Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Pemain Bola Sepak Malaysia Tiada Bakat


Sebelum aku nak mengupas pasal bakat nie.... ada baiknya kalau korang imbas rentetan sejarah bola sepak Malaysia nie.... Dulu kala..... negara kita nie kiranya kuasa besar Asia dalam bola sepak.... Sama taraf dengan pasukan Korea Selatan sekarang kot... Sehinggakan nama-nama pemain negara menjadi sebutan pemain negara lain.....Betapa gerunnya...

Tapi sejak akhir-akhir nie..... pasukan negara makin merudum dan makin merudum.... Sampai satu tahap... pasukan negara kita dah jadi pasukan belasahan Asia... Dan lebih teruk... bukan lagi menjadi kuasa besar dalam Asia Tenggara.... Ape cer?

Dalam dua tiga tahun kebelakangan nie...Nampak sedikit peningkatan dalam mutu permainan pasukan negara kita yang kini lebih dikenali sebagai Harimau Malaya... Berjaya kembali menjadi status kuasa besar Asia Tenggara....Tapi masih di tahap pasukan biasa-biasa dalam peringkat Asia... Persoalannya...betul ker pasukan negara (Harimau Malaya) makin hebat atau....adakah mutu permainan Asia Tenggara sendiri makin jatuh? Kan kedudukan ranking dunia yang menjadi bukti...


Ramai berpendapat.... negara Malaysia adalah satu negara yang kecil... Peratusan penduduk yang kecil menyebabkan taburan kebarangkalian untuk melahirkan bakat besar dalam arena bola sepak sangat la tipis... Ye ker? Boleh dijadikan alasan ke pasal kepadatan penduduk? Atau lebih tepat... betul ker pencarian bakat dari jutaan penduduk nie?? ...atau hanya dari segelintir sahaja....

Ada juga menyalahkan pasal kemudahan-kemudahan latihan di Malaysia sendiri.... Tidak sama level nya berbanding di negara lain.... Padang dikatakan sangat la teruk.. Bola asyik bumping kalau nak buat low pass... Keadaan padang yang selalu basah disebabkan hujan juga selalu dipersalahkan... Boleh ker salahkan cuaca macam tu? Bukan ke benda macam tu menjadi cabaran tambahan untuk setiap pemain melatih skill mengawal bolanya lebih mantap? Kan?

Sebelum aku nak bagi pertanyaan yang lebih....Lebih baik kalau aku imbas zaman aku masa kecik-kecik.... Dan aku rasa mungkin ini punca utama kenapa pasukan bola sepak negara tak bangun-bangun sampai ke hari nie..... Semuanya bermula di zaman kanak-kanak.....


Aku dulu pernah la mewakili sekolah... Tapi level biasa-biasa jer... peringkat zon senang citer... he he he... Sebab sekolah aku dulu ramai pemain berbakat... Termasuk si Fizo Omar.... Korang kenal kan sape dia? Sekarang dah jadi artis... Aku ingat lagi.... sekolah aku masa tu menang sampai ke peringkat daerah... Dan ramai yang dipilih mewakili negeri untuk pasukan bawah 12 tahun... 

Lepas tu masuk ke sekolah menengah.... Sekali lagi aku mencuba nasib nak mewakili pasukan sekolah.... Memang terpilih tapi sebagai subtitute jer...hu hu... Sekali lagi ramai pemain yang sangat berbakat.... Walaupun akademik kebanyakan dari depa tak cecah level yang memberangsangkan...Tapi bab bola memang ada kelas yang tersendiri....

Dari ramai pemain di sekolah menengah tu.... hanya separuh je yang bermain di peringkat sekolah rendah dulu kekal beraksi di padang.... Separuh dah mula berhenti mencuba nasib dalam arena bola sepak....Dan yang berhenti kebanyakannya mempunyai bakat semulajadi yang tinggi.... Tak tau kenapa diorang dah tak nak main... Mungkin ibu bapa nak depa fokus lebih ke arah akademik kot..... Atau mungkin kerana faktor kawan....lebih suka melepak dan merayau-rayau mencari gadis... Terjebak dengan masalah sosial...

Di peringkat sekolah menengah... Pasukan sekolah masih kekal sebagai kuasa besar daerah... Dan sampai ke peringkat suku akhir peringkat negeri... Not bad untuk sekolah yang bukan sekolah sukan nie.... Dan sesi latihan cuma bermain dengan pasukan kelab peringkat kampung jer.... Dan yang agak pelik jugak.... seorang pun dari sekolah aku tu tak terpilih mewakili negeri... Padahal ramai coach-coach dari sekolah-sekolah yang bertanding meramal dua tiga orang memang berhak bermain untuk negeri... Adakah kerana faktor akademik? Sepatutnya tidak dijadikan alasan kan....:)

Bila semua dah besar...dah remaja... ada yang masuk Universiti...ada yang masuk Politeknik... ada yang tak sambung pengajian... Aku masih lagi bermain bola sepak...tapi dah start slow down sebab injury lama masa kat sekolah dulu... Aku ingat aku je yang slow down.... tapi hampir semua rakan-rakan aku zaman sekolah dah berhenti bermain bola sepak... Mengapa? Depa tak injured...depa memang berbakat... Tapi sebab apa? Bakat yang sebelum nie berkilauan di peringkat sekolah...dah makin pudar bila masuk ke peringkat dewasa....

Dan yang ironiknya... kawan-kawan yang sebelum nie tak terpilih pun bermain untuk sekolah...Depa yang lebih aktif berbanding kitorang nie.... Nampak tak ada sedikit terputusnya hubungan pencarian bakat di peringkat kanak-kanak hingga dewasa.... Hanya segelintir sahaja yang meneruskan untuk mencuba nasib hingga dewasa.... Kebanyakannya...berhenti setengah jalan.... Sekali lagi menjadi pertanyaan....WHY??

Dari situ.... aku rasa aku tau sedikit sebanyak sebabnya kenapa pasukan negara kita tak naik-naik.... Bukan takde bakat.... Ramai pemain berbakat di Malaysia nie.... Cuma tak dijaga dan dipupuk dengan baik.... Kita selalu dengar ada pelajar yang diberi biasiswa khas kepada yang hebat dalam akademik.... Kenapa tak diberi peluang yang sama kepada yang betul-betul berbakat dalam sukan?Yess kita ada sekolah sukan bukit jalil... Tapi kebanyakkannya yang dah berjaya di peringkat negeri sahaja yang terpilih di sana... Yang tercicir seperti tadi? Diabaikan begitu sahaja ker? Atas faktor apa?

Memang ada usaha mencari bakat-bakat muda...contohnya macam soccer kids... Tapi bagi aku soccer kids lebih kepada nama sahaja.... Yang kat ceruk-ceruk kampung...depa takde nyer nak datang... Sifat kekampungan menebal dalam diri...malu nak menonjolkan diri... Kita kena ada satu pasukan yang kerjanya hanyalah mencari bakat-bakat baru dalam arena bola sepak di semua tempat.... Bila jumpa jer pemain berbakat.... terus dimasukkan ke sekolah sukan... dan diberi biasiswa khas... Sebab kemungkinan besar pemain tu sangat susah kehidupannya... Mungkin kalau diselidik lebih mendalam....lebih berhak masuk dalam rancangan Bersamamu TV3 tu....

Dari apa yang aku perhatikan..... kita dah rugi ramai pemain berbakat bermula dari peralihan zaman sekolah rendah ke sekolah menengah lagi.... lepas tu hilang lagi bakat dari zaman sekolah ke zaman Matrikulasi atau Universiti..... Mungkin kerana si berbakat tu tak bijak...tak pandai...berhenti dari alam pengajian dan terpaksa bekerja untuk mencari rezeki keluarga...Lepas tu di peringkat Universiiti...hilang lagi pemain berbakat kerana tekanan dalam pembelajaran.... Begini ler akan selalu terjadi kalau tak dijaga dan dipupuk dengan baik...

Mungkin yang ada sekarang atas kerana sokongan kuat dari keluarga masing-masing... Atau yang sudah ada link tersendiri dalam sukan bola sepak... Atau sememangnya dari sekolah-sekolah sukan....Yang dilatih bukan kerana bakat semulajadi...tetapi lebih kepada usaha dan minat yang mendalam...Mungkin ada sebilangan kecil dari mereka yang betul-betul berbakat... Dari situ...cuba kita tengok bilangan yang ada kelebihan seperti nie.... berapa ribu jer dari berjuta-juta penduduk di negara nie? Kita bukannya mencari bakat dari berjuta-juta penduduk....tapi hanya dari ribuan yang mempunyai kelebihan seperti nie! 

Ada jugak yang menyalahkan sesi pemilihan pemain.... Dikatakan berat sebelah.... pilih kawan.... Atau mungkin sebab adanya faktor-faktor lain semasa sesi pemilihan pemain.... Pemain yang berbakat sudah muak dan loya dengan sesi pemilihan tidak adil nie...terus tak datang dan menyisihkan diri dari sukan bola sepak.... Setakat bersorak di kedai mamak jer mampu.... Mungkin bermain untuk pasukan kelab taman-taman perumahan sahaja untuk hilangkan gian menyepak bola...
 
Nak salahkan siapa? FAM? Persatuan bola sepak negeri masing-masing? Sistem yang ada di Malaysia nie? Atau kepada pemain berbakat tu sendiri? Kalau asyik nak cari salah..memang sampai kiamat pun tak de penyelesaian.... Aku nampak kat situ la punca utama.... bakat tidak dijaga dan dipupuk dengan baik...ada sedikit tergantung dan terputus hubungan pencarian bakat dari zaman sekolah sehingga dewasa... Mungkin pihak FAM sendiri perlu sedar akan hal nie.... Yang negara Malaysia mempunyai RAMAI BAKAT SEMULAJADI yang tinggi... Cuma bergantung pada usaha kita dan pemain tu sendiri untuk mengasah bakatnya sehingga betul-betul bersinar menjadi seorang pemain yang digeruni diperingkat antarabangsa.....

Orang kata....kalau nak maju..kena bermain di luar negara.... Kalau boleh bermain di Eropah... Senang la nanti nak jadi hebat kan.... Betul ker? Masalahnya... disebabkan ranking dunia kita yang jauh terkebelakang....Pemain kita tidak akan dipilih walau sehebat mana bakat depa.... Sangat tidak adil kan.... Buat masa sekarang...itu ler realiti... Dan itu yang sepatutnya dijadikan target utama buat masa sekarang.... NAIKKAN KEDUDUKAN RANKING DUNIA pasukan negara kita.... Tak payah target banyak... ranking ke-99 pun dah cukup! Sebab aku benci tengok tiga digit angka bila diumumkan kedudukan ranking negara kita nie... Dan lebih utama... jadikan negara kita berada di tempat pertama di Asia Tenggara mengikut ranking dunia.... Kembalikan status pasukan digeruni di Asia yang pernah kita banggakan dulu! 

P/S: Harap ada la orang kuat FAM baca entri nie...[angan-angan je la kot]


Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday - Gomo Malaysia Gomo!!

Walaupun rintangan melanda...akan tetap kuharungi

Ngaumm!!
P/S: Khas buat pasukan bola sepak Malaysia...berjuanglah sehingga titisan peluh terakhir!!....

Saturday, July 16, 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Liverpool | Analisa Perlawanan | 16 Julai 2011

Hari ini, 16 Julai 2011 iaitu pada pukul 5.45 petang waktu malaysia....akan berlangsung satu lagi perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Liverpool di Stadium Bukit Jalil. Skuad Malaysia yang sebelum ni tumpas di tangan Arsenal 4-0 akan cuba bangkit dari keputusan itu dan akan menghadapi satu lagi pasukan kelab gergasi dunia iaitu Liverpool...


Aku akan cuba update analisa perlawanan dari semasa ke semasa dengan ulasan yang mungkin boleh menyebabkan korang dapat la sedikit gambaran tentang game ini....

Permainan dimulakan dengan penuh debaran....Malaysia bermain dengan lebih baik pada perlawanan nie... Liverpool nampak pincang dengan ketiadaan pemain utamanya iaitu Luiz Suarez dan Steven Gerrard.. Permainan rancak dan Liverpool mendahului Malaysia dengan gol hasil dari sepakan penalti pada minit ke-21.. Jaringan dihasilkan oleh Charlie Adam...walaupun penalti tu kelihatan tidak sepatut diberi...

Malaysia cuba menambah sengat di jentera serangan dan usaha dilipat gandakan... Akhirnya mereka berjaya dapat gol penyamaan dengan sepakan percuma yang cantik dari Safiq Rahim pada minit ke-43.. Selepas gol tu..Malaysia seolah-olah sudah jadi team lain...Harimau sudah terjaga dari tidurnya... Permainan separuh masa pertama ditamatkan dengan kesudahan Malaysia 1- Liverpool 1... Go Malaysia Go!

Separuh masa kedua dimulakan dengan penuh rancak...Malaysia seolah-olah mendapat semangat baru untuk menambah gol.... Liverpool menukarkan beberapa pemain danmemasukkan nama-nama besar seperti Dirt Kuyt, Maxi Rodriguez, Aquilani, dan Ngog... Tapi hasil dari kesilapan pertahanan.....David Ngog dapat gol pendahuluan....Khairul Fahmi tak dapat buat apa-apa.... Duk dalam dua tiga minit... kesilapan pertahanan lagi menyebabkan David Ngog menambah jaringan dengan penuh bergaya...

Dalam pertahanan Malaysia masih dalam kucar-kacir.... Maxi Rodriguez menambah sengsara Malaysia selepas berjaya menyambar masuk gol keempat Liverpool... Aku dah stat kecewa dah nie... Tapi kemasukan Safee Sali merubah keadaan....sesuai dengan status namanya...

Safee Sali berjaya mendapatkan gol untuk malaysia dengan gol yangmenarik pada minit ke 79.... Dan selepas itu... Malaysia berjaya lagi menmabah gol dengan Safee Sali lagi pada minit ke-82... Malaysia kembali bangkit!

Tapi...... Liverpool menunjukkan taring nye yang sebenar dengan hasil jaringan Dirt Kuyt dan Maxi lagi.... Keputusan penuh..... 


MALAYSIA 3 - LIVERPOOL 6

Walaupun begitu...tahniah buat Malaysia kerana berjaya menjaringkan 3 gol!! Aku dah cukup bangga dengan rekod itu.... Malaysia menunjukkan permainan yang baik dan menarik!! Aku terharu bai...T_T Tapi...Datuk K. Rajagopal perlu memikirkan pasal pertahanan yang sangat rapuh... Walaupun pasukan yang ditentang ialah Liverpool....Tapi tak sepatutnya sebanyak itu.... Sememangnya pertahanan kita perlu dicongak kembali.... Masih banyak yang perlu dipelajari...

Dan jugak..Malaysia perlu mencari striker semantap Safee Sali lagi... perlu mencari pemain sehebat Safee Sali... Kerana dalam game high level macam nie... aku tengok ramai pemain kita tenggelam... Yang nampak boleh bermain di level nie...Safiq Rahim... Safee Sali...Amirul hadi... dan Gunalan... yang lain masih lemas dan perlu dipertingkatkan.....

P/S: Maaf lambat update sebab internet rumah tetibe takde!!! Hampeh.....

Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Malaysia vs Arsenal | 13 Julai 2011 | Analisis


Malaysia akan menentang Arsenal pada 13 Julai 2011 iaitu hari ni.... Malam ni..tepat jam 8.45 mlm, Skuad Harimau Malaya akan menentang The Gunners di Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan persahabatan. Arsenal memang terkenal dengan corak permainan yang menarik.... Asia Tour yang bermula di Malaysia nie akan menggalakkan lagi peminat tanah air meminati pasukan Arsenal nie.. he he


Perlawanan sudah bermula... oleh kerana tiada siaran langsung dari Astro...Maka susah la sikit aku nak update... Tapi aku akan update guna live streaming..... Keputusan untuk separuh masa pertama....
Malaysia 0 - Arsenal 2.

Arsenal memperolehi gol menerusi Ramsey melalui sepakan penalti pada minit ke-6. Satu gol lagi menerusi Theo Walcott yang mendapat umpanan cantik dari Wilshere dan menewaskan penjaga gol nombor tiga Malaysia.... 

Apa yang aku tengok untuk separuh masa pertama nie.... Malaysia bermain sangat berhati-hati.. banyak serangan dibuat menerusi Gunalan... menggunakan larian lajunya... Tapi masih tak dapat menembusi benteng pertahanan Arsenal.... Nor Shahrul Idlan agak tenggelam untuk separuh masa pertama...Fakri Saarani agak menonjol bersama-sama dengan Safiq Rahim dengan larian cantik dan hantaran yang menarik... Safiq Rahim hampir-hampir menewaskan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dengan free kick ala-ala Ronaldinho...

Separuh masa kedua sudah bermula... Arsenal dan Malaysia sama-sama membuat pertukaran.... Malaysia macam biasa.... selepas dah kene dua bijik...Semangat juang sudah makin luntur.... Dah tak berani pegang bola lama.... Akhirnya Arsenal menjaringkan gol lagi.... menerusi Carlos Vela pada minit ke-58... Bola dilambung melepasi hairul Fahmi yang baru bermain untuk masa kedua nie...

Selepas beberapa minit dari jaringan gol tu.... Arsenal memasukkan Robin Van Persie, Samir Nasri dan Arshavin pulak.... Habis laaaa...... Dan apa yang aku takuti berlaku jugak akhirnya.... Hantaran Arshavin yang cantik ditanduk Rosicky pada minit ke 90 untuk menjadikan kedudukan Arsenal 4 - Malaysia 0.

Keputusan Akhir Perlawanan
Malaysia 0 - Arsenal 4

Dari apa yang aku perhatikan... Perbezaan sangat ketara antara pasukan harimau Malaya dengan Arsenal... Aset yang paling ketara ialah kelajuan... kreativiti passing.... dan ketepatan passing (kemahiran teknikal).... Kalau nak cakap fizikal... Aku rasa sedikit jer beza dengan Arsenal...sebab Arsenal sememangnya agak lemah kekuatan fizikalnya berbanding pasukan Liga English yang lain....

Malaysia perlu banyak belajar dari game seperti ni.... Taraf depa sangat jauh bezanya dari segi aset penting yang aku bagitau kat atas tu.... Itu pun Arsenal bermain secara rilek dan bersahaja..... Pasukan Malaysia bermain seolah-olah tanpa apa-apa keyakinan dan motivasi untuk menang.... Kekuatan mental juga sangat diperlukan jika melawan pasukan sehebat Arsenal nie....

Walau apa pun..... Aku harap Datuk K. Rajagopal mengatur kembali pasukan Malaysia supaya takde la kene belasah macam ni lagi masa lawan Liverpool nanti..... Pemain pilihan aku untuk skuad Malaysia.....GUNALAN. Pemain Arsenal pulak.... Jack Wilshere... Aku harap Malaysia bangkit lepas nie...Kamon Malaysia!!

Wednesday, May 25, 2011

ARSENAL VS MALAYSIA | 13 JULAI

Iklan Berbayar: Sesape nak Beli Doorgift Kahwin, Baju Perempuan, Jubah dan Sebagainya dengan harga yang MURAH.... Boleh le Klik SINI dan SINI

Arsenal FC, atau lebih dikenali sebagai The Gunners akan datang ke Malaysia pada 13 Julai 2011 ni untuk menentang skuad Harimau Malaya iaitu skuad Malaysia..... Skuad Arsenal memang tak asing lagi di seluruh dunia ni... Sebuah pasukan yang ada stail tersendiri.....

Terlebih dahulu....aku nak ucapkan teriam kasih kepada blogger yang sudi berkongsi pendapat berkenaan pasal entri INI. Aku rasa aku dah tau nak amik yang mana..... Tapi nampak macam kesemuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.... bergantung dekat kita sendiri.....

Okeh...sambung... he he. Tadi interprem jap... Skuad Arsenal ni memang terkenal dengan skuad pembimbing remaja...ha ha ha. Banyak bakat dibeli dan dididik menjadi pemain handalan.... Kalau ada remaja yang nak belajar dan menimba ilmu dalam bola sepak...pegi la ke kelab Arsenal... Tengok skuad depa pun dah tau...semua muda-muda jer...

Bab-bab tak dapat piala tu....aku tau sebabnya.... ada la sebab-sebab yang aku dah analisis..... nantikan entri selepas ni...he he he. Tapi nama-nama seperti Cesc Fabregas, Robin Van Persie, Marroune Chamakh, Samir Nasri, Andrei Arshavin, Gael Clichy dan sebagainya akan tampil bermain dengan Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha, dan lain-lain.... Aku tak sabar nak tengok depa menimba pengalaman sebenar berdepan dengan player terkenal dunia ni....
Bukan setakat menghiburkan penonton...tapi aku nak depa nie dapat ambik sebanyak mungkin pengalaman dan kemahiran skuad Arsenal tu untuk diri depa sendiri.... Skuad Arsenal ni tekenal dengan permainan short passing nyer..... Amat sesuai dipraktikkan oleh skuad macam negara kita nie.... Sebab dari segi fizikal, kita tak mampu nak lawan skuad dari negara barat atau benua lain.. Inilah kemahiran yang patut diterapkan dalam permainan skuad kita.....

So, aku nak sangat tengok Khairul Fahmi menepis percubaan Robin Van Persie, Fabregas, Bendtner macam dalam citer Shaolin Soccer tu...he he he. Jangan sampai terkoyak baju sudaaa....:D Aku nak tengok Nor Shahrul Idlan Talaha menggelecek si Thomas Vermaelen atau Laurent Koncielny tu....Tunjukkan kemahiran korang tanpa rasa takut dan segan....mana tau si Arsene Wenger nak ambik sorang dua pemain Malaysia kan.... Tak dapat Arsenal pun.... Man Utd pun jadila.....:)

P/S: Arsenal perlukan Goalkeeper baru.....Khairul Fahmi! Inilah peluang anda....he he