Showing posts with label Neelofa. Show all posts
Showing posts with label Neelofa. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Neelofa Main Futsal Terbuka Kolej Sepuluh Oit!!

Sape sangka..... Neelofa pun turut sama bermain di Kejohanan Futsal Terbuka Kolej Sepuluh yang diadakan pada hari ini (19 Mei 2012) dan esok (20 Mei 2012)... Kejohanan ini disertai oleh pelbagai pasukan dari dalam dan luar UPM...


Dan yang pasti... Neelofa juga telah memenangi perlawanan pertamanya dan seri untuk perlawanan kedua.... Perlawanan ketiga akan bersambung pada petang ini... Kepada peminat Neelofa, boleh la datang memberi sokongan padu kepada Neelofa pada petang nie dan insya Allah esok hari...jika berjaya mara ke pusingan kedua...

Tapi sayang... yang main bukannya Neelofa yang si cantik manis tu... Tapi ada satu pasukan menamakan pasukannya Neelofa FC...ha haha... Mantap jugak pasukan nie.... Nama pasukan comel jer... Mungkin mereka nie terdiri dari peminat setia Neelofa kot.. Dan sememangnya nama-nama pasukan yang join kejohanan nie kebanyakannya pelik-pelik.... Tapi apa yang penting... kekalkan aktif bersukan!

Kejohanan futsal nie diadakan setiap tahun di bawah anjuran Kolej Sepuluh.... Tahun lepas diadakan di bawah nama Kejohanan Futsal Piala Dato' Haji Suhaimi.... Tahun nie dengan nama Kejohanan Futsal Terbuka Kolej Sepuluh.... Tahun depan mungkin berubah namanya lagi....bergantung kepada sponsor yang dapat.... So... sesape rasa nak sponsor...boleh la contact Kolej Sepuluh sekarang! he he he....


Ok guys.... aku sebagai penasihat kejohanan kena round lagi.... Sibuk la sikit ari nie dan esok... Harap program berjalan lancar.... Sesape nak datang...boleh la datang...ada gerai jualan jugak nie....:)

Wednesday, February 1, 2012

Biodata dan Profil Lengkap Neelofa | Gambar Terhangat Neelofa


Sape tak kenal pelakon comel molek berdarah Kelantan nie... Neelofa... Dikatakan rupa parasnya yang anggun dan cantik menjadi pakej utama dalam peningkatan mendadak populariti dirinya... Selain tu jugak.... bakatnya dalam lakonan tidak dilupakan..... Nie ler dier Biodata Neelofa yang sempat aku simpulkan.... 

Gambar Terhangat Neelofa...:D

BIODATA PENUH NEELOFA

Nama Penuh: Noor Neelofa Binti Mohd Noor
Nama Manja: Neelofa (bermaksud cahaya bunga biru)
Asal: Pasir Mas, Kelantan
Tarikh Lahir: 10 Feb 1989
Tinggi: 158cm
Berat: 47kg (berubah mengikut keadaan semasa...he he)
Pendidikan: 5A (UPSR), 8A (PMR), 10A (SPM), A Level (Kolej Damansara Utama), Bachelor Of Business in International Trade & Marketing (Sunway University College, PJ)
Anak ke Berapa: Ke-3 dari 9 adik beradik ( enam perempuan dan dua lelaki)
Iklan: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
Klip Video: Kau Bukan Aku nyanyian Tilu
Filem: Azura (versi baru), Lemak Kampung Santan, Pak Pong, Saya Amat Mencintaimu (SAM)
Drama: Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Lara & Jiwa.
Pengacaraan: Paparazzi, Sekolahku Hebat, Nona
Pencapaian: Juara Dewi Remaja 2010, Pelakon Paling popular 20?? ( Mungkin....:D )

Blog yang KEMUNGKINAN TIPIS diminati: Wacanaku (mane la tau jadi silent reader kan...hehehe)

Agak hangat jugak la...
Itu lah sedikit sebanyak biodata atau profil Neelofa atau latar belakang dirinya... Tak sangka pulak Neelofa nie asal Kelantan... huhuhu... Kepada yang nak tengok gambar seksi meksi si Neelofa.... Korang boleh tengok di SINI (link) ... He he he...

P/S: Saje upload gambar Neelofa bertudung... Itu doaku untuk artis nie... :)