Showing posts with label Safee Sali. Show all posts
Showing posts with label Safee Sali. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Safee Sali Ke Cardiff City

Akhirnya terjawab sudaaa..... Safee Sali akhirnya akan ke Cardiff City.... kelab liga Inggeris yang sekarang nie berada di tangga ke-6 dalam liga kejuaraan England.... Liga nombor dua tertinggi di England... Walaupun berita nie dah agak lapuk... Tapi aku cuma nak pastikan berita benar-benar terjadi.....

Diambil dari KOSMO
Cardiff City adalah kelab pertama yang dimiliki rakyat Malaysia.... kelab kedua ialah Queens Park Rangers... Sebelum nie Safee Sali ada dikhabarkan akan ke QPR juger... Tapi akhirnya memilih Cardiff City sebagai destinasi seterusnya selepas menabur kudrat di Pelita Jaya...

Safee Sali akan ke Cardiff City untuk menghadiri sesi latihan dan ujian yang pastinya melakar sejarah buat negara kita.... Masa depan Safee Sali bergantung pada keputusan latihan dan ujiannya itu.... Jika berjaya memuaskan Malky Mackay, iaitu pengurus kelab itu.... Safee Sali akan ditawarkan kontrak untuk bermain di kelab itu...

Safiq Rahim juger dikhabarkan akan ke England tetapi masih terikat dengan kontrak dengan Selangor untuk Piala Malaysia.... Jika benar la berita nie.... Maka Safiq Rahim juger mungkin akan menjadi pemain kedua yang akan bermain di sana...

Semoga semakin ramai la pemain negara kita yang akan terpilih untuk bermain di sana.... Aku rasa ramai lagi pemain yang mampu dan boleh menyinar jika diberi peluang bermain di sana... Sebab pemain kita sememangnya mampu untuk ke persada antarabangsa....cuma pendedahan jer yang tidak mencukupi...

P/S: Norshahrul Idlan Talaha takde orang nak beli ker.....he he

Sunday, August 14, 2011

Giliran Amirul Hadi, Badrol Bakhtiar Pula Dirisik Kelab EPL dan Jepun

Sememangnya pemain negara sudah terbukti meningkat... Kalau tak...mana tak sampai ke tahap sekarang kan... Cuma perlu ditingkatkan lagi...kita jauh lagi nak sampai ke level Comfort Zone dalam bola sepak.... Perlu diusahakan lagi.... Apa yang membuktikan kejaguhan pemain kita ialah... Pemain kita dah mula di usha kelab-kelab luar....Amirul hadi dan Baddrol Bakhtiar menjadi pemain yang seterusnya...


Baddrol Bakhtiar dikatakan berjaya mendapat perhatian kelab dari English Premier League iaitu The Latics...Kenal tak? Ala....Wigan tu.... Kelab EPL tu bai....bukannya kelab divisyen bawahan.... Dikatakan Baddrol akan diberi tempoh percubaan untuk bermain dengan kelab itu.... 


Amirul Hadi pulak... berjaya mendapatkan perhatian dari kelab Jepun dan jugak kelab dari liga Indonesia, Persib Bandung.... Kelab liga Jepun tu tak dikenal pasti lagi.... Cuma yang menariknya....Kalau betul la Amirul Hadi ke Jepun....Beliau merupakan pemain pertama dari Malaysia yang akan bermain di Jepun.... Cayalah!
Pemain-pemain lain yang dah mula ditawarkan ialah Safiq Rahim dan Safee Sali... Untuk Safiq Rahim...beliau dikhabarkan akan ke Persija Jakarta dan Safee Sali pula akan ke Jerman... kelabnya sememangnya mengejutkan aku....FC Koln...Kelab yang sebaris dengan Werder Bremen.... FC Wolfsburg... dalam liga utama Jerman.... Haaaaaah Sempuuuut....

Aku duk tunggu sape la pulak nak beli Norshahrul Idlan Talaha dan si Khairul Fahmi nie.... Depa nie bagi aku berstatus tinggi jugak nie.... Mane la tau depa boleh main liga Sepanyol pulak ker.... Boleh la Shahrul belajar dengan Messi kan.... Khairul Fahmi pulak mane la tau boleh ke liga Itali kan...boleh belajar dengan si Buffon tu..... Pergh! memang WORLD la angan-angan....hahaha.....

Sumber asal dari SINI

P/S: Tak kisah la liga mana-mana... Asalkan dapat menimba ilmu... Go Harimau Malaya Go!

Wednesday, August 10, 2011

Safee Sali Dapat Tawaran Ke Bundesliga Jerman

Sape sangka... Safee Sali telah berjaya memikat kelab dari Jerman.... Haaaa..... Kan aku dah kata... Safee Sali sememangnya berada di tahap jauh ke hadapan berbanding pemain lain di Malaysia.... Tengok la cara dier bermain dan kekuatan fizikalnya... Dan yang paling penting sebagai striker utama nie..... Finishing dan jugak movement offball dier.....


Kalau nak tau...movement offball nie... cara dier membuka ruang kepada pemain lain di padang semasa dier tidak memegang bola.... Dia tau mane nak pegi.....tak lost dan tak statik jer.... Selalu bergerak membuka space kepada kawan-kawan membuat hantaran atau melarikan defender.... Haaa....susah nie....

Walaupun begitu....berita tawaran Safee Sali ke Bundesliga Jerman nie masih di peringkat awal.... Segala perbincangan masih belum diputuskan lagi..... Kelab mana pun masih belum diketahui.... Ni sememangnya benar...Cuma tidak diketahui status nya...

Jika benar la Safee Sali akan ke Jerman... Aku harap dier bermain dengan sebaik mungkin di sana.... Tak kisah la liga peringkat mana pun.... Janji dapat pengalaman bermain di negara asing nie...suatu yang boleh menigkatkan lagi permainannya dan jugak untuk Malaysia.... 

Buat pemain Malaysia yang lain.... berusaha la lagi....Bukan sekadar nak bermain baik di liga tempatan jer... Cuba la bermain dengan sehabis baik supaya kelab luar berminat nak dapatkan korang.... Syafiq Rahim pun mungkin akan menjejak kaki ke Indonesia... Sape lagi lepas ni? Ade yang akan ke liga Inggeris tak? :)

P/S: Jauh perjalanan, luas pemandangan, matang pengalaman.....

Wednesday, August 3, 2011

Isu Monkey | Nak Kutuk Pun Agak-Agak La...

Entri nie sebenarnya sekadar entri kecewa dengan sikap seorang isteri pemain bola sepak Singapura nie.... Kecewa dengan mulut cabul (Mulut ker jari ek??) die yang kecoh pasal isu "monkey" nie..... Bagi aku la kan.... AGAK-AGAK LA NAK KUTUK tu der.... 


Kalau dilihat dari gambar yang aku sedut dari BOM321 nie.... Sememangnya tak terpikir langsung nak kutuk sampai tahap monkey nie.... Nak kutuk orang pun agak-agak la kak..... Ingat senang ker nak buat bicycle kick nie.... Cuba buat tengok...... Aku rasa habis terangkat dan terselak kain akak tu.... Tu pun kalau pakai kain.... kalau pakai seluar..... komfem terkoyak!

Tau la semangat nak sokong negara sendiri.....tapi jangan la sampai mengutuk sampai tahap tu.... Pasukan Singapura nanti kerap datang Malaysia....Kang kene serbu kang.... Peminat di negara Malaysia nie tak la sepasif peminat kat sana..... Kat sini.... silap sikit....goyang lutut tu kene maki.... Jaga-jaga yer....

Ni video yang aku ambik dari YOUTUBE pasal bicycle kick serentak Safee Sali dan Amirul Hadi..... Semat derr!! Mana nak carik dua pemain buat lipatan serentak.... Ni kalau hantar ke The Most Amazing Video nie... boleh menang nie......:)


Untuk akak tu... sila la mintak maaf yer... Benda kecik jer nie.... Tapi jangan sampai benda kecik nie jadi besar pulak.... Sampai nak samakan dengan binatang..... kecewa Safee Sali... Ye la... aksi menarik gitu disamakan dengan monkey.....Jauh bebenor...

P/S: Kalau cakap sama dengan Monkey D. Luffy dalam One Piece tu ok jer.... he he he

Sunday, July 24, 2011

Faktor-faktor Malaysia Kecundang Di Singapura

Entri ni khas untuk nicangkan kenapa pasukan Malaysia tewas di tangan Singapura di Stadium Padang Besar 3-5 semalam... Apa yang aku komen di sini.... adalah dari pengalaman aku melihat dan menganalisis perlawanan sebelum nie... Hasil dari apa yang aku perhatikan.... Mungkin ni la faktor kekalahan pasukan negara kita....

Goalkeeper - Ni faktor terbesar... Aku tak tau la apa dah jadi dengan keeper Salbani nih... dia macam gugup atau gabra....atau mungkin jugak overconfident..... Macam keeper kebanyakan jer... Banyak buat mistake... Mistake pertama... Dia tak main peranan nak conduct defend.... Dan jugak nampak tidak selesa bermain di padang tiruan... Memang nampak ketara.... Tapi aku tau....dia dah cuba buat yang terbaik... Tapi untuk Khamis nie...aku harap Apek (Khairul Fahmi) yang akan bermain

Defender - Yang ni memang aku dah cakap masa analisa aku untuk Malaysia vs Liverpool tempoh hari.... Defend kita sangat rapuh.... bukan sebab movement pihak lawan....tapi defend kita sendiri mengundang bahaya dengan mistake yang ketara.... Mistake yang aku maksudkan nie.... Disiplin dalam organise line defend... memang tersangat jelas dan ni ler punca kekalahan kita di tangan Arsenal, Liverpool dan yang terbaru....Singapura.... Depa tak ada leader yang bagus nak conduct defend.... Defend Malaysia lawan Chelsea jauh lebih baik.... Sebab tu aku ada suggest... Nur Hafiz Zamani dan S. Subra lebih cemerlang buat masa sekarang berbanding defender skuad senior Malaysia sekarang...

Midfield - Nampak jelas dalam separuh masa pertama....midfield hilang tah ke mana.... Tak memainkan peranan sebagai enjin atau penggerak pasukan... nampak lebih membantu defender dari menyerang.... Ni akan membuatkan pasukan Singapura mengawal permainan dengan lebih senang dan rilek... Syafiq Rahim tenggelam malam nie... Separuh masa kedua baru menampakkan sedikit pergerakan.. Tu pun banyak hasil dari movement offball cantik dari Safee Sali.

Lagi satu masalah.... K. Rajagopal memasukkan Ismail Faruqi menggantikan Abdul Hadi dalam kesebelasan utama.....Who is this guy? Aku terkejut tengok mamat nie main untuk masa pertama... Aku tunggu la jugak kot-kot la menjadik percaturan K.Rajagopal nie... Tapi memang nampak ketumpulan jentera serangan berpunca dari dier.... Kesian Safee Sali...berusaha keras mengucar-kacirkan pertahanan Singapura... Tapi lack of finishing dari pemain lain menegecewakan semua orang... 

Aku sangat berharap entri nie dibaca skuad pasukan bola kita.... Aku nie takde la terer pun.... Cuma aku rasa analisis aku buat nie bukan sekadar analisis kosong... Tapi berpandukan sedikit ilmu aku dalam bola sepak... Apa yang perlu dibuat Datuk K. Rajagopal ialah.... Kuatkan pertahanan... dan carik gandingan mantap penyerang dengan Safee Sali selain Nurshahrul Idlan (injured), dan Zaquan adha (injured)... Sebab sekarang nie...Aku nampak Abdul Hadi je nampak serasi.... 

Midfield.... Panggil midfield yang bermain dengan Malaysia XI hari tu.... Shahrul Nizam dan jugak pemain Sabah tu...apa dah nama dier.... Depa nampak lebih berani mengatur permainan... Disebabkan Syafiq dah tak boleh main Khamis nie... Datuk K. Rajagopal perlu mencongak dari awal...