Thursday, February 12, 2015

Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia | Nukilan Diri untuk Tok Guru

Tok Guru Nik Aziz telah meninggal dunia pada malam Jumaat (12/2/2015) pada pukul 9.45 malam di kediaman beliau... Sama-sama lah kita memberi sedekah Al fatihah kepada allahyarham... Semoga ditempatkan dalam golongan ahli syurga, Insya Allah.....

Sedikit nukilan untuk dikongsi...

Baik budi baik pekerti
Seorang insan yang dihormati
Bukan pangkat dan harta dimiliki
Sekadar rumah kampung untuk didiami

Setiap pagi pergi mengajar
Kuliah subuh untuk diteladani
Berduyun pemuda ingin belajar
Niat menyambung perjuangan Ilahi

Mentadbir negeri sebagai menteri
Meninggi diri tidak sesekali
Segala arahan jujur di dalam hati
Berkat Allah sahaja yang dicari

Dikutuk dihina rakyat sendiri
Kerna dengar media sana sini
Datang jumpa silakan diri
Berkunjung ke rumah baru puas hati

Fitnah disebar bertalu talu
Dikata wahabi dikata sesat
Sedangkan yang berbunyi ilmu cuma di dagu
Asyik berhibur dengan hiburan barat

Uzur Tok Guru tanda berundur
Dari dunia politik haru biru
Negara maju sosial mundur
Sedih Tok Guru hanya Allah yang tahu

Pergi Tok Guru mengadap Ilahi
Hilangnya seorang pejuang Islam
Pengikut dajjal terus berparti
Cahaya Islam kembali suram

Sedih bukan kerna kerabat
Sedih hati hilangnya tak berganti
Kembali dikau hanya berjasad
Semangat Tok Guru tetap di hati


Solat zakat Quran dan haji
Penghayatan Islam semakin dijauhi
Ayuh sahabat cekalkan hati
Sambung perjuangan Tok Guru dihormati


Betulkan niat betulkan perjuangan
Harta dan pangkat godaan syaitan
Bersatu muslimin bersatulah Islam
Muafakat ikhlas tanpa ganjaran

Kitab sejarah dibuka bersamaLaksamana bangun bersama Bendahara
Tiba masanya gendang bergema
Biar pemuda meneraju bahtera

Al-fatihah buat allahyarham Tok Guru Nik Aziz...

1 comment:

muhd t halim said...

Assalamualaikum... sememangnya kehilangan TGNA amat dirasai... tapi kena ingat dunia sementara... akhirat selamanya ( Si PANJANG sedih sangat2 )

Harap Kunjung,

http://sipanjangkata.blogspot.com/