Showing posts with label pejabat. Show all posts
Showing posts with label pejabat. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Seks Di Pejabat


Di satu syarikat jepun.... pekerjanya diwajibkan memakai uniform khas ketika di pejabat.... Pada satu malam....guard pejabat, Pak Ali meronda mengikut syif.... Tiba-tiba dia ternampak kelibat orang di dalam pejabat yang tak berlampu......

Pak Ali : Hoi!! Buat apa tu!! Astaghfirullahal 'azim.....

Halim : Errr.....saya tak buat-buat pun... Kami cuma berbincang.....me..me...mesyuarat tergempar...

Halimah: Betul enchek.....kami bermesyuarat jer ni.... ada projek...

Pak Ali: Mesyuarat apa dalam gelap.....Ya Allah....telanjang! Korang dah buat salah ni!!

Halim: Kami tak buat apa-apa  enchik... Kami tak buat seks...kami..kami...

Pak Ali: Bukan sebab tu! Kamu dah menyalahi undang-undang syarikat!! Menyalahi etika!! Kamu salah sebab tak pakai uniform!!

Halimah: Erkk.......biar betol pakcik nih bang.......


Halim: Nak mengaku salah ke tak nih....kompius....kompius....

Moral......Korang pikir la sendiri....he he he

Wednesday, May 25, 2011

Pembekuan Pengambilan, Pengisian Jawatan dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri

Aku mendapat berita yang semua pengambilan dan pengisian jawatan dibekukan dan semua jawatan kosong di semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri dimansuhkan. Aku dapat berita ini dari salinan surat di facebook kawan aku...

Surat yang bertarikh 20 Mei 2011 itu juga menyatakan juger bahawa jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat atau jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik adalah dikecualikan. Keputusan ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat (Lean Civil Service)

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Mei 2011. Keputusan pemansuhan jawatan kosong ini akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.

Maka, kepada yang memohon untuk bekerja di sektor awam.....Terpaksa lah hold dulu..... Kalau ikutkan keputusan ini..... segala pengambilan akan dibekukan mungkin sehingga pembubaran kabinet kot..... Aku tak pasti keputusan ini ada kaitan jugak atau tak dengan pengambilan staf kontrak.... Sekadar berkongsi maklumat....:)