Showing posts with label star of david. Show all posts
Showing posts with label star of david. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

NAKBAH | Mala Petaka Besar

Nakbah - Bermaksud mala petaka besar... Tapi apa yang dimaksudkan peristiwa Nakbah? Secara rasminya kemuncak Peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya dikibarkan bendera 'The Star of David' dan pada keesokan harinya iaitu 15 Mei 1948 negara haram Israel diisytiharkan oleh Perdana menterinya yang pertama, David Ben Gurion.

Tragedi ni bukan jer dirancang oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa tapi dapat pulak kelulusan rasmi dari Kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. tragedi tersebut menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir keluar dari rumah-rumah dan tanahair mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sampai la ke hari nie....

Kalau korang tak rasa tragedi Nakbah nie takde kene mengena dengan korang.... maka ada sesuatu yang tak kene dengan pandangan hidup korang sebagai muslim.... kenapa ek? Ermmm..... Ni sebabnya... konsep ummah dah dihapuskan... Digantikan dengan konsep negara bangsa 'Nation State' yang dipaksa penjajah ratusan tahun dulu...

Oleh sebab dah terlalu mendalam konsep 'Nation State' yang diperkenalkan penjajah nie meresap dalam jiwa kita nie...maka semua kite semua nie tak lagi anggap umat islam di luar malaysia nie sebagai saudara yang wajib dibela dan dipertahankan... Sebab apa....sebab batasan sempadan antarabangsa... Bukan tu jer... timbul pulak sentimen merendah-rendahkan rakan seagama di negara lain.. dalam negara sendiri pun banyak jer berlaku...

Oleh sebab robohnya konsep ummah nie.... kesatuan umat islam berjaya dipecahkan musuh kita dan memang tu la hasrat depa semua.... kita? Dah tau kelemahan.....tapi tetap buat tak tau.... sebab diri sendiri pun dah tak de semangat ummah tu... Kita dah lama kalah.... Kita dah lama tewas... Kita semua nie pengecut dan LOSER.... Tak nak jadi LOSER.... sedar la yer....