Showing posts with label Bola sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola sepak. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Pemain Bola Sepak Malaysia Tiada Bakat


Sebelum aku nak mengupas pasal bakat nie.... ada baiknya kalau korang imbas rentetan sejarah bola sepak Malaysia nie.... Dulu kala..... negara kita nie kiranya kuasa besar Asia dalam bola sepak.... Sama taraf dengan pasukan Korea Selatan sekarang kot... Sehinggakan nama-nama pemain negara menjadi sebutan pemain negara lain.....Betapa gerunnya...

Tapi sejak akhir-akhir nie..... pasukan negara makin merudum dan makin merudum.... Sampai satu tahap... pasukan negara kita dah jadi pasukan belasahan Asia... Dan lebih teruk... bukan lagi menjadi kuasa besar dalam Asia Tenggara.... Ape cer?

Dalam dua tiga tahun kebelakangan nie...Nampak sedikit peningkatan dalam mutu permainan pasukan negara kita yang kini lebih dikenali sebagai Harimau Malaya... Berjaya kembali menjadi status kuasa besar Asia Tenggara....Tapi masih di tahap pasukan biasa-biasa dalam peringkat Asia... Persoalannya...betul ker pasukan negara (Harimau Malaya) makin hebat atau....adakah mutu permainan Asia Tenggara sendiri makin jatuh? Kan kedudukan ranking dunia yang menjadi bukti...


Ramai berpendapat.... negara Malaysia adalah satu negara yang kecil... Peratusan penduduk yang kecil menyebabkan taburan kebarangkalian untuk melahirkan bakat besar dalam arena bola sepak sangat la tipis... Ye ker? Boleh dijadikan alasan ke pasal kepadatan penduduk? Atau lebih tepat... betul ker pencarian bakat dari jutaan penduduk nie?? ...atau hanya dari segelintir sahaja....

Ada juga menyalahkan pasal kemudahan-kemudahan latihan di Malaysia sendiri.... Tidak sama level nya berbanding di negara lain.... Padang dikatakan sangat la teruk.. Bola asyik bumping kalau nak buat low pass... Keadaan padang yang selalu basah disebabkan hujan juga selalu dipersalahkan... Boleh ker salahkan cuaca macam tu? Bukan ke benda macam tu menjadi cabaran tambahan untuk setiap pemain melatih skill mengawal bolanya lebih mantap? Kan?

Sebelum aku nak bagi pertanyaan yang lebih....Lebih baik kalau aku imbas zaman aku masa kecik-kecik.... Dan aku rasa mungkin ini punca utama kenapa pasukan bola sepak negara tak bangun-bangun sampai ke hari nie..... Semuanya bermula di zaman kanak-kanak.....


Aku dulu pernah la mewakili sekolah... Tapi level biasa-biasa jer... peringkat zon senang citer... he he he... Sebab sekolah aku dulu ramai pemain berbakat... Termasuk si Fizo Omar.... Korang kenal kan sape dia? Sekarang dah jadi artis... Aku ingat lagi.... sekolah aku masa tu menang sampai ke peringkat daerah... Dan ramai yang dipilih mewakili negeri untuk pasukan bawah 12 tahun... 

Lepas tu masuk ke sekolah menengah.... Sekali lagi aku mencuba nasib nak mewakili pasukan sekolah.... Memang terpilih tapi sebagai subtitute jer...hu hu... Sekali lagi ramai pemain yang sangat berbakat.... Walaupun akademik kebanyakan dari depa tak cecah level yang memberangsangkan...Tapi bab bola memang ada kelas yang tersendiri....

Dari ramai pemain di sekolah menengah tu.... hanya separuh je yang bermain di peringkat sekolah rendah dulu kekal beraksi di padang.... Separuh dah mula berhenti mencuba nasib dalam arena bola sepak....Dan yang berhenti kebanyakannya mempunyai bakat semulajadi yang tinggi.... Tak tau kenapa diorang dah tak nak main... Mungkin ibu bapa nak depa fokus lebih ke arah akademik kot..... Atau mungkin kerana faktor kawan....lebih suka melepak dan merayau-rayau mencari gadis... Terjebak dengan masalah sosial...

Di peringkat sekolah menengah... Pasukan sekolah masih kekal sebagai kuasa besar daerah... Dan sampai ke peringkat suku akhir peringkat negeri... Not bad untuk sekolah yang bukan sekolah sukan nie.... Dan sesi latihan cuma bermain dengan pasukan kelab peringkat kampung jer.... Dan yang agak pelik jugak.... seorang pun dari sekolah aku tu tak terpilih mewakili negeri... Padahal ramai coach-coach dari sekolah-sekolah yang bertanding meramal dua tiga orang memang berhak bermain untuk negeri... Adakah kerana faktor akademik? Sepatutnya tidak dijadikan alasan kan....:)

Bila semua dah besar...dah remaja... ada yang masuk Universiti...ada yang masuk Politeknik... ada yang tak sambung pengajian... Aku masih lagi bermain bola sepak...tapi dah start slow down sebab injury lama masa kat sekolah dulu... Aku ingat aku je yang slow down.... tapi hampir semua rakan-rakan aku zaman sekolah dah berhenti bermain bola sepak... Mengapa? Depa tak injured...depa memang berbakat... Tapi sebab apa? Bakat yang sebelum nie berkilauan di peringkat sekolah...dah makin pudar bila masuk ke peringkat dewasa....

Dan yang ironiknya... kawan-kawan yang sebelum nie tak terpilih pun bermain untuk sekolah...Depa yang lebih aktif berbanding kitorang nie.... Nampak tak ada sedikit terputusnya hubungan pencarian bakat di peringkat kanak-kanak hingga dewasa.... Hanya segelintir sahaja yang meneruskan untuk mencuba nasib hingga dewasa.... Kebanyakannya...berhenti setengah jalan.... Sekali lagi menjadi pertanyaan....WHY??

Dari situ.... aku rasa aku tau sedikit sebanyak sebabnya kenapa pasukan negara kita tak naik-naik.... Bukan takde bakat.... Ramai pemain berbakat di Malaysia nie.... Cuma tak dijaga dan dipupuk dengan baik.... Kita selalu dengar ada pelajar yang diberi biasiswa khas kepada yang hebat dalam akademik.... Kenapa tak diberi peluang yang sama kepada yang betul-betul berbakat dalam sukan?Yess kita ada sekolah sukan bukit jalil... Tapi kebanyakkannya yang dah berjaya di peringkat negeri sahaja yang terpilih di sana... Yang tercicir seperti tadi? Diabaikan begitu sahaja ker? Atas faktor apa?

Memang ada usaha mencari bakat-bakat muda...contohnya macam soccer kids... Tapi bagi aku soccer kids lebih kepada nama sahaja.... Yang kat ceruk-ceruk kampung...depa takde nyer nak datang... Sifat kekampungan menebal dalam diri...malu nak menonjolkan diri... Kita kena ada satu pasukan yang kerjanya hanyalah mencari bakat-bakat baru dalam arena bola sepak di semua tempat.... Bila jumpa jer pemain berbakat.... terus dimasukkan ke sekolah sukan... dan diberi biasiswa khas... Sebab kemungkinan besar pemain tu sangat susah kehidupannya... Mungkin kalau diselidik lebih mendalam....lebih berhak masuk dalam rancangan Bersamamu TV3 tu....

Dari apa yang aku perhatikan..... kita dah rugi ramai pemain berbakat bermula dari peralihan zaman sekolah rendah ke sekolah menengah lagi.... lepas tu hilang lagi bakat dari zaman sekolah ke zaman Matrikulasi atau Universiti..... Mungkin kerana si berbakat tu tak bijak...tak pandai...berhenti dari alam pengajian dan terpaksa bekerja untuk mencari rezeki keluarga...Lepas tu di peringkat Universiiti...hilang lagi pemain berbakat kerana tekanan dalam pembelajaran.... Begini ler akan selalu terjadi kalau tak dijaga dan dipupuk dengan baik...

Mungkin yang ada sekarang atas kerana sokongan kuat dari keluarga masing-masing... Atau yang sudah ada link tersendiri dalam sukan bola sepak... Atau sememangnya dari sekolah-sekolah sukan....Yang dilatih bukan kerana bakat semulajadi...tetapi lebih kepada usaha dan minat yang mendalam...Mungkin ada sebilangan kecil dari mereka yang betul-betul berbakat... Dari situ...cuba kita tengok bilangan yang ada kelebihan seperti nie.... berapa ribu jer dari berjuta-juta penduduk di negara nie? Kita bukannya mencari bakat dari berjuta-juta penduduk....tapi hanya dari ribuan yang mempunyai kelebihan seperti nie! 

Ada jugak yang menyalahkan sesi pemilihan pemain.... Dikatakan berat sebelah.... pilih kawan.... Atau mungkin sebab adanya faktor-faktor lain semasa sesi pemilihan pemain.... Pemain yang berbakat sudah muak dan loya dengan sesi pemilihan tidak adil nie...terus tak datang dan menyisihkan diri dari sukan bola sepak.... Setakat bersorak di kedai mamak jer mampu.... Mungkin bermain untuk pasukan kelab taman-taman perumahan sahaja untuk hilangkan gian menyepak bola...
 
Nak salahkan siapa? FAM? Persatuan bola sepak negeri masing-masing? Sistem yang ada di Malaysia nie? Atau kepada pemain berbakat tu sendiri? Kalau asyik nak cari salah..memang sampai kiamat pun tak de penyelesaian.... Aku nampak kat situ la punca utama.... bakat tidak dijaga dan dipupuk dengan baik...ada sedikit tergantung dan terputus hubungan pencarian bakat dari zaman sekolah sehingga dewasa... Mungkin pihak FAM sendiri perlu sedar akan hal nie.... Yang negara Malaysia mempunyai RAMAI BAKAT SEMULAJADI yang tinggi... Cuma bergantung pada usaha kita dan pemain tu sendiri untuk mengasah bakatnya sehingga betul-betul bersinar menjadi seorang pemain yang digeruni diperingkat antarabangsa.....

Orang kata....kalau nak maju..kena bermain di luar negara.... Kalau boleh bermain di Eropah... Senang la nanti nak jadi hebat kan.... Betul ker? Masalahnya... disebabkan ranking dunia kita yang jauh terkebelakang....Pemain kita tidak akan dipilih walau sehebat mana bakat depa.... Sangat tidak adil kan.... Buat masa sekarang...itu ler realiti... Dan itu yang sepatutnya dijadikan target utama buat masa sekarang.... NAIKKAN KEDUDUKAN RANKING DUNIA pasukan negara kita.... Tak payah target banyak... ranking ke-99 pun dah cukup! Sebab aku benci tengok tiga digit angka bila diumumkan kedudukan ranking negara kita nie... Dan lebih utama... jadikan negara kita berada di tempat pertama di Asia Tenggara mengikut ranking dunia.... Kembalikan status pasukan digeruni di Asia yang pernah kita banggakan dulu! 

P/S: Harap ada la orang kuat FAM baca entri nie...[angan-angan je la kot]


Monday, November 21, 2011

Malaysia vs Indonesia | Final Bola Sepak Sukan SEA 2011


Dup dap dup dap.... Malaysia sekali lagi akan berentap di perlawanan akhir dalam acara bola sepak di Sukan SEA... 2 tahun lepas... Kita telah berjaya memasuki ke perlawanan akhir dan memenanginya dengan penuh bergaya di bawah kendalian Datuk K. Rajagopal.. Kali ini pasukan kita akan berentap lagi... Kali ini di bawah kendalian Ong Kim Swee.. MALAYSIA VS INDONESIA

Tahun nie, kita lawan pasukan tuan rumah, Indonesia.... Dalam grouping....kita dah kalahkan pasukan Indon nie... 1-0. Tapi game tu berbeza dengan perlawanan akhir yang bakal berlangsung nie.... Kerana... ada beberapa sebab....

Game hari tu.... Indonesia tidak menurunkan barisan utamanya... Ada la beberapa pemain yang disimpan sebab pasukan depa dah komfem layak... Dan mungkin jugak...depa memandang rendah pasukan Harimau Muda kita nie.... So... game malam nie komfem depa akan menyenaraikan barisan yang utama... Ini akan mengubah sedikit sebanyak rentak perlawanan....

Yang keduanya... suasana perlawanan akhir tu sendiri.... Stadium komfem penuh dengan penyokong Indonesia... Dengar citer pulak penyokong Malaysia takleh nak masuk pun stadium Gelora Bung Karno tu walaupun ada tiket... Hmm... Komfem la depa conquer semua tempat duduk kan... memang bergelora la stadium tu nanti....

Apa-apa pun... aku yakin dengan pasukan Harimau Muda nie.... Walaupun jentera serangan dianggap agak tumpul...Tapi team kali nie sangat berdisiplin... Depa sangat jarang buat mistake pasal formasi permainan.... Maknanya depa ni well-trained dalam bab-bab formasi permainan dan jugak how to support dan defensive role....

Ramalan aku.... game kali nie... Malaysia menang 2-1.... Yang pastinya.... sengit dan menarik.... Malaysia akan banyak bertahan.... Kalau sempat serang pun... counter attack je... Harap Apek cemerlang la malam nie bersama barisan pemain pertahanan yang lain.... Korang la tunjang untuk kejayaan malam nie.... Ok guys... jangan lupa menyokong pasukan Harimau Muda malam nie... jam 8.00 malam!! 

P/S: Kalau menang malam nie.... Harap ada cuti esok...huhuhu

Thursday, July 7, 2011

Kelantan Juara Liga Super 2011 | Bola Sepak


Pasukan Kelantan akhirnya berjaya dinobatkan sebagai pasukan paling konsisten dalam Liga Super 2011 setelah berjaya memenangi perlawanan terakhirnya menentang Sabah di Stadium Likas semalam....Waah....dah macam bace berita je kan....hahaha. Kelantan juara weh! Aku bangga nie kejap....

Kelantan berjaya jadi juara dengan jumlah mata terkumpul 56 mata dari 26 perlawanan.... Kelantan berjaya menang sebanyak 17 kali, seri 5 kali dan kalah 4 kali.... Perlawanan terakhir kat Sabah dimenangi dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Nor Shahrul Idlan Talaha...

Apa yang positifnya ialah.... Liga Super di Malaysia kembali hangat jadi bualan peminat bola dah... Dah kembali serinya.... bagus la kan.... Semakin hangat liga tempatan....Semakin ramai yang akan tengok kita.... Dan kalau liga dah semakin maju.... liputan pun bertambah luas....tak mustahil liga kita diliputi dari negara luar kan...

Tahniah pasukan Kelantan.... GOMO KELATE GOMO!!

Monday, July 4, 2011

Apa Yang Saya Akan Buat Jika Malaysia Masuk World Cup...

Aku tertarik dengan satu status di FACEBOOK tadi....dan terfikir nak buat segmen aku dengan status yang menarik nie....:) Ibarat kata sifu a.k.a kembar aku, Mr. Ben... Nampak je peluang....rembat jer... he he he. Kali ni aku nak buat WACANA aku dengan berpandukan tajuk tu....
  1. Buat entri bertajuk, " Jika Malaysia Masuk World Cup, Saya Akan..."
  2. Letak header aku nie, dan linkkan ke entri nie..
  3. Korang letak la apa yang korang nak buat jika Malaysia masuk World Cup.... Nak buat kenduri ker... nak jalan keliling dunia sambil bawak bendera Malaysia ker....ape-ape jer.... Tidak lebih dari 100 patah kata....:)
  4. Dah siap, tinggalkan URL korang di entri nie.....
  5. Tarikh tutup....sampai besok malam.... hari Selasa malam..
Jom...kita memeriahkan pasal bola sepak Malaysia.....Jom..Jom!! Haaa....sebelum terlupa, aku tengah mencari BLOGLIST baru......jom la join di SINI...

Sunday, July 3, 2011

Keputusan Akhir Malaysia vs Taiwan | Kelayakan Piala Dunia 2014 | Zon Asia | 3 Julai 2011

Hari ni hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tanah air kita iaitu Malaysia.... Malaysia akan menentang Taiwan untuk perlawanan timbal balik di Taiwan pada jam 7.00 petang nie.... Untuk pengetahuan pembaca... Keputusan perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 29 Jun 2011 lalu ialah Malaysia menang dengan 2-1. ... Boleh dibaca di entri di SINI.....

Untuk pengetahuan semua.... Malaysia boleh layak ke pusingan seterusnya jika menang atau seri di Taiwan... Kalau Taiwan menang 1-0 pun....kita tak layak.... Sebab dikira pasukan Malaysia tidak menjaringkan gol di Taiwan.... Jika Taiwan menang 3-2....Kita layak..sebab kita berjaya membolosi gol Taiwan sebanyak dua gol.... melebihi jumlah Taiwan membolosi kita... Jika Taiwan menang 2-1...masa tambahan akan dilakukan....

Pada minit ke-7, Aidil Zafuan telah menjaringkan gol pertama Malaysia dengan sepakan percuma yang cantik dari jarak yang agak jauh..... tetapi Malaysia tidak selesa dengan gol itu.... sebab Taiwan berjaya menyamakan kedudukan hasil dari sepakan sudut pada minit ke 32.... Tapi semangat Malaysia tak luntur derr.... Malaysia mendahului lagi dengan satu lagi sepakan percuma yang sangat cantik dari Syafik Rahim.... Tapi tak lama.....Taiwan dapat penalti dalam beberapa minit lepas tu..... Dan hasilnya....keputusan separuh masa pertama....2-2.

Separuh masa kedua....nampaknya referree sudah mula menunjukkan taringnya..... Banyak keputusan yang dibuat agak berat sebelah.... Pasukan Taiwan diberikan penalti dua kali dan satu daripadanya berjaya dimasukkan membuatkan keputusan terkini....Taiwan 3, Malaysia 2.... Akhirnya Malaysia berjaya bertahan untuk menghabiskan perlawanan dengan Malaysia 2 - Taiwan 3....

Keputusan Aggregate:
Malaysia 4 - Taiwan 4 (Malaysia LAYAK ke pusingan kedua dengan away goal)

TAHNIAH MALAYSIA!!!

Kepada referee dari Vietnam.....Ko balik minum susu la weh.... Taktikal tak nak bagi Malaysia layak tak berjaya la derr....!!


P/S: Sakit hati tengok referee buta kayu..haih

Thursday, June 16, 2011

Lagi Gempak Dari Konsert, Bola Sepak Atau Himpunan Hari Belia

Apa yang lagi gempak dari semua tu?? Memang sah-sah la segmen berskandal aku!! Ha ha ha...mari..mari.... Kita mempertingkatkan traffic blog secara jangka masa panjang..... klik SINI yer.... Ok...ok....kembali ke topik asal....

Aku tengok kat Malaysia ni banyak sangat perhimpunan secara besar-besaran...memang ramai giler manusia yang hadir untuk menyaksikan apa-apa pertunjukkan atau perlawanan....atau pun pertandingan.... Contohnya Konsert AF.....walaupun buat depan masjid...ramai yang protes....tapi tetap ramai yang pegi... 

Bola pun sama..... ramai giler yang hadir untuk perlawanan final... Penuh stadium....seat yang diperuntukkan untuk lebih 50 ribu orang..penuh sampai ade yang duduk kat tangga.... Sangat ramai..... Himpunan Sejuta Belia haritu pun sama..... ramai giler..... sampai sanggup berjalan jauh semata-mata nak hadir ke Karnival Terbesar tu...

Ada yang datang secara sukarela....ada yang datang secara paksarela...Tapi paksa pun takpe la kan...sebab macam-macam ada.... Boleh berhibur.... Sama jugak apa-apa karnival.....Jom Heboh ker.....MAHA ker....komfem ramai la orang yang hadir kan.... Tapi.....mesti ramai yang tak sedar akan sekarang ni ada satu event yang sepatutnya lebih ramai dari semua di atas.... Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan....

Ermm....ke ramai yang tak perasan ada event ni ek... atau sebab memang buat-buat tak tau... Oh....mungkin sebab buat kat Sarawak kot... ke tak tau pun dibuat di Sarawak.... Tapi ditayangkan di TV1 sekarang... dan masuk hari ke berapa dah hari nie..... Ke tak tau ade kat TV? he he he....

Aku saje je bagi persoalan.... korang pikir-pikir la kan.....lagi satu....bagi yang government servant...mesti dah terbiasa dengan dipaksa hadir ke apa-apa event kan.... Ade tak korang dipaksa hadir ke Tilawah Al-Quran macam ni? Ade tak? Kenapa takde ek..... event lain selalu jer dipaksa kan...kenapa event murni cenggini tak dipaksa pulak.....:)

Aku nak bagi cadangan la kan....kalau la ada pihak pemimpin yang baca blog buruk aku nih.... Dari duk paksa hadir ke majlis tah apa-apa tu....baik korang paksa hadir ke Tilawah Al-quran macam nie.... ataupun Forum Perdana ker....ape ker.... paksaan yang berguna.... Depa nak dengar ke tak nak...itu terserah.... Tapi tu barula paksaan yang berguna... Sesuai jugak dipraktikkan untuk golongan remaja.....budak-budak sekolah.... Dari duk paksa datang hari belia hari tu....baik paksa datang ke event suci macam ni..... Ada jugak manfaat kat budak-budak tu.....sekurang-kurangnya terkeluar la sedikit cebisan hitam yang ditempek setan kat hati depa....walaupun datang tidur jer...tapi hati tetap mendengar... kan...kan...

Bagi aku...event tu lagi gempak...sebab bacaan dipertontonkan bukan saje berlagu...tapi siap bagi tafsir lagi... nak harapkan korang baca tafsir sendiri kat umah....jangan harap ler.... he he he.... Event yang boleh menghidupkan jiwa...mententeramkan hati...ilmu...dan dapat ilmu yang berguna....selain dapat berhibur ala-ala kadar....Kalau ade yang rasa entri ni menyampah giler.....tu maknanya something wrong dalam jiwa tu.... huhuhu.

GA aku tu jangan lupa join ek... klik SINI...

Sunday, June 12, 2011

Bagi Tiket Ikut Seat La....

 Aku ada buat GA oit.....sape nak join... klik SINI...

Ni keadaan aku pegi stadium semalam.... Aku nak citer la kat korang pengalaman aku pegi tengok bola semalam.... Aku sebenarnya suka tengok kat TV lagi... sebab lagi jelas dan selesa.... Tapi semalam aku pegi sebab nak tengok sendiri dan nak amik feeling macam mane perlawanan akhir di stadium....

Sememangnya ramai giler orang.... Kereta dah start di parking sebelum simpang masuk ke jalan nak pegi Bukit Jalil lagi... Semua berarak berjalan dengan bendera masing-masing...tak de pergaduhan.....bagus....tu yang aku nak tengok.... Musuh hanya di dalam stadium....keluar je jadi kawan balik.... 

Bab cari parking...memang susah kalau datang lewat.... Polis memang jaga dan sekat sumer jalan..konon nak bagi senang...tapi bagi aku ada sesetengah cara depa nie menyusahkan jugak...Takper.... tak nak komen hal tu... Cuma aku nak komen.... pasal tiket.... kalau yer pun nak untung....jual la tiket ikut seat yang ada... Semalam ramai yang ada tiket tapi takde seat....sampai tangga diisi dan sampai takde tempat nak duduk langsung! Jual la ikut seat.....Ramai yang tak puas hati pasal tu....

Aku semalam pun salah sorang mangsa....dapat tiket....tapi takde seat....tu kira masuk lepas maghrib... Kire awal jugak la kan... yang masuk sebelum maghrib tu.... kebanyakan memang tak solat la aku tengok.... Masa azan je senyap kejap...habis je azan....sambung sorak.... Hadoi... 

Aku dapat la duduk di tangga...tapi bahagian yang ok la view dier.... Tu pun jenuh keliling stadium..sampai aku dan wife rilek je masuk bahagian Terengganu.... Sumer duk usha je aku macam aku ni pencurik...ha ha ha. Buat bodo sudaaaa.... Aku nak cari seat...bukan cari gaduh kan... Tapi ok jer.... Last-last aku duduk bahagian dekat dengan VIP.... he he he....

Cuma nak highlight kan.... Jual la tiket ikut seat yang betul... kesian....ramai giler datang dan beli tiket....tapi last-last duduk di celah-celah.... Bukannya duduk di seat yang sebetulnya....bayar RM30 jugak....yang bayar RM50 pun tak dapat seat semalam... Memang sah-sah ambik untung... Kalau yer pun nak ambik duit orang ramai.... sediakan la seat.... Ni tak... keselesaan taknak bagi...duit nak.... Pastu salahkan penonton kalau mengamuk kan.... haih..

Wednesday, June 8, 2011

Rasuah Bola Sepak

Sekarang nie ada balik pasal rasuah dalam bola sepak kita nie.... Baru je nak naik, ade balik pasal rasuah.... Harimau Malaya baru je nak jadik harimau yang garang....Dah ada yang cuba jinakkan balik.... Kenapa oit?
Aku cukup tak faham la..... ada orang kata sebab ada bookie yang sogok player...... Siapa bookie tu? rakyat Malaysia jugak ker? Kenapa nak sogok menyogok? Nak tengok bola sepak Malaysia jatuh balik ker? Tolong la hentikan..... Aku baru jer nak enjoy tengok pemain kita main dengan penuh skill dan kesungguhan..... Tetibe ade pulak orang nak rosakkan balik....

Player tu satu hal.... asal nak ambik rasuah ha? Aku tak nak la bagitau pasal dosa mosa nih.... Bukannya tak tahu pun.... Buat-buat tak tau jer derr.....Tapi aku cuma nak bagitau satu jer....korang main bola sepak ni sebab sayangkan sukan bola sepak tanah air ker sebab nak tampung perut sendiri jer? Kalau la setakat na tampung belanja diri... baik pegi jual air lagi bagus.... pendapatan masyuk lebih dari cukup kot....

Amalan rasuah ni la punca kejatuhan sukan bola sepak kita dalam tahun 90-an... Start zaman rasuah la kita kalah di tangan Kemboja...... Start zaman rasuah dulu la bola sepak kita hilang serinya.... Takkan nak ulang balik sejarah lama ni derr..... Aku memang cukup sedih la dengan berita pasal rasuah nie....

Depa duk cakap FAM tak bagus... depa duk cakap player kita tak bagus....Nak bagus macam mane!! Nak suap duit jer keje! Bodoh punyer orang... Kalau betul nak tengok skuad negara main di persada antarabangsa...sokong la depa....sokong depa bukan sogok duit....tapi bagi cabaran lebih kuat.... 

Maksud aku....bagi sokongan moral... bagi sokongan dari segi latihan.... menang kalah adat bertanding.... tak payah nak jual permainan.... Depa tak pandai, depa kalah.... baru la ada persaingan.... ni tidak...kalau duk jual game je keje...biler player rasa nak maju.... Main betul-betul pun bukannya dapat ape-ape kan.... Tu le jadinyer..... 

Please la wei....kepada pemain bola sepak semua.....TOLONG JANGAN AMBIK RASUAH! MAIN DENGAN SEPENUH SKILL YANG ADA... TUNJUKKAN KEMAMPUAN.... KALAU ADA YANG KURANG....BERLATIH LAGI....DAN LAGI.....DAN LAGI..... AKU NAK TENGOK BINTANG TERNAMA DARI MALAYSIA.... AKU DAH JEMU TENGOK CHRISTIANO RONALDO...AKU DAH JEMU TENGOK KAKA.....AKU DAH JEMU TENGOK MESSI.... AU NAK PEMAIN DARI MALAYSIA!!

P/S: GA tengah berjalan lagi....dan aku akan tambah lagi hadiahnya.. dapat lagi orang nak sponsor... Seutas jam tangan untuk lelaki...:) sesape nak join, klik SINI.

Saturday, May 28, 2011

Manchester United vs Barcelona | Analisis Bro Wacana


Malam ni akan berentap dua pasukan gergasi dunia iaitu Man Utd melawan Barcelona untuk berebut Piala Juara-juara Eropah ( Champion League) bagi tahun 2011. Perlawanan final akan diadakan di stadium Wembley... Aku akan bagi sedikit analisis dan ramalan keputusan akhir sebelum perlawanan untuk korang bagi menghangatkan suasana...

Kedua-dua kelab ada kelebihan..... Kelebihan Man Utd ialah team work dier.... Pasukan ni sudah berkurangan dari segi kemahiran individu selepas keluarnya Christiano Ronaldo....Tapi sebenarnya dengan takdenye si mamat tu.... Semangat berpasukan team ni makin kuat.... Barcelona pulak....kemahiran depa ialah passing style.... Pasukan ni memang sama macam Arsenal punyer style...Tapi depa ni lebih mantap dan hebat... passing movement depa ni memang terbaik di dunia buat masa sekarang.... 

Itu dari segi kekuatan team.... bagi taktikal puler.... Sudah pasti Man Utd aku target....depa akan main Quick Counter....sebab memang itu taktik Sir Alex Ferguson kalau lawan team attacking style macam Barcelona nih.... Dengan adanya Wayne Rooney... dan jugak Chicharito (Hernandez) tu... Barcelona terpaksa berhati-hati sikit.... sebab depa kene defend dari dalam dan luar kotak... Rooney dengan shotnyer... Hernandez dengan skill movemnet dier dalam kotak penalti....

Barcelona....macam biaselah... attacking football dengan passing yang memukau..... Dengan adanya Lionel Messi yang bukan setakat ada kemahiran individu, malah terer dan kreatif dalam mencipta peluang... Tapi malam ni komfem akan dijaga ketat... Antara Carrick atau Fletcher yang jaga....Kalau tak pun... Anderson... Mesti depa bagi yang keras sikit sebab tak nak bagi Messi menari-nari.... Tapi ada lagi yang perlu dijaga.... Andres Iniesta..... Lebih kurang sama dengan Messi...cuma dribbling dier jer kurang.... So, dua ni akan switch off dan on...Kalau Messi diikat, Iniesta la yang akan bersinar....

Bab finishing style....bagi je dekat David Villa... memang superb... Nemanja Vidic memang penat la malam nie... Lagi sorang, Pedro.... ni pun tengah meningkat naik... Skillfull macam Iniesta... sharp shooter macam David Villa...cuma strength je kurang lagi....ala-ala player Arsenal la kot...he he he. 

Bagi aku, malam ni memang sengit.... Man Utd akan carik gol melalui set pieces....Barcelona dengan short pass depa....Atau mungkin malam ni Barcelona puler yang gune Counter Attack... Aku teka malam nie.... Barcelona menang 2-1.... Kalau salah pun tak kisah....he he he.

Wednesday, May 18, 2011

Pasukan Bola sepak Kelantan Dapat Stadium Baru

AKu baru terdengar berita di TV3 tadi... mengatakan bahawa pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors akan mendapat stadium baru! Ha ha ha.... Nama Stadium itu akan dinamakan Stadium Red Warriors...
Dikatakan stadium yang bakal dibina itu berkemampuan untum menampung jumlah penonton seramai 40,000 orang. Kira ok la kan dengan bajet yang tak seberapa tu.... Stadium itu akan dibina di atas tanah seluas lebih kurang 50 hektar... Kalau tak salah dengar....di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Ni lagi satu kejutan....sebab tempat tu dekat dengan rumah aku!! He he he... Dekat dengan sekolah lama aku dulu.... Dalam 5 minit jer... Kira nanti senang la aku nak pegi stadium....muahaha... Sekarang..kelulusan kerajaan negeri dah dapat....cuma masih mencari tender dari mana-mana syarikat yang sudi membina stadium yang akan menjadi sejarah baru buat pasukan bola sepak Kelantan....

Monday, April 25, 2011

Putus Harapan Aku

Ni gara-gara semalam.... aku kecewa tahap langit ketujuh dah nih.... Sampai takleh nak tido... arghh!! Last-last terus sahur dengan wife... nak pose sunat....ha ha ha

Pasal undi DIGI tu... aku masih perlukan bantuan korang.... undi la yer.... aku cuma nak buktikan yang blogger baru pun ade can nak dapat top 10....tu jer.... Dengan syarat....kita bersatu dan tak berpecah.... Tengok ape akan jadi kalau semua blogger bersatu.... Blogger tak femes pun boleh dapat top 10...semua kerana korang....:)

Aku kecewa bukan sebab aku tak sampai target dalam undian DIGI tu.... Sekarang aku baru duk ranking 21...tapi aku kecewa kerana Arsenal KALAH semalam! Ape dah jadi Pak cik Arsene Wenger oi...... Penat aku sokong.... aduh... Terlepas lagi piala tahun ni... ni yang rasa nak tukar team nih...sokong Red Warrior la pulak...he he he.

Pertahanan memang kene beli la Pakcik Arsene...... Beli player centre defender dengan goalkeeper.. cukup la... Kritikal sangat dah bahagian tu.... Walaupun aku ni taraf coach Kolej jer...tapi aku secara ikhlas nasihat kat Pakcik nih... Level player sekarang tak mampu nak julang piala... Tak balance.... Bahagian lain dah kuat..tapi defend dan goalkeeper lemah...

Kepada musuh-musuh Arsenal....jangan bising! Ha ha ha.... Terpaksa la aku meninggalkan English Premier League nih...tengok Spain la pulak...kelab aku yang satu lagi ....Barcelona...huhu. 



P/S: Segmen Review Dalam Review masih berjalan.. sape nak join...klik SINI