Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Israk Mikraj | Betul ker?

Ops.....jangan salah faham dengan tajuk tu.... Aku sangat mempercayai peristiwa Israk Mikraj.... Dan aku rasa korang pun mempercayai peristiwa tu..... Cuma....korang menghayatinya atau tak? Korang mendalaminya ke atau tak? Itu isu dier....

Semua orang tau akan kisah-kisah ajaib di sebalik peristiwa tu kan..... Kisah perjalanan nabi kita Muhammad S.A.W berjumpa dengan Allah... Ke ade yang tak tau nie? Ok...ok....kepada yang tak tau... Sila la bace di LINK ini.... Semoga tau la lepas nie....

Ok....dah bace....dah tau la kan.... Kalau tak tau MESTI BACA.... Mesti ambik tau.... tu wajib diketahui..... Bagi yang dah tau.... korang rasa apa-apa tak baca citer tu? Tak rase apa-apa kan..... Itu menandakan tahap iman kita lemah giler.... Lembik macam agar-agar je la der.... Sebab bagi orang yang imannya kuat dan kental... menangis bile mengetahui kisah Israk Mikraj nie... Takutnya dengan azab Tuhan... Betapa hebatnya kekuasaan Allah kalau nak banding dengan kuasa manusia nih.... 

Cuba bace balik citer tu....cuba renungkan....ada rasa terharu dan teruja tak? Kalau tak....memang tak kuat lagi la iman tu... Aku pun sama! Ha ha ha.... Tapi kan....dah tau tak kuat iman... jadi kene la usahakan untuk kuatkan iman kan.... Langkah pertamanya..... Jangan tinggalkan perkara WAJIB dalam agama dan usahakan supaya tak tinggal jugak perkara SUNAT.. Salah satunya...menutup aurat dan tak tinggal solat....

Kalau yang WAJIB pun selalu tertinggal.... hmmm.... APAAA PUN TAK BOLEH la jawabnya...

P/S: Entri WW tadi jawapan nya lain sikit.....walaupun ada kena mengena...:)

Sunday, June 26, 2011

NAKBAH | Mala Petaka Besar

Nakbah - Bermaksud mala petaka besar... Tapi apa yang dimaksudkan peristiwa Nakbah? Secara rasminya kemuncak Peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya dikibarkan bendera 'The Star of David' dan pada keesokan harinya iaitu 15 Mei 1948 negara haram Israel diisytiharkan oleh Perdana menterinya yang pertama, David Ben Gurion.

Tragedi ni bukan jer dirancang oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa tapi dapat pulak kelulusan rasmi dari Kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. tragedi tersebut menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir keluar dari rumah-rumah dan tanahair mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sampai la ke hari nie....

Kalau korang tak rasa tragedi Nakbah nie takde kene mengena dengan korang.... maka ada sesuatu yang tak kene dengan pandangan hidup korang sebagai muslim.... kenapa ek? Ermmm..... Ni sebabnya... konsep ummah dah dihapuskan... Digantikan dengan konsep negara bangsa 'Nation State' yang dipaksa penjajah ratusan tahun dulu...

Oleh sebab dah terlalu mendalam konsep 'Nation State' yang diperkenalkan penjajah nie meresap dalam jiwa kita nie...maka semua kite semua nie tak lagi anggap umat islam di luar malaysia nie sebagai saudara yang wajib dibela dan dipertahankan... Sebab apa....sebab batasan sempadan antarabangsa... Bukan tu jer... timbul pulak sentimen merendah-rendahkan rakan seagama di negara lain.. dalam negara sendiri pun banyak jer berlaku...

Oleh sebab robohnya konsep ummah nie.... kesatuan umat islam berjaya dipecahkan musuh kita dan memang tu la hasrat depa semua.... kita? Dah tau kelemahan.....tapi tetap buat tak tau.... sebab diri sendiri pun dah tak de semangat ummah tu... Kita dah lama kalah.... Kita dah lama tewas... Kita semua nie pengecut dan LOSER.... Tak nak jadi LOSER.... sedar la yer....