Showing posts with label keputusan. Show all posts
Showing posts with label keputusan. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Keputusan Dan Analisa Malaysia vs Chelsea | Live Streaming | 21 Julai 2011


Hari ni Malaysia akan menentang Chelsea puler..... Skuad barisan pemain kita yang akan menentang Chelsea ni tak sama dengan skuad yang menentang Arsenal dan Liverpool..... Skuad nie di bawah kendalian Ong Kim Swee....Skuad Harimau Muda yang dicampur dengan sebilangan skuad senior kita.... Perlawanan akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil jam 8.45 mlm nie.....

Walaupun skuad yang akan menentang The Blues nie pasukan muda.....tetapi pasukan Malaysia akan diperkuatkan dengan kehadiran Hairuddin Omar, Amri Yahyah.... dan lain-lain termasuk pemain tengah Kelantan yang semakin dikenali corak permainannya, Piya.

Aku akan update detail perlawanan seperti yang aku dah buat untuk Malaysia vs Arsenal dan Malaysia vs Liverpool tempoh hari......

Separuh masa pertama menampakkan Chelsea dahagakan gol..... Permainan forward press yang ditunjukkan Chelsea menunjukkan depa tak main-main.... Pemain kita dipaksa bekerja keras bertahan dan bertahan sampai banyak kali membuat kesilapan.... nasib baik penjaga gol tangkas menangkis serangan.... Pemain Malaysia yang banyak dibarisi pemain pertahanan Kelantan berjaya mengekang serangan Chelsea.... Cuma Daudsu, pemain pertahanan kanan kita banyak buat silap...sampai Ong Kim Swee menukarkannya....

Jentera serangan Malaysia tak mampu mencabar penjaga gol Chelsea, Hilario... Jentera kita yang dibarisi Wan Zack haikal, Hairuddin Omar, dan Amri Yahyah langsung tenggelam... Pemain tengah pula...Badri Radzi (Piya), dan lain-lain terpaksa membantu benteng pertahanan kerana Chelsea menekan dari awal....

Aku cuma mampu cakap.... tahniah buat pasukan Malaysia kerana mampu mengikat Chelsea di separuh masa pertama dengan berkesudahan Malaysia 0 - Chelsea 0. Torres hilang sengat la derr....he he he..... Nantikan separuh masa kedua pula....Sudah pasti Chelsea akan menukarkan kesemua pemainnya..

Separuh masa kedua bermula....Chelsea sudah diduga memasukkan pemain utamanya seperti Terry, Drogba, Anelka, Zhirkov dan lain-lain.... Pemain Malaysia ditekan makin kuat.....Tapi nampaknya skuad Malaysia yang nie lebih berdisiplin dan berani.... Pemain Chelsea ditekan juga seperti pemain-pemain liga super Malaysia jer......Hebat!

Nurhafiz Zamani Misbah dan S. Subra memang patut diberi pujian... Dan mungkin sepatutnya boleh lagi menyarung jersi skuad Harimau Malaya....Lebih mantap membaca permainan...Cuma clearance jer agak kurang....Standing Ovation juger untuk penjaga gol Farizal..kerana cemerlang menahan asakan Drogba dan Sturridge sebelum dikeluarkan.....

Menarik! Menarik! dan jauh lebih menarik permainan pasukan Malaysia dari sebelum nie... tetapi akhirnya keutuhan benteng kita bocor juger dengan free kick Drogba yang sepatutnya tidak dikira kerana masih belum melepasi garisan gol.... Tapi takper....baru 1-0....hehehe.... Pasukan bawah 23 tahun negara nie....Pasukan muda....

Skuad Malaysia hampir-hampir mendapatkan gol penyamaan hasil cubaan S. Thamil Arasu.... Sikiiiit je lagi... Aku dah melompat dah.....Tapi sipi je melalui sebelah kanan gol.... Pucat kejap Turnbull... Pujian patut diberikan kepada Shahrul Azwarie kerana berani mencabar Ashley Cole one on one.... dan berjaya mengalahkan Ashley Cole! Kejadian ole mengole satu sama lain juga berlaku... Memang mantap la mentaliti pasukan bawah 23 tahun negara! 

Beza yang sangat ketara cuma fizikal kedua-dua pasukan.... kalau bukan kerana fizikal...aku rasa ada jugak cubaan menarik dari Malaysia .... dan kesudahannya......

MALAYSIA 0 - CHELSEA 1

Tahniah buat pasukan MALAYSIA!!! Memang hebat dan berani.... Inilah baru dipanggil HARIMAU MALAYA..... Mengaum dengan berani...Mencakar Chelsea walaupun Chelsea pakai baju besi.... he he.... SYABAS Ong Kim Swee!!! Syabas MALAYSIA!!
Jika internet korang laju....korang juga boleh tengok di Channel yang disediakan nie.... LIVE STREAMING untuk anda.... Video sama laju dengan ASTRO....dengan syarat....internet korang pun kene la laju....hehe




Sila refresh jika inginkan perkembangan terkini semasa perlawanan berlangsung....

Saturday, July 16, 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Liverpool | Analisa Perlawanan | 16 Julai 2011

Hari ini, 16 Julai 2011 iaitu pada pukul 5.45 petang waktu malaysia....akan berlangsung satu lagi perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Liverpool di Stadium Bukit Jalil. Skuad Malaysia yang sebelum ni tumpas di tangan Arsenal 4-0 akan cuba bangkit dari keputusan itu dan akan menghadapi satu lagi pasukan kelab gergasi dunia iaitu Liverpool...


Aku akan cuba update analisa perlawanan dari semasa ke semasa dengan ulasan yang mungkin boleh menyebabkan korang dapat la sedikit gambaran tentang game ini....

Permainan dimulakan dengan penuh debaran....Malaysia bermain dengan lebih baik pada perlawanan nie... Liverpool nampak pincang dengan ketiadaan pemain utamanya iaitu Luiz Suarez dan Steven Gerrard.. Permainan rancak dan Liverpool mendahului Malaysia dengan gol hasil dari sepakan penalti pada minit ke-21.. Jaringan dihasilkan oleh Charlie Adam...walaupun penalti tu kelihatan tidak sepatut diberi...

Malaysia cuba menambah sengat di jentera serangan dan usaha dilipat gandakan... Akhirnya mereka berjaya dapat gol penyamaan dengan sepakan percuma yang cantik dari Safiq Rahim pada minit ke-43.. Selepas gol tu..Malaysia seolah-olah sudah jadi team lain...Harimau sudah terjaga dari tidurnya... Permainan separuh masa pertama ditamatkan dengan kesudahan Malaysia 1- Liverpool 1... Go Malaysia Go!

Separuh masa kedua dimulakan dengan penuh rancak...Malaysia seolah-olah mendapat semangat baru untuk menambah gol.... Liverpool menukarkan beberapa pemain danmemasukkan nama-nama besar seperti Dirt Kuyt, Maxi Rodriguez, Aquilani, dan Ngog... Tapi hasil dari kesilapan pertahanan.....David Ngog dapat gol pendahuluan....Khairul Fahmi tak dapat buat apa-apa.... Duk dalam dua tiga minit... kesilapan pertahanan lagi menyebabkan David Ngog menambah jaringan dengan penuh bergaya...

Dalam pertahanan Malaysia masih dalam kucar-kacir.... Maxi Rodriguez menambah sengsara Malaysia selepas berjaya menyambar masuk gol keempat Liverpool... Aku dah stat kecewa dah nie... Tapi kemasukan Safee Sali merubah keadaan....sesuai dengan status namanya...

Safee Sali berjaya mendapatkan gol untuk malaysia dengan gol yangmenarik pada minit ke 79.... Dan selepas itu... Malaysia berjaya lagi menmabah gol dengan Safee Sali lagi pada minit ke-82... Malaysia kembali bangkit!

Tapi...... Liverpool menunjukkan taring nye yang sebenar dengan hasil jaringan Dirt Kuyt dan Maxi lagi.... Keputusan penuh..... 


MALAYSIA 3 - LIVERPOOL 6

Walaupun begitu...tahniah buat Malaysia kerana berjaya menjaringkan 3 gol!! Aku dah cukup bangga dengan rekod itu.... Malaysia menunjukkan permainan yang baik dan menarik!! Aku terharu bai...T_T Tapi...Datuk K. Rajagopal perlu memikirkan pasal pertahanan yang sangat rapuh... Walaupun pasukan yang ditentang ialah Liverpool....Tapi tak sepatutnya sebanyak itu.... Sememangnya pertahanan kita perlu dicongak kembali.... Masih banyak yang perlu dipelajari...

Dan jugak..Malaysia perlu mencari striker semantap Safee Sali lagi... perlu mencari pemain sehebat Safee Sali... Kerana dalam game high level macam nie... aku tengok ramai pemain kita tenggelam... Yang nampak boleh bermain di level nie...Safiq Rahim... Safee Sali...Amirul hadi... dan Gunalan... yang lain masih lemas dan perlu dipertingkatkan.....

P/S: Maaf lambat update sebab internet rumah tetibe takde!!! Hampeh.....

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia vs Taiwan | Keputusan Penuh | Kelayakan Piala Dunia 2014

Sekali lagi pasukan negara berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil... Pasukan negara kita, Malaysia akan berentap melawan pasukan dari Taiwan atau dikenali sebagai Chinese Taipei... Mereka berentap untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.... Keputusan perlawanan itu ialah.... Jap dulu.... bace maklumat nie dulu... he he.... Kalau ikut ranking dunia, pasukan kita di tempat ke-148 dunia... manakala pasukan Chinese Taipei ni ranking ke-160.

Kalau ikut ranking Asia puler..Pasukan Malaysia ni di tangga yang ke-28, manakala pasukan Chinese Taipei ni di tangga ke-40. Kalau ikut ranking nie....Memang tak mustahil la kita nak menang..... Kalau menang game nie... pasukan yang menang akan melawan Singapura... Lepas tu baru la akan masuk ke peringkat kedua.... Haaa....time tu la baru nak lawan Jepun ker...Korea Selatan ker...Iran ker....

Ok....keputusannya ialah....

MALAYSIA 2 - TAIWAN 1

Sebenarnya, pasukan kita mampu menang dengan jumlah gol lebih besar..... tapi nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia.... Dan kita juga hampir dibolosi dua gol..... pemain kita mudah leka sikit....agak bahaya jugak la..... Namun apa-apa pun.... ini baru pusingan pertama....tunggu perlawanan timbal balik di Taiwan la pulak.... Syabas Pasukan MALAYSIA!!

Sunday, June 12, 2011

Tahniah Terengganu

Semalam aku dah saksikan perlawanan final Piala FA.... iaitu Kelantan vs Terengganu. Dan ternyata keputusan 1-2 tu memang bagi aku keputusan yang menggambarkan keadaan perlawanan... Walaupun Kelantan dah hampir giler nak menang... Tapi dalam beberapa saat yang terakhir..... Kelantan gagal nak pertahankan satu gol yang dijaringkan dulu tu....

Aku memang sah la kecewa kan.... tapi bagi aku.... kalau Kelantan menang semalam.... memang menang cara Greece menang dalam EURO dulu... memang jarang menyerang... lepas dah lead 1-0 baru ada nampak corak permainan Kelantan....sebelum tu....memang kurang menarik.... Lepas Terengganu samakan score pun....Kelantan lepas tu hilang punca.... Aku tengok pun sakit hati jer....

Terengganu guna taktik counter attack... Depa gunakan kelebihan fizikal badan yang lebih besar dari pemain Kelantan untuk permainan yang agak kasar... dan menggunakan kelajuan pemainnya untuk menyerang secara counter attack... Memang banyak kali Kelantan terperangkap dengan taktik tu....Mujur la si Apek.... atau Khairul Fahmi tu terer.... Kalo tak....banyak jugak la kot kene semalam....

Pasal si Daudsu tu...aku tak nak komen....Sebab bagi aku...yang minat bola sebab sukakan seni permainan nie.... Semalam memang Terengganu bermain lagi baik.... memang keputusan yang aku boleh terima dengan hasil corak permainan yang ditunjukkan....syabas Terengganu..:)

Saturday, June 11, 2011

Maharaja Lawak Minggu ke -11 | Kuantan

Saksikan Maharaja Lawak minggu ke 11 yang diadakan di Kuantan ini khas untuk korang sumer.... jangan lupa join aku punyer GA di SINI...

1)JAMBU



2) R2



3) Sepah



4) Nabil



4) JOZAN



PUSINGAN KEDUA
1) JAMBU



2)R2



3)SEPAH



4)NABIL



5)JOZAN



PENYINGKIRAN

Sunday, May 29, 2011

Keputusan Man Utd Vs Barcelona | Final Champion League 2011

Berakhirnya Champion League untuk tahun 2011 dengan dimenangi oleh Barcelona dengan kemenangan 3-1. Kemenangan ini sangat bermakna buat Barcelona kerana inilah kemenangan kedua mereka mengalahkan Manchester United di perlawanan akhir UEFA Champion League dalam 3 tahun...

Jaringan pertama dijaringkan oleh pasukan Barcelona....Hasil dari hantaran menarik dari Xavi kepada Pedro.. Pedro terus menyumbatkan gol pertama perlawanan. Tapi Barcelona leading tak lama.... Rooney terus menyamakan kedudukan dengan gol yang menarik hasil dari hantaran Carrick... Tapi bagi aku Carrick offside  masa dapat hantaran dari Rooney.....Tapi referee tak nampak kot....

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-1. Apabila separuh masa kedua disambung... kedua-dua pasukan saling menyerang.... dan Barcelona terus menerus menunjukkan kelebihan passing nyer yang memang memukau... Dan Messi mula menunjukkan sengatnya dengan menambah jaringan di minit ke-53 dengan cubaan menarik.......

Ketinggalan 1-2, Man Utd cuba menyerang tetapi superioriti dari Barcelona memang tak dapat ditandingi.. David Villa menambah jaringan di minit ke 69 dengan cubaan plessing yang sangat cantik.... Dengan ketinggalan 1-3, Man Utd semakin terdesak... Kemasukan Nani takde membawa apa-apa kesan dalam perlawanan ini..

Dan wisel penamat dibunyikan......Barcelona memang hebat! Passing style yang patut ditiru oleh mana-mana pasukan yang nak guna cara permainan yang sama.....Superb finale!!!