Showing posts with label jawatan kosong. Show all posts
Showing posts with label jawatan kosong. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Career Expo UPM 2012 | 15 - 16 Mei 2012

Pada hari nie (15 Mei 2012), akan diadakan career expo UPM 2012 bertempat di Dewan Besar PKKSSAAS, Universiti Putra Malaysia.... Ekspo nie terbuka kepada semua.....bukan untuk pelajar UPM semata-mata...tapi untuk semua... Datang jer....

Klik sini
Dikatakan karier ekspo nie melibatkan 50 buah syarikat terkemuka di Malaysia... Melibatkan pelbagai sektor... Kalau ikut tahun lepas...disediakan bilik temuduga terus untuk sesape yang betul-betul berminat untuk bekerja di mana-mana syarikat yang terlibat.....

Ekspo nie bermula pada hari nie (15 Mei 2012) hingga esok (16 Mei 2012).... Waktunya ialah dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang.... Kepada yang berkelapangan....boleh la datang ke UPM nie dan mencuba nasib korang..... Semoga berjaya! ^_^

P/S: Nak pegi jugak....nak tengok-tengok jer...:)

Wednesday, May 25, 2011

Pembekuan Pengambilan, Pengisian Jawatan dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri

Aku mendapat berita yang semua pengambilan dan pengisian jawatan dibekukan dan semua jawatan kosong di semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri dimansuhkan. Aku dapat berita ini dari salinan surat di facebook kawan aku...

Surat yang bertarikh 20 Mei 2011 itu juga menyatakan juger bahawa jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat atau jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik adalah dikecualikan. Keputusan ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat (Lean Civil Service)

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Mei 2011. Keputusan pemansuhan jawatan kosong ini akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.

Maka, kepada yang memohon untuk bekerja di sektor awam.....Terpaksa lah hold dulu..... Kalau ikutkan keputusan ini..... segala pengambilan akan dibekukan mungkin sehingga pembubaran kabinet kot..... Aku tak pasti keputusan ini ada kaitan jugak atau tak dengan pengambilan staf kontrak.... Sekadar berkongsi maklumat....:)