Showing posts with label kelayakan piala dunia 2014. Show all posts
Showing posts with label kelayakan piala dunia 2014. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Faktor-faktor Malaysia Kecundang Di Singapura

Entri ni khas untuk nicangkan kenapa pasukan Malaysia tewas di tangan Singapura di Stadium Padang Besar 3-5 semalam... Apa yang aku komen di sini.... adalah dari pengalaman aku melihat dan menganalisis perlawanan sebelum nie... Hasil dari apa yang aku perhatikan.... Mungkin ni la faktor kekalahan pasukan negara kita....

Goalkeeper - Ni faktor terbesar... Aku tak tau la apa dah jadi dengan keeper Salbani nih... dia macam gugup atau gabra....atau mungkin jugak overconfident..... Macam keeper kebanyakan jer... Banyak buat mistake... Mistake pertama... Dia tak main peranan nak conduct defend.... Dan jugak nampak tidak selesa bermain di padang tiruan... Memang nampak ketara.... Tapi aku tau....dia dah cuba buat yang terbaik... Tapi untuk Khamis nie...aku harap Apek (Khairul Fahmi) yang akan bermain

Defender - Yang ni memang aku dah cakap masa analisa aku untuk Malaysia vs Liverpool tempoh hari.... Defend kita sangat rapuh.... bukan sebab movement pihak lawan....tapi defend kita sendiri mengundang bahaya dengan mistake yang ketara.... Mistake yang aku maksudkan nie.... Disiplin dalam organise line defend... memang tersangat jelas dan ni ler punca kekalahan kita di tangan Arsenal, Liverpool dan yang terbaru....Singapura.... Depa tak ada leader yang bagus nak conduct defend.... Defend Malaysia lawan Chelsea jauh lebih baik.... Sebab tu aku ada suggest... Nur Hafiz Zamani dan S. Subra lebih cemerlang buat masa sekarang berbanding defender skuad senior Malaysia sekarang...

Midfield - Nampak jelas dalam separuh masa pertama....midfield hilang tah ke mana.... Tak memainkan peranan sebagai enjin atau penggerak pasukan... nampak lebih membantu defender dari menyerang.... Ni akan membuatkan pasukan Singapura mengawal permainan dengan lebih senang dan rilek... Syafiq Rahim tenggelam malam nie... Separuh masa kedua baru menampakkan sedikit pergerakan.. Tu pun banyak hasil dari movement offball cantik dari Safee Sali.

Lagi satu masalah.... K. Rajagopal memasukkan Ismail Faruqi menggantikan Abdul Hadi dalam kesebelasan utama.....Who is this guy? Aku terkejut tengok mamat nie main untuk masa pertama... Aku tunggu la jugak kot-kot la menjadik percaturan K.Rajagopal nie... Tapi memang nampak ketumpulan jentera serangan berpunca dari dier.... Kesian Safee Sali...berusaha keras mengucar-kacirkan pertahanan Singapura... Tapi lack of finishing dari pemain lain menegecewakan semua orang... 

Aku sangat berharap entri nie dibaca skuad pasukan bola kita.... Aku nie takde la terer pun.... Cuma aku rasa analisis aku buat nie bukan sekadar analisis kosong... Tapi berpandukan sedikit ilmu aku dalam bola sepak... Apa yang perlu dibuat Datuk K. Rajagopal ialah.... Kuatkan pertahanan... dan carik gandingan mantap penyerang dengan Safee Sali selain Nurshahrul Idlan (injured), dan Zaquan adha (injured)... Sebab sekarang nie...Aku nampak Abdul Hadi je nampak serasi.... 

Midfield.... Panggil midfield yang bermain dengan Malaysia XI hari tu.... Shahrul Nizam dan jugak pemain Sabah tu...apa dah nama dier.... Depa nampak lebih berani mengatur permainan... Disebabkan Syafiq dah tak boleh main Khamis nie... Datuk K. Rajagopal perlu mencongak dari awal...

Saturday, July 23, 2011

Keputusan Dan Analisis Malaysia vs Singapura | Kelayakan Piala Dunia 2014


Malaysia menentang pasukan Singapura untuk menentukan siapakah yang akan layak bersaing untuk pusingan peringkat kumpulan untuk menentukan pasukan yang bakal bertanding di Piala Dunia 2014 nanti.... Pasukan kita dibarisi Safee Sali, Syafiq Rahim, dan lain-lain akan cuba melawan habis-habisan untuk menunjukkan semangat Harimau Malaya kita... Permainan pertama akan berlangsung di Padang Besar, Singapura...

Untuk separuh masa pertama, Malaysia dan Singapura saling menyerang antara satu sama lain.... Dengan padang tiruan.....nampaknya Malaysia agak kurang biasa dengan keadaan padang sebegitu.... Malaysia berjaya mendahului tetapi SIngapura pantas mendapat rentak kembali.... Dalam minit ke-21....Singapura mendapatkan free kick berdekatan gol Malaysia...Dan hasilnya, mereka berjaya mendahului Malaysia dengan jaringan cantik....Dalam minit-minit terakhir masa pertama....Singapura berjaya menambah dua lagi gol dalam 2 minit! Gol-gol itu bagi aku hasil dari kealpaan defend Malaysia..... Haih...Keputusan terkini... Malaysia 1 - Singapura 4..

Nampaknya defend pasukan senior kita tetap rapuh seperti lawan Arsenal dan Liverpool.... Mengharapkan tuah Safee Sali dan Syafiq Rahim sekarang nie.... Memang nampak Malaysia bermain dengan gugup dan di bawah prestasi sebenar.... Kalau berterusan macam nie... Memang teruk la kita....

Separuh masa kedua bersambung.... dan permainan sememangnya rancak dan saling tarik menarik.... tetapi Syafiq Rahim saje cari nahas dengan menerima kad merah pertama perlawanan.... nampak macam nasib makin tidak menyebelahi Malaysia.... Duk dalam 5 minit kemudian... Gunalan berjaya memaksa pemain defend Singapura membuat kesalahan dan menerima kad merah juga... Permainan bersambung dengan kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain....

Nasib Malaysia nampaknya kembali bersinar..... Abdul Hadi berjaya merapatkan jurang dengan sepakan rendah di depan gol selepas mendapat hantaran lintang dari pemain bek kanan kita.... Daan...... Safee sali berjaya mendapatkan gol ketiga Malaysia dengan sepakan yang terkena pemain pertahanan Singapura...Dalam keghairahan mencari gol penyamaan....Defend buat hal lagi.... Depa melepaskan lagi satu gol untuk Singapura...

Malaysia 3 - Singapura 5

Syabas Safee Sali dan S. Gunalan kerana engkau la pemain Malaysia terbaik malam nie!!

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium bukit Jalil pada 28 Julai 2011 nie!

Sunday, July 3, 2011

Keputusan Akhir Malaysia vs Taiwan | Kelayakan Piala Dunia 2014 | Zon Asia | 3 Julai 2011

Hari ni hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tanah air kita iaitu Malaysia.... Malaysia akan menentang Taiwan untuk perlawanan timbal balik di Taiwan pada jam 7.00 petang nie.... Untuk pengetahuan pembaca... Keputusan perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 29 Jun 2011 lalu ialah Malaysia menang dengan 2-1. ... Boleh dibaca di entri di SINI.....

Untuk pengetahuan semua.... Malaysia boleh layak ke pusingan seterusnya jika menang atau seri di Taiwan... Kalau Taiwan menang 1-0 pun....kita tak layak.... Sebab dikira pasukan Malaysia tidak menjaringkan gol di Taiwan.... Jika Taiwan menang 3-2....Kita layak..sebab kita berjaya membolosi gol Taiwan sebanyak dua gol.... melebihi jumlah Taiwan membolosi kita... Jika Taiwan menang 2-1...masa tambahan akan dilakukan....

Pada minit ke-7, Aidil Zafuan telah menjaringkan gol pertama Malaysia dengan sepakan percuma yang cantik dari jarak yang agak jauh..... tetapi Malaysia tidak selesa dengan gol itu.... sebab Taiwan berjaya menyamakan kedudukan hasil dari sepakan sudut pada minit ke 32.... Tapi semangat Malaysia tak luntur derr.... Malaysia mendahului lagi dengan satu lagi sepakan percuma yang sangat cantik dari Syafik Rahim.... Tapi tak lama.....Taiwan dapat penalti dalam beberapa minit lepas tu..... Dan hasilnya....keputusan separuh masa pertama....2-2.

Separuh masa kedua....nampaknya referree sudah mula menunjukkan taringnya..... Banyak keputusan yang dibuat agak berat sebelah.... Pasukan Taiwan diberikan penalti dua kali dan satu daripadanya berjaya dimasukkan membuatkan keputusan terkini....Taiwan 3, Malaysia 2.... Akhirnya Malaysia berjaya bertahan untuk menghabiskan perlawanan dengan Malaysia 2 - Taiwan 3....

Keputusan Aggregate:
Malaysia 4 - Taiwan 4 (Malaysia LAYAK ke pusingan kedua dengan away goal)

TAHNIAH MALAYSIA!!!

Kepada referee dari Vietnam.....Ko balik minum susu la weh.... Taktikal tak nak bagi Malaysia layak tak berjaya la derr....!!


P/S: Sakit hati tengok referee buta kayu..haih

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia vs Taiwan | Keputusan Penuh | Kelayakan Piala Dunia 2014

Sekali lagi pasukan negara berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil... Pasukan negara kita, Malaysia akan berentap melawan pasukan dari Taiwan atau dikenali sebagai Chinese Taipei... Mereka berentap untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.... Keputusan perlawanan itu ialah.... Jap dulu.... bace maklumat nie dulu... he he.... Kalau ikut ranking dunia, pasukan kita di tempat ke-148 dunia... manakala pasukan Chinese Taipei ni ranking ke-160.

Kalau ikut ranking Asia puler..Pasukan Malaysia ni di tangga yang ke-28, manakala pasukan Chinese Taipei ni di tangga ke-40. Kalau ikut ranking nie....Memang tak mustahil la kita nak menang..... Kalau menang game nie... pasukan yang menang akan melawan Singapura... Lepas tu baru la akan masuk ke peringkat kedua.... Haaa....time tu la baru nak lawan Jepun ker...Korea Selatan ker...Iran ker....

Ok....keputusannya ialah....

MALAYSIA 2 - TAIWAN 1

Sebenarnya, pasukan kita mampu menang dengan jumlah gol lebih besar..... tapi nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia.... Dan kita juga hampir dibolosi dua gol..... pemain kita mudah leka sikit....agak bahaya jugak la..... Namun apa-apa pun.... ini baru pusingan pertama....tunggu perlawanan timbal balik di Taiwan la pulak.... Syabas Pasukan MALAYSIA!!