Showing posts with label info sukan. Show all posts
Showing posts with label info sukan. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Ulasan Malaysia vs Laos | Piala AFF Suzuki 2012


Tahniah buat Malaysia kerana berjaya mengalahkan Laos dengan jaringan 4-1... Gol-gol dijaringkan oleh Safiq Rahim, Safee Sali, Wan Zack dan Khyril... Nampaknya Harimau Malaya dah tersedar dari tidurnya... Semoga berterusan yer....

Apa yang aku nak ulas ek.... Bila menang nie susah sikit nak ulas...Sebab dah happy...tak fokus baca game...ha ha ha... Ok....Persembahan pasukan Malaysia sangat mengkagumkan semalam.... Banyak gerakan yang dihasilkan dan nampak hidup di bahagian tengah....

Nampaknya percaturan Datuk Raja menukarkan Amir Rohidan (??) dengan memasukkan Syakir Shaari memang tepat.. Dan aku sangat setuju....sebab dengan adanya Syakir....Tugas Safiq dapat dikurangkan di bahagian tengah membolehkan Safiq menghantar bola dengan lebih fokus dan berkesan.... Syabas Syakir...Itu baru peranan defensive midfield... Membantu di bahagian pertahanan dan juga mengurangkan beban Safiq sebagai playmaker pasukan...

Datuk Raja juga menukarkan pemain di bahagian sayap kanan...Kali nie Wan Zack yang masuk... Memang menjadik...Wan Zack lebih bertenaga dan dengan Gunalan di bahagian kiri...memang pening Laos nak defend... kiri kanan hidup bai.... Nak main close...winger menjadik...nak open....tengah menjadik... boleh through ball.....Memang smart...bagi Laos.....memang pening macam termakan durian berlebihan...Nasib baik tak termuntah...

Defender pun ada pertukaran di bahagian kiri dan kanan (kalau tak silap)..Dan juga penjaga gol.. Tapi pertukaran nie lebih kepada merehatkan pemain ajer.... Sebab Laos hanya mempunyai sekali sahaja percubaan tepat.... Dan jarang menyerang.....taktikal counter-attack Laos tak menjadik malam nie....Kalau bagi Apek main pun takde kesan pun...:)

Overall.....permainan lawan Laos memang berbeza berbanding menentang Singapura.... macam team lain... Kan dah kata....kalau tengah hidup... memang menjadik... Cuma sekarang nie...yang merisaukan ialah... banyak peluang yang boleh menghasilkan gol...disia-siakan penyerang....Kalau tak...semalam boleh menang sampai 7 hingga 9 gol kot... Lawan pasukan macam Indonesia...kene lebih produktif untuk hasilkan jaringan....Tapi still terbaik semalam! Gomo Malaysia Gomo.

P/S: Malaysia vs Indonesia.... game nie baru on-par balik... Harap yang terbaik dari pasukan Malaysia... Dan buat Indonesia.. fair play ok..:)

Monday, November 26, 2012

Ulasan Ringkas Malaysia vs Singapura | Piala AFF Suzuki 2012


Malaysia diundi bersama pasukan Singapura, Indonesia dan Laos dalam kempen Piala AFF Suzuki 2012 nie... Dan perlawanan pertama, menentang Singapura...Keputusan....sangat mengecewakan...kalah 0-3 di tangan negara jiran tu.... Kenapa??

Datuk K. Rajagopal duk salahkan GK Apek... Betul ke salah dia? Untuk gol kedua...memang salah dia... Boleh cakap silly mistake la dalam bahasa penjajah... Tapi overall...Apek ok jer... Tapi bagi aku yang paling teruk adalah bahagian tengah....

Tengah langsung tak hidup... Di mana hilangnya Amar Rohidan (??) yang dibangga-bangga Datuk Raja kita tu? Hilang posisi weh.... Aku geram jugak...sebab ramai lagi pemain tengah yang lebih berkaliber berbanding Amar Rohidan nie... 

Masa friendly Malaysia takde menang kan... Kira ok la masa tu masih lagi ber eksperimen... Aku tak salahkan Datuk Raja kalah di friendly...Tapi sepatutnya lepas buat beberapa eksperimen... Dah nampak dah yang si Amar Rohidan tu hilang sentuhan buat masa sekarang..... Tapi kenapa dia termasuk dalam pasukan Harimau Malaya? Dan lagi teruk....First Eleven negara masa lawan Singapura?? Pening weh..pening....

Nampak sangat kita tidak cukup kreatif dalam mengatur serangan... Enjin masuk air.. mana nak jalan... Safiq Rahim pulak out of form jugak.... Mana perginya Piya..antara midfield terbaik kat Malaysia buat masa sekarang? Nazmi Faiz pulak kenapa tak dipanggil? Bukan bias kat Kelantan...tapi pelik... pasukan yang paling perform dan paling konsisten...Tapi player yang dipanggil untuk wakil negara...dua orang je...Aik?? 

Aku memang serang bahagian tengah je... Walaupun ada yang salahkan defend... Tapi aku rasa kesalahan defend dapat dikurangkan kalau tengah tu hidup.... Nie tengah hancur..banyak serang guna kelebihan individu Norshahrul dengan Gunalan... Safee Sali penat duk tunggu hantaran cantik dari kawan... Tapi tak datang-datang... Camne nak menang? Ibarat kata coach aku... Kalau tengah mati...korang macam bawak kereta tanpa enjin...Camne nak menang race??

Bagi aku...rombak balik tengah....ataupun bagi kata-kata perangsang kat pemain tengah nie...Tampar sikit bagi tersedar dari tidur tu... Nampak sangat kekurangan.... Lepas nie lawan Laos...Sepatutnya kita boleh menang... Singapura mungkin on-par dengan kita...Tapi Laos....Takde alasan nak kalah game nie... Sebab kalau kalah....Kita OUT dari kempen Piala AFF nie....dan Pasukan Harimau Malaya kena buat rombakan besar-besaran dah... 

Player tambatan Datuk Raja sudah mula berpijak di awangan... Selesa berada di bangku pemain Harimau Malaya...Sedangkan ramai yang tidak layak...Ada yang lebih layak dari mereka....Cuma mungkin atas faktor-faktor tertentu yang sepatutnya tidak ada dalam konteks pemilihan pemain kebangsaan..... jangan pilih bulu weh....pilih yang betul-betul perform dan layak...Baru Malaysia terus maju ke hadapan...Kalau tak...camni la jadinya...

P/S: Sekadar pendapat peribadi.. Sayangkan Harimau Malaya...

Monday, May 14, 2012

Manchester City Juara EPL !!


Tahniah dan syabas untuk pasukan Manchester City kerana berjaya melakar sejarah menjuarai EPL buat kali pertama sejak 44 tahun yang lalu..... Dan lebih manis... Kejayaan itu dicapai pada saat-saat akhir di mana Manchester City pada asalnya ketinggalan 1-2 di tangan QPR dengan hanya berbaki masa kecederaan....

Kejayaan manis nie turut dirasai dua bekas pemain Arsenal, Gael Clichy dan Samir Nasri di mana perpindahan mereka berjaya membuahkan hasil yang sangat positif.... Kejayaan Manchester City nie memecahkan tradisi Manchester United yang selama nie memang terkenal sebagai satu kuasa besar dalam arena bola sepak EPL...

Antara gambar troll di FB...hehe
Ok..... cukup dah ayat skema macam berita tu.... Aku gembira jugak...sebab Arsenal berjaya capai nombor tiga dalam liga....sangat berpuas hati jika dilihat dari pemain-pemain yang ada pada masa sekarang.... Skuad yang muda dan tidak matang tapi berbakat nie memang sepatutnya mendapat nombor tiga dalam liga... 

Aku kesian kan Man Utd jer... Mesti ramai peminat-peminatnya bersorak kegembiraan sebab Man City dah ketinggalan 1-2 hingga dah last-last minit..... Komfirm dah yakin kroang dah dapat piala kan.... Tapi tu la Tuhan nak tunjuk.... Kun fayakun.... Tak perlu 90 minit masa diberi.... 5 minit dah cukup der... pap pap terus Man City menang game tu 3-2.....Pergh!! 

Bagi aku....jarang boleh tengok penentuan kejuaraan liga sampai last minit macam nie... Biasanya game last gini dah tau dah saper juara..... Tak pun masuk je first half dah tau dah..... Tapi tahun nie dramatik giler.... Dan aku suka Manchester City menang...sebab ada Yaya Toure....Samir Nasri.... dan sebagainya [mesti korang tau kan..he he]

Ok ler.....Tahniah buat Manchester City.... Kuasa baru dalam bola sepak EPL... Mesti Man Utd rombak team tahun depan.... Beli ramai pemain star nanti.... Sama macam depa kalah dengan Chelsea dulu.... Arsenal pulak...kekal dengan polisi pemain mudanya.......haih...

P/S: Harap Arsenal beli keeper dan defend baru....

Wednesday, May 9, 2012

Nazmi Faiz Bakal Sertai Kelab Liga Divisyen 1 Di Portugal | Apa Nama Kelab Tu?


Siapa yang tak kenal siapa Nazmi Faiz nie.... memang tak minat bola sepak tempatan... Sebab Nazmi Faiz nie bagi aku ada bakat semulajadi yang tinggi.... Aku pernah labelkan mamat nie sebagai permata bola sepak negara (link) suatu ketika dulu.... Dan sekarang....dikatakan Nazmi Faiz bakal sertai kelab Portugal...

Bukan calang-calang kelab kalau mengikut khabar angin yang dibawa angin nie..... Yang pastinya... kelab yang dikatakan itu dari Liga Divisyen 1 di Portugal... Maknanya bukan sebarangan kelab.... Dan aku ada terdengar jugak...kelab yang dimaksudkan tu pernah disertai pemain terkenal yang kebanyakan korang minat nie... Christiano Ronaldo... So....berapa kelab yang si Christiano Ronaldo pernah sertai semasa bermain untuk liga divisyen 1 di Portugal? :)

"Tolong la...Bagila Nazmi main di Sporting Lisbon...", Kata Ronaldo...:D
Tekaan aku.....kelab yang dimaksudkan tu mungkin kelab Sporting Lisbon.... Sebab sebelum Christiano Ronaldo bermain di Manchester United...Dia bermain di Sporting Lisbon... Dari situ si Alex Ferguson nampak bakatnya yang luar biasa semasa pertemuan kedua-dua kelab tu untuk Champion League kalau tak silap.... Sama jugak macam si Nani sekarang tu.... 

So....tidak mustahil la kan kalau nak tengok Nazmi Faiz bermain untuk Champion League nanti jika benar tekaan aku nie.... dan tak mustahil juga untuk bermain di English Premier League untuk beberapa tahun akan datang disebabkan sudah mendapat kerakyatan EU nanti.... Kiranya dah termansuh la sekatan undang-undang ranking corot Malaysia tu untuk Nazmi Faiz....


Apa-apa pun.... masih di peringkat perbincangan....kalau betul la Nazmi Faiz dapat bermain di sana.... Aku akan sokong kelab Sporting Lisbon la pulak nanti.... Dan harap Malaysia boleh la adakan highlight untuk liga Portugal pulak nanti...he he he....

P/S: Tak mustahil Nazmi Faiz dapat pangkat Datuk suatu hari nanti...huhuhu

Tuesday, January 31, 2012

Nazmi Faiz Ada Harapan Bermain Di Cardiff City


Selepas beberapa pemain Harimau Malaya dipanggil untuk menjalani latihan bersama di Cardiff City.... Nampaknya peluang kita nak tengok pemain negara bermain di sana semakin cerah.... Mungkin sebelum nie kegagalan pemain negara bermain di eropah atas kerana faktor ranking dunia.... Kali nie.... Peluang tu mungkin dapat diatasi atas faktor pemain remaja.... Itulah peluang yang terhidang untuk Nazmi Faiz Mansor untuk bermain di Cardiff City...

Nazmi Faiz memang terbaik.... Kalau terus digilap...Aku yakin dia dapat maju jauh ke depan...Passing dia yang tepat dan kreativitinya di atas padang menampakkan bakat semulajadinya untuk mengatur permainan di atas padang.... Aku dah terangkan di entri SINI (link)... 

Kali nie... Cardiff City pun tertarik untuk mengikat kontrak pemain berbakat nie, Nazmi Faiz... Sebelum nie...masalah ranking kita yang menggagalkan pemain... Tapi kali nie kita ada peluang....Disebabkan umurnya yang muda.... Kemungkinan kelab Cardiff City akan mengikat Nazmi Faiz sebagai pemain remaja dan dipinjamkan ke liga-liga eropah yang lain yang tidak begitu ketat prosedurnya seperti liga Belgium... Dari situ... Nazmi Faiz mungkin akan mendapat kerakyatan negara Eropah dan dari situ....Boleh digunapakai untuk mengatasi masalah ranking dunia negara kita..... 

Cardiff sebelum ini telah memberikan sesi latihan percubaan kepada Safee Sali dan Safiq Rahim tetapi dengan Safee yang telah berumur 27 dan Safiq 24, Nazmi dikatakan mempunyai peluang yang lebih cerah kerana baru berumur 17 tahun. 

Harapan aku... Jika berita Nazmi Faiz akan berada di Cardiff City selama setahun itu menjadi kenyataan... Sepatutnya ia jadi titik tolak penggerak kepada semua pemain bola sepak negara kita.... Pemain negara tidak kurang hebatnya.... yang kurang cumalah kekuatan mentaliti kita...Terlampau menyanjung kehebatan pemain luar... tapi merendah-rendahkan kemampuan diri sendiri... 

Kalau tidak kerana syarat FIFA... Safee Sali dan Safiq Rahim mungkin dan berada di Cardiff City... Mungkin ramai lagi agaknya yang sepatutnya boleh bermain di Eropah.... Ermmm.... Mungkin syarat FIFA nie agak buyers kepada pasukan ternama dunia kan (Sebab depa nie yang sellau berada di top ranking) ... Yang kuat (golongan bangsawan la kot) tetap di atas.. Yang membangun dan yang lemah (golongan biasa) perlu cari inisiatif sendiri untuk setaraf dengan yang kuat.... Contohnya.... Jepun...

P/S: Good luck Nazmi faiz... yang lain bila lagi?