Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Nak Melarang, Tapi Dia Sendiri Buat

Aku terpaksa la bersuara jugak kepada sesape yang suka lantang memberi nasihat tapi ada dua maksud..... Sambil memberi nasihat (kononnya) dan mendapat traffic jugak atas dasar isu tu sendiri.... Ni tak ditujukan kepada sape-sape.... Tapi aku dah muak dengan cara kotor nie...

Contohnya isu terbaru pasal blogpot tu kan.... Ada orang kata kalau kita buat entri tu....kita menjadi penyebarnya.... Dari satu segi....ada benarnya...aku tak nafikan...Tapi yang part tak best nyer...si melarang yang buat entri tu pun bukan ker lagi banyak key word perkataan tu? Kejar SEO ker? Bukan ker dia pun menyebarkan jugak? :)

Pandai kan.... kalau betul la melarang....sepatutnya secara sembunyi-sembunyi....PM dalam inbox ker... komen dekat entri ker.... Bukan dibuat entri sebijik guna keyword yang sama... Tak ker mengata diri sendiri tu... 

Aku buat entri pasal tu....Aku ada sebabnya.... Untuk pembaca BARU... Pasai apa? Sebabnya.... depa tak tau macam mana lagi blog aku nie.... Sekali depa bukak...tersalah taip blogspot tu...Sekali keluar website yang satu lagi...Haaa....habis....Aku pulak kene bantai... Cakap blog aku penyebar benda salah... Bukan aku jer...korang pun mungkin terkena... Bukan ker kita ni ramai yang selalu salah TYPO?

Kes penyebaran tu aku tak bantah....Tapi ada pro dan cons dier... sekiranya entri tu sekadar memberitahu tanpa sedikit pesanan kepada pembaca....itu aku tak setuju... Contohnya... kalau korang buat gini...korang bukak website nie.....Full stop. Ni baru menyebarkan cara yang salah.... Kalau disertakan pesanan.... Aku rasa takde masalah.... Contohnya... Larangan Merokok... Walaupun disebarkan melarang... tapi kalau diikut teori ni...sama juga mempopularkan rokok....kan? 

Mungkin ada yang cakap...rokok tu memang dah popular... Ok... pasal isu video lucah haritu... Pun sama kan? Pasal blogger menipu... pun lagi teruk kan? Sebab mengaibkan dengan mendedahkan identiti depan orang ramai... Tak ker dier lagi dapat untung sebab sebar berita panas? Kalau yer pun nak melarang.... biarla secara tertutup.... baru IKHLAS... Bukannya serampang dua mata.... Konon melarang tapi sendiri mau dapat untung... 

Maaf jika ada terkasar bahasa.... sekadar memberi penjelasan... dan supaya pembaca boleh menilai sendiri pasal apa-apa isu.... Aku? Aku menyokong melarang menyebarkan..tapi biarla secara ikhlas... Bukannya memijak rakan nak jadikan batu loncatan ...:)

P/S: Dari duk berlakon melarang orang...baik buat jer entri secara terang-terangan pasal apa-apa isu... Jangan mengutuk secara membabi buta dah la...:)

Friday, June 10, 2011

Konsert AF 9 | Apehal Kecoh-kecoh Nie? Waklu..

Sekarang kecoh pasal AF 9 pulak.... AF tu sebenarnya singkatan bagi Akademi Fantasia... Owh...sumer dah tau ek... Ingat tak tau tadi.... Maknenyer sumer amik berat jugak la pasal AF ek... ingatkan singkatan untuk Amy search Feewit tadi.. he he he. Aku dengar diter Konsert AF 9 Final dibuat dekat masjid? Betul ker?

Kalau betul... "bagus" la kan... boleh la sumer pegi solat kat masjid tu... Solat la maghrib dulu kat situ.... pastu tunggu isyak terus... Dengar-dengar la dulu tazkirah maghrib tu... Mesti Tok Imam kat masjid tu sentuh pasal konsert.... Haaa.....boleh la dengar dulu apa kata tok imam.... Bagus tu...Ilmu free tanpa bayar.... Tak penat dan tak letih nak terkinja-kinja mendengar kosnert.... Duduk jer duk dengar tok imam berceloteh santai kat depan...

Lepas tu....boleh la kalau nak pegi konsert tu.... Pastikan solat isyak dulu yer.... Hah? Nanti ketinggalan untuk konsert? Rilek la.... Solat selalu lambat jer....takde pulak nak risau kan..... Mane tau....ajal mati time duk dengar konsert AF tu.... Mati dalam keadaan tertinggal solat isyak.... Parah derr.... Dah la mati duk dengar orang menyanyi.... Bukan orang bagi dengar dua kalimah syahadah.....Ish....ish...ish...

Agak-agak ade tak nak kumpul kat masjid dulu sebelum pegi masjid? Kalau ader pun sikit giler la gamaknya..Macam Konsert Hari Belia hari tu....dekat jugak dengan masjid besi tu.... Tapi yang datang solat berapa kerat jer.... yang konsert AF 9 nie dengar citer lagi dekat..... kalau tak ramai jugak kat masjid tu...Memang teruk giler la umat islam sekarang.....

Sekali masjid pasang orang mengaji lepas solat isyak.... duk bertembung dengan orang menyanyi kat konsert.... Alamak.... nak marah imam masjid ker....nak marah kat saper? Imam pulak ada mengajar dekat masjid tu.... mengajar mengaji.... Duk bertembung pulak dengan lagu-lagu dendangan penyanyi AF nih... Entah pass ke tidak depa tu pasal mengaji nih.... Nak tutup telinga kanan, bukak telinga kiri dengar konsert? Agak-agak la ....

Sape yang minat AF....agak-agak la sampai nak meminati AF sampai merendahkan martabat masjid.... Kesian orang dalam masjid tu nak beribadat.... Kalau konsert tak pasang sound system ok la kot.... Ni komfem bapak kuatnyer sound system dier... Konsert hujung kampung pun boleh kita dengar....inikan pulak duk dekat-dekat.... Tak pasal-pasal duk ganggu orang beribadat...tak pasal-pasal dapat dosa free.... Yang datang dengar pun sama dapat....sebab sokong aktiviti tu.... Jaga-jaga....

Senang citer...Tak payah la pegi sana... Dengar dan tengok dari umah je ler.... Boleh duduk dengan family sambil mengunyah kacang....lagi syok.....Tak pun dengar AF 9 sambil buat entri blog....buat entri pasal GA aku lagi bagus..... dekat  SINI... he he he. Tak pun bagi gadis-gadis muda nie....layan je Imam Muda...carik calon suami....hihihihi

Monday, May 16, 2011

Hubungan Adolf Hitler Dengan Islam

Dulu aku pernah bagi persoalan berkenaan Adolf Hitler dengan islam kan..... Kali ni aku dah jumpa artikel tu.... dan aku nak share dengan korang berkenaan kisah sebenar di sebalik apa yang cuba diselindungkan oleh media barat. Ni adalah salah satu kesan propaganda barat terhadap apa-apa berita atau kisah.... Sekali depa (media barat) cakap A... maka semua orang akan percaya yang A tu lah kebenaran....padahal tidak benar.... Ingat.... Kita ni senang ditipu.... Ikutilah kisah yang menjadi rahsia di sebalik Adolf Hitler....
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si Hitler ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam. 

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...







Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.
Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat. Bukan sahaja pasal Hitler.....tetapi banyak lagi yang kita tak tahu akan kebenaran.... Kisah sejarah negara kita.... Kisah Neil Amstrong.... Kisah sejarah Mesir purba..... Banyak lagi yang kene check balik...;)

Thanx to :
SUMBER http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=10813270

 P/S: Wacana Guru Berjasa sedang berlangsung.....Khas untuk bagi ucapan kepada cikgu tersayang korang...  sampai tengah malam nie....klik SINI