Showing posts with label info semasa. Show all posts
Showing posts with label info semasa. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia | Nukilan Diri untuk Tok Guru

Tok Guru Nik Aziz telah meninggal dunia pada malam Jumaat (12/2/2015) pada pukul 9.45 malam di kediaman beliau... Sama-sama lah kita memberi sedekah Al fatihah kepada allahyarham... Semoga ditempatkan dalam golongan ahli syurga, Insya Allah.....

Sedikit nukilan untuk dikongsi...

Baik budi baik pekerti
Seorang insan yang dihormati
Bukan pangkat dan harta dimiliki
Sekadar rumah kampung untuk didiami

Setiap pagi pergi mengajar
Kuliah subuh untuk diteladani
Berduyun pemuda ingin belajar
Niat menyambung perjuangan Ilahi

Mentadbir negeri sebagai menteri
Meninggi diri tidak sesekali
Segala arahan jujur di dalam hati
Berkat Allah sahaja yang dicari

Dikutuk dihina rakyat sendiri
Kerna dengar media sana sini
Datang jumpa silakan diri
Berkunjung ke rumah baru puas hati

Fitnah disebar bertalu talu
Dikata wahabi dikata sesat
Sedangkan yang berbunyi ilmu cuma di dagu
Asyik berhibur dengan hiburan barat

Uzur Tok Guru tanda berundur
Dari dunia politik haru biru
Negara maju sosial mundur
Sedih Tok Guru hanya Allah yang tahu

Pergi Tok Guru mengadap Ilahi
Hilangnya seorang pejuang Islam
Pengikut dajjal terus berparti
Cahaya Islam kembali suram

Sedih bukan kerna kerabat
Sedih hati hilangnya tak berganti
Kembali dikau hanya berjasad
Semangat Tok Guru tetap di hati


Solat zakat Quran dan haji
Penghayatan Islam semakin dijauhi
Ayuh sahabat cekalkan hati
Sambung perjuangan Tok Guru dihormati


Betulkan niat betulkan perjuangan
Harta dan pangkat godaan syaitan
Bersatu muslimin bersatulah Islam
Muafakat ikhlas tanpa ganjaran

Kitab sejarah dibuka bersamaLaksamana bangun bersama Bendahara
Tiba masanya gendang bergema
Biar pemuda meneraju bahtera

Al-fatihah buat allahyarham Tok Guru Nik Aziz...

Monday, August 26, 2013

Masjid Al-Aqsa Sudah Jatuh Ke Tangan Israel?


Ada satu perkhabaran mengatakan bahawa Masjid Al-Aqsa di Palestin sudah jatuh ke tangan pihak rejim zionis Israel... Berita nie sudah terpampang di muka surat pertama di surat khabar Sinar harian (link).... Persoalan saya sekarang...sejauh mana benarnya berita nie??

Sebab.... Satu tanda kedatangan Dajjal ialah rampasan kuasa tentera kafir di Palestin dan Masjid Al-Aqsa ditakluki puak kafirun nie... Dan terbinanya kuil mereka di situ... Adakah benar kita sekarang di zaman era kemunculan Dajjal Laknatullah?

Takut beb... sebab zaman anak-anak dajjal nie pun dah banyak dugaan dan cabaran... Inikan lagi boss besar depa dah nak keluar... Dikatakan Si Dajjal nie akan mengambil masa selama 40 hari sahaja untuk mengelilingi dunia nie, menyebarkan ajarannya yang sesat dan laknat itu... Ramai yang berbalik menyokongnya, golongan yang menentang akan dibunuh dan diseksa... Kebenaran menjadi suatu cerita dongeng sahaja dan kejahilan akan diangkat menjadi satu legenda....

Ditunjukkan nya nanti syurga dan neraka di tangan kiri dan kanannya.... Kalau ikut fikiran moden... mungkin syurga tu ditunjukkan kesenangan jika ikut dia (sedangkan jalan yang dibawa ke arah neraka Allah) ...kesengsaraan jika menentangnya (jalan kebenaran Islam ke syurga Allah).... 

Kita kekadang terlupa... kita risaukan keadaan di negara sendiri jer... Sedangkan muslimin di mana-mana pun sebenarnya adalah saudara kita...saudara seagama... Kita patut mengambil berat dan menolong depa...Bukannya dengar cerita mereka dan tak buat apa-apa macam tengok movie kat wayang jer... 

Krisis di Mesir...Krisi di Syria... Krisis di Palestin... Krisis di Myanmar.. Krisis di Utara benua Afrika..Apa umat islam di negara kita buat? Buat konsert? Buat cerita gosip pasal artis? Masih lagi menyuruh anak-anak menyanyi terlompat-lompat mengejar nama dan glemer? Menuduh orang yang berdiri di jalan Allah itu seorang yang kolot dan bongok? Salahkan pejuang Islam di sana kerana dianggap ekstremis agama? Kita sekarang nie... mendengar rintihan..kesengsaraan rakan seagama di sana..melihat sendiri keadaan kawan-kawan seagama kita di sana...Tapi tak de rasa apa-apa? Zombi sungguh jiwa kita.... Mungkin iniler zombi-zombi yang sudah wujud di Malaysia... Hati kering.. Jiwa miskin dari sifat-sifat baik yang bersuluhkan nur-nur ilahi... Di mana kita berdiri? Bumi ciptaan sendiri?

Harap berita Masjid Al-Aqsa dirampas tu tak betul... Kerana kalau ianya betul... Kita secara sahih sudah berada di zaman Dajjal Laknatullah... Dan ia sememangnya waktu zaman yang pedih dan sengsara bagi umat Islam yang masih belum dicemari kekacauan jiwa akibat kerakusan mengejar duniawi yang melampau ini...  Cukup-cukuplah duk bermacai-macai menuduh dan menuding jari yang kebanyakannya semua tak betul! HellooOOOOooooooo.....Dajjal is coming! Bersediakah kita?

Ada satu link berkenaan khabar ini.... - LINK BERITA

P/S: Sesungguhnya kedatangan Dajjal itu pasti, dan ia akan membawa satu penyakit jiwa... BENCIKAN ISLAM

Wednesday, July 24, 2013

Kerajaan Selangor Umum Bonus 2013 Hari Raya Sebulan Gaji untuk Kakitangan Awam di negerinya

MalaysiaKini

Kerajaan Selangor telah mengumumkan pemberian bonus 2013 sebanyak sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.. Berita yang bertarikh 23 Julai 2013 ini disiarkan dalam MalaysiaKini. Pemberian bonus ini dapatlah menampung kerunsingan para kakitangan awam menjelang Hari Raya Aidilfitri 2013 ini...

Mengikut Menteri Besar Selangor lagi, kalau kerajaan pusat memberikan bonus raya 2013 ini sebanyak sebulan setengah gaji, maka kerajaan Selangor akan menambah setengah bulan gaji bonus lagi kepada para penjawat awam.... Durian runtuh la jawabnya.... Aminn ..he he

Mengikut desas-desus yang dikhabarkan sebelum ini pasal BONUS RAYA 2013 (link), kerajaan pusat cuma dikhabarkan akan memberikan saguhati RM500 sahaja seperti yang dilaporkan sebelum ini...Tapi itu cuma desas-desus....Tunggu sahaja pengumuman rasmi. Jika betul.. maka penjawat awam di Selangor sahaja yang akan mendapat bonus sebulan gaji.. 

Alhamdulillah... dapat jugak bonus.... semoga dibelanjakan sewajarnya demi kebahagiaan kita semua.. Kepada penjawat awam negeri lain... tunggu la berita dari kerajaan negeri masing-masing dan dari kerajaan pusat... Mungkin ada mungkin takde... Mungkin dari langkah yang diambil kerajaan Selangor ini, dapat memberi sedikit semangat untuk kerajaan pusat memikirkan semula tentang pemberian bonus raya 2013 ini... 

P/S: Kerajaan Selangor dapat bagi sebulan gaji bonus, takkan kerajaan pusat bagi sikit kan... takkan kalah dengan kerajaan negeri kan... he he he.

Tuesday, July 23, 2013

Bonus Raya 2013 : Saguhati RM500 Untuk Penjawat Kakitangan Awam ? Alhamdulillah..


Dalam duk mengira duit poket dan duit raya nak bagi kat anak-anak sedara nie... Tahun nie macam agak ketat je pengeluaran duit sebab dikatakan bonus raya 2013 semacam takde jer.... Tapi berita terbaru dikatakan kemungkinan akan dapat saguhati hari raya dari kerajaan untuk semua penjawat awam dan pesara awam....

Mengikut apa yang dikhabarkan.... Kemungkinan semua penjawat awam akan dapat wang saguhati RM500 dan pesara pula dapat RM250 untuk hari raya 2013... Untuk kesahihannya, tunggu la pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri nanti pada 24hb Julai atau 31hb Julai nanti berkenaan bonus.

Bagi aku...kalau dapat..tetap rasa bersyukur...sikit pun jadila...boleh la buat duit raya... Kalau tak dapat..maknanya takde la rezeki bonus tahun nie.. Pandai-pandai la kita uruskan duit yang mana ada kan... Segala pembaziran kita elakkan...segala perbelanjaan yang boleh dikurangkan...kita kurangkan... Belanja mengikut apa yang termampu...

Aku dalam dua tiga bulan nie memang banyak nak guna duit... Ada projek besar menanti...hu hu hu.... Sekali saguhati RM500 je kemungkinan dapat.... haih... Lagi la susah perancangan kewangan aku nie...Ingatkan dapatla lepas guna duit bonus... Ermmm.... terpaksa fikir jalan alternatif lain... Sape nak bagi advertorial...... Sapekah...... *krik krik...krik krik*... Ok....fine...

Untuk kepastian...tunggulah pengumuman rasmi nanti yer... Nak harap bonus setengah gaji tu.... aku rasa jangan duk harap la kot.. Maklum ler...baru lepas pilihan raya kan... Sekarang pulak ada PRK kecil kan Kuala Besut tu ha... Jadi...harapan saguhati je ler.... Sediakan jugak langkah kontingensi anda kalau tak dapat duit tu...Lagi selamat...:)

P/S: Brape yer duit raya nak bagi anak sedara... RM500 je dapat nih...he he he..

Thursday, January 17, 2013

Parodi Suara Mahasiswa Terbaik!! | LISTEN!!! LISTEN!!

Aku.......bukan nak sokong mana-mana pihak.... tapi kan... elok juga kalau kita cuba fikir apa yang berlaku di sekeliling... Macam video parodi nie.... ada point dan menghiburkan! Memang patut la dia nie terkenal...Namanya Mat Luthfi... Video parodi forum suara mahasiswa..... LISTEN la wei....


Bagi yang sesape yang tak kenal lagi... dia nie legend... memang terkenal dengan vlog nya yang mantap dan selalu ada point.... Aku suka tengok video dia... Sebab mesej yang disampaikan jelas dan menghiburkan... Ok... bagi yang tak suka jenis cakap-cakap gini.... boleh cuba memahami maksud video di bawah nie.... Sama jer.... Tapi cara yang berbeza...


Ok....aku tak kisah korang nak sokong yang mana.... tapi perlulah menyokong atas dasar berfikir dengan waras dan berlandaskan agama... Otak Tuhan dah bagi... so...fikir la guna otak tu... jangan fikir guna kaki atau hati.... Video yang kedua tu jelas dan nyata.... Itu ler yang berlaku di dunia kita sekarang....

Bagi yang tak nak baca tu... DO NOT READ.... BUT LISTEN!... LISTEN!!! LISTEN!!!! :D Maleh ler nak ulang banyak kali.... Buat penat je... dari duk ulang Listen banyak kali tu... baik ulang selawat nabi atau puji-pujian kepada Allah kan.... he he he....

Thursday, June 21, 2012

Vaksin RotaTeq dan Rotarix Untuk Rotavirus Adalah Haram !!


Vaksin untuk penyakit rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak adalah HARAM ?? Betul ker? Sape yang cakap? Ok..... berita nie sudah disahkan oleh pihak JAKIM sendiri.... 

Sape sangka... vaksin yang digunakan untuk kes rotavirus difatwakan haram oleh JAKIM.... Vaksin yang dikenali sebagai vaksin RotaTeq itu dikatakan mengandungi unsur babi dalam proses penghasilannya.... Boleh dilihat di link yang diberi 


Selain itu juga.... vaksin Biothrax juga mengandungi unsur babi dalam proses penghasilannya.... Vaksin Biothrax nie digunakan sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan anthrax.

Hukum haram diberi kerana atas faktor berikut: 
  1. Tidak darurat
  2. Terdapat bahan alternatif lain selain unsur babi [Jika memang takde langsung, barula tidak haram]
  3. Tiada sokongan yang kuat membuktikan rakyat Malaysia WAJIB memerlukan kedua-dua  vaksin nie..
Fatwa nie sudah dikeluarkan pada tahun 2008 lagi... Tapi pada awal tahun 2012...ada banyak kes pasal rotavirus menular di kawasan Perak kalau tak silap... So...dicadangkan bayi yang baru lahir mengambil vaksin nie balik... Tapi adakah sekarang betul-betul memerlukan? Apa kata perkara nie dibincangkan balik... Ataupun silalah mengkaji dan mencari alternatif lain selain unsur babi nie... Tau la babi nie haiwan yang sangat produktif kan.... MURAH dan SENANG DIDAPATI!!

Ada satu lagi vaksin untuk Rotavirus nie.....Nama dia Rotarix... Tapi dengar citer sama juga kes nya.... ada unsur babi juga.... Haiya..... Semua ada babi.... Itu baru vaksin... Tak sentuh pasal minyak wangi lagi.... huhuhu

Untuk penjelasan lebih lanjut pasal fatwa tu.....boleh bukak link yang diberi kat atas tu..... 

P/S: Ini baru vaksin RotaTeq dan Biothrax.... Vaksin lain caner yer..... Rasanya banyak yang ada unsur babi nie... huhu

Thursday, May 17, 2012

Siapa Irshad Manji | Kenapa Perlu Ditentang


Siapa Irshad Manji ? Kalau korang bukak website dia....Sekali pandang korang akan nampak yang Irshad Manji nie seorang pejuang Islam yang sejati.... Seorang yang cintakan keamanan.... Seorang yang sukakan kesejahteraan seluruh umat... Tapi betul ker?

Ok..... mengikut apa yang aku dapat cari dari Google..... Si Irshad Manji nie sebenarnya seorang musuh dalam selimut dalam Islam.... bertopengkan ajaran agama kononnya seorang yang mengikut semua ajaran Islam.. Sebenarnya si Irshad Manji nie seorang yang menyokong golongan GAY dan LESBIAN atau istilah dalam Google.... golongan LGBT... Tau tak LGBT tu... LGBT tu untuk "Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender"... Kalau korang la kan....korang sokong ke? -_-"

Jika betul dia seorang aktivis menyokong ajaran Islam....Kenapa disokong golongan songsang tu?? Ok...kita selidik lebih mendalam...Wanita ini juga adalah presiden dan perintis bagi Projek Ijtihad... di mana projek nie merupakan organisasi yang berada di tengah-tengah jaringan non-muslim dan reformis muslim... Secara kasarnya.... Irshad Manji nie seorang yang menyokong Islam Liberal... Sokong Islam secara akal semata-mata....

Ada jugak maklumat berkenaan pandangannya berkenaan Al-Quran.... Dia dengan selambanya mencadangkan Quran nie hanyalah satu kitab atau buku yang dibukukan atas dasar ideologi-ideologi hebat penganut agama Islam terdahulu...... Hmmm...... Islam ape ke jadahnya kalau macam nie?? Sesat terus nie...

Tengok imejnya pun dah tau.....Kalau betul menyokong Islam secara sunnah....Sudah pasti dia tak berani menayangkan auratnya.... Dan yang lebih penting... Dia takkan menyokong golongan GAY dan LESBIAN yang sudah pasti dilaknat oleh Allah.... Sila baca kisah golongan GAY dan LESBIAN tu dalam Quran.... Apa balasannya...Sudah baca ke belom? :)

Ok....dengar citer perhimpunan Irshad Manji yang dijadualkan dibuat di Malaysia dah dibatalkan.... Alhamdulillah.....Terselamat untuk seketika...Tapi jangan ingat Irshad Manji je musuh dalam selimut macam nie... Dalam Malaysia pun dah ramai...lagi pandai berlakon...lagi pandai bermuka-muka.... Mungkin kesilapan Irshad Manji nie cuma satu....Mengaku Lesbian... Kalau dia buat senyap-senyap..... Mungkin pembatalan ceramahnya takkan berlaku..... Sedangkan ideologinya sungguh menyesatkan lagi menyelewengkan akidah Islam..... 

Ni la bahaya musuh dalam selimut... Cuba bayangkan hantu dalam selimut korang... Tak ke terkejut kalau kena sergah dek hantu tu.... Silap-silap mati kena serangan jantung.... Haa...macam tu ler kesannya musuh dalam selimut... Trauma sepanjang hayat la kalau dibiarkan...

P/S: Aku pun baru tau pasal Irshad Manji nie...

Tuesday, May 15, 2012

Bangunan 3 Tingkat Siap Dalam 9 Hari !!


Tuntutlah ilmu sampai ke negara China..... Itu ler pepatah lama yang sangat popular dan sangat kena dengan tajuk entri nie..... Satu bangunan tiga tingkat di China berjaya didirikan hanya dalam masa 9 hari! Ia dilakukan di kawasan daerah Hunan....

Sebenarnya bangunan nie dirancang boleh disiapkan dalam masa 24 jam sahaja....Tapi oleh kerana bertembung dengan hari cuti umum dan cuti-cuti yang lain...maka berlarutan la sampai sembilan hari..... Camne depa buat? Buat laju-laju ker? 


Yes....memang laju-laju....tapi depa buat dengan cara pasang siap macam main lego... Rangka utama dah disiapkan secara awal-awal di kilang.... Bila nak bina di tempat pembinaan tu....Depa cuma sambung dan pasang guna nat-nat jer.... 

Cuba bayangkan kalau cara nie diperkenalkan untuk binaan sekolah di Malaysia.... memang tak mengganggu sangat la kan budak-budak nak study..... dua tiga hari dah siap.... Buat pulak masa Jumaat Sabtu dan Ahad jer... Pergh..... Minggu lepas belajar di bangunan lama... Masuk minggu depan dah belajar bangunan baru....Tak ker teruja tu.....he he...

P/S : Sesape nak tengok video pasal bangunan tu....bolk klik ke link ini ---> LINK