Showing posts with label seks. Show all posts
Showing posts with label seks. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Buat Seks Dalam Lif

Macam-macam la zaman sekarang nie kan.... dalam lif pun boleh buat 'projek'... Dah takde tempat lain ker nak buat... Lif bukan direka untuk buat seks ler! Lif nie direka untuk senang korang nak ke tingkat rendah ke tingkat tinggi.....atau tinggi ke rendah..... Sistem alternatif supaya tak guna tangga! Nie tak...ade ke guna untuk buat tuuu....


Penat-penat je si pencipta lif reka benda nie... Tapi si pengguna pulak salah gunakan lif yang dicipta tu... Dah la menggalakkan lemak-lemak berkumpul di badan... Buat pulak benda tak senonoh... Alahai... Siap ada notis lagi nie.... Ni haa notis dier.... Tapi notis nie bukan di Malaysia okay! Kat Malaysia tak tampal notis... Depa pasang CCTV jer...pastu masukkan dalam 3GP! he he he..


Kepada yang mengharapkan dapat tengok gambar-gambar si pelaku.... Takde di blog nie yer.... he he he... Ini bukan blog porno... Ini blog nasihat... Nasihat dan memberi buah fikiran kepada pembaca umum..... Kepada pasangan kekasih yang belum kahwin.... Korang dilarang buat seks!! Kahwin dulu!! Tapi kalau dah kahwin pun...nak buat tu.....jangan pulak dalam lif!! Nampak benor kurang mental...atoi yai...

P/S: Kalau ada isu terkini yang rasa nak dikongsi, sila emelkan di asey007@gmail.com..:)

Wednesday, November 16, 2011

Nafkah Batin Tu Seks Jer Ker?


Sebenarnya ada isu lain yang aku nak kupas... Tapi isu tu aku nak dapatkan penjelasan dari pakar dulu. Sambil tunggu penjelasan dari pakar-pakar.... Maka aku buat la dulu pasal nafkah batin yang selalu dibincangkan bagi orang yang dah berkahwin atau yang nak berkahwin nie... Apa tu nafkah batin? Seks? Tu je ker?

Ramai yang salah faham pasal nafkah batin nie... Mentang-mentang ler dengar perkataan BATIN nie.... Semua duk pikir pasal seks jer lagi-lagi lelaki.... Kalau ikut yang aku paham... benda tu SALAH! Nafkah batin nie ada banyak..... Berbalik kepada perkataan batin tu sendiri...Apa itu batin? 

Kalau semua nak relate kan batin tu dengan seks.... Takkan MAAF ZAHIR BATIN tu bermaksud maaf zahir dan seks? he he he...... Adakah anda baru perasan? Biasa la tu.... Banyak benda remeh-temeh tak dipandang.... Tapi sepatutnya boleh difikirkan bersama....

Batin nie lebih kepada perasaan..... Maknanya....nafkah batin nie... lebih kepada nafkah kepada isteri atau suami berkenaan perasaan.... Yess... Seks adalah salah satunyer....Bukan SATU-SATUNYER ok.... Contoh nafkah batin yang lain ialah KASIH SAYANG.... SENDA GURAU.... pun tergolong dalam nafkah batin...

DENGAR LUAHAN isteri atau suami pun termasuk....Apa-apa benda yang dimahukan pasangan berkenaan perasaan....Tu semua nafkah batin... Bagi yang sebelum nie duk pikir pasal seks je memanjang.... Sila tuned kan otak fikiran korang balik.... Perkara nie kecik jer... Tapi boleh memesongkan pemahaman kita dan boleh menjurus ke arah perceraian kerana tidak faham akan maksud sebenar nafkah batin tu sendiri.... Harap boleh membantu.... kalau ada salah silap...harap diperbetulkan.

P/S: Kalau nak share, boleh ambik link dari facebook Wacanaku

Thursday, May 26, 2011

Seks Di Pejabat


Di satu syarikat jepun.... pekerjanya diwajibkan memakai uniform khas ketika di pejabat.... Pada satu malam....guard pejabat, Pak Ali meronda mengikut syif.... Tiba-tiba dia ternampak kelibat orang di dalam pejabat yang tak berlampu......

Pak Ali : Hoi!! Buat apa tu!! Astaghfirullahal 'azim.....

Halim : Errr.....saya tak buat-buat pun... Kami cuma berbincang.....me..me...mesyuarat tergempar...

Halimah: Betul enchek.....kami bermesyuarat jer ni.... ada projek...

Pak Ali: Mesyuarat apa dalam gelap.....Ya Allah....telanjang! Korang dah buat salah ni!!

Halim: Kami tak buat apa-apa  enchik... Kami tak buat seks...kami..kami...

Pak Ali: Bukan sebab tu! Kamu dah menyalahi undang-undang syarikat!! Menyalahi etika!! Kamu salah sebab tak pakai uniform!!

Halimah: Erkk.......biar betol pakcik nih bang.......


Halim: Nak mengaku salah ke tak nih....kompius....kompius....

Moral......Korang pikir la sendiri....he he he