Showing posts with label analisis. Show all posts
Showing posts with label analisis. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Faktor-faktor Malaysia Kecundang Di Singapura

Entri ni khas untuk nicangkan kenapa pasukan Malaysia tewas di tangan Singapura di Stadium Padang Besar 3-5 semalam... Apa yang aku komen di sini.... adalah dari pengalaman aku melihat dan menganalisis perlawanan sebelum nie... Hasil dari apa yang aku perhatikan.... Mungkin ni la faktor kekalahan pasukan negara kita....

Goalkeeper - Ni faktor terbesar... Aku tak tau la apa dah jadi dengan keeper Salbani nih... dia macam gugup atau gabra....atau mungkin jugak overconfident..... Macam keeper kebanyakan jer... Banyak buat mistake... Mistake pertama... Dia tak main peranan nak conduct defend.... Dan jugak nampak tidak selesa bermain di padang tiruan... Memang nampak ketara.... Tapi aku tau....dia dah cuba buat yang terbaik... Tapi untuk Khamis nie...aku harap Apek (Khairul Fahmi) yang akan bermain

Defender - Yang ni memang aku dah cakap masa analisa aku untuk Malaysia vs Liverpool tempoh hari.... Defend kita sangat rapuh.... bukan sebab movement pihak lawan....tapi defend kita sendiri mengundang bahaya dengan mistake yang ketara.... Mistake yang aku maksudkan nie.... Disiplin dalam organise line defend... memang tersangat jelas dan ni ler punca kekalahan kita di tangan Arsenal, Liverpool dan yang terbaru....Singapura.... Depa tak ada leader yang bagus nak conduct defend.... Defend Malaysia lawan Chelsea jauh lebih baik.... Sebab tu aku ada suggest... Nur Hafiz Zamani dan S. Subra lebih cemerlang buat masa sekarang berbanding defender skuad senior Malaysia sekarang...

Midfield - Nampak jelas dalam separuh masa pertama....midfield hilang tah ke mana.... Tak memainkan peranan sebagai enjin atau penggerak pasukan... nampak lebih membantu defender dari menyerang.... Ni akan membuatkan pasukan Singapura mengawal permainan dengan lebih senang dan rilek... Syafiq Rahim tenggelam malam nie... Separuh masa kedua baru menampakkan sedikit pergerakan.. Tu pun banyak hasil dari movement offball cantik dari Safee Sali.

Lagi satu masalah.... K. Rajagopal memasukkan Ismail Faruqi menggantikan Abdul Hadi dalam kesebelasan utama.....Who is this guy? Aku terkejut tengok mamat nie main untuk masa pertama... Aku tunggu la jugak kot-kot la menjadik percaturan K.Rajagopal nie... Tapi memang nampak ketumpulan jentera serangan berpunca dari dier.... Kesian Safee Sali...berusaha keras mengucar-kacirkan pertahanan Singapura... Tapi lack of finishing dari pemain lain menegecewakan semua orang... 

Aku sangat berharap entri nie dibaca skuad pasukan bola kita.... Aku nie takde la terer pun.... Cuma aku rasa analisis aku buat nie bukan sekadar analisis kosong... Tapi berpandukan sedikit ilmu aku dalam bola sepak... Apa yang perlu dibuat Datuk K. Rajagopal ialah.... Kuatkan pertahanan... dan carik gandingan mantap penyerang dengan Safee Sali selain Nurshahrul Idlan (injured), dan Zaquan adha (injured)... Sebab sekarang nie...Aku nampak Abdul Hadi je nampak serasi.... 

Midfield.... Panggil midfield yang bermain dengan Malaysia XI hari tu.... Shahrul Nizam dan jugak pemain Sabah tu...apa dah nama dier.... Depa nampak lebih berani mengatur permainan... Disebabkan Syafiq dah tak boleh main Khamis nie... Datuk K. Rajagopal perlu mencongak dari awal...

Thursday, July 21, 2011

Keputusan Dan Analisa Malaysia vs Chelsea | Live Streaming | 21 Julai 2011


Hari ni Malaysia akan menentang Chelsea puler..... Skuad barisan pemain kita yang akan menentang Chelsea ni tak sama dengan skuad yang menentang Arsenal dan Liverpool..... Skuad nie di bawah kendalian Ong Kim Swee....Skuad Harimau Muda yang dicampur dengan sebilangan skuad senior kita.... Perlawanan akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 mlm nie.....

Walaupun skuad yang akan menentang The Blues nie pasukan muda.....tetapi pasukan Malaysia akan diperkuatkan dengan kehadiran Hairuddin Omar, Amri Yahyah.... dan lain-lain termasuk pemain tengah Kelantan yang semakin dikenali corak permainannya, Piya.

Aku akan update detail perlawanan seperti yang aku dah buat untuk Malaysia vs Arsenal dan Malaysia vs Liverpool tempoh hari......

Separuh masa pertama menampakkan Chelsea dahagakan gol..... Permainan forward press yang ditunjukkan Chelsea menunjukkan depa tak main-main.... Pemain kita dipaksa bekerja keras bertahan dan bertahan sampai banyak kali membuat kesilapan.... nasib baik penjaga gol tangkas menangkis serangan.... Pemain Malaysia yang banyak dibarisi pemain pertahanan Kelantan berjaya mengekang serangan Chelsea.... Cuma Daudsu, pemain pertahanan kanan kita banyak buat silap...sampai Ong Kim Swee menukarkannya....

Jentera serangan Malaysia tak mampu mencabar penjaga gol Chelsea, Hilario... Jentera kita yang dibarisi Wan Zack haikal, Hairuddin Omar, dan Amri Yahyah langsung tenggelam... Pemain tengah pula...Badri Radzi (Piya), dan lain-lain terpaksa membantu benteng pertahanan kerana Chelsea menekan dari awal....

Aku cuma mampu cakap.... tahniah buat pasukan Malaysia kerana mampu mengikat Chelsea di separuh masa pertama dengan berkesudahan Malaysia 0 - Chelsea 0. Torres hilang sengat la derr....he he he..... Nantikan separuh masa kedua pula....Sudah pasti Chelsea akan menukarkan kesemua pemainnya..

Separuh masa kedua bermula....Chelsea sudah diduga memasukkan pemain utamanya seperti Terry, Drogba, Anelka, Zhirkov dan lain-lain.... Pemain Malaysia ditekan makin kuat.....Tapi nampaknya skuad Malaysia yang nie lebih berdisiplin dan berani.... Pemain Chelsea ditekan juga seperti pemain-pemain liga super Malaysia jer......Hebat!

Nurhafiz Zamani Misbah dan S. Subra memang patut diberi pujian... Dan mungkin sepatutnya boleh lagi menyarung jersi skuad Harimau Malaya....Lebih mantap membaca permainan...Cuma clearance jer agak kurang....Standing Ovation juger untuk penjaga gol Farizal..kerana cemerlang menahan asakan Drogba dan Sturridge sebelum dikeluarkan.....

Menarik! Menarik! dan jauh lebih menarik permainan pasukan Malaysia dari sebelum nie... tetapi akhirnya keutuhan benteng kita bocor juger dengan free kick Drogba yang sepatutnya tidak dikira kerana masih belum melepasi garisan gol.... Tapi takper....baru 1-0....hehehe.... Pasukan bawah 23 tahun negara nie....Pasukan muda....

Skuad Malaysia hampir-hampir mendapatkan gol penyamaan hasil cubaan S. Thamil Arasu.... Sikiiiit je lagi... Aku dah melompat dah.....Tapi sipi je melalui sebelah kanan gol.... Pucat kejap Turnbull... Pujian patut diberikan kepada Shahrul Azwarie kerana berani mencabar Ashley Cole one on one.... dan berjaya mengalahkan Ashley Cole! Kejadian ole mengole satu sama lain juga berlaku... Memang mantap la mentaliti pasukan bawah 23 tahun negara! 

Beza yang sangat ketara cuma fizikal kedua-dua pasukan.... kalau bukan kerana fizikal...aku rasa ada jugak cubaan menarik dari Malaysia .... dan kesudahannya......

MALAYSIA 0 - CHELSEA 1

Tahniah buat pasukan MALAYSIA!!! Memang hebat dan berani.... Inilah baru dipanggil HARIMAU MALAYA..... Mengaum dengan berani...Mencakar Chelsea walaupun Chelsea pakai baju besi.... he he.... SYABAS Ong Kim Swee!!! Syabas MALAYSIA!!
Jika internet korang laju....korang juga boleh tengok di Channel yang disediakan nie.... LIVE STREAMING untuk anda.... Video sama laju dengan ASTRO....dengan syarat....internet korang pun kene la laju....hehe




Sila refresh jika inginkan perkembangan terkini semasa perlawanan berlangsung....

Saturday, July 16, 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Liverpool | Analisa Perlawanan | 16 Julai 2011

Hari ini, 16 Julai 2011 iaitu pada pukul 5.45 petang waktu malaysia....akan berlangsung satu lagi perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Liverpool di Stadium Bukit Jalil. Skuad Malaysia yang sebelum ni tumpas di tangan Arsenal 4-0 akan cuba bangkit dari keputusan itu dan akan menghadapi satu lagi pasukan kelab gergasi dunia iaitu Liverpool...


Aku akan cuba update analisa perlawanan dari semasa ke semasa dengan ulasan yang mungkin boleh menyebabkan korang dapat la sedikit gambaran tentang game ini....

Permainan dimulakan dengan penuh debaran....Malaysia bermain dengan lebih baik pada perlawanan nie... Liverpool nampak pincang dengan ketiadaan pemain utamanya iaitu Luiz Suarez dan Steven Gerrard.. Permainan rancak dan Liverpool mendahului Malaysia dengan gol hasil dari sepakan penalti pada minit ke-21.. Jaringan dihasilkan oleh Charlie Adam...walaupun penalti tu kelihatan tidak sepatut diberi...

Malaysia cuba menambah sengat di jentera serangan dan usaha dilipat gandakan... Akhirnya mereka berjaya dapat gol penyamaan dengan sepakan percuma yang cantik dari Safiq Rahim pada minit ke-43.. Selepas gol tu..Malaysia seolah-olah sudah jadi team lain...Harimau sudah terjaga dari tidurnya... Permainan separuh masa pertama ditamatkan dengan kesudahan Malaysia 1- Liverpool 1... Go Malaysia Go!

Separuh masa kedua dimulakan dengan penuh rancak...Malaysia seolah-olah mendapat semangat baru untuk menambah gol.... Liverpool menukarkan beberapa pemain danmemasukkan nama-nama besar seperti Dirt Kuyt, Maxi Rodriguez, Aquilani, dan Ngog... Tapi hasil dari kesilapan pertahanan.....David Ngog dapat gol pendahuluan....Khairul Fahmi tak dapat buat apa-apa.... Duk dalam dua tiga minit... kesilapan pertahanan lagi menyebabkan David Ngog menambah jaringan dengan penuh bergaya...

Dalam pertahanan Malaysia masih dalam kucar-kacir.... Maxi Rodriguez menambah sengsara Malaysia selepas berjaya menyambar masuk gol keempat Liverpool... Aku dah stat kecewa dah nie... Tapi kemasukan Safee Sali merubah keadaan....sesuai dengan status namanya...

Safee Sali berjaya mendapatkan gol untuk malaysia dengan gol yangmenarik pada minit ke 79.... Dan selepas itu... Malaysia berjaya lagi menmabah gol dengan Safee Sali lagi pada minit ke-82... Malaysia kembali bangkit!

Tapi...... Liverpool menunjukkan taring nye yang sebenar dengan hasil jaringan Dirt Kuyt dan Maxi lagi.... Keputusan penuh..... 


MALAYSIA 3 - LIVERPOOL 6

Walaupun begitu...tahniah buat Malaysia kerana berjaya menjaringkan 3 gol!! Aku dah cukup bangga dengan rekod itu.... Malaysia menunjukkan permainan yang baik dan menarik!! Aku terharu bai...T_T Tapi...Datuk K. Rajagopal perlu memikirkan pasal pertahanan yang sangat rapuh... Walaupun pasukan yang ditentang ialah Liverpool....Tapi tak sepatutnya sebanyak itu.... Sememangnya pertahanan kita perlu dicongak kembali.... Masih banyak yang perlu dipelajari...

Dan jugak..Malaysia perlu mencari striker semantap Safee Sali lagi... perlu mencari pemain sehebat Safee Sali... Kerana dalam game high level macam nie... aku tengok ramai pemain kita tenggelam... Yang nampak boleh bermain di level nie...Safiq Rahim... Safee Sali...Amirul hadi... dan Gunalan... yang lain masih lemas dan perlu dipertingkatkan.....

P/S: Maaf lambat update sebab internet rumah tetibe takde!!! Hampeh.....

Saturday, May 28, 2011

Manchester United vs Barcelona | Analisis Bro Wacana


Malam ni akan berentap dua pasukan gergasi dunia iaitu Man Utd melawan Barcelona untuk berebut Piala Juara-juara Eropah ( Champion League) bagi tahun 2011. Perlawanan final akan diadakan di stadium Wembley... Aku akan bagi sedikit analisis dan ramalan keputusan akhir sebelum perlawanan untuk korang bagi menghangatkan suasana...

Kedua-dua kelab ada kelebihan..... Kelebihan Man Utd ialah team work dier.... Pasukan ni sudah berkurangan dari segi kemahiran individu selepas keluarnya Christiano Ronaldo....Tapi sebenarnya dengan takdenye si mamat tu.... Semangat berpasukan team ni makin kuat.... Barcelona pulak....kemahiran depa ialah passing style.... Pasukan ni memang sama macam Arsenal punyer style...Tapi depa ni lebih mantap dan hebat... passing movement depa ni memang terbaik di dunia buat masa sekarang.... 

Itu dari segi kekuatan team.... bagi taktikal puler.... Sudah pasti Man Utd aku target....depa akan main Quick Counter....sebab memang itu taktik Sir Alex Ferguson kalau lawan team attacking style macam Barcelona nih.... Dengan adanya Wayne Rooney... dan jugak Chicharito (Hernandez) tu... Barcelona terpaksa berhati-hati sikit.... sebab depa kene defend dari dalam dan luar kotak... Rooney dengan shotnyer... Hernandez dengan skill movemnet dier dalam kotak penalti....

Barcelona....macam biaselah... attacking football dengan passing yang memukau..... Dengan adanya Lionel Messi yang bukan setakat ada kemahiran individu, malah terer dan kreatif dalam mencipta peluang... Tapi malam ni komfem akan dijaga ketat... Antara Carrick atau Fletcher yang jaga....Kalau tak pun... Anderson... Mesti depa bagi yang keras sikit sebab tak nak bagi Messi menari-nari.... Tapi ada lagi yang perlu dijaga.... Andres Iniesta..... Lebih kurang sama dengan Messi...cuma dribbling dier jer kurang.... So, dua ni akan switch off dan on...Kalau Messi diikat, Iniesta la yang akan bersinar....

Bab finishing style....bagi je dekat David Villa... memang superb... Nemanja Vidic memang penat la malam nie... Lagi sorang, Pedro.... ni pun tengah meningkat naik... Skillfull macam Iniesta... sharp shooter macam David Villa...cuma strength je kurang lagi....ala-ala player Arsenal la kot...he he he. 

Bagi aku, malam ni memang sengit.... Man Utd akan carik gol melalui set pieces....Barcelona dengan short pass depa....Atau mungkin malam ni Barcelona puler yang gune Counter Attack... Aku teka malam nie.... Barcelona menang 2-1.... Kalau salah pun tak kisah....he he he.