Showing posts with label dajjal. Show all posts
Showing posts with label dajjal. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Tanda-Tanda Kemunculan Dajjal (Secara Nyata) Semakin Hampir


Bagi yang mengikuti akan kisah akhir zaman ini, sudah pasti tahu yang Dajjal akan muncul di khalayak ramai suatu hari nanti, mengumumkan bahawa dia adalah Tuhan di atas muka bumi ini... Maka dia akan terbang mengelilingi bumi selama 40 hari.. Tidak ada tempat yang terkecuali dari dijejaki Dajjal kecuali Mekah dan Madinah... Apakah tanda-tanda akan munculnya Dajjal secara nyata di muka bumi ini? Inilah tanda-tandanya....

Rasuah -  Rasuah sudah menjadi satu perkara biasa untuk kebanyakan manusia... Baik di peringkat bawah mahupun di peringkat atasan... Nak dapatkan sesuatu, kene bagi rasuah.. Nak itu ini, kene bagi rasuah.. Cuba tengok keadaan masyarakat dunia...tengok keadaan masyarakat sekeliling kita... Adakah rasuah itu satu perkara terpencil...atau sudah menjadi kelaziman masyarakat? Jika sudah menjadi kelaziman... maka itu adalah satu tanda hampirnya Dajjal muncul.

Hiburan dan Fesyen - Inilah dikatakan salah satu syurga Dajjal... hiburan dan fesyen melampau yang secara terang-terangan berlawanan dengan apa yang disarankan dalam Islam... maka itulah satu bentuk pendoktrinan sistem Dajjal... Fesyen yang tidak menutup aurat, secara berlebih-lebihan dan amalan pembaziran melampau semata-mata untuk sesuatu fesyen, amatlah perlu kita ambil berat. Hiburan yang menjurus ke arah zina dan maksiat adalah secara terang-terangan bertentangan dengan ajaran Islam... Cuba tengok masyarakat kita hari ini...

Wang dan Riba - Sistem ekonomi Dajjal amat menitikberatkan amalan Riba... Wang adalah salah satu syurga Dajjal yang akan ditawarkan kepada kita nanti....Wang digunakan untuk membeli makanan... Ingat, orang yang beriman nanti akan terpaksa berlapar kerana ingin kekalkan imannya.. Pengganti makanan hanyalah ungkapan Subhanallah, Allahuakbar, Lailahaillallah, dan ALhamdulillah. Jika Dajjal datang kepada kita, ditawarkan wang sejuta serta makanan... apa jawapan kita? Adakah sistem riba menjadi sistem utama ekomoni kita? Adakah duit dijadikan raja dalam kehidupan seharian kita sekarang?

Kemarau - Dikatakan bumi akan mengalami musim kemarau yang amat panjang sebelum munculnya Dajjal... Kemarau akan membuatkan hasil bumi berkurang, ramai yang terpaksa berlapar dahaga... Dan Dajjal akan datang menawarkan makanan dan minuman..dengan syarat..sembahlah dia... Dikatakan kemarau akan datang berperingkat-peringkat... tahun pertama kemarau selama 1/4 dari setahun... kemudian 1/2 dari setahun... kemudian 3/4 dan seterusnya selama setahun.... Berapa lamakah dirasakan musim kemarau di tempat kita?

Islam Menjadi Musuh Dunia -Orang Islam akan dijadikan musuh dunia... Kerana semasa di zaman pemerintahan Dajjal... hanya ada dua puak...Orang Islam dan orang kafir (termasuk munafik dan sebagainya)... Islam akan dilabel sebagai "orang jahat" di muka bumi ini... Cuba tengok keadaan orang Islam di seluruh dunia... dilabel Terrorist.. dilabel orang yang lemah dan tak bertamadun... Dan cuba kita lihat lagi Islam dipecah belahkan... Timbul puak Syiah..timbul puak Wahabi... Keterpesongan akidah semakin disebar luaskan demi melemahkan Islam... Timbul ISIS...

Cuba perhatikan keadaan di timur tengah... Negara-negara arab kebanyakannya sudah dikuasai Syiah dan Wahabi... Pemerintahan Sunni digulingkan... Syiah diangkat.. Di mana ada masyarakat Sunni... ditindas dan dibunuh... Cuba lihat di Myanmar...masyarakat Rohingya dibunuh... di China.. satu puak Islam dibunuh... Cuba lihat di benua Afrika... pembunuhan umat Islam di sana sangat dahsyat terutama di bahagian yang bergolak... Di Amerika dan negara Eropah, didoktrinkan ke dalam pemikiran masyarakat mereka "Islamophobia"... Kenapa dan mengapa?

Israel Raya - Terbentuknya negara Israel adalah satu tanda yang sangat besar dalam kemunculan Dajjal.... Sekarang Israel masih kecil.. dikatakan perancangan mereka ialah.. akan dibentuk satu negara dipanggil Israel Raya, iaitu meliputi negara Iraq, Syria, Jordan, Palestin dan Iran... Jika dilihat dari satu sudut... kesemua negara itu adalah terdiri dari puak Syiah.. kecuali Palestin, yang telah dijajah Israel.. Kebetulan?

LGBT - Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT)... Ini pun adalah salah satu dekatnya kemunculan Dajjal... CUba tengok sekarang semakin ramai yang mempunyai masalah ini... Di UK, siap ada kelab khas untuk mereka... Di negara kita?

Benda Haram dalam Sumber Makanan - Cuba kita tengok berapa banyak jenis makanan yang ada sumber babi... Sehinggakan agak sukar nak larikan diri dari termakan makanan yang tidak bersumberkan babi... Perhatikan kod bahan makanan.. Perhatikan juga gelatin... Kenapa mereka (pihak industri makanan) diikhtiarkan juga babi di dalam rantai makanan kita? Sampai ke peringkat gelatin nak jugak masukkan babi ke dalam makanan... Makanan berbentuk jelly sangat banyak ada gelatin.. termasuk kek dan jajan (Di luar negara sangat perlu berhati-hati).. Kenapa? Dari makanan lah akan menjadi darah daging kita...Vaksin juga ada yang bersumberkan babi...Kene berhati-hati...

Selain babi, kekadang kita terlupa yang sumber dari lembu pun sama haramnya jika tidak disembelih... Banyak daging burger diproses dengan darah daging itu sendiri.. Banyak makanan yang bercampur dengan perkara yang haram... Kedai makan contohnya... digunakan pelaris.. itu juga suatu benda haram... kotor dan tidak bersih... tempat masak bercampur dengan halal dan haram (kebanyakan di hotel contohnya).. 

Anak Luar Nikah - Cuba perhatikan juga perkara ini.... berapa banyakkah yang telah dicatatkan dari tahun ke tahun.... Kenapa menjadi semakin banyak... Pengaruh ketidakpercayaan kepada agama menyebabkan perkara ini menjadi perkara biasa di luar negara... Di dalam negara? Orang kata hasil Valentine's Day.. hasil New Year day...

Dikatakan akan tewaslah semua manusia yang sedikit imannya bila berdepan dengannya kerana Dajjal akan menawarkan syurga (neraka) di tapak kirinya dan neraka (syurga) di tapak kanannya..Cuba kita perhati betul-betul... dari segala perkara di atas... sudah berapa ramaikah umat Islam tertewas... Perkara yang disebut itulah adalah antara pengaruh syurga Dajjal kepada semua manusia... Dan cuba tengok dan perhati... tinggal berapa kerat je yang terselamat dari godaan syurga Dajjal itu.... Semoga kita dilindungi dari Dajjal dan sekutunya....

Wednesday, August 1, 2012

Segitiga Bukan Lambang Illuminati


Hadoi.... nak kata bengap kang... ada jugak yang marah aku nanti.... Tapi kelakar pulak bila tengok troll bebudak nie yang samakan illuminati dengan segitiga.... Sampai ketupat dan underwear disamakannya.....ha ha ha... Nampak sangat pemahaman depa nie sekadar gambar-gambar dan bukannya dari sudut sejarah sebenar.....Entri nie khas untuk pengenalan siapakah Illuminati dan Freemason bagi yang langsung tak tahu...Santai jer untuk korang...:)

Ini ketupat..bukan illuminati..:D
Untuk pengetahuan semua....segitiga sememangnya BUKAN LAMBANG ILLUMINATI.... Lagi-lagi kalau segitiga siap cantik jer... Perlu paham dari mana konsep segitiga dalam Illuminati tu.... Sebenarnya segitiga tu melambangkan hierarki pemimpin depa.... Peringkat keahlian depa... Kalau tak silap...ada 13 level... Kalau susah nak faham....cuba ingat gizi pemakanan seimbang.....Haaa...macam tu ler contoh bagaimana segiitga dalam Illuminati tu terbentuk... Korang tau tak kenapa dipanggil ILLUMINATI? Lagi mau sindir...sendiri tarak tau...haiya...


Ok...Jadi kenapa selalu dikaitkan bentuk segitiga dengan Illuminati ? Sebenarnya yang dikaitkan bukan segitiga semata-mata.... Tapi segitiga yang mempunyai unsur ONE EYE di atasnya.... Kalau nak lebih detail... segitiga yang bersusun tiga belas lapis..dan diatasnya ada simbol ONE EYE... Yang menunjukkan pemerintah depa yang tertinggi ialah THE ONE EYE..... Dan dalam konsep pemahaman dalam Islam ..ONE EYE nie ialah....DAJJAL..

Ituler secara ringkasnya.... Jadi kalau segitiga semata-mata tu....memang takde kaitan.... Kalau nak cakap pasal Illuminati dan Freemason nie.....perlu paham dulu dari mana asal-usul... Bukan main rembat jer... Bagi sesape yang nak tahu....Mulakan pembacaan anda dari sudut sejarah (Komfem ramai yang tak minat)... Lepas baca baru boleh nak tuduh atau komen... Kalau malas baca sejarah...SILA DUK DIAM.. PI BELAJAQ QURAN! Nak mula dari mana? Ops....ops....Sebelum tu... aku nak citer pasa agenda depa...

Apa agenda utama depa? Kenapa ramai yang cuba menyelesaikan misteri-misteri depa nie... Apa yang penting sangat sampai ramai orang Melayu (ISLAM) cuba nak tahu pasal nie?? Kenapa sampai ada yang paranoid sangat? Kenapa sampai ada yang mengaitkan dengan Sukan Olimpik di London tu ?? (Benar ke tidak, wallahuallam)

Agenda depa nie nak bunuh orang ramai ke macam terrorist yang depa cipta tu? Nak keliling api je ke macam dalam movie tu? Atau nak menghuru-harakan dunia ker? Tau ke tak? Sindir dan komen tu macam tau je kan.... he he he.... Ok... ni dari apa yang aku tau la kan...Agenda depa PALING UTAMA ialah memegang teraju pemerintahan DUNIA...di bawah satu kerajaan yang sama yang dinamakan NEW WORLD ORDER... Dengan memusnahkan AGAMA dalam diri setiap manusia di dunia nie dan menyemai AJARAN SAYANGKAN DUNIA.... Menghapuskan konsep hidup selepas mati...dan menanam dalam minda kita yang hidup di dunia adalah segala-galanya.... DUNIA adalah SYURGA bagi yang enjoy gila bagai tu...Dan NERAKA bagi yang tinggalkan kemewahan dan keenjoyan tu....
Depa sanggup buat apa saja untuk capai matlamat tu.... Termasuk MEMBUNUH dan MENCABUL...Ada faham tak? Ok....berbalik kepada PENGENALAN siapakah Illuminati dan Freemason nie....dan apa kaitan dengan simbol-simbol yang selalu digunakan tu....

Mulakan dari sejarah Perang Salib... The Knight Templars.. Sejarah kerajaan Babylon.... Sejarah kerajaan purba Mesir.... Sejarah Firaun...Sejarah Nabi Musa a.s.... Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh... .... Sejarah Nabi Sulaiman a.s.... Sejarah Harut dan Marut... Sejarah kerajaan lama Inggeris dan Perancis.... Dan bermacam jenis sejarah lagi.... Malas? Takde mase? Awal-awal korang dah kalah dalam perjuangan... Ibarat MATI KATAK...Tak sempat tahu sape musuh...dah kena tembak...:)

Ok..... lepas tu korang boleh juga baca pasal sistem kabbalah... Apa itu sistem kabbalah.. (Bukan Kaabah...bukan kabilah...) Kemudian pergi kepada Baphomet... Siapa Baphomet? Kenapa ia adalah watak penting dalam Illuminati.... Kalau rajin...cuba selidik Tuhan purba Mesir... Amun-Ra...Baca...baca....dan baca.... Baru korang faham kenapa dan mengapa golongan yang korang duk tuduh PARANOID dan SARCASM tu percaya akan wujudnya Illuminati dan Freemason nie.... Dari situ jugak...korang akan perasan yang banyak cerita sejarah yang sudah diselewengkan kebenarannya... Contoh terdekat... Asal-usul manusia... Ada korang dengar dari National Geographic asal-usul manusia dari Nabi Adam dan Hawa?? KOMFEM takde punyer....he he...



Nak bukti lagi... Baca dan selidik pula pasal hasil peninggalan kota-kota lama termasuk kaum Mayan.. kaum Aztec... kerajaan China di bawah pemerintahan Shih Huang Ti... kerajaan-kerajaan lain yang monumennya hampir lebih kurang sama.... Kenapa dan mengapa..Sedangkan depa takde internet....depa kan takde wireless nak bertukar-tukar gambar atau blue print design... Cuba selidik sendiri simbol-simbol ketuhanan depa semua... Apa yang sama dan apa yang tak sama.... 

Bila korang dah baca...selidik...dan kaji sendiri....Kalau korang nak jugak cakap orang yang percayakan kewujudan Illuminati dan Freemason nie PARANOID atau SARCASM....Silakan... Sebab aku takut korang yang terlebih takut dan gerun nanti... Sebab korang akan faham...yang AGAMA sahaja DINDING terbaik nak lawan depa... Bagi sesape yang ABAIKAN AGAMA...SEMEMANGNYA KORANG AKAN TAKUT SAMPAI TERKENCING BILA BACA SEMUA NIE....he he

Aku dah lalui proses mengkaji dan membaca pasal nie... Dulu aku pun tak percaya semua benda nie....Tapi bila kita baca...kita bandingkan dengan perkembangan dunia nie.... Kita selidik secara ilmiah dan mengkaji dengan penuh teliti.... Sememangnya apa yang dijumpai akan mengiyakan kewujudan mereka....Dan menguatkan iman kita untuk beribadat lebih dari biasa...

Semua perkara ada rahsianya tersendiri.... Kadang-kadang korang rasa macam ada benda tak kena dalam kehidupan kita nie.... Kenapa ada kuasa VETO dalam PBB... kenapa ISRAEL asyik lepas jer walaupun buat salah.... Macam mana ISRAEL boleh wujud? macam mana sistem duit kertas nie wujud... Sape yang mulakan konsep DUIT KERTAS nie... BANK mana paling berkuasa di dunia nie... Kenapa boleh turun naik nilai matawang... Kenapa Arab dicop ganas dan terrorist dalam media asing di luar negara... Kenapa watak dalam citer atau movie selalu mengagungkan ZION jika digunakan...Kenapa Amerika dan British sanggup bersumpah melindungi Israel dari segala ancaman.... Tak ke pelik tu? Contohnya...Indonesia dan Filipina sanggup melawan sape saje sampai mati jika Malaysia diserang...Nampak?

Bila korang dah start terbuka pintu hati nak tau akan kebenaran... Korang akan start rasa yang.... ada sesuatu yang tidak diberitahu sebenar-benarnya.... Ada rahsianya... ada sesuatu yang mengawal dan cuba membentuk acuan untuk kita ikuti... Cuba menghasilkan semua manusia ke arah yang sama di dalam arus yang disebut globalisasi....

Dari perspektif agama pula... Semua jenis agama wahyu semakin hilang.... ISLAM semakin hilang... Amalan dan pegangan agama yang suci semakin dipinggirkan.....  Tak payah tengok kat luar... tengok je dekat ngan korang....jiran tetangga... sahabat handai korang.... masyarakat sekampung... keadaan di negeri masing-masing.... Apa yang lebih disayangi...apa yang sudah dan sedang terjadi...Cuba renung dan fikirkan.... dan tanya la diri sendiri... SETAKAT MANA ISLAM DALAM DIRI KITA....Sudah kalah ke kita dengan agenda depa tu?

Mereka paranoid kerana mereka sedar yang iman di dada masih belum cukup kental untuk melawan depa... Sekurang-kurangnya mereka SEDAR....yang mereka masih banyak kekurangan.... Ada juga paranoid lebih tapi langsung tak tau apa yang dia paranoid kan...ha ha ha... Tapi lebih kesian dan bodoh....jika ada di kalangan kita yang tak paranoid...sampai tak takut langsung buat dosa... sampai hanyut dibuai kehidupan penuh KESYAITANAN (Tak solat, tak puasa, minum arak, berjudi, berzina, dan lain-lain) Sampai sembah SETAN pun tak mengapa... Janji dapat makan.... Alangkah ruginya bagi orang-orang yang tak beriman....

P/S: Bukan semua perkara boleh difikirkan dengan akal logik..Perlukan bimbingan agama..barulah tidak tersesat kehidupan kita

Tuesday, July 31, 2012

Olimpik 2012 Di London | Ritual Besar-besaran Menyambut Dajjal ?

Zion ??
Kepada sesape yang memang folo akan teori konspirasi Dajjal nie....aku rasa benda nie korang sumer dah tau dah.... Tapi aku terlintas nak buat entri jugak khas untuk kepada sesape yang masih belum tau lagi pasal nie.... Teori yang mengaitkan sukan olimpik 2012 di London nie adalah salah satu ritual besar-besaran geng-geng penyembah Lucifer atau nama senangnya IBLIS....dan dikaitkan juga satu ritual khas menyambut kepulangan Dajjal ke tanah yang dijanjikan iaitu kawasan Palestin yang dihuni puak Israel tu...

Aku tak kata 100% betul...aku tak pun kata benda nie benar sebenar-benarnya.... Tapi aku percaya akan kemunculan Dajjal....Fitnah Dajjal....dan kisah-kisah Dajjal... Secara ringkasnya.... Dajjal dikatakan telah bebas sejak kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. lagi... Telah menyebarkan pengaruhnya ke seluruh dunia dalam masa 40hari jer.. Tapi si Laknatullah nie akan menonjolkan dirinya pada suatu masa di mana akan berlaku huru-hara yang dahsyat dan dia akan menjadi "Penyelamat" kepada dunia tu... wallahuallam...

Ok... sebelum aku nak berborak panjang kat sini...ada baiknya kalau korang tengok video nie dulu.... Video yang mengaitkan Sukan Olimpik 2012 di London nie dengan ritual geng-geng Dajjal - Illuminati dan Freemason.... Percaya tak percaya....tengok jer dulu.... Agak lama...tapi sabarla yer... Tengok bola pun boleh lelamer...pi shopping pun boleh jer lelamer...BERGOSIP berjam-jam pun takper... So setakat mane la sangat sejam lebih tu...:)


Ok....dah tengok? Sape kat sini tengok opening depa? Opening Sukan Olimpik 2012 di London tu... ada yang menarik perhatian tak? Ada baby besar...ada manusia yang pegang tongkat yang tinggi...(Dikaitkan Nabi Musa a.s)...ada pokok besar tak masa opening tu..(dikaitkan pokok Gharqad, satu-satunya pokok yang menyebelahi geng Dajjal nanti)... Apa lagi yang menarik.... Cuba ingat balik....betul ke tak... Soalan aku....APA KAITAN DENGAN OLIMPIK?? APA KAITAN DENGAN SUKAN? Wondering.............

Sebelum aku membebel lagi panjang...ada baiknya aku citer la sikit apa yang aku tau pasal gerakan Freemason dan Illuminati nie.... Ritual depa nie selalunya dilakukan dalam masa kitaran 11 tahun... Sebab depa nie asalnya ada kaitan dengan kitaran matahari (Tuhan Mesir- Amun-Ra, kalau dilihat...simbol Tuhan Mesir adalah "One-Eye")... Setiap 11 tahun...akan ada pertumpahan darah sebagai acara sambutan menyembah berhala depa (Dalam konteks depa - sembah Setan).. Cuba ingat balik peristiwa lepas...paling senang....9/11... Berlaku pada tahun bila? Dan SUDAH PASTI dah kan 9/11 tu adalah kerje orang dalam... Dari situ ler timbul War Of Terror... Peperangan yang menyalahkan umat Islam...

11 tahun dari tahun berlakunya peristiwa tu....adalah tahun 2012... Maka ramai pengkaji menjangkakan akan ada satu peristiwa besar berlaku dalam tahun nie.... Ok.... Sekarang tengok pasal sejarah pula... kitaran tahun kaum Maya berakhir pada tahun 2012... ramai yang kata KIAMAT... Tapi bagi pengkaji berdasarkan Quran dan sunnah tak kata macam tu....Depa cakap lebih kepada akan berlaku kitaran kehidupan yang baru...iaitu seperti zaman Nabi Nuh a.s.... berlakunya titik tolak perubahan besar di dunia nie.... Tapi tak diberitahu malapetaka atau ape ke benda.... Adakah mungkin berlaku satu peristiwa macam tu di London tahun nie?

Ok...tengok pula kalendar Cina..... Tahun 2012 adalah dalam tahun naga.....iaitu tahun yang sememangnya dipercayai akan berlaku peristiwa besar... betul ke tak ye kaum-kaum Cina sekalian? Lagi ape lagi yer.... ada lagi....ada lagi.....Kajian monumen candi (Betul ke candi??) Borobudur pun sama.....menjurus ke arah tahun 2012.... Pelik? Memang pelik... sebab setiap sejarah ada kisahnya.... ada lagi ke? Ada......Kajian Surah Ar-Rahman.....menjurus kepada tahun 1433H iaitu tahun nie juga...... Dan dikatakan akan ada 33 peristiwa besar akan berlaku bermula dari 1433H itu..... Mengarut? Cuba cek di Google sat....tengok sendiri.... Ada lagi ker? Percaya atau tak....ada lagi wei....

Mengikut hadis Nabi...akan ada satu suara yang akan mengejutkan datang dari langit pada pertengahan bulan Ramadhan.....cer tengok..

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Ok....kejap...Pada malam 15 Ramadhan tahun nie.... jatuh pada hari Jumaat! Ada kene-mengena ker? Atau semata-mata kebetulan? Aku bagi persoalan jer...percaya tak percaya terserah kat pembaca yer....Ini cuma pendapat yang dhaif tapi sekadar untuk berkongsi.... Jika dilihat dari hadis tu...dikatakan pertengahan bulan Ramadhan...Tak de dicakapkan tepat 15 Ramadhan... Minggu minggu seterusnya... atau beberapa hari seterusnya... Tapi yang penting..dikatakan jatuh pada malam Jumaat...

MAHU PERCAYA ATAU TIDAK? Bagi aku.... tak salah jika kita sediakan perlindungan awal takut-takut benda nie betul-betul terjadi..... Kuatkan amal...hafallah 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi.... Dan bersujud lah kepada Allah meminta perlindungan.... Sesungguhnya iman dan amal akan melindungi diri kita dari terjebak dan termasuk ke dalam golongan Dajjal tu... Bertaubat la kalau banyak buat silap...tak rugi pun kan.... Kalau ditakdirkan mati pun....Berharapla kita mati dengan bekalan yang cukup...Kalau rasa tak cukup...PEGI LER CUKUPKAN! Kalau tak jadi peristiwa nie pun tak rugi... Dah ada penambahbaikan dalam diri.....Kan?
Kalau takut sangat...tak payah tengok langsung Closing ceremony Olimpik 2012 tu.... Sebab ada jugak yang cakap..... Daripada ritual tu...akan dibacakan jampi serapah atau sihir kepada semua penduduk dunia yang mendengarnya supaya taat dan patuh kepada Dajjal....Tak kira dari kaca TV atau secara langsung... Jadi....jalan selamat....Off kan TV...pi buat ibadat! Kalau malas....pi tidur....Wallahuallam....

Dalam kerisauan takut berlaku bencana atau satu event yang besar yang akan mengejutkan dunia.... Ada mungkinnya tidak ada apa-apa yang berlaku.... Cuma yang berlaku cuma ritual sahaja... Ritual menyambut kepulangan raja depa....Dajjal. Apa yang perlu kita buat... Yakin la dengan Quran dan hadis.... 

Aku takde la taksub sampai percaya buta-buta pasal benda nie....Sebab semua yang terjadi hanya dari izin-Nya....tapi aku yakin yang Dajjal akan muncul suatu hari nanti (Atau sudah muncul?)..... Sebab tengok je la sekeliling korang.... Muslim sekarang dibunuh sana-sini...Di Rohingya...Di Syria...Di Mesir...Di Palestin.... Apa kita buat? Setakat menderma je mampu....Lepas menderma...kembali buat maksiat dan dosa... Terkinja-kinja di konsert Justin Bibir dan K-Pop...Kita tengok pulak dalam negara kita....Berapa kerat je Muslim sejati.... Kebanyakan sanggup tinggal agama demi sesuap nasik... Sanggup mempertahankan maksiat dan hiburan berbanding kesucian agama... Tepuk la dada masing-masing....

Sememangnya sistem kabbalah atau sistem pemyembahan Syaitan nie sudah lama berlaku di dunia golongan elit.... Golongan yang memegang tunjang kekayaan dunia nie...Yang nie memang tak boleh disangkal...Yang tak percaya pasal nie cuma orang-orang yang TAK TAHU SEJARAH sahaja....Cuma benar atau tidak Olimpik tu adalah salah satu ritual depa....Itu memang takde kepastian...tunggu je la sampai masanya tiba... Kalau lepas tarikh tu takde paper...maknanya sangkaan beberapa pengkaji tu tidak benar la kan.... Tapi....Golongan Freemason dan Illuminati nie MEMANG WUJUD...

P/S: Kuatkan "RUMAH" korang.... Teguhkan TIANG agama....Mantapkan DINDING agama kita... Sempurnakan BUMBUNG diri kita....InsyaAllah... Selamatlah kita...kalau mati pun... biarlah mati dalam penuh keimanan....


Friday, May 4, 2012

Siapa Percaya Pasal Dajjal, Dia Taksub Cerita Konspirasi!!


Dalam dunia nie.... ada banyak benda yang dirahsiakan.... Bukan sahaja dunia...Di negara sendiri pun ada banyak perkara yang dirahsiakan.... Dalam diri sendiri pun ada banyak rahsia kan? Perkaranya sama..... ada agenda-agenda yang tersendiri.... nak melindungi sesuatu ada.... nak mengawal sesuatu pun ada.... Nak menutup lubang pun ada... Apa yang korang fikir pasal isu Dajjal? Adakah ianya watak dongeng konspirasi dunia atau sememangnya ia suatu rahsia yang belum dikhabarkan?

Aku ada dengar komen dari sorang budak [panggil budak je la senang walaupun dah berumur disebabkan ketidakmatangannya]... Dia kata Dajjal nie cuma satu watak konspirasi yang diada-adakan... TIDAK WUJUD sama sekali Dajjal nie.... Ia cuma satu sandiwara dunia nak menghidupkan dan menakut-nakutkan manusia.... BETUL KER??

Kepada yang berpendapat sedemikian.... AKU SANGAT TIDAK SETUJU.... Aku bagi satu hujah paling kukuh la kan.... Dari hadis Riwayat Muslim [hadis sahih]:

Sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah s.a.w kepada kami lalu bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”

Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.” Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar." 

Dari hadis nie... terang-terang Rasulullah bercakap pasal Dajjal... Adakah ia satu penipuan? Aku nak citer la serba sedikit pasal rahsia-rahsia dunia nie...walaupun aku pun tak tau sangat disebabkan rahsia..tapi Kita sebagai umat Islam sepatutnya boleh nampak akan tanda-tanda atau ketidak sempurnaan perancangan rahsia tu sendiri...

Cuba kaji sejarah balik... Bermula dari zaman Nabi Musa lagi...Eh.....tak...kalau betul-betul nak tau...kena bermula dari zaman Nabi Adam lagi! Cuba hayati kisah-kisah Nabi...dan cuba bandingkan dengan teori-teori yang digembar-gemburkan..... Korang akan nampak banyak perkara yang cuba diselindungkan dan cuba di "brainwash" kan.... Korang akan nampak betapa pincangnya teori Darwin.... peralihan tiga tamadun...Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik yang mengarut tu...

Cuba tengok soalan-soalan nie.... Siapa yang menghuni bumi sebelum turunnya Nabi Adam a.s? Pernah tertanya ker? Bagaimana hubungan manusia dan jin pada zaman dahulu? Cuba kaji cerita Nabi Sulaiman... Di mana terletak istana kaca Puteri Balqis? Adakah manusia zaman dahulu sama saiznya dengan kita sekarang? Bagaimana teknologi zaman dahulu? Boleh kaji zaman Nabi Nuh dan Nabi Sulaiman... Wujud ke tak kerajaan di langit dan di dasar laut seperti mitos-mitos dulu pada zaman dahulu? Apa kaitannya dengan peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w?

Replika baju Nabi Adam A.S
Kenapa orang Eropah berebut nak datang ke Nusantara...Sebab rempah? Itu alasan semata-mata... Kenapa dipecahkan Indonesia dan Malaysia... Sebab Perjanjian antara Belanda dan British? Itu yang tersurat sahaja... Kenapa piramid dibina di merata-rata tempat di dunia nie? Kata orang dulu-dulu duk dalam gua je kan...kenapa ada binaan semegah piramid di mana-mana? Di nusantara dikatakan yang tertua binaannya... Kenapa semua mitos-mitos seolah-olah sama je jalan citer secara umumnya? Adakah dari punca yang sama? Kenapa orang sebelum zaman Aristotle sudah mengenali Tanah Melayu? Kenapa kawasan yang dipercayai adanya bahtera Nabi Nuh di Turki dikawal rapi sampai pelancong tak dibenarkan masuk? Kenapa Israel diwujudkan? Kenapa kebanyakan pemimpin dunia ada pertalian darah dari susur galur nenek moyangnya? Kenapa PBB diwujudkan dengan ada kuasa vetto lima negara? Kenapa ada wujud "Void area" dalam susur galur cerita sejarah dunia? Kenapa digembar-gemburkan wujudnya Al-Qaeda sedangkan ianya tidak wujud pun... Siapa dalang di sebalik peperangan World War I dan World War II?

Di Indonesia
Tu contoh persoalan-persoalan.... Dan soalan cepumas.... Kenapa pertubuhan-pertubuhan seperti The Hidden hand, Free Mason, The Iluminati dan lain-lain sangat kuat pengaruhnya boleh sampai sehingga ke Malaysia? Bukan ke ianya penyembah Syaitan? Kenapa tak dihapuskan sama seperti ajaran sesat yang lain? Adakah sebab tak cukup bukti? Atau depa lebih berkuasa? Kenapa ada binaan berlambangkan "mata" ada di mana-mana? Adakah ianya binaan kejuruteraan terbaik yang mempunyai struktur paling kukuh? Lambang Tuhan yang satu? Tidak sama sekali.... Ia cuma reka bentuk yang sangat rumit..Tapi kenapa dibina seperti itu juger... Kenapa "satu mata" dikaitkan dengan Dajjal? Dan yang lebih menarik...kenapa ada juga binaan seperti tu di Malaysia? Copy dan paste blue print binaan?

Kebetulan ek?
Untuk makluman.... Islam dan Kristian ada kisah yang sama berkenaan Dajjal.... Dalam Islam dipanggil Dajjal...Dalam Kristian dipanggil The Antichrist... Kedua-duanya adalah watak yang sama.... Pemimpin yang "bermata satu" yang akan membawa dunia nie ke arah kegelapan.... Syurga dan neraka dunia berada dalam tangannya.... Syurga dijadikan neraka...neraka dijadikan syurga.... Dan dia akan diangkat menjadi pemimpin yang disanjung sampai suatu masa tibanya Nabi Isa dan Imam Mahdi.... Adakah ini satu kisah dongeng? Tidaakk..... Ia sudah berlaku di sekeliling korang sumer.... Hanya mereka yang sedar dan beriman sahaja yang tau... Yang lain...hanyut mengikut jejaknya....

Wujud ke Imam Mahdi dan logik ker nanti akan ada zaman Islam kembali? Ok.... Pada bulan Disember 2004 lalu, National Intelelligence Council’s (NIC) telah menerbitkan sebuah laporan yang bertajuk, “Mapping the Global Future”. Mengikut laporan ini hasil analisa mendapati bahawa akan terdapat empat senario dunia pada tahun 2020.
1. Davod World: Digambarkan bahwa 15 tahun ke depan Cina dan India akan menjadi watak penting dalam ekonomi dan politik dunia.
2. Pax Americana: Dunia masih dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan Pax Americana-nya.
3. A New Chaliphate: Berdirinya kembali Khilafah Islam, sebuah pemerintahan Islam global yang mampu memberikan tentangan pada norma-norma dan nilai-nilai global Barat.
4. Cycle of Fear (Munculnya lingkaran ketakutan).

Jadi kepada yang anggap Dajjal tu cuma watak dongeng.... Sila perhati ler sekeliling korang tu sendiri... Tak payah nak tengok sampai peringkat dunia....Tengok je di sekeliling korang.... Yang salah diangkat..yang benar dipijak... Fitnah sana-sini... Rasuah sana-sini... Walaupun kecil-kecilan...tapi padan la dengan standard bawahan depa tu... tu belum masuk ke dunia korporat...dunia artis...dunia fesyen...dunia politik... yang semuanya ada percikan kotoran degil nie.... Cuba perhati...renungkan....dan tafsirkan.. 


Dan yang lebih baik...cuba renung diri sendiri... dimana korang sekarang.... Bagaimana prestasi solat korang... prestasi menutup aurat korang... prestasi tahap kepercayaan [iman] korang terhadap ajaran agama..... Jika di tahap yang rendah... korang sebenarnya dah dikuasai Dajjal... Secara tak langsung korang sudah menjadi pengikutnya.... Korang sudah mula "menyembah" si Dajjal Laknatullah.... Dah mula menjilat kaki busuk Dajjal Laknatullah.... Korang dah jadi HAMBA ABDI DAJJAL... Itu ler kenyataan....Sorry to say.... :)

P/S: Dia belum menonjolkan diri...Sekarang hanya konco-konconya sahaja... BEWARE!

Wednesday, January 18, 2012

Bunyi Aneh Seluruh Dunia | Petanda 2012 ??!!

Sekarang nie heboh dalam dunia internet seluruh dunia berkenaan bunyi aneh di serata dunia... Di Malaysia pun ada jugak.... Di Sarawak.... Persoalannya..... BUNYI APAKAH ITU??


Ini di Sarawak.....


Aku mula-mula rasa ini cuma palsu ajer.... Tapi bila makin banyak aku carik pasal benda nie.... Makin pelik dan makin ke arah percaya la pulak.... Sebabnya.... Dalam hadis pun ada cakap pasal akan kedengaran SUARA KERAS dari langit..... Tapi dikatakan dalam bulan Ramadhan kan..... Wallahualam...

Mengikut term baru sekarang untuk kes begini.... korang boleh search dalam Google term nie: 

U.A.O = Unidentified AUDIBLE Object

Banyak dah berlaku di dunia nie..... Paling kerap didengari bermula tahun 2012! Bunyi seakan-akan harimau mengaum sikit-sikit.... Tapi ada jugak kawan aku cakap bunyi bumi merintih sebab terseksa dengan kita yang banyak merosakkan keadaan di muka bumi nie..... hu hu hu....

Aku ada buat entri berkenaan tahun 2012 nie.... Mungkin korang boleh simpulkan sendiri la yer.... kepada yang masih lagha dengan keduniaan tu.... Sila lah beribadat..... Aku rasa ini semua bukan pasal KIAMAT lagi.... Tapi ini pasal fasa ketiga kehidupan..... Fasa ketiga yang dinyatakan dalam buku-buku berkenaan kehidupan selepas zaman Nabi Muhammad..... FASA DAJJAL... 

Mengarut? Mana ada... Dajjal memang wujud... Cuma tak tau bile.... Mungkin masa kita sedang hidup nie la kot... Sebab banyak dah petanda yang dinyatakan muncul satu persatu......

P/S: Yakjuj Makjuj pun mungkin juger..... Jangan kata taksub dengan dongeng yer.... Ini semua ada dalam kitab... Termasuk dalam rukun iman.... :)