Showing posts with label latar belakang. Show all posts
Showing posts with label latar belakang. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Biodata Ustaz Dr. MAZA | Latar Belakang


Sebelum nie aku ada buat biodata Ustaz Azhar Idrus.... Biodata Ustaz Don.... Kali nie aku simpulkan biodata Ustaz Dr. MAZA pulak..... Sape yang tak kenal lagi.....mari lah kita berkenalan dengan ustaz-ustaz nie... Kita hafal nama-nama ustaz pulak....Selalu duk hafal nama artis je kan....:D

BIODATA Ustaz Dr. MAZA

NAMA: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
NAMA PANGGILAN : Dr. MAZA
TAHUN LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang

PENDIDIKAN FORMAL:
  • Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
  • Kolej Islam Klang
  1. B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
  2. M.A Pengajian Islam USM.
    Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
  3. Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003)
    Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir.
  4. IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). 

JAWATAN:
  • Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
  • MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
ANUGERAH:
  • Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis.
  • Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H.
  • Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H
  • Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H
WEBSITE Dr. MAZA:

Kalau nak yang detail lagi...korang boleh la merujuk sendiri dari website Dr. MAZA tu.... Aku cuma cuba berkongsi sahaja... Usaha memperkenalkan nama-nama pendakwah supaya lebih dikenali di mata masyarakat.... Tidak ada unsur-unsur politik yer.... :)

P/S: Lepas nie sape pulak yer.....Hmmm.....

Sunday, January 8, 2012

Biodata Ustaz Don Daniyal | Latar Belakang


Biasanya orang duk letak biodata artis-artis kan... Aku pun ada jugak sebelum nie letak biodata artis.... Kali nie aku letak biodata ustaz la pulak..... Ye la.... kalau takde latar belakang.... nanti ada pulak yang nak tabur fitnah macam-macam kan.... Sebelum nie aku ada bagi biodata ustaz Azhar idrus di SINI (link). Kali nie aku bagi biodata ustaz Don Daniyal pulak.... 

Ustaz Don Daniyal nie sekarang popular di TV AL-HIJRAH.... Ada rancangan khas bersama ustaz... Aku folo jugak rancangan nie.... Ye la.... Rancangan realiti boleh folo...takkan rancangan macam nie takleh folo kan... he he he... Rancangan dia ada slot tajwid...hukum asas... dan lain-lain... Inilah sedikit sebanyak biodata ustaz Don Daniyal..

BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir:
14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)
Blogger Yang Diminati: Bro Wacana [Pergh.... kalau la betul....hehe]

Itulah sedikit sebanyak biodata Ustaz Don.... Cara penyampaian Ustaz Don ada kelainan.... Bagi sesiapa ayng suka penyampaian yang lebih direct dan santai...Boleh la mendengar celoteh dari Ustaz Don nie... Ni satu video dari Ustaz Don... Semoga kusyuk mendengar dan menonton video itu....:)

P/S: Ustaz masih bujang tu..he he....:)

Thursday, January 5, 2012

Siapakah Ustaz Azhar Sebenarnya ? | Biodata Ustaz Azhar Idrus

Terlebih dahulu....ingin dinyatakan di sini.... Kepada sesiapa yang nak dengar gosip murahan....fitnah caci mencaci.... Carut mencarut... Bukan di blog nie yer.... kalau nak..korang pegi la blog-blog yang suka memfitnah dan mencarut....Di sini sekadar berkongsi pendapat secara santai dan menyampaikan mesej berguna kepada pembaca blog..... Sekarang kecoh pulak pasal Siapakah Ustaz Azhar idrus nih...... Apa latar belakang ustaz Azhar Idrus.... Dari mana asalnya ustaz Azhar Idrus.... Kerana ada gosip dan fitnah lagi ditabur pihak tertentu... Astaghfirullah...

Aku sangat terkejut kerana ada jugak yang sanggup menuduh dan memfitnah Ustaz Azhar Idrus nie.... Nak kata beliau nie suka kacau orang....takde kan.... Nak kata ustaz nie masuk bertanding wakil rakyat.... pun takde lagi stakat nie..... nak kata ustaz ada fitnah orang....pun takda.... Tapi kenapa beliau tetap jadi mangsa?? Inilah barangkali konsep kehidupan akhir zaman.... Sape perjuangkan agama... HIDUPNYA PASTI DITENTANG HABIS-HABISAN......

Pasal fitnah yang ditabur tu... tak kisah la parti mana kan... Aku cuba cari sumber sahih pasal kes tu..... Apa yang aku jumpa..... KOSONG.... TAKDA.... Apa yang sorang blogger tu duk bagitau... Takde bukti kukuh.... Cakap kosong duk tabur cerita panas... Kalau yer ada orang bagitau.... Boleh dipercayai ker si mamat pencerita kisah dongeng tu? Patut ditanya pasal biodata si mamat yang bercerita tu.... Pernah menipu ke tak....seorang yang soleh ke tak.... solat tak tinggal ke tak... Otak dia weng ke tak.... Kalau suka duk mencarut pun tak boleh pakai cerita nya.....

Yang kedua.... dalam ramai-ramai penduduk di Malaysia nie... Kenapa nak hentam seorang ustaz yang cuba menyebarkan ajaran agama Islam? Aku rasa ramai lagi orang kenamaan yang patut dijadikan tajuk cerita... Kisah yang terbukti ada bukti yang sahih.... Untuk dijadikan pengajaran...Bukannya tuduhan melulu tanpa segan silu..... Jangan la kerana parti politik korang sanggup membelakangkan ajaran agama! 

Kepada blogger yang rasa nak tahu akan siapakah Ustaz Azhar sebenarnya.... Korang boleh la menghadiri ceramah-ceramah agama atau kuliah agama beliau yang diadakan berdekatan dengan kawasan anda..... Tanya sendiri secara face to face.... Tengok sendiri apa karakter ustaz yang sebenar... Kepada siapakah yang selalu kene perkataan "BODOH" tu.... Kepada korang ke kepada orang-orang fasik dan kafir yang secara terang-terangan menentang Islam?

Inilah sedikit sebanyak latar belakang atau biodata Ustaz Azhar Idrus
  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Aku cukup terasa bila ulamak ditentang.... Kalau ulamak sesat ditentang takper.... Tapi ulamak yang mengajar ajaran mengikut kitab Quran dan Hadis yang dipersoal.... Aku ulang sekali lagi... JANGAN KERANA GILAKAN PARTI POLITIK, PERJUANGAN KORANG TERPESONG KE JALAN YANG SESAT.... Tak berbaloi.... Jangan dicuba tegakkan benang yang basah.... 

Bagi aku...UMNO, PAS, PKR hanyalah parti politik... Perjuangan asal yang cukup selari dengan perkembangan negara... tetapi sayang..Tak sama agendanya dengan pengikut-pengikutnya... MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA! Jangan kita pulak yang lebih-lebih tak tentu pasal... UMNO, PAS, PKR sepatutnya berada di bawah payung yang sama... ISLAM!! Jangan lupakan ajaran ISLAM semata-mata sayangkan parti ciptaan manusia tu.... TOLONG LA FAHAM...... Hentikan la segala fitnah.... Kalau betul sekalipun... Kita sebagai umat islam dilarang membuka aib orang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri...apatah lagi kepentingan parti...

Ini video pasal ustaz

P/S: Umat akhir zaman: Ulamak dipancung! Musuh Agama Disanjung!