Thursday, September 12, 2013

Barangan Baby Untuk Dijual | Pre-loved

Siapa nak barangan baby yang murah? Ok... di sini korang ada peluang nak beli barangan baby yang murah-murah jer... Nie semua barangan anak aku.... Rumah kecik...so... nak bagi space sikit la kan... Anak aku dah mula meneroka ke sana ke mari dah... Dah dapat kaki orang tua cakap.... So... nak let go la sikit barang mainan yang besar-besar dan yang dah tak nak main tu....

Bouncer berjenama FISHER PRICE - RM120

High chair IKEA - RM 30

Kamera OLYMPUS micro 5010 - RM300

Jenama PLAYSKOOL - RM 60

Ok... nak tengok barang-barang lain? boleh la ke album saya yang nie....


Ok... kalau nak...komen la kat gambar tu yer... nanti boleh bincang lagi detail dalam PM... Ada jugak barang aku yang lama nak di let go macam kamera dan henset.... Kalau sesape berkenan... PM la cepat-cepat...  First come first serve... :)

P/S: Selalu la cek yer...Saya upload secara berperingkat...:)

Wednesday, September 11, 2013

Dari Hati Membentuk Realiti | Motivasi Kehidupan


Kekadang ramai yang selalu persoalkan kejayaan orang lain... kenapa dia tu berjaya... kenapa dia tu hebat... kenapa dia tu selalu bertuah.... mengapa bukan kita? Persoalan yang sellau mencipta rasa iri hati, cemburu... dengki dan rasa tak puas hati... Ada yang salahkan kekurangan diri...ada yang menyerahkan bulat-bulat pada takdir dan nasib tanpa berusaha.... ada yang cuba memburukkan dan menjatuhkan si yang berjaya...perbuatan yang dilaknat Allah...... Tapi kenapa kita selalu tak tengok yang sebaliknya?

Si sipulan tu berjaya mencanak-canak hebatnya.... kita biasa-biasa.... Tapi kenapa kita perlu rasa dengki atau iri hati? Mengapa tidak bersyukur dengan apa yang kita dah ada...dengan cuba melihat ramai lagi yang lebih tak bernasib baik dari kita? Kita perlu rasa bersyukur dengan apa yang ada... Tapi perlukah kita duk rilek-rilek sahaja kata ini sudah cukup bagi kita tanpa usaha lebih?

Dari hati akan menbentuk realiti kehidupan kita.... Sebelum kita membuat apa-apa tindakan... baik kita muhasabah diri.. Si sipulan tu berjaya... Mengapa kita tidak? Sejauh mana usaha kita berbanding dengan dia? Sejauh mana kita yakin pada diri kita yang sebenarnya mampu berjaya macam tu juga? Setinggi mana kita mempositifkan diri kita untuk berjaya? Sekadar duduk goyang kaki main pusing-pusing pen sahaja dah mampu nak mencakar langit ke? Bawak kereta tekan pedal 50 km/h takkan dapat potong orang lain yang bawak kereta 70km/h... Atau sekadar duduk termenung baca wall Facebook tanpa menimba apa-apa ilmu baru setiap saat setiap masa? Sejauh mana kita menganjakkan diri kita menuju ke arah kejayaan yang diidam-idamkan tu?

Apa yang kita fikir... apa yang kita cakap pada diri kita sendiri... sebenarnya memberi kesan secara separa sedar terhadap diri kita... Kalau kita selalu fikir..."Aku nie bodoh...tak macam kau..." atau.. "Aku nie tak pandai cam ko... Cukup la stakat nie..." Atau lagi... " Cukup la setakat nie...dah untung jadiler... buat apa nak besarkan lagi....(perniagaan)"... Sindrom melayu kebanyakan... Cepat berpuas hati tapi cepat jugak rasa tak puas hati bila tengok kejayaan orang lain... Pastu mula la nak cari jalan nak tikam belakang... Tuduh bukan-bukan....Jadi stalker hari-hari tunggu berita kejatuhan si sipulan... Bukan ke lagi elok kalau jadikan kejayaan orang lain sebagai suntikan semangat nak berjaya juga?

Selain berdoa dan bertawakkal.... Cuba kita letakkan diri kita ke tempat yang lebih tinggi... berusaha dengan lebih gigih.... Merancang kehidupan dengan lebih terperinci... Mempositifkan diri dengan sepenuhnya.... Usaha DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH dahulu sebelum mengatakan ianya ketentuan Allah.... kerana Allah menyuruh kita berusaha dulu sebelum bertawakkal... Majukan diri... yakin pada diri.. 

Kalau kita rasa kita tak pandai... belajar dan membacalah dengan lebih gigih... Kalau kita rasa kita lembap... sediakan masa kerja lebih untuk tingkatkan keupayaan diri... Kalau kita rasa kita kurang pengalaman... Timbalah ilmu sebanyaknya dengan selalu menyertai apa-apa peluang yang ada... Kalau kita rasa kita lemah... Kuatkan diri sedaya upaya dengan seratus peratus semangat yang ada.... Kalau kita asyik kalah... Perbanyakkan latihan dan tingkat stamina tanpa mengeluh kesah kerana penat... Positifkan diri! Hentikan beralasan... hentikan sebab negatif... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih... Ubah diri kita supaya mencari seribu daya sebelum menyerah duduk bersandar menerima qada' dan qadar... Dalam azan selalu menyeru... "Hayya 'Alal falah" yang bermaksud...Marilah Menuju Kejayaan...

Jika dilihat sudut yang lebih global.... Di mana Malaysia sekarang di mata dunia? Di mana level sukan bola sepak kita di mata dunia (Ranking 160++???) ? Di mana level kita dalam dunia akademik? Di mana Malaysia dalam kemajuan teknologi? Yang lebih penting... di mana MELAYU di mata dunia? Terkenal dengan sifat-sifat negatif? Kenapa dan mengapa jadi begitu? Lemah ker kita? Bukan ke Melayu nie satu bangsa yang pernah diangkat sebagai satu bangsa tersohor dengan kehebatan ilmu pelayarannya...satu empayar yang digeruni seluruh dunia... satu kerajaan yang menjadi pusat menimba ilmu pengetahuan ... Apa bezanya kita dengan nenek moyang kita? Adakah sebab hilangnya identiti asal... diperdaya dengan unsur negativiti penipuan teks sejarah - Melayu nie kaum yang lemah? Sama-sama positifkan diri kita.... Kembalikan era kegemilangan empayar kita di Asia Tenggara nie... yang lebih penting.. anjakkan diri kita sendiri dahulu...

P/S: Teringat lagu nie.... Memang menaikkan semangat....:)


Monday, September 9, 2013

Road For Master Sains : Permulaan Bab Baru Kehidupan


Alhamdulillah lagi sekali... aku dah berjaya lepas Master Sains nie... Segala penat lelah dan rintangan aku dah citer kan secara tersirat dalam entri yang nie ( ENTRI MASTER)... Kali nie aku cuma nak terangkan kepada yang nak tahu...berkenaan apa yang aku buat untuk Master Sains nie... Lebih tepat lagi.. Master (Full with Thesis) nie....

Ok... Master dengan tesis nie memang berbeza... Sebab perjalanan pengajian bukan terikat pada jadual waktu pembelajaran macam peringkat ijazah atau Master tanpa tesis... Ok...sebagai permulaan.. Tempoh asal diberi cuma 2 - 3 tahun sahaja... Dalam tempoh tu.. korang cuma kena ambek 9 jam kredit subjek pembelajaran je... Subjek nyer bebas mengikut kesesuaian tesis (Sekarang dah tak wajib rasanya)... Pandai-pandaila korang uruskan masa sepanjang 2 tahun tu untuk isikan subjek 9 jam kredit tu (biasanya satu subjek 3 kredit).

Macam senang je kan... 2 tahun belajar.. 3 subjek je... Piece of cake je la!! he he he... Anda pasti? Yang part barunya berbeza dengan peringkat ijazah.... korang kene buat satu projek penyelidikan... Projek penyelidikan nie bukan senang-senang je korang dapat dari lecturer yer... Takde dah eat with spoon... makan suap-suap nie dah takde dah... (Olololo manja manja gituuu)... Korang kene cari sendiri! Mungkin ada yang pensyarah akan tolong...tapi kebanyakannya... korang yang kene fikir sendiri apa benda yang korang nak buat.... Dari skop besar...ke skop kecil... Dari A... to Z... Dan yang paling penting.... Keaslian projek tu... originality projek tu... Projek yang masih belum dibuat orang! It's totally new projek!

So...no copy paste... takdenyer rujukan 100% sebijik sama... Nak pakai ingat buta-buta tanpa faham teori dah tak wujud... Nak ingat rumus matematik tanpa tahu asal-usul dah tak boleh pakai... U must know everything bermula dari basic! Tak kisah la sejarahnya... teori asasnya... rujukan paling awalnya... Proses perkembangannya... Semuanya kene tahu... Cuma levelnya takde la setinggi PhD... PhD kene ada novelty yang sangat solid...Originality yang sangat kuat untuk dipertahankan masa disoal dalam satu sesi dialog dengan beberapa Profesor.. Kirenye Master dengan tesis nie sebagai persediaan ke arah level tu... Dan seriously.. kalau korang yang kene cari sendiri topik apa yang nak dibuat... Pecah kepala beb!

Contoh... nak design bentuk kereta baru... Sebab minat kereta kan... Skop besarnya...design body kereta... Ok... kene selidik dulu...part mana yang banyak bagi masalah.... Bukan pakai teka dan ramal je... Rujuk bahan bacaan rasmi kajian akademik.... Cari sampai jumpa! Lepas tu katalah korang dah jumpa bahagian belakang (ada 5 rujukan kata benda yang sama)... Ok... diperincikan lagi bahagian belakang mana yang paling teruk dan kenapa? Apa sebabnya? Apa teori di sebalik kekurangan tu? Mana buktinya? Sapa cakap? Bagaimana nak improve kan nya berdasarkan teori-teori yang ada? Macam mana nak implement kan teori tu? Pakai rujukan mana? Apa signifikan dia  in terms of costing dan sebagainya? Komfem ker takde orang buat lagi? Ke idea celop jer? Apa dia punya scope of limitation? he he he... tu baru nak cari topik kan...bukan start buat projek lagi....:)


Satu lagi... projek penyelidikan dalam akademik nie mementingkan keasliannya berdasarkan rujukan-rujukan kajian yang disahkan benar, berdasarkan teori-teori dan kaedah-kaedah yang diakui tepat dan benar... dan korang kene buktikan yang ianya belum dlbuat oleh sesiapa pun.... DI SELURUH DUNIA.... bukan setakat kat Malaysia je yer... di dunia... Contoh la korang dah jumpa satu idea bernas... lepas tu korang dah buat dah separuh jalan...tetiba korang terjumpa di rujukan mana-mana bahagian di dunia nie yang idea tu dah dibuat... Korang TERPAKSA cari idea lain atau mengubahnya untuk mengekalkan ketulenan topik itu..walaupun benda tu dah separuh jalan.. Sakit hati? Tak adil? Itulah dia master dengan tesis...he he

Dalam proses penyelidikan nie... memang tak dibenarkan sama sekali menyalin bulat-bulat apa yang telah ditulis... No copy and paste! Walaupun korang dah bagi nama rujukan mana-mana... Korang kene olah sendiri ayat tu dengan ubah cara penyampaian tapi tidak mengubah maksud yang cuba disampaikan dalam rujukan tersebut.... Even nak guna gambar sahaja pon kene tulis rujukan mana! Ala... takdenye pensyarah rajin nak cek.... Ye ker gitu? Jangan risau...pensyarah ada cara mengesan penipuan menyalin nie... Lagi pun depa nie expert dalam bahagian depa... Korang menipu...tunggu je ler akibatnya... muahahaha
 
Macam mana proses nak buat projek penyelidikan nie? Prosesnya kebiasaan macam nie... semester pertama.. penghasilan kertas kerja penyelidikan... Proposal untuk dibentangkan kepada pensyarah...Jika setuju....Ok...senang la citernye... Kalau tak setuju....proses penulisan kertas kerja terpaksa dimulakan semula... Lumrah pembelajaran master... Bila proposal dah lulus.. baru ke proses seterusnya... Mencari rujukan tambahan dan mereka atur bagaimana proses penyelidikan nak dibuat... Lepas tu prose mencari bahan dan alat... Proses set-up alat (kalau melibatkan eksperimen)... Proses mengambil data dan menganalis data.. dan kemudian proses penulisan... Percaya atau tidak... ramai yang paling malas di bahagian penulisan.. he he...

Rujukan pulak kenelah rujukan yang sahih...macam korang nak gunakan hadis-hadis...Pastikan jangan digunakan hadis dhaif sebagai rujukan... Macam tu la proses buat tesis nie... Rujukan kenelah sahih benar dan dipersetujui oleh scholar dunia yang lain... Kebiasaan... jurnal dan konferens... Surat khabar dan risalah majalah...tidak digalakkan kerana sekarang banyak yang tak betul... Sebagai rujukan tak rasmi...ok..tapi untuk tesis penyelidikan...Baik jangan...nanti korang yang akan bermasalah... Untuk sepanjang pengajian tu.. korang kena jugak buat satu jurnal dan dihantar, dan diterima ke mana-mana yang dicadangkan.. Jurnal tu hasil dari projek penyelidikan korang la kan.... Tak semua penulisan jurnal kita diterima yer... Banyak kene buat balik... Syarat nak grad master nih.....

Dah nampak kan sikit-sikit proses dia? Ok...tambah lagi sikit... Proses penyelidikan juga melibatkan orang ketiga... Contohnya kalau korang guna kelengkapan makmal...kenelah bergantung juga kepada staf makmal..keadaan alat kelengkapan atau bahan spesimen tu sendiri... Kalau alat atau bahan spesimen tu selalu rosak atau tak capai tahap piawaian..akan mengundang masalah jugak...ambil masa nak repair... kalau rosak lagi.. kene tunggu lagi... ada juga bergantung kepada orang luar bila melibatkan pembelian alat... Lambat prosesnya...lambat lah kita.. sebab nak tak nak...kene tunggu....Nak push.... korang dibenci...lagi lah tak jalan proses tu... Kalau langsung tak push... langsung tak gerak! Cam mana tu...he he he

So...kesimpulannya... belajar master dengan tesis bukan belajar dalam kelas jer... Bukan setakat teori je... Hafal dan luahkan dalam exam...Pastu nak hubungkan dengan realiti...tak tahu ape ke bende pon! Taaakk.... Banyak proses belajarnya... belajar berdikari...belajar menguruskan masa... belajar berkomunikasi dengan pelbagai jenis ragam manusia... belajar cara penulisan akademik... belajar menghubungkaitkan teori dalam buku dengan keadaan sebenar dalam eksperimen yang korang je tahu keadaan dan masalahnya.. Belajar bagaimana menyelesaikan masalah berdasarkan rujukan teori dan adaptasi pembacaan ilmu... belajar berinteraksi dengan orang luar negara.. Macam-macam.... Seronok....tapi memenatkan...hu hu..

Bukan nak menakut-nakutkan... Tapi itulah realitinya... Kepada mereka yang bersedia saja mampu mengharunginya tak kira kejap atau lama... Sepanjang aku dalam dunia master aritu... Ramai jugak yang kecundang separuh jalan... Nak kata tak bijak...Ramai dari mereka tu genius... Masa ijazah dapat First class kot... SPM tak yah cakap la... Setakat stret A tu tak pandang dah... Kalau tanya sifir tu..belum sempat kelip mata dah jawab dah.. Tapi kenapa??

Sebab pembelajaran master dengan tesis bukan seratus peratus bergantung kepada kecerdikan dan kepandaian.... Tapi separuh daripadanya adalah datang dari semangat dan usaha yang mantap meneruskan proses pembelajaran yang pelbagai.... Kerajinan dan istiqamah sangat penting dalam pembelajaran peringkat master dan PhD... Genius itu cuma bonus... Semangat waja itu yang utama...Sesape rasa nak test semangat dia level mana... cubalah ambek master dengan tesis atau PhD nie..hehehe. Alhamdulillah dah lepas Master... Rehat kejap... penat bai... Sangat penat... Keadaan aku sekarang seperti bawak kereta dan berehat sebentar di RnR... Jap lagi nak start enjin lagi... hihihi~~


P/S: PhD..... I'm coming ! Tunggulah entri nya nanti...:)