Showing posts with label Konspirasi Wacana. Show all posts
Showing posts with label Konspirasi Wacana. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Siapa Percaya Pasal Dajjal, Dia Taksub Cerita Konspirasi!!


Dalam dunia nie.... ada banyak benda yang dirahsiakan.... Bukan sahaja dunia...Di negara sendiri pun ada banyak perkara yang dirahsiakan.... Dalam diri sendiri pun ada banyak rahsia kan? Perkaranya sama..... ada agenda-agenda yang tersendiri.... nak melindungi sesuatu ada.... nak mengawal sesuatu pun ada.... Nak menutup lubang pun ada... Apa yang korang fikir pasal isu Dajjal? Adakah ianya watak dongeng konspirasi dunia atau sememangnya ia suatu rahsia yang belum dikhabarkan?

Aku ada dengar komen dari sorang budak [panggil budak je la senang walaupun dah berumur disebabkan ketidakmatangannya]... Dia kata Dajjal nie cuma satu watak konspirasi yang diada-adakan... TIDAK WUJUD sama sekali Dajjal nie.... Ia cuma satu sandiwara dunia nak menghidupkan dan menakut-nakutkan manusia.... BETUL KER??

Kepada yang berpendapat sedemikian.... AKU SANGAT TIDAK SETUJU.... Aku bagi satu hujah paling kukuh la kan.... Dari hadis Riwayat Muslim [hadis sahih]:

Sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah s.a.w kepada kami lalu bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”

Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.” Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar." 

Dari hadis nie... terang-terang Rasulullah bercakap pasal Dajjal... Adakah ia satu penipuan? Aku nak citer la serba sedikit pasal rahsia-rahsia dunia nie...walaupun aku pun tak tau sangat disebabkan rahsia..tapi Kita sebagai umat Islam sepatutnya boleh nampak akan tanda-tanda atau ketidak sempurnaan perancangan rahsia tu sendiri...

Cuba kaji sejarah balik... Bermula dari zaman Nabi Musa lagi...Eh.....tak...kalau betul-betul nak tau...kena bermula dari zaman Nabi Adam lagi! Cuba hayati kisah-kisah Nabi...dan cuba bandingkan dengan teori-teori yang digembar-gemburkan..... Korang akan nampak banyak perkara yang cuba diselindungkan dan cuba di "brainwash" kan.... Korang akan nampak betapa pincangnya teori Darwin.... peralihan tiga tamadun...Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik yang mengarut tu...

Cuba tengok soalan-soalan nie.... Siapa yang menghuni bumi sebelum turunnya Nabi Adam a.s? Pernah tertanya ker? Bagaimana hubungan manusia dan jin pada zaman dahulu? Cuba kaji cerita Nabi Sulaiman... Di mana terletak istana kaca Puteri Balqis? Adakah manusia zaman dahulu sama saiznya dengan kita sekarang? Bagaimana teknologi zaman dahulu? Boleh kaji zaman Nabi Nuh dan Nabi Sulaiman... Wujud ke tak kerajaan di langit dan di dasar laut seperti mitos-mitos dulu pada zaman dahulu? Apa kaitannya dengan peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w?

Replika baju Nabi Adam A.S
Kenapa orang Eropah berebut nak datang ke Nusantara...Sebab rempah? Itu alasan semata-mata... Kenapa dipecahkan Indonesia dan Malaysia... Sebab Perjanjian antara Belanda dan British? Itu yang tersurat sahaja... Kenapa piramid dibina di merata-rata tempat di dunia nie? Kata orang dulu-dulu duk dalam gua je kan...kenapa ada binaan semegah piramid di mana-mana? Di nusantara dikatakan yang tertua binaannya... Kenapa semua mitos-mitos seolah-olah sama je jalan citer secara umumnya? Adakah dari punca yang sama? Kenapa orang sebelum zaman Aristotle sudah mengenali Tanah Melayu? Kenapa kawasan yang dipercayai adanya bahtera Nabi Nuh di Turki dikawal rapi sampai pelancong tak dibenarkan masuk? Kenapa Israel diwujudkan? Kenapa kebanyakan pemimpin dunia ada pertalian darah dari susur galur nenek moyangnya? Kenapa PBB diwujudkan dengan ada kuasa vetto lima negara? Kenapa ada wujud "Void area" dalam susur galur cerita sejarah dunia? Kenapa digembar-gemburkan wujudnya Al-Qaeda sedangkan ianya tidak wujud pun... Siapa dalang di sebalik peperangan World War I dan World War II?

Di Indonesia
Tu contoh persoalan-persoalan.... Dan soalan cepumas.... Kenapa pertubuhan-pertubuhan seperti The Hidden hand, Free Mason, The Iluminati dan lain-lain sangat kuat pengaruhnya boleh sampai sehingga ke Malaysia? Bukan ke ianya penyembah Syaitan? Kenapa tak dihapuskan sama seperti ajaran sesat yang lain? Adakah sebab tak cukup bukti? Atau depa lebih berkuasa? Kenapa ada binaan berlambangkan "mata" ada di mana-mana? Adakah ianya binaan kejuruteraan terbaik yang mempunyai struktur paling kukuh? Lambang Tuhan yang satu? Tidak sama sekali.... Ia cuma reka bentuk yang sangat rumit..Tapi kenapa dibina seperti itu juger... Kenapa "satu mata" dikaitkan dengan Dajjal? Dan yang lebih menarik...kenapa ada juga binaan seperti tu di Malaysia? Copy dan paste blue print binaan?

Kebetulan ek?
Untuk makluman.... Islam dan Kristian ada kisah yang sama berkenaan Dajjal.... Dalam Islam dipanggil Dajjal...Dalam Kristian dipanggil The Antichrist... Kedua-duanya adalah watak yang sama.... Pemimpin yang "bermata satu" yang akan membawa dunia nie ke arah kegelapan.... Syurga dan neraka dunia berada dalam tangannya.... Syurga dijadikan neraka...neraka dijadikan syurga.... Dan dia akan diangkat menjadi pemimpin yang disanjung sampai suatu masa tibanya Nabi Isa dan Imam Mahdi.... Adakah ini satu kisah dongeng? Tidaakk..... Ia sudah berlaku di sekeliling korang sumer.... Hanya mereka yang sedar dan beriman sahaja yang tau... Yang lain...hanyut mengikut jejaknya....

Wujud ke Imam Mahdi dan logik ker nanti akan ada zaman Islam kembali? Ok.... Pada bulan Disember 2004 lalu, National Intelelligence Council’s (NIC) telah menerbitkan sebuah laporan yang bertajuk, “Mapping the Global Future”. Mengikut laporan ini hasil analisa mendapati bahawa akan terdapat empat senario dunia pada tahun 2020.
1. Davod World: Digambarkan bahwa 15 tahun ke depan Cina dan India akan menjadi watak penting dalam ekonomi dan politik dunia.
2. Pax Americana: Dunia masih dipimpin oleh Amerika Syarikat dengan Pax Americana-nya.
3. A New Chaliphate: Berdirinya kembali Khilafah Islam, sebuah pemerintahan Islam global yang mampu memberikan tentangan pada norma-norma dan nilai-nilai global Barat.
4. Cycle of Fear (Munculnya lingkaran ketakutan).

Jadi kepada yang anggap Dajjal tu cuma watak dongeng.... Sila perhati ler sekeliling korang tu sendiri... Tak payah nak tengok sampai peringkat dunia....Tengok je di sekeliling korang.... Yang salah diangkat..yang benar dipijak... Fitnah sana-sini... Rasuah sana-sini... Walaupun kecil-kecilan...tapi padan la dengan standard bawahan depa tu... tu belum masuk ke dunia korporat...dunia artis...dunia fesyen...dunia politik... yang semuanya ada percikan kotoran degil nie.... Cuba perhati...renungkan....dan tafsirkan.. 


Dan yang lebih baik...cuba renung diri sendiri... dimana korang sekarang.... Bagaimana prestasi solat korang... prestasi menutup aurat korang... prestasi tahap kepercayaan [iman] korang terhadap ajaran agama..... Jika di tahap yang rendah... korang sebenarnya dah dikuasai Dajjal... Secara tak langsung korang sudah menjadi pengikutnya.... Korang sudah mula "menyembah" si Dajjal Laknatullah.... Dah mula menjilat kaki busuk Dajjal Laknatullah.... Korang dah jadi HAMBA ABDI DAJJAL... Itu ler kenyataan....Sorry to say.... :)

P/S: Dia belum menonjolkan diri...Sekarang hanya konco-konconya sahaja... BEWARE!

Wednesday, August 10, 2011

Rusuhan | Punca dan Akibat

Sekarang nie rusuhan berlaku di England... Rusuhan yang dianggap buruk jugak la....sampai perlawanan bola sepak persahabatan antara England vs Belanda terpaksa dibatalkan kerana ketidak stabilan di kota London tu.... Tapi apa puncanya? 

Puncanya hanya seorang pemandu teksi ditembak mati oleh polis semasa cubaan menangkapnya... Dari pandangan orang sekitar.... ketidakadilan berlaku....maka berlakula rusuhan di pinggir bandar Tottenham susulan selepas kejadian tersebut...

Cuba korang tengok punca dan akibat rusuhan.....Puncanya hanyalah seorang lelaki ditembak mati sahaje.... Peristiwa dalam skop kecil telah menjadi trigger kepada event yang jauh lebih besar impaknya kepada negara England dan jugak dunia.....

Aku teringat akan cerita anime Jepun Full Metal Alchemist..... Dalam siri anime tu.... dikatakan pencetus peperangan besar antara kerajaan dunia dengan satu kaum ialah hanya kerana seorang tentera dengan tidak sengaja menembak seorang budak lelaki dari kaum tu..... Maka tercetus la peperangan yang menyebabkan kepupusan kaum tu sendiri..... Dan yang menariknya..kerajaan tu melibatkan satu simbol yang tak asing bagi orang yang berminat dengan teori konspirasi.....:)

Tengok....sape kata anime tu benda mengarut.... ada kebenaran di sebalik jalan citer yang nak disampaikan.... Ok..... Dikatakan rusuhan di negara lain jugak terhasil disebabkan perkara skop kecil macam ni la.... Apa yang nak disampaikan di sini.... sesiapa pun boleh jadi pencetus rusuhan... Dengan hanya menarik picu pistol kepada seorang rakyat.... Terus menjadi satu rusuhan yang menggoncangkan negara.... 

Aku terfikir la kan.... adakah benda nie sudah dirancang pihak tertentu? .... Adakah segala-galanya telah sengaja dilakukan demi kepentingan sesetengah golongan? Tak mustahil.... Sebabnya....punca yang kecil boleh mencetuskan event yang besar.... 

Malaysia macam maner? Ermm.....kita kene la berhati-hati tentang hal nie.... Semangat nak perjuangkan pendapat masing-masing kadang-kadang akan dipergunakan pihak bijak pandai nie.... Jangan kita mudah tertipu... Fikir sebelum bertindak...

Monday, April 4, 2011

Misteri Simbol

Dalam kehidupan ni.... setiap yang hidup...ada bentuk molekulnya..... ada bentuk kristal... ada bentuk bulat.. sape yang pernah belajar pasal mikroorganisma...mesti penah tengok la kan... Tapi baru-baru ni ada satu simbol yang mengkecohkan kita... Simbol ni....


Simbol ni dikatakan muncul di KLCC, di badan ikan, di bendang sawah.... di atas permukaan air.... macam-macam lagi. Ada yang mengaitkan dengan cerita baru yang akan dikeluarkan tak lama lagi yang bertajuk, The Infection. Tapi kan...takkan la sampai di majalah dan surat khabar tempatan keluar simbol ni untuk kempen citer orang puteh tu?? Giler kencang dia punyer publisiti....kan?


Bukan tu saja..... aku juger penah terlihat simbol ni masa nak bukak blog Bro Ben.. Aku tau bro Ben takde widget pelik-pelik ni.....tapi ada satu malam tu terkeluar benda alah ni.... aku refresh....baru hilang benda tu. Spam??? Malware??? Giler kencang kempen simbol ni...... 

Aku terbaca pasal simbol ni dalam blog Abang Nara.... Dia pun tertanya-tanya pasal simbol ni.... Aku pun sama.... Nak kata simbol Alien.....alien mane wujud.... yang wujud cuma setan, malaikat dan jin je la kan selain kita...Ikut dasar dari Quran sudaaa..... Memang ada alien...kalau didefinisikan untuk makhluk halus seperti golongan jin nih...Jin ni banyak jenis...orang bunian adalah termasuk...Jin Samsudin tak termasuk!!


Ada yang kaitkan dengan simbol iklan Celcom...ada kaitkan dengan lambang radioaktif.... ermmm...macam-macam la kan. Aku cuma terfikir satu perkara jer.... Kalau iklan Celcom atau simbol loji nuklear yang bakal didirikan di tempat kita.... Takkan la diiklankan sampai ke luar negara beb? Takkan kecoh sampai ke luar....haiyo.... So, aku terfikir....kalau la sekuat ni la simbol ni di propaganda kan.....mesti ianya benda besar kan? Benda yang lebih dari itu.... Benda yang melibatkan......WORLD...


P/S: Sapa tau...angkat tangan macam Usop Wilchaa!!! He he he

Sunday, March 27, 2011

Phase 3 - Episod 17 (Penemuan Keseimbangan)

Sudah hampir kepada kesimpulan..... Jangan jemu menimba ilmu..... :)

Saturday, March 26, 2011

Phase 3 - Episod 16 (Pembunuhan Berfesyen)

Sambungan untuk anda..... sila bukakan minda kita... :)


Friday, March 25, 2011

Phase 3 - Episod 15 ( Racun Utama)

Macam biase lah... bila aku takde idea.... aku post kan video dokumentari jer.... semoga mendapat ilmu....:)

Monday, March 21, 2011

Phase 3 - Episod 14 ( Sistem Makanan Industri)

Ops...adakah aku sudah pulang? Sayang sekali....Masih lagi auto publish..... he he he.... Sesape yang sedih tu...jangan sedih-sedih... :D


Mungkin aku dah tiba di Selangor.... Mungkin tengah kemas-kemas barang..... Kalau dah ada... Maka aku akan muncul sekejap lagi...ha ha ha...[ade ke orang tunggu aku...perasan jer..:D]

Sunday, March 20, 2011

Phase 3 - Episod 13 ( Perangkap Zaman Kini)

Masih lagi auto publish..... lama nya aku dekat kampung..... Haih..layan je la video yang menarik ni...semoga dapat iktibar....:)


P/S: Sebarkan la video ni.... Ini bukan hak milik aku....kalau rasa nak sebarkan... sebarkan jer.... :)

Saturday, March 19, 2011

Phase 3 - Episod 12 ( Orang Mati yang Hidup)

Betul ke maksud "The Living Dead" jadi "Orang mati yang Hidup" ? :D :D Ok la kan... janji faham... hahaha
Tengok je la....faham la tu lepas ni...he he


Fuuh....aku layan Phase 3 ni semalaman jer... baru ada feel... nak ade feel... ulang tayang video terdahulu... baru bes... Esok macam biase... ade lagi yang terbaru....

Friday, March 18, 2011

Phase 3 - Episod 11 ( Kemanusiaan Berkomputer)

Pelik jer bunyi tajuk tu kan.... tapi tu la aku cuba translate ke bahasa melayu bila dah taip dekat google translation " Computerized Humanity"..:D Layaaan jer..


Semakin menarik atau semakin pening? He he..... bagi aku menarik... sebab sedikit demi sedikit dah membongkar rahsia di sebalik penipuan terbesar dunia ni... Yang tak suka... mungkin korang dah senang dengan kesenangan kehidupan kan.... Terserah la... Aku suka mencari kebenaran.... Banyak sangat benda yang aku rasa macam something wrong kat dunia ni.... Cuma tak tahu jer.... Ops...terpanjang sudaaa.....:D

Thursday, March 17, 2011

Phase 3 - Episod 10 ( Fasa 3)

Macam pembinaan fakulti kejuruteraan UPM jer ada fasa 3... Dah nak siap dah tu.... dalam bulan 9 dah boleh guna fasiliti baru di fakulti....Jom terjah UPM..he he... Lari topik lak... Layan la video ni... Video aper? Phase 3 ler...he he


Ade lagi.....ade lagi..... esok pulak tau... Santaaaaaai~~~ He he he

Wednesday, March 16, 2011

Phase 3 - Episod 9 ( Perbezaan Antara Judisme Dengan Zionisme)

Pernah dengar istilah Zion tak? Ermmm.... dalam citer The Matrix ada sebut.... Dalam citer ape lagi dah.... Lupa tajuk citer....tapi memang banyak.... Semuanya berkaitan dengan realiti...tak sedar kan? :D


Santai aper video nih.... sambil-sambil berblogwalking tu...apa salahnya layan video dokumentari selama 10 minit kan.... Tambah ilmu.... :)

Tuesday, March 15, 2011

Phase 3 - Episod 8 ( Tanah Suci )

Perebutan demi perebutan di tanah suci... Kawasan Palestine menjadi medan peperangan sejak dari dulu lagi... Kerana aper yer?? Siape tahu sejarah kat sini..... Sejak dari zaman apa lagi yer punca Israel mahu menawan Palestine.... Siapa tahu.....


Sudah jemu tengok video dokumentari?? Rilek la.... Si tuan blog kat Kelantan lagi ni... he he he... takde Internet.... Episod seterusnya di esok malam....

Monday, March 14, 2011

Phase 3 - Episod 7 ( Imperialisme - Dengan peperangan atau Konsensus)

Seperti biase..... sila tengok video ni dengan hati terbuka... Dan fikir-fikirkanlah.....


Sambungan akan dikeluarkan esok malam..... Semoga ramai yang menyaksikan video yang bagus untuk semua golongan ini.... :)

Sunday, March 13, 2011

Phase 3 - Episod 6 ( Tamadun Moden Barat )

Setiap zaman ada tamadun yang menjadi ikutan semua manusia... Dulu terkenal dengan tamadun Rom.... Dulu terkenal juga denagn tamadun Yunani.... Dulu juga terkenal dengan tamadun Islam... Sekarang timbul tamadun baru..... Tamadun Moden Barat..pengasas nya...Amerika Syarikat....


Agak-agak lepas ni sape pulak yer pegang tampuk ketamadunan.....:)

Saturday, March 12, 2011

Phase 3 - Episod 5 (Penampilan dan Realiti)

Realiti kehidupan kita ni memang sangat misteri dan jauh berbeza kalau nak banding dengan kehidupan yang kita sedang tempuhi... Hanya segelintir sahaja yang sedar..... Saksikan ler yer....


Dah puas?? Malam esok ada lagi.... tungguuuuuuu~~ :D

Friday, March 11, 2011

Phase 3 - Episod 4 ( Globalisasi dan Kapitalisme)

Globalisasi ni......... Ermmm.....Ermmm.... Hang pa tengok la sendiri...he he he...


Okeh....macam biase... esok aku bagi lagi.... Stay Tune okeh! :D

Thursday, March 10, 2011

Phase 3 - Episod 3 (Zaman Penipuan Yang Hebat)

Sepanjang aku di rumah ini.... aku akan sajikan video Phase 3 kepada semua blogger..... Layan la video dokumentari yang baik untuk kesedaran kita semua.... Setiap malam akan aku sajikan satu episod untuk korang....


Sambungan pada esok hari.....

Wednesday, March 9, 2011

Phase 3 - Episod 2 (Simbol Agama)

Sesudah besantai dengan entri-entri aku tu.....sekarang molek la kiranya untuk menyaksikan video dokumentari yang diterbitkan oleh konco-konco yang seangkatan dengan Maher Zain... Dulu pengarah video ni dan jugak Maher zain boleh dikatakan kawan seperjuangan..... Mereka juga bersama dalam menyebarkan keagungan islam di seluruh dunia... Cuma si Maher Zain secara nyanyian dan lagunya.... Tapi si pengarah ni berjuang dengan cara dokumentari dan jugak penyebaran secara terus....



Video ni secara ringkas nya nak bagitau kat korang yang kita ni sebenarnya kalau nak berada dalam kelompok selamat....iaitu kelompok yang tidak terpedaya dengan hasutan dan penipuan si Dajjal....kita kene guna mata hati....dengar dengan hati.... Maknanya kene ada iman la senang citer.... Tu jer.... Jangan terpedaya dengan kecantikan di mata anda....jangan terpedaya dengan kehebatan cerita-cerita yang sampai di telinga anda..... Harus lah seiring dengan pandangan hati korang... Tak faham jugak? Kene la banyak pegi kuliah agama....:)

Sunday, March 6, 2011

Minat Konspirasi Dunia? Tengok la nie...

Entri ni khas bagi sesiapa yang memang minat pasal konspirasi dunia.... Yang nak tahu akan latar belakang keadaan dunia sebenar. Inilah di sebalik tabir keadaan dunia yang sebenar... Kita sekarang ditipu dan didodoi oleh keindahan sementara.... Darah daging kita sekarang dipaksa dipenuhi dengan unsur-unsur yang tidak elok dan tidak suci.... Kenapa aku cakap dipaksa? Sebab memang terpaksa.... Nak tak nak memang kena hadapi juga. Sila la tengok intro ni.... episod yang lain akan di upload sekiranya korang berminat nak tengok....

Tajuk video ini ialah "PHASE 3"... PHASE 3 ni bermaksud fasa 3...:D Maksudnya ialah....kita sekarang akan berada di fasa ketiga pemerintahan Dajjal..... Nak tau... tengok la video ni sampai habis sirinya... kalau nak, Aku boleh uploadkan kesemuanya..... atas permintaan