Showing posts with label fakri saarani. Show all posts
Showing posts with label fakri saarani. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

Agak-agak la Kalau Nak Kutuk Si Fakri Saarani Pon...

Semalam aku layan bola EPL... Terlepas pulak rancangan dokumentari Majalah 3 pasal Harimau Muda... Sebab yela kan... Dah menang... Kira ok la tu... tak perlu la nak dikritik atau dipuja lebih-lebih... Fokus untuk tournament akan datang la pulak.... So....aku layan je la EPL...Arsenal lawan Wigan..Sebelum tu pi layan Chelsea lawan Newcastle... Tapi bile aku duk godek-godek facebook aku.... Ternampak la video nie... Pasal Fakri Saarani dalam Majalah 3...


Giler kesian aku tengok video nie... Memang la penalti si Fakri tak masuk...Masa final dier tak score.... Tapi kan... aku tak tau la ape intention si pembuat video nie...Dier nak suruh si penonton rasa kesian ker... Dia kutuk si Fakri ek?.... Ape-ape pun...Kita perlu ingat.... saper yang score masa lawan separuh akhir lawan Myanmar tu? The only goal yang melayakkan pasukan Harimau Muda ke final? Tak rasa bersalah ke saper yang kutuk giler-giler kat Fakri nie... Bagi aku Si Fakri nie pemain yang bagus attitude dier... Cuma kena rajin berlatih lagi supaya lebih mantap...

Ni la kebanyakan perangai orang kita.... Bila tengah kemuncak...dipuji dan disanjung bagai nak rak.... Tapi bila tengah tak menjadi... dikutuk dan dicaci bagai nak giler... Habis hilang sifat kesopanan dan budi bahasa sebagai seorang manusia berdarahkan melayu (bagi yang melayu la).... Ape kes??

Kesian pulak aku tengok si Fakri tu.... Sebagai pemain bola sepak... memang adat dier ada time menjadi dan tak menjadi masa atas padang tu... Kalau dier tak seterer Safee Sali pun...jangan la dikutuk sampai tahap macam nie...Setiap pemain tu ada style dan bakat masing-masing.... hargai la sikit jasa dan usaha yang ditabur si Fakri tu untuk negara kita nie.... 

Tengok si Khairul Fahmi... penjaga gol kita yang hebat tu... Dah nak bersara dari mewakili negara... Ni sebab si kaki kutuk dan kaki gosip la nie... Bila nak maju wei?? Skuad bola sepak negara baru nak menapak balik.... Adeeeer la pulak si kaki bangku ( kaki kutuk ni selalunyer kaki bangku...tak reti main bola!) yang nak jatuhkan balik kredibiliti pasukan kita... Dah la kaki bangku... sedar la yang korang takde bakat.... Serahkan je la kat depa nie.... jangan nak kutuk dan bergosip je.. 

Buat si Fakri.... Memang masa final tu ko tak perform.... Tapi aku ingat jasa ko menjaringkan the only goal masa lawan Myanmar.... Jasa ko bermain bersungguh-sungguh di setiap perlawanan...Ko tetap pemain Harimau Muda....Ko tetap pemain yang cuba bersungguh-sungguh demi negara.... Keep it up... Jangan duk layan sangat si kaki kutuk tu....Depa main bukannya bagus sangat pun... Nak lepas level peringkat kampung pun tak tentu lepas....

P/S: Sokong la pasukan negara walaupun kalah atau menang... Sokong la satu pasukan... bukannya sokong individu...

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda!! | Analisis Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011

Syabas dan tahniah buat pasukan negara kita kerana berjaya mempertahankan kejuaraan dalam sukan bola sepak di Sukan SEA 2011 dengan mengalahkan pasukan tuan rumah, Indonesia dengan sepakan penalti 5-4 selepas perlawanan berkesudahan seri 1-1. Sekali lagi lagu Negaraku berkumandang....TAHNIAH!!

Perlawanan akhir tahun ni cukup sengit... Sebagai permulaan analisis aku... Aku boleh katakan.... SYABAS ONG KIM SWEE!! Mungkin ramai yang tak perasan atau tidak tahu.... yang pasukan Harimau Muda yang diturunkan dalam perlawanan akhir nie bukan dibarisi skuad utama kita... Boleh dikatakan, coach kita memerah segala sel-sel otaknya untuk memikirkan strategi terbaik nak lawan Indonesia nie kerana ramai pemain utama mengalami kecederaan....

Kepincangan skuad kita langsung tidak kelihatan walaupun ditekan dan diserang bertubi-tubi oleh pasukan Indonesia... Pasukan Indonesia dibarisi skuad utama mereka.... Manakala skuad kita dibarisi hampir separuh dari skuad simpanan... Ini menunjukkan skuad bola sepak kita sudah cukup matang dan ada pelapis yang sangat boleh diharapkan...

Permainan dimulakan dengan Indonesia terus melancarkan serangan bertali arus.... Pada minit ke-5, mereka terus berjaya mendapatkan gol hasil dari sepakan sudut.... Gol itu tak patahkan semangat pasukan kita... Pasukan kita menunjukkan kematangan dan ketenangan dengan mengatur secara teratur dan bersahaja... Dan akhirnya...selepas mencuba dua tiga kali...akhirnya kita berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil dari tandukan lemah Asrarudin....

Pada masa kedua... Pasukan kita banyak bertahan... Dan sememangnya inilah yang aku ramal di entri INI (link) .. Pemain Indonesia yang terkenal dengan skill individu yang tinggi cuba merobek benteng pertahanan kita tetapi pasukan kita tetap berdisiplin bertahan dan mengekang asakan Indonesia....

Perlawanan tamat dengan berkesudahan 1-1... Masuk je masa tambahan... sudah nampak pasukan kita sangat kepenatan akibat asakan Indonesia...hanya ada satu je cara yang mungkin sudah difikirkan Ong Kim Swee... bertahan hingga ke sepakan penalti.... Dan akhirnya pasukan kita berjaya bertahan.....Khairul Fahmi sangat cemerlang menepis segala cubaan dari Indonesia... Patut diberi pemain terbaik untuk perlawanan akhir nie...

Mungkin ramai yang kata...kalau la si Fakri Saarani tidak tamak...mesti pasukan kita dah menang awal... Tapi itu la bola sepak... tekanan dan pengalaman mungkin membataskan si Fakri Saarani.... Lagipun.. hanya dia saje yang available untuk game final nie.... Terpaksa la kot...hehehe

Apa-apa pun....TAHNIAH dan SYABAS untuk pasukan Harimau Muda..... Nice game! Buat pasukan Indonesia..... Semangat juang anda sangat tinggi dan perlawanan akhir ini sangat hebat dan menarik.... 

P/S: Rasanya Khairul Fahmi sekarang nie goalkeeper terbaik Asia Tenggara kot...