Showing posts with label full metal alchemist. Show all posts
Showing posts with label full metal alchemist. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Apa Kelas Layan Anime !!


Sape tau apa itu Anime?? Anime nie adalah citer kartun keluaran Jepun... Kartun dia tak sama macam kartun omputeh..... Nanti aku citerkan.... Dan ramai perempuan tak faham kenapa lelaki ramai yang minat layan anime.... Siap ada yang cakap..."Layan kartun macam bebudak!"... Kan?? Meh nak citer kat sumer...

Kartun Jepun yang dipanggil Anime nie... Tak sama macam BoboiBoy....Tak sama macam Wonderpet (Pempuan ramai suka nie)...Tak sama macam kartun Superman tu..... Bezanya ialah jalan cerita dia... Anime nie kebanyakannya bawak jalan citer yang berterusan... Dari kecik sampai la dia besar.... Dari baligh sampai la dia jadi baligh... Sama macam citer bersiri Korea jer!

Dalam Anime jugak diselit bermacam unsur lain.... Emosi...lawak...aksi....dan sebagainya.... Sama macam citer drama Korea ajer! Yang bezanya.... Ia dalam bentuk kartun.... Tapi jalan citernye adalah continuous.... Bersambung dari awal hingga ke akhir.... tu perbezaan ketara antara Anime dengan kartun-kartun yang lain.....


Dalam siri Anime... ada diselitkan unsur-unsur motivasi dan nasihat.... kebanyakannya memberi inspirasi dan galakan kepada yang takde apa-apa bakat...yang tidak cemerlang dalam apa-apa bidang yang diceburi.... supaya berusaha lebih... Bakat tak menjamin masa depan.... Usaha tu lebih penting... Kebanyakannya itu yang cuba diterapkan dalam siri Anime.....

Tengok la apa jua jenis siri Anime....korang akan perasan yang watak utama biasanya ada dua jenis watak... Seorang nie macho giler....ada bakat semulajadi.... disukai wanita... jenis yang sempurna... Dan sorang lagi jenis yang nakal....sengal-sengal sikit.... Takde bakat.... dan dibenci pada awalnya....Jenis yang selalu diejek dan dihina.... 

Lama-kelamaan...si sengal nie akan menyaingi si macho sehingga dirinya dihormati kerana usahanya... Kebanyakannya macam nie.... Unsur cintan yang minimum.... tetapi unsur motivasi yang maksimum... Unsur kekeluargaan pun ada dibangkitkan.... Macam drama bersiri je kan? :)


Ada jugak yang bawak jalan citer yang berat.... melibatkan cerita legenda  yang diubahsuai mengikut kesesuaian.... Menyelitkan prinsip atau ideologi kehidupan sesuatu watak yang jauh menyimpang kerana tamakkan kuasa atau kerana disisihkan....

Aku pun layan Anime nie... Tapi tak nak layan sumer...banyak sangat nak dilayan nanti..... Aku cuma layan Naruto.... Naruto Shippuuden... FullMetal Alchemist (dah habis)... Bleach... Hunter X Hunter... Vandread (dah habis)... DragonBall (Pun dah habis)... Dan lain-lain...he he... Sebab tu aku boleh citer macam nie.... Citer Korea aku tak layan... Sebab aku dah layan Anime...cukup la satu jenis "drama" aku layan.... 


So...kepada yang selalu duk pandang rendah dekat Anime nie.... Baik korang cuba layan dulu.... Nanti konfirm melekat macam layan drama Korea jugak....Tak pun sinetron Indonesia... Konsepnya sama.... Jalan citer yang terus menerus bersambung... Ada konflik.... bermain dengan emosi dan perasaan... Apa yang berbezanya.... pelakon tu sendiri.... Yang tu memang wujud...yang nie cuma khayalan.... So bagi wanita yang suka berangan dengan lelaki macho...memang takkan suka Anime..Sebab korang tak boleh nak berangan-angan dengan watak heronya! Hihihi... Jangan marah....:D

P/S: Anime takpe....jangan dilayan Hentai!!

Wednesday, August 10, 2011

Rusuhan | Punca dan Akibat

Sekarang nie rusuhan berlaku di England... Rusuhan yang dianggap buruk jugak la....sampai perlawanan bola sepak persahabatan antara England vs Belanda terpaksa dibatalkan kerana ketidak stabilan di kota London tu.... Tapi apa puncanya? 

Puncanya hanya seorang pemandu teksi ditembak mati oleh polis semasa cubaan menangkapnya... Dari pandangan orang sekitar.... ketidakadilan berlaku....maka berlakula rusuhan di pinggir bandar Tottenham susulan selepas kejadian tersebut...

Cuba korang tengok punca dan akibat rusuhan.....Puncanya hanyalah seorang lelaki ditembak mati sahaje.... Peristiwa dalam skop kecil telah menjadi trigger kepada event yang jauh lebih besar impaknya kepada negara England dan jugak dunia.....

Aku teringat akan cerita anime Jepun Full Metal Alchemist..... Dalam siri anime tu.... dikatakan pencetus peperangan besar antara kerajaan dunia dengan satu kaum ialah hanya kerana seorang tentera dengan tidak sengaja menembak seorang budak lelaki dari kaum tu..... Maka tercetus la peperangan yang menyebabkan kepupusan kaum tu sendiri..... Dan yang menariknya..kerajaan tu melibatkan satu simbol yang tak asing bagi orang yang berminat dengan teori konspirasi.....:)

Tengok....sape kata anime tu benda mengarut.... ada kebenaran di sebalik jalan citer yang nak disampaikan.... Ok..... Dikatakan rusuhan di negara lain jugak terhasil disebabkan perkara skop kecil macam ni la.... Apa yang nak disampaikan di sini.... sesiapa pun boleh jadi pencetus rusuhan... Dengan hanya menarik picu pistol kepada seorang rakyat.... Terus menjadi satu rusuhan yang menggoncangkan negara.... 

Aku terfikir la kan.... adakah benda nie sudah dirancang pihak tertentu? .... Adakah segala-galanya telah sengaja dilakukan demi kepentingan sesetengah golongan? Tak mustahil.... Sebabnya....punca yang kecil boleh mencetuskan event yang besar.... 

Malaysia macam maner? Ermm.....kita kene la berhati-hati tentang hal nie.... Semangat nak perjuangkan pendapat masing-masing kadang-kadang akan dipergunakan pihak bijak pandai nie.... Jangan kita mudah tertipu... Fikir sebelum bertindak...