Saturday, November 18, 2017

Sewa Genset Malaysia | Sewa Generator Set | Rent Genset

Sewa Genset Malaysia

Sedang mencari syarikat yang boleh supply sewaan genset, cooling system ( portable aircond, self-contained aircond, floor standing) atau sewaan air cooled chiller? Anda boleh contact saya: Ahsan Nur Mubarak (011-1697 4697), atau emel terus kepada saya iaitu:

ahsannurmubarak@gmail.com

Kami ada diesel genset, range dari 20kVa hingga 500kVa. Jika mahukan power supply 2000kVa sekalipun, kami boleh supply kepada anda. Hanya perlu emel apa yang perlu, tinggalkan no phone, saya akan contact secepat mungkin untuk berbincang lebih lanjut atau memberikan sebut harga kepada anda. 

Segala proses penghantaran, pemasangan, kami sediakan dan jika mahu ada technician dan chargeman untuk standby di sana semasa menyewa genset pun kami sediakan. Bagaimana dengan wiring, sambungan cable, dan segala electrical work tu? Jangan risau, kami pasangkan semuanya. 

Kami ada sub-board, commando cable, fencing, cable ramp, dan banyak lagi. Semuanya untuk pemasangan lengkap dari A to Z kepada anda. Itu kelebihan kami!

Boleh kata, pelanggan bayar sewa genset, kami buat semuanya sehingga selesai, pelanggan tidak ada masalah power supply lagi. Harga? Boleh mintak quotation dan kami akan berikan harga yang terbaik. Apa yang penting, kami akan berikan servis yang terbaik dan menyelesaikan masalah pihak pelanggan bukan sahaja power supply, tapi cooling system juga.


Kenapa perlu sewa genset atau generator set? Ini kerana beberapa keadaan iaitu:


Electrical calibration dari pihak TNB

Dalam kes ini, biasanya pihak TNB selalu buat electrical calibration untuk permanent building seperti Hotel, wisma, atau mana-mana syarikat yang mempunyai bangunannya sendiri. Kadang-kadang pihak TNB tidak cukup genset untuk supply kepada pelanggan dan pihak syarikat perlu mencari sendiri syarikat yang boleh memberi sewa genset

Jika power supply tak berfungsi, syarikat akan alami kerugian yang sangat banyak, jadi, lebih baik mereka menyewa genset untuk jalankan operasi perniagaan mereka. Tempoh sewaan bergantung kepada kehendak, boleh jadi 2 minggu, 5 hari, sebulan, atau berbulan-bulan. 


Power supply breakdown

Kadang-kadang ada kes power supply breakdown. Biasanya di kilang-kilang atau warehouse yang perlu ada power supply 24 jam. Untuk repair, akan makan masa yang lama. jadi, amat sesuai untuk tetap jalankan operasi atau menjaga kualiti produk dalam warehouse, dengan menyewa genset dari kami. 

Orang operation akan tahu sebanyak mana ruginya jika sesuatu kilang tidak beroperasi selama beberapa hari dan sebanyak mana kerugian jika produk sensitif tidak dijaga dengan rapi dalam masa beberapa hari. Jadi, sewaan genset atau chiller sangat penting untuk mengurangkan kerugian syarikat.


Late delivery new Genset

Ada syarikat membeli genset baru tetapi ada masalah kelewatan. Biasanya dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Sepatutnya syarikat sudah beroperasi ketika itu tetapi kerana kelewatan genset baru tadi, operasi terbantut. 

Kami boleh sewakan dahulu untuk menyelesaikan masalah kelewatan genset baru tadi. Anda boleh beroperasi mengikut jadual, mengelakkan dari denda lambat siap yang menyebabkan kerugian lebih banyak, dengan menyewa genset dari kami dahulu.


Event

Ini kebiasaan proses sewa genset. Event yang dibuat di luar bangunan seperti karnival, expo, hari keluarga, memang selalu memerlukan genset. Dan kami sememangnya sudah arif dan sangat berpengalaman dalam sewaan genset untuk event besar seperti Sea Games 2017, Malaysia Autoshow 2017, Toyota Event dan banyak lagi. 

Dari segi servis dan pengalaman, anda boleh yakin dengan kami. Sebab inilah kepakaran kami, menyewa marquee tent, aircond, genset dan chiller.


Occasional Needed

Ada juga kes inginkan genset untuk kerja-kerja welding, pembinaan, atau supplier awal tidak cukup barang untuk supply. Kami boleh tolong dengan memberikan khidmat sewaan kepada anda. 

Untuk stok yang ada, kami ada lebih dari 30 buah genset dan lebih dari 30 000 HP cooling system untuk disewakan kepada anda. Jadi, jika ada sahaja keperluan, jangan keberatan untuk menyewa daripada kami, kerana kami sememangnya ada stok untuk anda! 

Thursday, October 19, 2017

Perkhidmatan Sewa Khemah, Aircond Terbaik Di Malaysia | Tent Rental Services

Pernah dengar khidmat sewaan khemah, aircond, genset? Haa… Ada satu syarikat menawarkan khidmat sewaan seperti itu. Hanya dengan sekali permintaan, anda dapat semuanya. Sewaan perkhidmatan khemah, aircond dan genset nie biasanya untuk event seperti LIMA, Roadshow dan banyak lagi.

Untuk bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmat sewaan barangan ini, anda bolehlah menghubungi saya. Kami menawarkan khidmat seperti:
  • Sewaan aircond/air-cooler  (portable, air-cooler self-contained (5HP, 10HP, fabric ducting dll.
  • Sewaan khemah (marquee tent, pyramid tent, A-shape tent dan banyak lagi.
  • Sewaan Genset (Generator Set untuk power supply 
  • Sewaan Chiller ( Emergency Cooling System untuk permanent building, factory, warehouse)
  • Sewaan Electrical Works (Mist fan, Industrial Fan, Lighting, Distribution Board dll)

Barangan sewaan di atas tu banyak digunakan untuk menjayakan event seperti:
Karnivals
  • Launching Program (BMW launching, Shipping launching)
  • Pameran / Expo
  • School Event
  • Festival
  • Birthday Party
  • Roadshow
  • Corporate Event
  • Emergency Cooling System (Sebab ada maintenance, breakdown dll)
  • Wedding Dinner
  • Family Day

Jadi, kalau ada syarikat anda, syarikat kenalan anda, atau anda sendiri ingin buat satu majlis seperti di atas, boleh la menghubungi nombor di bawah:

Call & Whatsapp : 011-1697 4697 (En. Ahsan)

Jangan risau, jika anda tidak ada pengalaman dalam bab detail seperti berapa kVA nak guna untuk genset, berapa banyak khemah nak sewa, berapa aircond nak guna, En. Ahsan boleh bagi nasihat dan boleh berbincang. Harga sewaan sangat berpatutan dengan khidmat yang akan diberi. Pihak kami akan datang pasang, dan buka balik selepas majlis, semuanya termasuk dalam harga yang akan diberikan kelak.




Sunday, August 13, 2017

Bagaimana Ingin Berjaya Dalam Bisnes | Tips Ringkas

Berbisnes adalah satu langkah yang membolehkan anda menjadi kaya. Seorang usahawan menjadi kaya jika berjaya. Bagaimana ingin berjaya di dalam bisnes? Di sini saya kongsikan tips ringkas yang boleh dijadikan petua dan ringkasan untuk berjaya.

Ramai orang kita sekarang ingin berbisnes kerana keadaan ekonomi semakin gawat dan peluang pekerjaan makan gaji semakin banyak persaingan. Syarikat besar mula mengurangkan pekerja sekaligus membebankan pekerja yang masih ada kerana jumlah pekerja yang semakin kurang tetapi kerja tetap sama banyak. 

Tetapi ramai yang berbisnes tetapi mengalami keperitan pendapatan yang sama ketika bekerja makan gaji. Ramai usahawan nampak "kaya" hanya di luaran, tetapi realiti sangat berbeza. Hutang keliling pinggang, hidup tak keruan, bekerja 24 jam mengejar jualan, dan lain-lain. 

Bagaimana seseorang usahawan boleh berjaya? Ini adalah tips ringkas yang mungkin boleh dijadikan pedoman. 

JADI BUSINESSMAN, BUKAN SELF-EMPLOYED
Ramai orang kita menganggap, apabila dah jadi usahawan, kita sudah jadi CEO, dah jadi bos, dah jadi founder. Maka, segala keuntungan kita nak kaut, nak ambil sebagai pendapatan. INI SALAH! Seorang usahawan perlu pandai menguruskan bisnesnya supaya apabila kita tak boleh bekerja (sakit, ada urusan lain), bisnes tetap berjalan. Itu barulah berbisnes. 

Perlu pegang konsep ini: Fikirkan bagaimana nak kekalkan bisnes tetap berjalan walaupun kita bercuti. Itu baru betul. Langkah pertama: Bentuk satu pasukan, bukan berseorangan. Wujudkan satu carta organisasi pengurusan dalam bisnes. 

Sebagai contoh, Muslim Trade House cuba membentuk satu pasukan usahawan yang saling bantu membantu..saling bekerjasama untuk meningkatkan bisnes masing-masing. Konsep ini orang kita masih ramai yang tidak boleh terima. Sebab itu ramai yang masih menjual di kaki lima. Sedangkan yang faham konsep ini, walaupun asalnya dia penjual di kaki lima, dia boleh memiliki satu bangunan syarikat perniagaannya sendiri.

AMALKAN KONSEP MAKAN GAJI (PENSYARIKATAN)
Jadi usahawan, sebenarnya perlu pegang konsep yang sama semasa anda bekerja makan gaji juga. Konsep yang sama seperti orang yang bekerja dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Mengapa sama? Kerana hampir semua organisasi syarikat atau tempat anda bekerja sebenarnya berasaskan perniagaan juga. 

Apa yang berbeza? Anda bukan lagi orang bawahan, pekerja yang hanya menerima arahan dari pihak atasan. Tetapi sekarang, andalah yang memberi arahan dan memikirkan halatuju bisnes anda. Anda jadi bos! Tapi adakah bos tiada gaji?? ADA.

Berapa gaji yang anda nak letakkan? Sesuka hati ke? JANGAN! Itulah kebanyakan punca kejatuhan perniagaan orang kita. TIDAK AMANAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN. Aturkan pemberian gaji mengikut perkembangan bisnes. Peringkat awal, jangan lah sampai puluh ribu gajinya walaupun anda CEO... Berpada-padalah. Anda tentukan gaji anda sendiri, tetapi mengikut kiraan yang terbaik untuk syarikat anda.

Ingat, biarpun anda berniaga, berbisnes, anda tetap dapat gaji. Jadi bagaimana nak kaya? Hidupkan syarikat, banyakkan jualan, kurangkan kos, untungkan syarikat, barulah dapat memberikan bonus tahunan yang banyak. Barulah anda kaya.

SYARIKAT KAYA, ANDA BERJAYA
Ini satu konsep yang ramai tidak faham. Untuk berjaya dalam bisnes, apa yang paling penting adalah mengkayakan syarikat dahulu, bukan mengkayakan poket sendiri. Kenapa? Kerana apabila syarikat perniagaan anda sudah stabil, barulah anda dapat meluaskan lagi empayar perniagaan. 

Kalau anda kaya, syarikat terhuyung hayang, anda mungkin kaya sekarang. Tapi untuk akan datang belum tentu kerana syarikat tidak stabil. Silap silap syarikat tutup dan anda terpaksa mula dari bawah lagi. Simpanan mula berkurang. 

Tapi saya nak kaya cepat!!! Ramai yang berfikir macam nie. Nak kaya cepat, masuk skim cepat kayalah. He he he. Siapa kata berbisnes boleh cepat kaya. Kita kejar bisnes berjaya dahulu.. Kaya akan menyusul. 

PENGURUSAN KEWANGAN YANG MANTAP
Sesiapa yang boros, suka guna kereta mewah, suka berfoya-foya.. Anda mungkin berjaya dan akan hilang seperti kapas. Uruskan duit jualan atau duit syarikat sebaik-baiknya. Jangan gunakan untuk urusan peribadi. Duit syarikat adalah duit syarikat, bukan duit individu.

Setiap duit jualan atau duit yang masuk ke syarikat bukan 100% untuk kegunaan kita. Perlu diagihkan kepada beberapa perkara seperti: kos pengurusan syarikat, kos modal, kos overhead dan lain-lain. 

Perlu juga dimasukkan sekali kos yang masih belum berlaku, contoh kos penambahan pekerja, atau kos upgrade sistem. Kenapa? Untuk perkembangan syarikat. Inilah perbezaan usahawan yang mempunyai visi dan misi dengan usahawan yang hanya memandang untung dan kaya semata-mata.

Nak belajar tentang pengurusan kewangan? Boleh belajar asas dengan saya..he he.

JAGA PELANGGAN, JAGA PEKERJA, JAGA SYARIKAT
Ini satu lagi konsep ramai usahawan kita tak faham. Apabila dia dah dapat close sale, dia terus tinggal pelanggan tadi. Cari pelanggan baru nak dapatkan sale lagi. Pelanggan lama tidak dijaga dengan baik... Kesalahan yang sangat besar.

Anda CEO, Anda Founder. Jaga pekerja anda elok-elok. Anda berjaya bukan sebab anda seorang. Yang menggerakkan adalah pekerja anda. Jika mereka tak bergerak, sehebat mana pun produk anda, sehebat mana pun idea bisnes anda, anda tidak akan mampu pergi jauh. Hargai mereka.. Berikan sesuatu supaya mereka suka bekerja dengan anda.

Yang last, jaga nama syarikat. Sebab tu banyak syarikat suka amalkan 5S, amalkan konsep 10M, dan macam-macam lagi. Kerana apa? Untuk memberikan servis dan persekitaran syarikat yang baik dan membina. Syarikat ada etika dan undang-undang yang disukai pekerja. 

Walaupun anda CEO... Tolong patuhi etika syarikat anda sendiri. Walaupun anda CEO, anda founder, anda tidak boleh masuk ke stor simpanan anda sesuka hati. Kenapa? Etika bekerja. Faham ke tak faham? Kalau tak faham, belajar.


Ingin berjaya dalam bisnes, perlu amalkan konsep KAYAKAN SYARIKAT DAHULU, BARULAH ANDA BOLEH JADI KAYA DAN BERJAYA. Pegang konsep bermuamalat cara Islam, insya Allah perniagaan anda diberkati.

IKLAN STICKY POST :

NAK HILANGKAN KOTORAN DEGIL DI PAKAIAN, DI RUANG DAPUR ANDA, MALAH DI KERETA ANDA? 

GUNALAH SUPERMOM! HANYA SEMBUR, TUNGGU 5 MINIT (BOLEH BANCUH MAGGI SAMBIL MENUNGGU) KEMUDIAN LIHATLAH HASILNYA..... 

BERKILAT SEPERTI BARU... KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT