Showing posts with label biodata. Show all posts
Showing posts with label biodata. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Siapa Tasha Shilla ?? | Biodata

Tasha Shilla
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 diadakan di Genting Highlands.... Aku layan ikut TV jer.. Nak tengok bola Manchester Utd lawan QPR....Dah tau dah sape menang....Sebab awal-awal referee dah "pakai baju Man Utd"....Hmmm.... layan je la ABPBH 2012... Sekali anugerah pertama diumumkan....pelakon wanita baru paling popular...Tasha Shilla........Whattt???

Ermm..... Aku agak terkejut jugak la kan....sebab aku tak kenal langsung sape Tasha Shilla nie! So...ape lagi....aku google la.... Sekali jumpa la pasal dia.... Oooooooo... Terkenal jugak rupenyer..... Tapi was she deserve it? Kena tanya Berita harian la kan....he he he

Ape-ape pon.... Aku kongsikan la jugak Biodata Tasha Shilla kat korang sumer.... Nak kenal dan nak tau boleh...Tapi jangan sampai taksub sudaaah.... 

BIODATA TASHA SHILLA

NAMA: Natasha Sheila Abd Razak
NAMA KOMERSIAL: Tasha Shilla
ASAL: Ampang, Selangor
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1987
USIA: 24 tahun
KERJAYA: Model dan pelakon
FILEM: Ratu The Movie dan Klik 3GP
DRAMA: Dottie, Gemilang, Sahara, Panggilan Arwah, Sejundai, Cinta Dalam Botol, Mila Kejar Cinta, Ramadan Terakhir dan slot Samarinda, Bunga April, Tentang Dhia.

Haaaa...itu ler Tasha Shilla...... Tapi banyak keputusan dalam ABPBH 2012 nie.....buat ramai yang terkezut kan.... Sikit-sikit zassss terkejut....sikit-sikit zasss terkejut... Mesti ramai tak suka Aaron Aziz kalah kan untuk pelakon drama lelaki popular? muahahaha....Cuma menang untuk Pelakon Lelaki Popular jeeeer.... Tapi apa-apa pun.... Adaa aku kessah! he he he

P/S: Buat entri sambil tunggu Dominos delivery tak sampai-sampai...huh

Thursday, July 7, 2011

Biodata Nurul | Tolong Awek Aku Pontianak

Dari Zon artis
Sape tak kenal Nurul....penyanyi yang dulunya memang tak asing lagi kan.... Aku dulu minat jugak si Nurul nie....lagu macam Selagi ada cinta tu memang tak asing lagi la kan..... Hitam-hitam manis dier nie..... Tapi sekarang ni, makin berjaya di dunia lakonan..... Citer terbaru...Tolong Awek Aku Pontianak...

Aku tak tengok lagi citer nie....tapi aku dengar citer memang bes.... Aku tak nak citer pasal citer tu....aku cuma nak kongsi dengan korang pasal biodata Nurul jer..... Meh la mendekati profil diri Nurul nie....biodata Nurul.

NAMA SEBENAR: Nurul Huda Abdul Wahab
ASAL: Tasek Gelugor, Seberang Prai, Pulau Pinang
TARIKH LAHIR: 27 Julai 1977
UMUR: 33 tahun
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Ayu Nazirah, 13
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan duta produk
ALBUM SOLO: Nurul (1995), Ikhlasnya Cinta Ku (1996), Kini Dan Selamanya (1998), Cita Dan Cinta (2000) dan Tika Cinta (2009)
DRAMA: Siri 26 episod, Kau dan Aku, Rahsia Hati, E-Toyol.com
FILEM: Sate, Kapaww, Tolong Awek Aku Pontianak
DUTA PRODUK: Glow & Glamour, kanta lekap ColourVue
PENCAPAIAN: Artis Baru Terbaik AIM 1997, Lagu Paling Popular Pujaan 10 Nescafe 1995 (Kerana Terluka) dan Lagu Terbaik AIM 2004 (Selagi Ada Cinta)

BLOG FAVOURITE: WACANAKU ( Masih belum dipastikan)

Wednesday, July 6, 2011

Biodata Fazura | Tahajjud Cinta

Sebagai intro untuk drama Tahajjud Cinta nie..Aku dah bagi la sikit SINOPSIS di entri yang INI... Korang boleh la jenguk-jenguk.... Kali ni aku nak utamakan wataknya puler.... Watak Utama citer nie ialah yang dilakonkan oleh Fazura... Fazura dalam citer ni bertudung rapi... Sangat sesuai dengannya.... Dengan itu...aku sediakan sedikit biodata dier di sini...


Nama: Nur Fazura Sharifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1983
Tempat Lahir: Pekan, Pahang
Adik Beradik: 4 (anak ketiga)
Pekerjaan: model iklan, pelakon filem dan drama

Lakonan dan Kerjaya:
Filem: Bicara Hati (2004), Qaisy dan Laila (2005), Senario XX (2005), Gol & Gincu (2005), Kayangan (2007), Selamat Pagi Cinta (2008).

Drama: Gol & Gincu I, Gol & Gincu II, Diari Datin, Kasih Suci,Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta 4, Tikar Buruk, Rendang Untuk Mertua, Ezora, Kitab Cinta dan Tahajjud Cinta

Pengacara: VJ di MTV Asia, VJ di salah sebuah rancangan ESPN

Blog Faveret: WACANAKU (Ini rumors jer....he he)


Tapi....dalam banyak-banyak watak yang die bawak...aku rasa aku paling suka watak yang dalam drama terbaru nie.... Sebab sangat molek dan sesuai untuk dibawak terus ke realiti hidup dier.... Aku doakan agar dier kekal dengan imej tu....Aminn...:)

Monday, June 13, 2011

Hazama | Juara AF 9 | Biodata

Kepada yang minat Akademi Fantasia... Pemenang AF 9 ialah Hazama !! Yea!! Aku tak tau sape dier pun.....he he he... Tapi dengan adanya sumber internet....maka aku persembahkan kepada korang si Juara AF 9.... Inilah biodatanya...

Nama : Hazama Bin Ahmad Azmi

Nama Manja HAZAMA

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Asal : Keramat

Tarikh Lahir : 28 November 1984

Umur : 27 tahun

Tinggi : 173cm

Facebook : http://www.facebook.com/hazama.azmi ( dah full)

Penyanyi Pujaan : Once(Dewa)

Blogger Pujaan : Bro Wacana 

Secara tipunya.... Hazami AF 9 ni nak join GA aku jugak.... Bagi sesape suka si Hazama nie... wajib join GA aku di  SINI... he he he.

Sunday, May 22, 2011

Biodata Tiz Zaqyah | Nur Kasih | Gosip Terbaru


Sebelum tu nak bagitau....aku ada buat segmen (Wacana) baru..... Sape menang dapat review khas dari aku dan masuk dalam bloglist.... Sape berminat klik SINI. Klue dah diberi di entri selepas entri tu....he he he.

Sekarang nie sibuk dan femes tentang citer terbaru Malaysia nih....citer Nur Kasih. Semua duk sembang-sembang pasal citer ni nih... aku tak tengok lagi.....drama bersiri dier pun tak tengok.....best ker? he he he.. Ok...ok....nanti la aku tengok ok... Bes la kot.....sebab sumer suke tengok citer nih... Dengan ini....aku sediakan biodata pelakon utama wanitanya, Tiz Zaqyah.


NAMA:Siti Zaqyah Abdul Razak

NAMA GLAMOR:Tiz Zaqyah

TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988

Blog Paling Disukai : Wacanaku

ASAL: Kuala Lumpur (Bukan Kelantan Okeh..)

STATUS: Bujang (Sape single? Silakan..:D)

KARIER: Pelakon (Bukan blogger la tu....)

CITA-CITA: Dapat sign autograf dari Bro Wacana :D (Ok....sila muntah...ha ha)

PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

MULA BERLAKON: 2006

DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana, Nur Kasih, Asmaradana, Spa Qistina, Gemilang, Wacana Kasih..(Nak jugak)

TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih, Keabadian Cinta, 7 Lagu, Wacana di Hujung Jari..he he he

FILEM: Nur Kasih, Wacana The Movie (Ok tak? huhu)

PENCAPAIAN: Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 09)

PERWATAKAN DIRI: Mesra dan Ceria (Sama dengan Bro Wacana)

WATAK IMPIAN: Seram, psiko & gila (Bukan ker dah seram dan....ker? he he)

Dalam citer tu....Tiz Zaqyah tu pakai tudung kan..... sangat sesuai.....tapi kan.... ada la gosip terkini mengatakan yang Tiz Zaqyah ni sebenarnya tak suka sesangat pakai tudung.... laaa..... ape kene pulak nie... pakai tudung la bagus Tiz oi.... Lagipun nampak lagi cantik dan anggun kalau si Tiz Zaqyah ni pakai tudung kan.....kan.....


Semoga Tiz Zaqyah terbuka hatinya untuk mengekalkan imejnya dalam citer Nur Kasih tu... Aku suka kalau artis-artis wanita Malaysia ni berimejkan macam tu... imej islamik....sebab sudah pasti menjadi turutan ramai peminat... Kan molek macam tu....kan? Dapat jugak la menabung ke alam kubur dan akhirat nanti......:)

Wednesday, May 18, 2011

Biodata Maher Zain


Di sini.... aku sediakan biodata penyanyi ternama sekarang, Maher Zain... Didapati semasa mengambil data-data ini..... ada seorang blogger telah hack data ni dan telah bercampur dengan data yang tidak benar.... Harap dapat menjejaki ketipuan dan kebenaran itu...he he he

Nama sebenar: Maher Zain


Kawan Rapat : Bro Wacana

Tarikh lahir: 1982

Tempat lahir: Khabar angin katanya di Kelantan..... Tapi yang sebenarnya di Lubnan


Umur: 28 tahun


Status: Berkahwin (Melepas la korang...hehe)


Kerjaya: Penyanyi, Pemuzik
, Blogger (Tengah belajar dengan Bro Wacana)

Genre: R&B, Soul, World Music, akustik, Wacana (Nak jugak)


Label: Wacana Record (Tipu) , Awakening Records (Benar)


Album: Thank You Allah (2009), Wacana Ku Wacana Mu.. (Kemungkinan kecil)


Pencapaian: Lagu Keagamaan Terbaik 2009 (Ya Nabi Salam Alayka) dari Nujoom FM (stesen radio terbesar Mesir), Djemput menyanyi di Majlis Perkahwinan Bro Wacana (2011)



Lagu Terbaru : Freedom, Wacana di Rumah Usang,

Blog Paling Diminati : http://wacanaku2009.blogspot.com

Itu la sedikit sebanyak biodata Maher Zain.... semoga korang dapat mengasingkan data-data yang telah dicampur adukkan.....Harap maaf......he he he.

Saturday, April 30, 2011

Biodata Kate Middleton

Oleh kerana ramai yang mintak...aku buat la untuk korang.... supaya korang dapat la mengenali si Kate Middleton nih.... kompem la nanti jadi lagi popular dari artis-artis di seluruh dunia..... Harap tak jadi macam Princess Diana la yer... Rakyat biase jadi permaisuri ni biasenyer tak disukai sikit dalam keluarga di raja.... Semoga bahagia la Kate.. Sabar je la dengan karenah diraja tu.....


Nama Sebenar: Catherine Elizabeth “Kate” Middleton
Tarikh Lahir : 9 January 1982
Tempat Lahir : Reading, Berkshire, England.
Pernah Belajar Di :  University of St Andrews, Scotland


Nama Ayah: Michael Francis Middleton
Nama Ibu: Carole Elizabeth (née Goldsmith)
Nama Suami : Prince William
Maklumat Bertunang : October 2010 in Kenya, East Africa
Maklumat Kahwin: Westminster Abbey pada 29 April 2011
Panggilan Rasmi : Her Royal Highness The Duchess of Cambridge.

Nama abang tapi ibu lain-lain : Pembawa Wacana


Wokeh..... Pasal tinggi dan berat badan.....tak jumpa cari...hihi. Tinggi tu...lebih kurang aku je kot.... berat.....mengikut keadaan semasa! Ha ha ha... Semoga mendapat hidayah masuk Islam...lalalala~~