Showing posts with label Nazmi Faiz Mansor. Show all posts
Showing posts with label Nazmi Faiz Mansor. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Nazmi Faiz Bakal Sertai Kelab Liga Divisyen 1 Di Portugal | Apa Nama Kelab Tu?


Siapa yang tak kenal siapa Nazmi Faiz nie.... memang tak minat bola sepak tempatan... Sebab Nazmi Faiz nie bagi aku ada bakat semulajadi yang tinggi.... Aku pernah labelkan mamat nie sebagai permata bola sepak negara (link) suatu ketika dulu.... Dan sekarang....dikatakan Nazmi Faiz bakal sertai kelab Portugal...

Bukan calang-calang kelab kalau mengikut khabar angin yang dibawa angin nie..... Yang pastinya... kelab yang dikatakan itu dari Liga Divisyen 1 di Portugal... Maknanya bukan sebarangan kelab.... Dan aku ada terdengar jugak...kelab yang dimaksudkan tu pernah disertai pemain terkenal yang kebanyakan korang minat nie... Christiano Ronaldo... So....berapa kelab yang si Christiano Ronaldo pernah sertai semasa bermain untuk liga divisyen 1 di Portugal? :)

"Tolong la...Bagila Nazmi main di Sporting Lisbon...", Kata Ronaldo...:D
Tekaan aku.....kelab yang dimaksudkan tu mungkin kelab Sporting Lisbon.... Sebab sebelum Christiano Ronaldo bermain di Manchester United...Dia bermain di Sporting Lisbon... Dari situ si Alex Ferguson nampak bakatnya yang luar biasa semasa pertemuan kedua-dua kelab tu untuk Champion League kalau tak silap.... Sama jugak macam si Nani sekarang tu.... 

So....tidak mustahil la kan kalau nak tengok Nazmi Faiz bermain untuk Champion League nanti jika benar tekaan aku nie.... dan tak mustahil juga untuk bermain di English Premier League untuk beberapa tahun akan datang disebabkan sudah mendapat kerakyatan EU nanti.... Kiranya dah termansuh la sekatan undang-undang ranking corot Malaysia tu untuk Nazmi Faiz....


Apa-apa pun.... masih di peringkat perbincangan....kalau betul la Nazmi Faiz dapat bermain di sana.... Aku akan sokong kelab Sporting Lisbon la pulak nanti.... Dan harap Malaysia boleh la adakan highlight untuk liga Portugal pulak nanti...he he he....

P/S: Tak mustahil Nazmi Faiz dapat pangkat Datuk suatu hari nanti...huhuhu

Tuesday, January 31, 2012

Nazmi Faiz Ada Harapan Bermain Di Cardiff City


Selepas beberapa pemain Harimau Malaya dipanggil untuk menjalani latihan bersama di Cardiff City.... Nampaknya peluang kita nak tengok pemain negara bermain di sana semakin cerah.... Mungkin sebelum nie kegagalan pemain negara bermain di eropah atas kerana faktor ranking dunia.... Kali nie.... Peluang tu mungkin dapat diatasi atas faktor pemain remaja.... Itulah peluang yang terhidang untuk Nazmi Faiz Mansor untuk bermain di Cardiff City...

Nazmi Faiz memang terbaik.... Kalau terus digilap...Aku yakin dia dapat maju jauh ke depan...Passing dia yang tepat dan kreativitinya di atas padang menampakkan bakat semulajadinya untuk mengatur permainan di atas padang.... Aku dah terangkan di entri SINI (link)... 

Kali nie... Cardiff City pun tertarik untuk mengikat kontrak pemain berbakat nie, Nazmi Faiz... Sebelum nie...masalah ranking kita yang menggagalkan pemain... Tapi kali nie kita ada peluang....Disebabkan umurnya yang muda.... Kemungkinan kelab Cardiff City akan mengikat Nazmi Faiz sebagai pemain remaja dan dipinjamkan ke liga-liga eropah yang lain yang tidak begitu ketat prosedurnya seperti liga Belgium... Dari situ... Nazmi Faiz mungkin akan mendapat kerakyatan negara Eropah dan dari situ....Boleh digunapakai untuk mengatasi masalah ranking dunia negara kita..... 

Cardiff sebelum ini telah memberikan sesi latihan percubaan kepada Safee Sali dan Safiq Rahim tetapi dengan Safee yang telah berumur 27 dan Safiq 24, Nazmi dikatakan mempunyai peluang yang lebih cerah kerana baru berumur 17 tahun. 

Harapan aku... Jika berita Nazmi Faiz akan berada di Cardiff City selama setahun itu menjadi kenyataan... Sepatutnya ia jadi titik tolak penggerak kepada semua pemain bola sepak negara kita.... Pemain negara tidak kurang hebatnya.... yang kurang cumalah kekuatan mentaliti kita...Terlampau menyanjung kehebatan pemain luar... tapi merendah-rendahkan kemampuan diri sendiri... 

Kalau tidak kerana syarat FIFA... Safee Sali dan Safiq Rahim mungkin dan berada di Cardiff City... Mungkin ramai lagi agaknya yang sepatutnya boleh bermain di Eropah.... Ermmm.... Mungkin syarat FIFA nie agak buyers kepada pasukan ternama dunia kan (Sebab depa nie yang sellau berada di top ranking) ... Yang kuat (golongan bangsawan la kot) tetap di atas.. Yang membangun dan yang lemah (golongan biasa) perlu cari inisiatif sendiri untuk setaraf dengan yang kuat.... Contohnya.... Jepun...

P/S: Good luck Nazmi faiz... yang lain bila lagi?

Saturday, December 10, 2011

Keistimewaan Nazmi Faiz Mansor | Permata Bola Sepak Negara

Hari nie aku berada di Rawang... Pegi lepak umah kakak wife aku dekat Bukit Beruntung.... Sambil tu nak hantar mak mertua balik kampung.... Dalam keboringan tolong kakak nyer jaga kedai kat sini.... tetibe terdetik nak buat entri pasal Nazmi Faiz Mansor... Permata bola sepak negara kita....

Nazmi Faiz Mansor
Korang boleh usha biodata Nazmi Faiz Mansor nie dekat SINI (link).... Biodata nie dibuat oleh member aku bernama Ujang.... Senang je kan.... bagi je link...tak payah nak copy-copy...Erk.... jangan terasa la ek bagi yang kaki copy tapi tak nak bagi kredit balik tu....Cuma jangan pulak korang percaya deat biodata dier pasal jurulatih peribadi tu ek... Sape copy bulat-bulat...memang kantoi! he he he...

Nazmi Faiz Mansor nie baru berumur 17 tahun... Maknanya karier dier dalam bola sepak masih panjang.... Yang lagi menariknya.... cara permainannya sangat matang dan bertaraf sehebat pemain senior yang lain... Tapi bagi aku la kan.... He's better!! Dia layak untuk bermain untuk Harimau Malaya...Pasukan senior kita!


Kenapa aku cakap dier lebih baik? Haa..... Aku akan bagi la sedikit analisa aku pasal cara permainan si Nazmi Faiz Mansor nie... First of all....dia ni pemain tengah... Pemain tengah tulen... Kelebihan yang ada pada Nazmi ialah.... accuracy passing dia.... Dari apa yang aku lihat masa dia main di Sukan SEA baru-baru nie.... Kreativiti permainan pasukan Harimau Muda sangat menonjol apabila Nazmi bermain.... Passing nya yang tepat dan through ball nyer memang setanding pemain tengah antarabangsa!

Timing passing nyer.... kelajuan bolanya.... aku rasa lebih baik dari kebanyakan pemain Malaysia yang lain.... Pemain seperti Nazmi ni lah yang sangat diperlukan pemain penyerang seperti Safee Sali ataupun Norshahrul Idlan Talaha... Barula beban depa dapat dikurangkan dan lebih fokus untuk menyudahkan hantaran sahaja...


Walaupun dengan ketinggian 167cm sahaja... Tapi tu sudah cukup bagi seorang pemain yang mempunyai kreativiti tinggi seperti Nazmi... Kekurangan dari segi ketinggian bukannya satu alasan... Jika Safee Sali aku anggap Drogba Malaysia... Apek ( Khairul Fahmi ) sebagai Casillas Malaysia... Shahrul Idlan sebagai Messi Malaysia... Nazmi nie aku anggap Fabregas Malaysia!

Nazmi Faiz Mansor boleh diberikan tugas sebagai playmaker bagi sesuatu pasukan... Kelebihan yang ada pada dirinya patut dikembangkan lagi supaya permainannya dapat ditingkatkan... Cuma mungkin Nazmi masih ada banyak kekurangannya.....

Salah satu kekurangan yang ada pada Nazmi Faiz Mansor ialah...fizikalnya... Bukan ketinggian...tapi strength nak main body dengan pemain lawan.... Itu perkara biasa bagi pemain yang masih dalam lingkungan 20 tahun ke bawah... Walaupun begitu... Nazmi seorang pemain yang susah nak jatuh! Jenis yang tak suka berlakon bila di tackle....

Selain itu.... Nazmi selalu terlepas bola sebab tidak perasan pemain lawan yang datang dari belakang.... Mungkin komunikasi pemain agak kurang.... atau Sememangnya control ball Nazmi masih belum sebaik pemain senior.... 

Kesimpulannya.... Nazmi seorang pemain tengah yang sangat berkaliber... Wonderkids Malaysia untuk bahagian tengah.... Jika terus digilap dan dikembangkan bakatnya.... Nazmi boleh bermain setaraf dengan Xavi.... Fabregas.... Kaka (muka pun dah lebih kurang sama!!) atau pemain tengah bertaraf dunia yang lain.... 


Yang menjadi masalahnya.... kita selalu memandang pemain luar negara sangat hebat...Dan memandang rendah akan kemampuan pemain tempatan.. Walaupun depa tu boleh digilap sehebat diorang.... Selalu dicemuh dan dibebankan dengan gosip-gosip yang tak sepatutnya dihebohkan.... Terlampau dimanjakan sehingga pemain berbakat tu hanyut dengan kesenangan yang terlampau banyak disaji.... Salah siapa kalau pemain berbakat tetibe malap bintangnya?? Dia ker....Atau kita??

Nasihat aku kepada pemain dan kepada penjaga kepada pemain (Persatuan atau Sekolah Sukan)....Jaga la pemain yang berbakat sebaik-baiknya... Macam Nazmi nie... Khairul Fahmi...Shahrul Idlan Talaha... Safee Sali... Syafiq Rahim.... Fazli Saas.... dan lain-lain...semua pemain nie harus dijaga sebaiknya.... Bukan dijaga makan minum jer.. Tapi dijaga dari segi fitness dan peningkatan latihannya.... Biarla selalu ada peningkatan...Jangan bagi depa nie hanyut... Taraf permainan tersekat sampai tahap sekarang jer.... Yess depa dah hebat dan matang... Tapi kalau nak setanding dengan pasukan hebat yang lain.... They need to improve more!

Bagi peminat dan jugak media massa.... Jangan la terlampau mengorek hal peribadi pemain.... Kalau boleh jangan cuba carik kontroversi dan berita gosip.... Kalau nak bagi sponsor tak per... Kalau nak bagi kritikan membina berkenaan prestasi permianan...pun tak per...Kalau nak bagi caci maki... Gosip-gosip liar...Baik tak payah....
P/S: Aku bukan kawan Nazmi Faiz Mansor!!