Showing posts with label kolej sepuluh. Show all posts
Showing posts with label kolej sepuluh. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Neelofa Main Futsal Terbuka Kolej Sepuluh Oit!!

Sape sangka..... Neelofa pun turut sama bermain di Kejohanan Futsal Terbuka Kolej Sepuluh yang diadakan pada hari ini (19 Mei 2012) dan esok (20 Mei 2012)... Kejohanan ini disertai oleh pelbagai pasukan dari dalam dan luar UPM...


Dan yang pasti... Neelofa juga telah memenangi perlawanan pertamanya dan seri untuk perlawanan kedua.... Perlawanan ketiga akan bersambung pada petang ini... Kepada peminat Neelofa, boleh la datang memberi sokongan padu kepada Neelofa pada petang nie dan insya Allah esok hari...jika berjaya mara ke pusingan kedua...

Tapi sayang... yang main bukannya Neelofa yang si cantik manis tu... Tapi ada satu pasukan menamakan pasukannya Neelofa FC...ha haha... Mantap jugak pasukan nie.... Nama pasukan comel jer... Mungkin mereka nie terdiri dari peminat setia Neelofa kot.. Dan sememangnya nama-nama pasukan yang join kejohanan nie kebanyakannya pelik-pelik.... Tapi apa yang penting... kekalkan aktif bersukan!

Kejohanan futsal nie diadakan setiap tahun di bawah anjuran Kolej Sepuluh.... Tahun lepas diadakan di bawah nama Kejohanan Futsal Piala Dato' Haji Suhaimi.... Tahun nie dengan nama Kejohanan Futsal Terbuka Kolej Sepuluh.... Tahun depan mungkin berubah namanya lagi....bergantung kepada sponsor yang dapat.... So... sesape rasa nak sponsor...boleh la contact Kolej Sepuluh sekarang! he he he....


Ok guys.... aku sebagai penasihat kejohanan kena round lagi.... Sibuk la sikit ari nie dan esok... Harap program berjalan lancar.... Sesape nak datang...boleh la datang...ada gerai jualan jugak nie....:)

Thursday, May 3, 2012

Kejohanan Futsal Terbuka Kolej Sepuluh di UPM


Kolej Sepuluh di UPM sekali lagi akan menganjurkan kejohanan futsal terbuka kolej sepuluh pada 19-20 Mei 2012 bertempat di Koleh Sepuluh, UPM. Ada dua kategori yang dipertandingkan.... Kategori terbuka (bebas) dan kategori tertutup (khas untuk pelajar IPT sahaja). Kejohanan nie menawarkan hadiah yang lumayan berbentuk wang tunai...

Untuk makluman bagi yang berminat.... Ini adalah maklumat-maklumat ringkas tentang kejohanan futsal terbuka Kolej Sepuluh:
Setiap pasukan hendaklah menghantar seramai sepuluh pemain... Borang pendaftaran boleh diisi secara online di laman web rasmi Kolej Sepuluh ini... Disediakan jugak peluang berniaga bagi yang berminat pada hari kejohanan... Penyewaan tapak dan gerai hanya RM60 untuk sepanjang kejohanan... MURAH tu bai....

Kepada yang ingin datang berjalan-jalan atau ingin menyokong pasukan rakan korang bermain....Boleh la datang beramai-ramai kerana ada booth-booth jualan di sekitar kawasan kejohanan... Segala kemudahan asas seperti tandas dan surau memang terdapat di kawasan kejohanan... Kemungkinan juga akan mendapat liputan media...tapi masih belum diketahui statusnya....

Sesape yang berminat dan inginkan penjelasan lebih lanjut, boleh cuba menghubungi nombor-nombor yang tertera di dalam poster di atas.... Jika ada yang berminat untuk buat bradcasting pun boleh cuba tanya person in charge itu...

P/S: Pendaftaran dah macam pisang goreng kot! Kena cepat jika berminat....