Wednesday, July 6, 2011

Sinopsis Drama Tahajjud Cinta | Slot Zehra

Selepas citer Nur Kasih...Aku rasa citer ni la yang akan pecah TV kot..... nak kata pecah wayang...tak berapa kene lagi kan...Lain la kalau nanti ditayangkan dalam bentuk filem... Citer ni bertajuk Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima... Drama ni akan ditayangkan di slot Zehra di TV3.


Drama ni 13 episod jer... Tapi kalau dilihat dekat sinopsis dier...memang gempak jugak la... Pelakon-pelakon dier ialah Fazura (Comelnyer bertudung), Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa.

Comel Jer..Kan Baik Kalau Kekal Imej Nie..:)

Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila. Drama terbitan syarikat produksi Rumah Karya Citra ini akan mula ditayangkan pada 8 Julai depan pada setiap Jumaat pukul 9 malam dalam slot Zehra di TV3.

Aku bagi la sinopsis sikit... Citer ni pasal percintaan yang lahir dari persahabatan.... dalam waktu yang sama... Pembelaan hak wanita jugak ditimbulkan... Dan jugak berkenaan seorang manusia yang menyalahgunakan agama kerana nak memenuhi nafsunya... Si heroin (Fazura) cuba menyelamatkan keadaan..Dapatkah dier selamatkan mangsa? Siapakah mangsa tu? Adakah dirinya sendiri? Jeng Jeng Jeng.....

Inilah sedutan yang aku dapat dari YOUTUBE....

10 comments:

Isteri Encek Bard said...

suker tgk fazura bertudung.. kan amnis kalau dier bebetul berhijab

mizz mira said...

saya mira :)
ada idea tuk logo :)

Rozali said...

Assalamualaikum PW

moga ada pahalanya ditayangkan di mlm jumaat

Wassalam

schaze zainn said...

fazura memang sentiasa cantik =D

yayan said...

fazura dh memang cantek .. pakaikan apa pn cantek .. sgt suka fazura !

zuwaidah said...

ok, kena tengok nih..kalau terlepas boleh tengok thru tonton.com.my

nasyitahahmadzaini said...

xsabar nk tgk!

eila said...

x sabar nak tengok hari jumaat ni abg remy saya berlakon i like!

puanbee said...

selepas nur kasih , nora elena bro .. pastu mungkin tahajjud cinta

Lizz said...

bagus kak erma fatima punya inisiatif to buat drama2 bergenre islamic camni.

IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR
Berminat? Terus wassap ke: 011-14957785