara ini menjadi perkara biasa di luar negara... Di dalam negara? Orang kata hasil Valentine's Day.. hasil New Year day...

Dikatakan akan tewaslah semua manusia yang sedikit imannya bila berdepan dengannya kerana Dajjal akan menawarkan syurga (neraka) di tapak kirinya dan neraka (syurga) di tapak kanannya..Cuba kita perhati betul-betul... dari segala perkara di atas... sudah berapa ramaikah umat Islam tertewas... Perkara yang disebut itulah adalah antara pengaruh syurga Dajjal kepada semua manusia... Dan cuba tengok dan perhati... tinggal berapa kerat je yang terselamat dari godaan syurga Dajjal itu.... Semoga kita dilindungi dari Dajjal dan sekutunya....

No comments: