Showing posts with label the gunners. Show all posts
Showing posts with label the gunners. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Malaysia vs Arsenal | 13 Julai 2011 | Analisis


Malaysia akan menentang Arsenal pada 13 Julai 2011 iaitu hari ni.... Malam ni..tepat jam 8.45 mlm, Skuad Harimau Malaya akan menentang The Gunners di Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan persahabatan. Arsenal memang terkenal dengan corak permainan yang menarik.... Asia Tour yang bermula di Malaysia nie akan menggalakkan lagi peminat tanah air meminati pasukan Arsenal nie.. he he


Perlawanan sudah bermula... oleh kerana tiada siaran langsung dari Astro...Maka susah la sikit aku nak update... Tapi aku akan update guna live streaming..... Keputusan untuk separuh masa pertama....
Malaysia 0 - Arsenal 2.

Arsenal memperolehi gol menerusi Ramsey melalui sepakan penalti pada minit ke-6. Satu gol lagi menerusi Theo Walcott yang mendapat umpanan cantik dari Wilshere dan menewaskan penjaga gol nombor tiga Malaysia.... 

Apa yang aku tengok untuk separuh masa pertama nie.... Malaysia bermain sangat berhati-hati.. banyak serangan dibuat menerusi Gunalan... menggunakan larian lajunya... Tapi masih tak dapat menembusi benteng pertahanan Arsenal.... Nor Shahrul Idlan agak tenggelam untuk separuh masa pertama...Fakri Saarani agak menonjol bersama-sama dengan Safiq Rahim dengan larian cantik dan hantaran yang menarik... Safiq Rahim hampir-hampir menewaskan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dengan free kick ala-ala Ronaldinho...

Separuh masa kedua sudah bermula... Arsenal dan Malaysia sama-sama membuat pertukaran.... Malaysia macam biasa.... selepas dah kene dua bijik...Semangat juang sudah makin luntur.... Dah tak berani pegang bola lama.... Akhirnya Arsenal menjaringkan gol lagi.... menerusi Carlos Vela pada minit ke-58... Bola dilambung melepasi hairul Fahmi yang baru bermain untuk masa kedua nie...

Selepas beberapa minit dari jaringan gol tu.... Arsenal memasukkan Robin Van Persie, Samir Nasri dan Arshavin pulak.... Habis laaaa...... Dan apa yang aku takuti berlaku jugak akhirnya.... Hantaran Arshavin yang cantik ditanduk Rosicky pada minit ke 90 untuk menjadikan kedudukan Arsenal 4 - Malaysia 0.

Keputusan Akhir Perlawanan
Malaysia 0 - Arsenal 4

Dari apa yang aku perhatikan... Perbezaan sangat ketara antara pasukan harimau Malaya dengan Arsenal... Aset yang paling ketara ialah kelajuan... kreativiti passing.... dan ketepatan passing (kemahiran teknikal).... Kalau nak cakap fizikal... Aku rasa sedikit jer beza dengan Arsenal...sebab Arsenal sememangnya agak lemah kekuatan fizikalnya berbanding pasukan Liga English yang lain....

Malaysia perlu banyak belajar dari game seperti ni.... Taraf depa sangat jauh bezanya dari segi aset penting yang aku bagitau kat atas tu.... Itu pun Arsenal bermain secara rilek dan bersahaja..... Pasukan Malaysia bermain seolah-olah tanpa apa-apa keyakinan dan motivasi untuk menang.... Kekuatan mental juga sangat diperlukan jika melawan pasukan sehebat Arsenal nie....

Walau apa pun..... Aku harap Datuk K. Rajagopal mengatur kembali pasukan Malaysia supaya takde la kene belasah macam ni lagi masa lawan Liverpool nanti..... Pemain pilihan aku untuk skuad Malaysia.....GUNALAN. Pemain Arsenal pulak.... Jack Wilshere... Aku harap Malaysia bangkit lepas nie...Kamon Malaysia!!

Wednesday, May 25, 2011

ARSENAL VS MALAYSIA | 13 JULAI

Iklan Berbayar: Sesape nak Beli Doorgift Kahwin, Baju Perempuan, Jubah dan Sebagainya dengan harga yang MURAH.... Boleh le Klik SINI dan SINI

Arsenal FC, atau lebih dikenali sebagai The Gunners akan datang ke Malaysia pada 13 Julai 2011 ni untuk menentang skuad Harimau Malaya iaitu skuad Malaysia..... Skuad Arsenal memang tak asing lagi di seluruh dunia ni... Sebuah pasukan yang ada stail tersendiri.....

Terlebih dahulu....aku nak ucapkan teriam kasih kepada blogger yang sudi berkongsi pendapat berkenaan pasal entri INI. Aku rasa aku dah tau nak amik yang mana..... Tapi nampak macam kesemuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.... bergantung dekat kita sendiri.....

Okeh...sambung... he he. Tadi interprem jap... Skuad Arsenal ni memang terkenal dengan skuad pembimbing remaja...ha ha ha. Banyak bakat dibeli dan dididik menjadi pemain handalan.... Kalau ada remaja yang nak belajar dan menimba ilmu dalam bola sepak...pegi la ke kelab Arsenal... Tengok skuad depa pun dah tau...semua muda-muda jer...

Bab-bab tak dapat piala tu....aku tau sebabnya.... ada la sebab-sebab yang aku dah analisis..... nantikan entri selepas ni...he he he. Tapi nama-nama seperti Cesc Fabregas, Robin Van Persie, Marroune Chamakh, Samir Nasri, Andrei Arshavin, Gael Clichy dan sebagainya akan tampil bermain dengan Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha, dan lain-lain.... Aku tak sabar nak tengok depa menimba pengalaman sebenar berdepan dengan player terkenal dunia ni....
Bukan setakat menghiburkan penonton...tapi aku nak depa nie dapat ambik sebanyak mungkin pengalaman dan kemahiran skuad Arsenal tu untuk diri depa sendiri.... Skuad Arsenal ni tekenal dengan permainan short passing nyer..... Amat sesuai dipraktikkan oleh skuad macam negara kita nie.... Sebab dari segi fizikal, kita tak mampu nak lawan skuad dari negara barat atau benua lain.. Inilah kemahiran yang patut diterapkan dalam permainan skuad kita.....

So, aku nak sangat tengok Khairul Fahmi menepis percubaan Robin Van Persie, Fabregas, Bendtner macam dalam citer Shaolin Soccer tu...he he he. Jangan sampai terkoyak baju sudaaa....:D Aku nak tengok Nor Shahrul Idlan Talaha menggelecek si Thomas Vermaelen atau Laurent Koncielny tu....Tunjukkan kemahiran korang tanpa rasa takut dan segan....mana tau si Arsene Wenger nak ambik sorang dua pemain Malaysia kan.... Tak dapat Arsenal pun.... Man Utd pun jadila.....:)

P/S: Arsenal perlukan Goalkeeper baru.....Khairul Fahmi! Inilah peluang anda....he he