Tak sangka la pulak.... isu ustaz main gitar menjadi satu isu besar dalam dunia blog.... Dan yang paling pelik... sampai menyentuh isu politik...ha ha ha...Jauh bebenor menyimpang nyer.... Ok...sebelum membuat apa-apa entri berkaitan hukum.... Elok la diselidik secara terperinci... Bukannya search dalam Google...pastu ambik link yang paling atas...jadikan rujukan terus tanpa usul periksa.... SALAH TU!
Sebab apa salah? Sebab Google bukannya susun link tu mengikut kebenaran dan fakta... Depa susun ikut populariti link tu jer... Lagi satu pasal pagerank website tu... Dan lain-lain lagi la yang memeningkan kepala otak orang cam aku nie.... yang penting.... bukan pasal kebenaran dan kesahihan hukum tu...
Ok.... perkara pertama nak cek hukum nie betul ke tak.... Kena tengok kesahihan hujah yang nak diambil tu... dan benda yang boleh dibuat hujah paling popular ialah Quran dan Hadis.... Dalam quran tak boleh sangkal dah... yang menjadi masalah biasanya dari hadis... Sebab ramai yang tak faham akan hadis yang mana patut dibuat hujah...
Hadis nie ada jenis-jenisnya.....
hadis sahih, hadis makbul, hadis hasan, dan hadis dhaif... Kalau tak tau jenis-jenis nie...
JANGAN SUKA-SUKA NAK BUAT HUKUM SENDIRI.... Hadis nie asalnya datang dari kata-kata Rasulullah....bukannya kata-kata orang lain! Jangan pulak korang cakap, Ini hadis dari mak bapak aku!!... Tampor kang....Puuuii!! [Alamak...terikut gaya video
POPULAR (link) tu la pulak] He he he
Faham tu dulu baru boleh mengkaji lebih mendalam.... Masuk pasal hukum main alat muzik... dipecahkan banyak kategori pulak.... alat muzik ketukan, alat muzik petik, alat muzik tiupan.... Oleh sebab isu pasal gitar... Kita masuk terus bab alat muzik petikan...
Kategori alat muzik dipetik nie seperti biola, gambus, gitar, rebab, kecapi dan piano... So...kalau ada orang HARAM kan gitar...maka haramla semua di atas....he he he... Ok..ok...kita kaji dulu... Pendapat ulamak untuk alat muzik bertali amat la rumit dan bercampur baur.... Sangat complicated.... Apa sebabnya? Sebab pemahaman ulamak-ulamak berbeza bagi hadis nie....
Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Malik r.a:"Akan ada dari kalangan umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-maazif (alat nyanyian)".
Status Hadis nie:
Walaupun ia adalah sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan mu'allaq (sanadnya terputus). Ahli hadis yang berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, al Hafeedz azZahabi dan al Hafeedz Ibn Hajar Asqalani. Kalimah al-maazif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai yang dimaksud alat muzik.
Pemahaman yang mengHARAMkannya:
Sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya.
Pemahaman yang mengHARUSkannya:
- Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan dan Kharijah bin Zaid.
- Said bin Musayyab, Ata’ , Sya’bi, Az-Zuhri dan kebanyakan fuqaha’ Madinah.
- Ibnu Thahir menyatakan, “...ia adalah ijmak Ahli Madinah” (dakwaan ijmak ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ibnu Hajar Al- Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’.
- Sebahagian fuqaha’ Maliki, tetapi mereka menghadkan pengharusan tersebut untuk upacara perkahwinan sahaja.
- Al-Mawardi meriwayatkan keharusan penggunaan kecapi (Al-Aud) di sisi sebahagian ulamak Syafie.
- Ibnu Hazm, Abdul Ghani An-Nablusi, As-Syazili At-Tunisi dan Idfawi mengharuskannya dengan syarat-syarat berikut:
- Niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’
- Tujuan yang tidak melanggar batas-batas syara’.
Apa yang aku nak bagitau.... hukum main gitar nie masih samar-samar.... Segala hujah mereka kebanyakannya datang dari hadis yang sama.... kalau mengikut hujah mereka.... pengHARAMan tu berlaku sebab dikaitkan dengan LALAI.... Dan pengHARUSan tu disebabkan dalil TUJUAN...
Aku sokong kedua-duanya..HARAM dan HARUS.... kenapa? Bagi aku MENGIKUT KEADAAN ALAT MUZIK TU DIGUNAKAN UNTUK APA.... Ulamak mengatakan HARAM kerana alat muzik tu akan buat kita cenderung ke arah LALAI.... bukan sebab bunyi atau gitar tu sendiri...Dan HARUS atas sebab berhibur dengan tujuan membina... bukan juga sebab bunyi atau gitar tu sendiri... Korang boleh baca sumber lain pasal alat muzik nie di
SINI (link)
Sekarang nie...isu yang timbul kerana seorang ustaz telah bermain gitar di satu majlis ilmu...Dan sorang blogger telah menuduh ustaz nie
agen iblis (melampau kan ) kerana dia main gitar tu... Korang boleh tengok videonya di
SINI (link). Kalau nak tau lebih lanjut pasal majlis tu....korang boleh tengok di
SINI (link) dan di
SINI (link).... Ok...dah bukak blum link tu? Kena bukak dulu baru tau kisah sebenar.... Baru boleh buat keputusan yang ADIL.... Bukan sebab baca tajuk jer dah nak komen pompang pompang! :D
Sekarang.... korang rasa lebih ke arah HARAM ke HARUS bagi kes ustaz tu? Bagi aku HARUS.... Sebab time tu bukannya termasuk dalam kes LALAI.... Betul tak? Lain la kalau majlis tu sendiri cenderung ke arah maksiat a.k.a LALAI.... Seriusly sila mengadili secara adil dan saksama... Bukannya mengadili kerana PARTI POLITIK dan EMOSI.... Bagi aku PAS dan UMNO takde kaitan dalam kes nie.... Ini hal agama.... Jangan dibuat main-main...
Yang menjadi persoalan besar ialah.... Kenapa isu kecik nie jadi besar ek? Adakah kerana berlainan parti? Adakah kerana jealous sebab ustaz nie semakin mendapat nama oleh masyarakat Malaysia? Atau kerana asyik kene atas batang hidung dia setiap kali ustaz tu cakap "BODO" kepada golongan tertentu? He he he.... Tepuk dada tanya iman masing-masing la kan.... Kalau yer pun nak ludah...Jangan la ludah ke langit... Nanti sendiri kena ludah tu...:)
P/S: Kalau ilmu panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga...:)